Comments for Wee Choo Keong |
- Comment on The Stop Work Order for KP Property Sdn Bhd by Anonymous
- Comment on Issues for your MP by bakar
- Comment on Complaints for DBKL by Yacob
- Comment on Issues for your MP by sabar je lah
Comment on The Stop Work Order for KP Property Sdn Bhd by Anonymous Posted: 18 Jul 2011 01:31 AM PDT YB, What about the owner of the named properties? To be fair for Diamond resident, 1 month stop work order is enough to punish the developer. Stop their work again if the developer still work above the time. Human cannot make everybody happy and the right decision may not be the fair decision. Regards, |
Comment on Issues for your MP by bakar Posted: 18 Jul 2011 12:12 AM PDT Sememangnya itulah sikap DSAI (Dauk Seri Anwar Ibrahim), sentiasa beranggapan beliau adalah Perdana Menteri. Sentiasa berjanji kepada rakyat hanya semata-mata untuk menyedapkan hati rakyat. Kerana yakin rakyat akan menyokong beliau. Kemana saja beliau pergi akan menaburkan sejuta janji-janji manis menjadi hidangan lunak meracuni pemikiran rakyat. Tetapi semua janji-jnji tidak ditunaikan. Inilah DSAI untuk rakyat! Ini lah bahaya kalau kita sentiasa berfikiran kita lebih hebat dari orang lain. Inilah jadinya kalau kita hanya memikirkan kepentingan politik dan akhirnya rakyat juga yang akan menerima padahnya. Banyak contoh janji-janji hebat beliau kalau nak tulis tetapi tentunya rakyat sudah maklum perkara ini. Saya setuju dengan Sdr yang mengakui perkara tersebut dan membetulkan kenyataan sdr. Inilah sikap yang perlu ada pada setiap daripada kita. Tiada salahnya mengakui kesilapan kita. Bukan seperti mereka. Saya antara pengundi yang mengikuti ceramah YB di kebanyakan tempat semasa PR 12 yang lalu termasuklah semasa berkempen di Tmn Melati tapak pasar malam. Saya memang yakin YB tidak pernah berjanji perkara-perkara yang mustahil ditunaikan. Tetapi beliau sangup membawa perkara-perkara yang melibatkan rakyat hingga ke parlimen. Dan saya tau beliau memang berperanan baik di parlimen. Banyak kementerian kena tegur, termasuklah DBKL dan Astro. Tahniah Sdr YB teruskan peranan YB di Parlimen. Blog YB blog suara rakyat. Rakyat sentiasa memerhatikan samada parlimen yang bebas atau di kawal !!. Teruskan Sdr!. |
Comment on Complaints for DBKL by Yacob Posted: 17 Jul 2011 09:02 PM PDT Penduduk-penduduk Taman Setapak. Merujuk kepada permohonan laluan Bas Rapid KL di Taman Setapak dan Ibu Kota. Pihak kami dimaklumkan pada hari sabtu 16.07.2011, pihak Syarikat Bas Rapid KL telah membuat laluan percubaan di kawasan perumahan Taman Setapak. Turut sama ialah wakil persatuan penduduk Taman Setapak dan pegawai-pegawai dari Syarikat Bas Rapid KL. Pihak kami difahamkan oleh wakil persatuan penduduk bahawa Syarikat Bas Rapid tidak dapat memenuhi pemintaan penduduk atas cadangan asal mereka, walaubagaimana pun bagi mengatasi masalah tersebut pihak Rapid KL akan menyediakan "feeder bas" bagi memenuhi keperluan penduduk-penduduk untuk ke Jalan Genting Kelang, Jalan Gombak dan ke Station LRT. Pihak kami akan cuba mendapatkan pengesahan dari pihak Rapid KL dalam jawapan secara bertulis kepada pihak kami supaya memudahkan pihak kami memberikan penjelasan kepada penduduk-penduduk di Taman Setapak dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kami berpendapat apa yang penting ialah penduduk-penduduk mesti mendapat perkhidmatan bas awam yang selesa dalam memenuhi keperluan kehidupan seharian mereka. Terima kasih. Yaacob Abd Hamid |
Comment on Issues for your MP by sabar je lah Posted: 17 Jul 2011 05:52 PM PDT YB WCK memang xberjanji tapi DSAI berjanji didalam kempen pilihanraya yang lepas.ini tiada apa-apa kekeliruaan yang sebenarnya.saya sendiri tahu akan masalah yang dihadapai oleh JMB.mengenai masalah tunggakan terhadap pembeli yang menyewakan rumah mereka dikawasan wangsa maju,seksyen 1. pihak JMB nak tunggu sampai semua tunggakan dijelaskan nampaknya sampai bila-bila pun tak kan dapat kerana ini adalah salah satu sikap masyarakat warga kota yang mengabaikan tanggungjawab serta cara pemikiran mereka. saya juga berharap agar pihak JMB dapat mencari jalan yang terbaik bagi menangani isu tersebut supaya bagi mereka yang membuat bayaran yang penuh tidak terjejas oleh pihak yang tidak membuat bayaran serta nak tunggu sampai bila baru pihak JMB dapat mengutip semua bayaran yang tertunggak selama hari ini. masalah dalaman ini telah lama berlaku sebenarnya dan diharap warga penduduk wangsa maju,seksyen 1 dapat membuka mata mengenai masalah ini. saya mohon maaf sekiranya ada pihak yang tak senang dangan tulisan ini. |
You are subscribed to email updates from Comments for Wee Choo Keong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan