Isnin, 18 Julai 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Lebih 2,000 iringi jenazah Dr Lo' Lo'

Posted: 18 Jul 2011 02:18 AM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat pagi tadi.

Suasana sedih dan suram menyelubungi majlis pengebumian bermula jenazah dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat tengah malam tadi.

Jenazah disolatkan di masjid tersebut jam 10.20 pagi tadi dengan dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum dibawa ke tanah perkuburan, diiringi ribuan yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Rata-rata mereka yang hadir tidak dapat menahan sebak setelah jenazah selamat dikebumikan jam 11.10 pagi.

Sejak tengah malam tadi, orang ramai tidak putus-putus mengunjugi jenazah allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.

Anggota Unit Amal juga mula menjaga lalu lintas dan kawasan sekitar sejak tengah malam tadi bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar.

Anggota keluarga termasuk suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan anak-anak allahyarahamahberada di samping jenazah sehingga selesai dikebumikan.

Walaupun kelihatan sedih, mereka melayani pertanyaan pemberita dengan baik.

Dr. Aminuddin dengan tenang berkata, beliau redha dengan pemergian Allahyarhamah dan kagum dengan kegigihan isterinya itu menjalankan amanah walaupun terlantar di atas katil ketika sakit.

"Allahyarharmah berpesan kepada petugas-petugas pejabat khidmat masyarakat Parlimen Titiwangsa agar terus menjalankan tugas melibatkan kepntingan penduduk.

"Sehingga ke saat-saat akhir, beliau sering bertanya mengenai kawasan terutamanya isu Kampung baru yang diperjuangkan beliau," katanya.

Selain pimpinan utama PAS, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan lain-lain.

Allahyarhamah meninggal dunia di Hopital Selayang jam 10.15 malam tadi setelah beberapa tahun mengidap barah paru-paru.

harakahdaily/-

Gaddafi ikrar tak tinggal bumi Libya

Posted: 18 Jul 2011 02:13 AM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

Perlekeh Barat iktiraf kerajaan pemberontak

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terus menolak gesaan agar keluar dari negaranya dan menegaskan tidak akan sama sekali meninggalkan tanah nenek moyangnya serta mereka yang sanggup berkorban nyawa untuknya.

"Mereka meminta saya keluar dari Libya. Ia permintaan yang amat lucu.

"Saya bersedia mengorbankan diri saya demi rakyat dan saya tidak akan meninggalkan tanah yang dibasahi darah keturunan saya yang berjuang menentang penjajah British dan Itali," kata beliau ketika menyampaikan ucapan menggunakan pembesar suara di hadapan beribu-ribu penduduk di Zawiyah, kira-kira 50 kilometer ke barat Tripoli.

Sekurang-kurangnya 13 letupan kemudian menggegarkan Tripoli selepas Gaddafi memberi ucapan itu selepas 1 pagi waktu tempatan.

Kuasa besar Barat dan wilayah Arab bertemu di Istanbul kelmarin bagi mengadakan perbincangan buat kali keempat dengan memperbaharui gesaan agar Gaddafi meletak jawatan selepas berkuasa lebih 40 tahun.

"Kumpulan 'pengecut' menjadikan penduduk Benghazi dan Misrata sebagai tebusan, manakala kuasa Barat menjadikan mereka perisai manusia," kata Gaddafi merujuk kepada kubu kuat pemberontak di timur dan barat negara itu.

Gaddafi berkata, lima juta rakyat Libya yang bersenjata akan menuju ke kedua-dua bandar itu dalam tempoh terdekat bagi membebaskan penduduk di situ.

Tentera kerajaan menawan semula Zawiyah berhampiran sempadan Tunisia, Mac lalu, selepas bertempur dengan pemberontak selama kira-kira dua minggu.

Pemberontak kehilangan anggota bersenjata terbanyak Sabtu lalu selepas menawan Brega apabila 12 terbunuh.

Penentang Gaddafi itu melancarkan serangan roket Grad. Mereka mengakui sukar menawan bandar itu kerana beberapa lubang digali di seluruh Brega diisi bahan kimia mudah terbakar bagi melambatkan kemaraan tentera pemberontak. – AFP

Kapal Perancis nekad berlayar ke Mesir

Posted: 18 Jul 2011 02:00 AM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

ATHENS - Sebuah kapal milik Perancis yang menyertai konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla II nekad untuk berlayar ke perairan antarabangsa selepas hampir dua minggu terkandas di Greece, menurut pengawal pantai, kelmarin.

Kapal Dignite Al Karama yang membawa 10 aktivis antarabangsa itu dipercayai berlayar dari pulau Kastellorizo menuju pelabuhan Alexandria di Mesir.

Minggu lalu, kapal itu diberi kebena-ran oleh pengawal pantai untuk berlayar dari pelabuhan Crete menuju ke Rhodes.

Kesemua aktivis kapal terbabit membuktikan mereka tetap bersemangat waja untuk meneruskan misi utama bagi memecahkan sekatan haram Israel dikenakan terhadap penduduk Gaza walaupun terpaksa melanggar arahan kerajaan Greece.

Athens berhadapan tekanan sejak beberapa minggu lalu selepas didakwa terlalu mengikut telunjuk rejim Zionis dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) untuk mengeluarkan arahan terhadap semua kapal konvoi supaya tidak meninggalkan pelabuhan negara itu.

sinarharian/-

Najib disambut dengan lagu 'Yellow Submarine'

Posted: 18 Jul 2011 01:50 AM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

Protes terakhir Jumaat lalu semasa lawatan Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak ke London menyaksikan tidak kurang 50 orang rakyat Malaysia dan juga asing berpakaian serba kuning dengan iringi lagu the Beatles 'Yellow Submarine'.

Tindakan itu sebagai membantah tekanan, sekatan dan hambatan yang dikenakan ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Bertempat di hadapan Hotel Intercontinental, London, penunjuk perasaan membawa sepanduk yang antaranya tertera "Ya kepada pelancongan, tidak kepada penyiksaan", "Bebaskan pemimpin kami sekarang", "Hentikan tahanan tanpa perbicaraan", "Hentikan perdagangan dengan Malaysia yang kejam' dan melaungkan "Malu, malu, malu Najib".

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika itu dalam perjalanan ke hotel untuk makan malam.

Tunjuk perasaan bermula pada jam 7 malam hingga 8 malam, 15 Jun dan menurut seorang pemimpin pemuda PKR Ginie Lim ia mendapat sambutan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga rakyat Britain.

Hanya Anifah yang sanggup bersalaman dan berdialog selama 15 minit dengan penunjuk perasaan manakala perdana menteri, isteri dan sepupunya terus mengangkat kaki menuju hotel berkenaan.

Katanya, beliau prihatin dengan apa yang diluahkan oleh penunjuk perasaan itu tetapi kerajaan perlu menjaga keselamatan orang ramai termasuk ahli perniagaan di kawasan perhimpunan berkenaan.

Anifah juga mempertahankan tindakan keras polis ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0.

"Tindakan polis berpatutan. Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan jika terjadi huru hara itu mungkin menimbulkan rusuhan perkauman. Kami tidak mahu ambil risiko.

"Awak tidak tahu apa yang berlaku di sana, awak tidak berada di sana" katanya.

Anifah juga ditanya mengenai tahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Bagaimanapun apabila ditanya bila mereka itu akan dibebaskan, Anifah meminta mereka bertanyakan kepada Hishammuddin.

malaysiakini/-

Disamun ketika buka pagar

Posted: 18 Jul 2011 01:45 AM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUANTAN — Seorang lelaki kerugian wang tunai RM3,000 serta jam tangan bernilai RM11,000 selepas disamun tiga lelaki bermotosikal di Lorong Alor Akar pada 1.30 pagi semalam.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa, 34, ketika cuba membuka pintu pagar rumah.

"Ketika kejadian mangsa sampai di hadapan rumah dan keluar dari keretanya untuk membuka pintu pagar. Kemudian datang tiga lelaki yang menaiki motosikal dan telah menyamun mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata salah seorang daripada suspek telah memasuki kereta mangsa dan mengambil wang tunai RM3,000 yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan manakala seorang lagi merampas jam tangan dan beg duit mangsa sebelum melarikan diri.

Katanya, mangsa bagaimanapun tidak dicederakan, dan dia membuat laporan polis pada 2.45 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. - Bernama

Lelaki terkejut jumpa plastik berisi mayat bayi di belakang rumah

Posted: 18 Jul 2011 01:40 AM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

KAJANG: Seorang lelaki yang ingin meracun rumput di belakang rumahnya tergamam apabila menjumpai bungkusan plastik mengandungi mayat bayi berulat dalam kejadian di Kampung Sungai Ramal Baru, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.52 pagi itu, lelaki berkenaan melalui kawasan belakang rumahnya dan pelik apabila terhidu bau busuk yang datang dari bungkusan plastik yang terletak berhampiran pintu belakang rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, sejurus menemui bungkusan mengandungi mayat bayi itu, lelaki terbabit terus menghubungi polis.

"Beberapa minit kemudian sepasukan anggota polis tiba di tempat kejadian dan mengesahkan bungkusan berkenaan mengandungi mayat bayi.

"Mayat bayi lengkap bertali pusat itu dipercayai ditinggalkan di belakang rumah berkenaan kira-kira lima hari lalu sebelum dijumpai," katanya.

Rashid berkata, mayat bayi malang terbabit kini dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi dan jika sabit kesalahan, hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

my metro/-

Keluarga Baharuddin Terus Gesa Prosiding Khas Siasat Kematian Allahyarham

Posted: 18 Jul 2011 01:25 AM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 18 JULAI : Keluarga dan pimpinan Pakatan Rakyat terus mendesak agar satu prosiding khas atau siasatan dilakukan kerajaan berhubung kematian peserta Bersih 2.0, Baharuddin Ahmad dilakukan dengan segera.

Peguam keluarga Baharuddin, Ahmad Jufliz Faiza menyatakan satu laporan Polis telah dibuat oleh keluarga mangsa semalam bagi mendesak kenyataan mengenai kematian Allahyarham tidak dimainkan oleh pihak tertentu tanpa kebenaran dan pengetahuan keluarga.

"Kami memohon dan berharap agar saksi-saksi yang berada dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada hari itu sehingga menyebabkan kematian beliau tampil menolong kami.

"Kami telah membuat laporan polis semalam dan memohon agar satu prosiding khas bagi satu siasatan mengenai kematian beliau dibuat dalam masa tujuh hari dari tarikh laporan dibuat," terang Jufliz dalam sidang media di sini hari ini.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani post mortem.

Sehingga kini, laporan post mortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tanda tanya kepada keluarga kerana laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya

Polis telahpun membuat kenyataan bahawa mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

Setakat ini, keluarganya hanya menerima surat kebenaran membawa keluar jenazah untuk dikebumikan, namun masih belum menyatakan sebab kematian kerana masih menunggu hasil ujian makmal.

"Kami amat hairan kami tidak dibekalkan laporan rasmi awal post mortem tersebut tetapi pihak lain boleh membuat beberapa kenyataan rasmi terhadap kematian beliau tanpa persetujuan rasmi kami," kata beliau lagi.

Lebih malang lagi, beliau yang turut ditemani oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Dr Tan Seng Giaw dan Pengerusi Biro Displin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong menyatakan, sehingga kini pimpinan kerajaan Umno-BN dan polis seolah-olah langsung tiada sensitiviti terhadap kematian Baharuddin.

"Amat menyedihkan sehingga hari ini, tidak ada sepatah pun perkataan takziah kami terima dari pihak polis mahupun kerajaan. Ini menunjukkan tiada langsung sensitiviti mereka ke atas kematian arwah Baharuddin Ahmad. Sebaliknya kami terharu, hampir semua pemimpin Bersih, NGO dan pemimpin PR telah meluangkan masa walaupun dengan jadual ketat telah datang ke rumah kami mengucapkan takziah," kata beliau.

tv selangor/-

Facebook: Lebih 200,000 mahu Najib letak jawatan

Posted: 18 Jul 2011 01:21 AM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Kumpulan rakyat yang majoritinya "majoriti senyap" terus menyatakan pendirian mereka mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Desakan dizahirkan mereka pada laman peminat Facebook yang bertajuk '100,000 Rakyat meminta Najib Tun Razak meletak jawatan' (100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation) yang kini sudah mencecah 202,020 peminat sehingga jam 2.07 petang tadi.

Ketika Harakahdaily membuat liputan perkara ini Julai 11 yang lalu, jumlah peminat telah pun mencecah angka 119,000.

Angka peminat Facebook terus meningkat apabila kerajaan Barisan Nasional meneruskan tindakan mereka memperlekehkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Selepas seminggu, hari ini peminat telah meningkat lebih daripada 80,000 kepada angka 202,020 seperti yang tertera di gambar.

Peminat Facebook yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama, menulis komen menyeru Najib untuk meletak jawatan ekoran tindakan tidak bertamadun polis dan kerajaan Barisan Nasional dalam menangani perhimpunan aman rakyat itu.

Antara komen itu berbunyi :

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun,
Sembah Patik Harap DiAmpun,
Khabar Buruk Patik Sembahkan,
Harap Diteliti Dimurka Jangan.

Perdana Menteri menjadi kebencian,
Pasukan Diraja menjadi cacian,
Rakyat mahukan keharmonian dan keadilan,
Mohon Tuanku Terajui Pemerintahan.

Seorang lagi peminat pula berkata tujuan beliau menyokong laman Facebook tersebut adalah untuk memberitahu Najib bahawa rakyat yang tidak dapat menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 bukan bermaksud mereka tidak menyokong agenda yang dibawa Bersih 2.0.

"Beliau (Najib) berkata ramai rakyat tidak menyertai Bersih 2.0 kerana mereka tidak menghiraukan Bersih 2.0. Sini untuk bagi tahu beliau, tak menyertai tidak bermaksud tidak menyokong," tulis beliau.

Disebabkan populariti laman tersebut, ramai peminat juga mewujudkan laman-laman lain untuk menuntut perletakan jawatan pemimpin Barisan Nasional yang lain yang lantang mengutuk perhimpunan Bersih 2.0.

Di antaranya ialah laman peminat menuntuk perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dan juga Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang kesemuanya mengkritik Bersih 2.0 di samping membela polis yang menggunakan kekerasan melampau terhadap para peserta himpunan.

Namun begitu, ketiga-tiga laman tersebut hambar sambutannya jika dibandingkan dengan laman menuntut perletakan jawatan Najib.

Yang paling tinggi hanyalah laman menuntut perletakan jawatan Hishamuddin, itupun hanya dapat mencapai 8 peratus atau 16,244 peminat saja daripada apa yang diterima oleh sepupunya.

Sementara itu, ada pihak yang menamakan dirinya Patriot telah membuka satu laman Facebook menyokong Najib untuk melawan popularati Facebook mendesak peletakan jawatan Najib..

Akan tetapi, sambutannya amat hambar, dengan setakat ini hanya mendapat 9,590 peminat atau 5 peratus sahaja daripada lawan mereka.

harakahdaily/-

Tiada PRK Parlimen Titiwangsa - SPR

Posted: 18 Jul 2011 01:00 AM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA: Tidak ada pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan biarpun berlaku kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa ekoran kematian penyandangnya, Dr Lo' Lo' Ghazali pada malam Ahad.

Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak ada keperluaan bagi suruhanjaya itu mengadakan PRK bagi kerusi Parlimen Titiwangsa kerana penggal Parlimen ke-12 telah mencapai tempoh mandat tiga tahun pada 28 April lalu.

"Ya, memang tidak perlu diadakan pilihan raya kecil walaupun berlaku kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa.

"Ia sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa ekoran kematian Dr Lo' Lo' akibat penyakit kanser paru-paru di Hospital Selayang pada Ahad.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo' Lo' menewaskan calon BN, Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata tarikh 28 April ialah hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April 2013.

Bagaiamanapun, Wan Ahmad berkata tempoh akhir bagi mengadakan PRK untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas.

mStar/-

Wanita India dahului senarai golongan paling tertekan di dunia, wanita Malaysia di tangga ke-16

Posted: 18 Jul 2011 12:45 AM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

NEW YORK - Wanita India mendahului senarai golongan paling tertekan di dunia manakala wanita Malaysia berada pada kedudukan ke-16, menurut satu kaji selidik baru-baru ini mengenai tahap tekanan perasaan yang dihadapi wanita.

Wanita di India hidup dan bekerja dalam suasana penuh tekanan, menurut kaji selidik terbaru yang disediakan oleh syarikat media dan maklumat Nielsen. Kajian itu menyelidiki corak membeli dan tingkah laku sosial wanita-wanita di seluruh dunia.

Kaji selidik yang dijalankan di 20 negara membangun dan ekonomi yang baru muncul di dunia, mendedahkan bahawa wanita di seluruh dunia berasa tertekan dengan wanita di negara-negara yang dikatakan baru muncul berdepan dengan tekanan yang hebat berbanding wanita di negara-negara maju.

Wanita India adalah golongan paling tertekan (87 peratus), diikuti oleh Mexico (74 peratus) dan wanita Rusia (69 peratus). Di negara-negara maju, tahap tekanan perasaan tertnggi dihadapi wanita Sepanyol (66 peratus), Perancis (65 peratus) dan Itali (64 peratus).

Wanita Malaysia (44 peratus) berada pada kedudukan ke-16 dengan wanita di Thailand (45 peratus) berada pada tempat ke-15 dengan Korea Selatan (45 peratus). Wanita Asia lain iaitu Jepun (52 peratus) berada pada kedudukan ke-12 dan wanita di tanah besar China (51 peratus) pada kedudukan ke-13.

Menurut "Economic Times" India, antara sebab tahap tekanan tinggi yang dihadapi wanita di negara-negara perindustrian baru (NIC) boleh dianggap sebagai contoh, sejak kebelakangan ini sektor korporat dan pekerjaan di India telah berkembang pesat sedangkan corak peranan tradisional masyarakatnya tidak berubah.

Wanita kerap berhempas pulas dengan norma-norma tradisional dan peranan mereka di zaman moden.

Walaupun wanita di seluruh dunia perlu menjalankan peranan yang berbeza, faktor penentu bagi tahap tekanan yang tinggi yang dihadapi itu disebabkan kekurangan wang, menurut satu ulasan yang dibuat oleh wanita dalam pasaran negara yang berkembang.

Satu sikap yang khusus mengenai wanita India ialah walaupun mereka mempunyai tekanan yang maksimum, mereka membelanjakan wang untuk diri sendiri berbanding di negara-negara lain. Lebih dua pertiga wanita India mengaku mereka membeli produk kecantikan sedangkan 96 peratus menyebut bahawa mereka banyak berbelanja untuk pakaian.- Bernama

60,000 PATI Dijangka Didaftar Di Sandakan

Posted: 18 Jul 2011 12:30 AM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

SANDAKAN: Pejabat Imigresen di sini menyasarkan untuk mendaftarkan 60,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) pada program pendaftaran di bawah 5P yang bermula hari ini hingga 1 Ogos.

Ketuanya Jaimin Sumpit berkata kebanyakan mereka adalah pekerja dari sektor perladangan dan pertanian di sekitar daerah ini, Kinabatangan dan Beluran.

Sabah hanya melaksanakan lima perkara daripada Program 6P dan tidak melaksanakan proses pemutihan yang telah dilaksanakan pada 1997, 1998, 2008 dan 2009.

Jaimin berkata jumlah itu adalah termasuk tanggungan Pati iaitu isteri dan anak-anak mereka yang akan mengambil peluang pendaftaran di bawah 5P itu yang membolehkan mereka tidak diambil sebarang tindakan dan pulang ke negara mereka secara sukarela.

Menurutnya kategori Pati yang boleh mendaftar dalam program berkenaan ialah warga asing yang memasuki negara ini secara tidak sah, tinggal melebihi tempoh pas, melanggar syarat-syarat pas dan juga mereka yang dikeluarkan pasport oleh kedutaan masing-masing.

"Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga asing yang datang mendaftar di bawah program 5P itu yang dibuat serentak di lapan daerah lain di negeri ini," katanya ketika ditemui pada program pendaftaran itu bagi daerah Sandakan di Dewan Sibuga Batu 5 dekat sini, Isnin.

Lapan lagi pusat pendaftaran 5P itu ialah di Dewan Masyarakat Kudat, Dewan Masyarakat Menggatal (untuk Kota Kinabalu), Dewan Masyarakat Ranau, Dewan Masyarakat Keningau, Dewan Masyarakat Sipitang, Dewan Masyarakat Tawau, Dewan Masyarakat Lahad Datu dan Balai Seni Inabah, Semporna.

Jaimin berkata majikan dan mana-mana pihak yang terlibat mengaji Pati diminta mengambil peluang mendaftar pekerja mereka dalam program itu kerana tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap mereka.

Beliau berkata ketika program 5P itu dilaksanakan, semua Pati turut didaftarkan ke dalam sistem biometrik yang akan membolehkan pihaknya mengesan jika mereka masuk semula bekerja di negeri ini.

Masa pendaftaran program itu bermula 8 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat, manakala Sabtu dan Ahad, waktu pendaftaran dibuka bermula 8 pagi hingga 1 petang.-BERNAMA

Nazri: Terpulang pada SPR untuk babitkan wakil NGO

Posted: 18 Jul 2011 12:25 AM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sedia menerima sebarang cadangan daripada pelbagai pihak termasuk membabitkan perwakilan NGO bagi menambah-baik kecekapannya demi mengelakkan kebimbangan sistem pilihan raya itu dibawa ke jalanan.

"Kita terbuka dengan mana-mana cadangan tetapi terpulang kepada SPR kerana SPR adalah badan yang bebas," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada sidang akhbarnya hari ini.

"Jika ia adalah okay dengan mereka, maka mereka (SPR) boleh berunding dengan kerajaan. Seperti mereka (NGO berkenaan) berjanji, tidak akan ada lagi demonstrasi jalanan."

Ribuan rakyat turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini dan mendakwa proses pengundian sekarang bukan sahaja tidak telus tetapi ada kalanya ditipu.

Perhimpunan BERSIH 2.0 itu dianggotai gabungan 62 NGO yang mahu pilihan raya yang bersih dan adil.

Bagaimanapun kerajaan bertindak tegas dengan menghambat bukan sahaja penganjur perhimpunan itu tetapi juga penyokongnya. Ramai yang ditangkap dan tidak kurang pula yang mengadu polis mengasari mereka semasa hari perhimpunan itu.

malaysiakini/-

Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan

Posted: 18 Jul 2011 12:00 AM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

"Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

"Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik," katanya.
Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

Sementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya.

MALAYSIAKINI/-

Presiden PAS disambut meriah di Miri

Posted: 17 Jul 2011 11:51 PM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

MIRI, 18 Julai: Baru-baru ini Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah melancarkan Dana Pilihanraya PAS Miri di Hotel Parkcity, Miri.

Pelancaran itu dibuat semapena majlis makan malam yang juga dihadiri oleh rakan pakatan dari PKR, DAP dan juga Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri.

Kehadiran yang ramai itu menunjukkan semangat setiakawan dalam Pakatan rakyat di Sarawak.

Terdahulu, pada sebelah pagi beliau juga berkesempatan berjumpa dengan masyarakat Cina di bandar Miri. Sambutan sangat mengalakan.

Kedatangan Presiden PAS sangat dialu-alukan oleh penduduk Miri di mana pada sebelah petangnya beliau sempat membuat lawatan ke kampong setinggan di Pujut 3.

Dengan kedatangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke Miri telah menyemarakkan lagi semangat ahli serta penyokong PAS untuk bekerja dengan lebih kuat lagi untuk menawan Miri pada pilihanraya umum nanti.

Inilah lawatan pertama Tuan Guru ke Miri setelah dilantik semula sebagai Presiden PAS pada muktamar yang lalu.

Konsep PAS Untuk Semua dan menuju ke arah Negara Berkebajikan telah di mulakan di Miri Sarawak di mana presiden PAS juga ada buat lawatan di kampong-kampung yang majoritinya penduduk bukan Islam dan orang tempatan seperti masyarakat Melayu, Iban, Kenyah, Kayan, Penan dan Orang Ulu.

harakahdaily/-

Tujuh cedera akibat serangan Israel di Gaza

Posted: 17 Jul 2011 11:30 PM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

BEBERAPA penduduk memeriksa lokasi serangan Israel di Beit Hanoun, Gaza semalam.

BANDAR GAZA - Tujuh orang cedera di Gaza semalam apabila Israel melancarkan satu serangan udara, kata sumber-sumber perubatan Palestin.

Namun, Israel menafikan ia melakukan satu serangan udara.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan yang dikendalikan Hamas, Adham Abu Selmiya berkata, empat kanak-kanak dan tiga orang dewasa cedera dalam serangan itu di Beit Hanun.

Bagaimanapun, seorang jurucakap Pasukan Pertahanan Israel memberitahu, tiada aktiviti tentera rejim Zionis di Gaza pada malam dan awal pagi semalam.

Laporan itu disiarkan beberapa hari selepas roket dilancarkan dari Gaza di selatan Israel.

Menurut tentera Israel, empat serangan roket dilancarkan ke wilayah Yahudi pada minggu lalu.

Kebangkitan serangan itu berlaku selepas berbulan-bulan suasana tenang wujud di Palestin.

Sebelum ini ketegangan berlaku pada April lalu apabila sebuah peluru berpandu antikereta kebal dilancarkan dari Gaza dan mengenai sebuah bas sekolah menyebabkan seorang penduduk Israel terbunuh.

Israel kemudian membalas serangan itu dengan melancarkan satu siri serangan udara yang menyebabkan 19 penduduk Palestin terbunuh. - AFP


Pemimpin utama PSM mahu jumpa Hishamuddin

Posted: 17 Jul 2011 11:12 PM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

Pemimpin kanan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menuntut pihak kementerian dalam negeri berunding dengan mereka bagi membebaskan enam rakan mereka yang masih ditahan mengikut Ordinan Darurat.

"Jika Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein boleh berjumpa dengan orang di sebalik protes kepala lembu, beliau seharusnya tidak ada masalah berjumpa dengan perwakilan parti politik yang sah," kata setiausaha agung PSM S Arutchelvam.

Perwakilan parti itu yang terdiri daripada 12 anggota diketuai pengerusinya Dr Nasir Hashim yang tiba pada jam 11 pagi.

Meskipun telah menyatakan hasrat untuk berjumpa sebelum ini, namun perwakilan PSM diminta menunggu kerana pegawai khas Hishamuddin sedang bermesyuarat manakala menteri itu sedang berada di luar negara.

Arutchelvam dan Nasir mengakui bahawa parti itu berpendirian kiri dan sosialis, namun ia adalah parti yang sah serta tidak melakukan apa-apa kesalahan kecuali memperjuangkan hak rakyat dianggap satu jenayah pada kaca mata kerajaan.

"Bebaskan mereka atau dakwa mereka di mahkamah. Jangan biarkan rakan kami dibiarkan sebegitu," kata Nasir.

Enam aktivis PSM yang ditahan tanpa sebarang hak perbicaraan itu, termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar.

Mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua di Kepala Batas, Pulau Pinang yang didakwa cuba menyebarkan ideologi komunis dan melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Rakan-rakan mereka yang lain telah dibebaskan mengikut jaminan polis.

malaysiakini/

BN merasakan kerajaannya terancam, kata Marina

Posted: 17 Jul 2011 09:30 PM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,
Datuk Paduka Marina Mahathir.

"Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

"Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

"Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya," kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Pada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

"Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

"Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog," kata Marina.

malaysiakini/-

Hanya negara komunis tak benar demonstrasi

Posted: 17 Jul 2011 09:00 PM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, seluruh negara yang mengamalkan demokrasi moden mengizinkan rakyatnya meluahkan perasaan kepada kerajaan.

Ia bukan sahaja melalui wakil rakyat di parlimen, malah melalui media dan juga demonstrasi aman.

"Kerajaan bertanggungjawab melalui polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan jalan raya dan peserta demonstrasi. Ini berlaku di seluruh dunia.

"Yang tak benar demonstrasi ini hanya negara komunis sahaja, kalau demonstrasi dia tangkap" katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di sebuah hotel di Ampang, semalam.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata demikian sebagai membidas tindakan kerajaan yang menyifatkan himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai himpunan haram.

Malah lebih teruk dari itu, pihak keselamatan menggunakan kekerasan semasa menangani peserta himpunan itu sehingga ramai yang cedera dan salah seorang darinya meninggal dunia.

Sementara itu, mengulas impak himpunan yang disertai lebih 50, 000 rakyat itu, presiden PAS itu berkata ianya telah berjaya menyedarkan seluruh rakyat Malaysia berhubung kepincangan sistem pilihan raya negara.

Kejayaan itu jelasnya dapat di lihat dari awal apabila penyertaan begitu besar dalam himpunan itu yang hadir dari seluruh negara biarpun pihak kerajaan menggunakan pelbagai cara bagi menghalang himpunan tersebut daripada berlangsung.

"Alhamdulillah, kita dapat respon positif dari masyarakat yang bermaklumat.

"Follow up kita diseluruh negara, melalui ceramah-ceramah kita mendapat sambutan yang sangat hebat," katanya.

harakahdaily/-

Manusia Terumbu Karang

Posted: 17 Jul 2011 08:30 PM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

Seorang lelaki yang digelar manusia terumbu karang akibat ketumbuhan yang muncul di seluruh tubuhnya, telah sembuh.

Lin Tianzhuan tidak boleh menggerakkan tangan dan kakinya berkata keadaan "mengerikan" itu membuatnya merasa seperti dia berubah menjadi batu.

Orang-orang akan berteriak ketakutan bila melihatnya, tambah Lin, 38 tahun, berasal dari Shuimen di selatan China.

Lin mengasingkan diri, bersembunyi di rumah keluarga selepas dia dijauhi oleh teman-teman dan jiran tetangga.

Dia mula melihat ketumbuhan yang keras pada tangan dan kaki semasa berusia 13 tahun.

Dia berkata: "Mereka tumbuh dan tumbuh memenuhi lengan dan kaki, punggung dan bahkan kepala. Seolah-olah saya akan bertukar menjadi batu dan itu mengerikan."

"Secara berperingkat ketumbuhan menjadi lebih tebal dan lebih tebal dan saya tak boleh lagi membengkok lengan atau kaki saya. Ini sangat menakutkan."

Kini, setelah setahun mendapat perubatan serta pembedahan oleh doktor dari sebuah klinik kulit khusus, dia hanya mempunyai beberapa kesan parut pada kulit.

Naib presiden Hospital Pencegahan Dermatosis Fuzhou, Dr Liu Yinghong berkata: "Dia mungkin masih perlu beberapa rawatan radioterapi, tetapi dia telah membuat kemajuan yang sangat baik." - The Sun

Allahyarhamah Dr Lo'Lo selamat dikebumikan

Posted: 17 Jul 2011 08:22 PM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 18 JULAI : Jenazah Allahyarhamah Dr Lo'Lo Mohd Ghazali selamat disemadikan kira-kira jam 11 pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi memimpin solat jenazah bersama-sama 500 jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.

Turut kelihatan hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.

Jenazah dikebumikan di Lorong 9, Tanah Perkuburan Datuk Keramat.

Peserta demo: Saya tidak bawa pisau

Posted: 17 Jul 2011 08:17 PM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

Abdul Razak Endut yang dilabelkan oleh akhbar arus perdana sebagai seorang peserta ganas pehimpunan BERSIH 2.0 tampil membuat penjelasan pada ceramah PAS di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Katanya, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang didakwa oleh akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu. Abdul Razak juga menafikan beliau membaling batu ke arah polis.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat katanya.

Abdul Razak atau terkenal dengan nama Ajak adalah anggota Unit Amal PAS - pasukan sukarelawan yang ditubuhkan bagi mengawal orang ramai pada perhimpunan 9 Julai lalu berhampiran bangunan Maybank.

Akhbar Berita Minggu pada 10 Julai menyiarkan gambarnya dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis".

Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Berpakaian baju dan penutup mulut yang sama, Abdul Razak membuka lilitan kain hitam dan mendedahkan wajahnya sambil mendapat tepukan gemuruh mereka yang hadir.
Perisai manusia

Katanya, beliau menyertai rakan-rakannya membentuk perisai manusia bagi menghalang polis bergerak ke arah orang ramai yang cuba berhimpun secara aman.

"Bagaimanapun, FRU membawa meriam adil dan menembak ke arah kami. Apa yang patut saya buat untuk menghalang trak FRU? Saya minta bendera (Malaysia) daripada seorang peserta dan dia bagi saya. Saya kemudian berdfiri di hadapan dan disembur meriam air FRU.

"Harapan saya... peserta ini adalah rakyat Malaysia, orang kita sendiri, mengapa polis lakukan ini," katanya dengan emosional.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara)," katanya.

Pada 12 Julai lalu Pemuda PKR Pulau Pinang mendakwa gambar itu dipalsukan.

malaysiakini/-

Kanser Servik

Posted: 17 Jul 2011 08:00 PM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

• Disebut juga sebagai Barah Rahim. Ia adalah diantara barah yang kerap terjadi terhadap wanita, dimana ia menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.
• Kanser servik merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
• Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
• 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
• 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Penyebab

Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.

Faktor kemungkinan untuk terkena kanser servik

• Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
• Mempunyai pasangan seks yang berbilang
• Mengandung lebih dari 5 kali
• Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)

• Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
• Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
• Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Tanda dan gejala

• Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
• Perdarahan yang banyak
• Perdarahan yang berpanjangan
• Perdarahan di antara haid
• Kehadiran darah beku
• Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
• Sakit semasa hubungan seksual
• Perdarahan dari vagina selepas putus haid
• Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
• Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj

Pemeriksaan mengesan kanser servik & Cara mencegah

Cegah Kanser Servik

Pemeriksaan mengesan kanser servik

1.Ujian Pap
Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar kemakmal . Ujian ini akan mengesan sebarang ketidaknormalan pada cerviks seperti sel pra-barah. Digalakan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesn kanser peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.

2.Ujian HPV
Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan utama kanser pangkal rahim.

3.Colposcopy
Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah sudah merebak lebih dalam.

4.Rawatan
Rawatan bergantung kepada keterukkan kanser tersebut dan sejauh mana ia sudah merebak. Sekiranya diperingkat awal pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak keorgan organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.

Cara mencegah

• Amalkan cara hidup yang sihat.
• Lakukan ujian pap smear setiap.
• Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
• Elakkan hubungan seks pada usia muda
• Tidak merokok
• Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
• Suntikan Vaksin

Vaksin terhadap HPV

Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.
Vaksin boleh didapati dimana-mana klinik GP atau klinik pakar berdekatan.

Ujian Pap Smear

Merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik. Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian. Tidak perlu ubat atau bius dan mengambil masa beberapa minit sahaja.

atieserina

Nak lindung KAK ROS... 3 jam system komputer kastam 'down'...!!

Posted: 17 Jul 2011 07:45 PM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

Sejak kali pertama sebahagian bukti mengenai belian RM24.45 j itu didedahkan bukan sedikit puak-puak pengampu Imelda Rosmah muncul untuk membuat pembelaan.

Antara pembelaan 'segera' yang dihamburkan ialah
gambar screen komputer itu kononya palsu dan dah diubah suai

A. Krishnan tidak wujud

tidak ada belian semahal RM24.45 j

Namun apabila SAMM tampil membuat laporan SPRM dan SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, ini telah membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu. Maka 'pengampu' terpaksa memasuki episod baru membuat pembelaan mengampu untuk membuktikan mereka membuat kerja.

Kita juga harus faham bukan sedikit yang dilaburkan oleh regim atau bagi pihak regim dalam memenangi perang cyber ini.

SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja. Nampak sangat SPRM tidak membuat kerja rumah dengan betul. Memang menurut undang - undang yang telah dipinda oleh Najib dalam membentangkan belanjawan belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) tidak lagi dikenakan cukai.

Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu ? Namun sesuatu yang amat berharga diperolehi dari tindakan SPRM ini ialah SPRM membuktikan bahawa data dari sistem kastam mengenai belian RM 24.4 j itu benar wujud dan bukan palsu.

Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah 'down' hampir 3 jam. Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, perbagai 'syarat' dikenakan semuanya dijalankan secara 'manual'.

Satu perkeliling ditampal mengenai perkara ini di papan kenyataan di Kargo, KLIA tetapi hanya beberapa jam dan ditanggalkan kembali mungkin kerana tidak mahu 'arahan rasmi' ini bocor. Ramai kakitangan agen pengurusan kargo marah kerana kerja yang seharusnya boleh selesai dengan mudah tetapi kini susah seperti mahu menyelindungkan sesuatu.

Kami telah menjangkakan sebelum ini pun data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga Imelda Rosmah. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan.

Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bukan sahaja tidak pernah jumpa malah tidak pernah kenal dengan Altantuya, tetapi sehingga kini masih berdiam dengan cabaran YB Saifuddin Nasution Ismail yang mencabar Najib menafikan yang Najib pernah bersama naik satu penerbangan dengan Altantuya.

Kini selepas sistem kastam 'down' hampir 3 jam, semalam muncul pula borang asal (hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat) transaksi membawa masuk belian RM 24.45 j tersebut dan muncul juga kononya borang 2, kastam yang kononya membuktikan belian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas belian itu masuk.

Kononya belian itu hanya untuk pameran belian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura.

Menurut sumber dalaman kita yang meragui mengenai kewujudan borang kedua tersebut menyatakan kalau tengok kat borang 2 Kastam yang muncul selepas sistem kastam 'down', belian tersebut keluar guna hand carry dan borang secara 'manual' keluar ke Singapura.

..cuba lihat betul-betul kenapa FOB tak sama!!! sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang mengikut invoice...mustahil atau tidak barang yg keluar nie barang lain sikit (yg murah sikit).

..lagi satu cuba tgk maklumat asal yg kita dapat no invoice tak sama!!! Nombor daftar ROC Jacob & co pun tak sama!!! Sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula.

Kini mungkinkah mereka sedang bersungguh - sungguh ingin mencari rumah VVIP mana yang akan direkayasa sebagai tempat konon telah diadakan pameran 'sulit' tersebut. Sudah tentu akan disusun tetamu-tetamu sulit untuk membuktikan telah diadakan pameran sulit tersebut.

Kalau tak betul hari pertama lagi Imelda dah muncul nafi. Sekarang ini dijemput Imelda Rosmah tampil untuk menyatakan sepatah dua kata mengenai perkara ini.

Bagaimana pula dengan gelang 'zebra' dan jam 'zebra' yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpulih menjadi duta produk Jacon & co ?

Posted by KedahLaNie

Polis: Boleh pakai baju kuning tanpa logo BERSIH

Posted: 17 Jul 2011 07:30 PM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata tidak salah memakai baju kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang BERSIH.

Katanya, buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.

"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.

"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang BERSIH. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan 'Crime Awareness Team' (CAT) di Dataran Nilai malam tadi.

Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dan timbalannya Datuk Abd Manan Mohd Hassan.

Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.

"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang," katanya.

Mengenai penubuhan CAT, beliau berkata ia adalah program di bawah pencegahan jenayah bagi mengembeleng tenaga golongan muda ke arah membantu polis dalam agenda menurunkan kadar jenayah dan menghapuskan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Katanya kerjasama dan penglibatan golongan muda dalam program masyarakat seperti CAT di bawah kawal selia Jabatan Belia dan Sukan sebagai aktiviti Rakan Muda, membolehkan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah dapat dianjurkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat supaya tampil membantu polis dalam pencegahan jenayah.

MALAYSIAKINI/-

8 Jenis Penyakit yang Boleh Sembuh dengan Berjalan Kaki

Posted: 17 Jul 2011 07:00 PM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -

Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.
1. Serangan Jantung

Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke

Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak

Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan

jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan. Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama di perut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser

Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan.

Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis

Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis

Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi

Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

Published By Fauzie Jasmani @ eiz1004

Tiada ulasan:

Nuffnang