Selasa, 26 Julai 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Wakil SPR kena 'boo' dalam debat dengan Ambiga

Posted: 26 Jul 2011 06:29 AM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

NONEBeliau juga kena 'boo' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara.

"Jangan anggap SPR sebagai musuh," rayunya.

Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk.

NONE"Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersaam anda," katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

Malayskaini/-

SPRM pamerkan bilik soal-siasat bawah tanah

Posted: 26 Jul 2011 02:00 AM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuktikan keseriusan mereka melaksanakan cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan mempamerkan kepada media bilik soal-siasatnya yang baru yang terletak di bahagian bawah tanah di Putrajaya.

Tiga puluh enam bilik soal-siasat seumpama itu yang bernilai kira-kira antara RM140,000 dan RM160,000 setiap satu akan didirikan di seluruh negara bagi membuktikan ketelusan SPRM ketika mencatatakan rakaman daripada saksi dan mereka yang dituduh.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata sistem yang sama diguna-pakai oleh pihak berkuasa anti rasuah di Hong Kong.

"Saksi atau tertuduh akan dibawa ke bilik soal-siasat, di mana kenyataan mereka akan dirakamkan.
"Ia dilengkapi CCTV dan audio yang kemudiannya akan disalin dalam bentuk cakera padat digital (DVD), kamera yang digunakan canggih serta dapat mendengar rakaman percakapan dengan jelas dan terang," kata Mustafar.

Dengan langkah ini, beliau berharap reputasi SPRM sebagai badan pencegah rasuah dapat dipulihkan.

"Sebenarnya, moral kami tetap tinggi di sebalik saranan RCI," kata Mustafar ketika membawa wartawan melihat bilik soal-siasat yang bercorak seperti bunker di paras B1 ibu pejabatnya di Putrajaya.

Katanya, semua pejabat SPRM di seluruh negara akan dilengkapi Bilik Rakaman Bervideo (VIR) menjelang akhir tahun ini untuk merekod percakapan tertuduh, pihak yang disiasat atau saksi.

Menurutnya, fasa pertama pembangunan VIR akan tertumpu kepada bangunan milik SPRM dan seterusnya ke bangunan guna sama, kuarters atau rumah kedai.

Sehubungan itu, katanya semua pegawai SPRM perlu mahir mengendalikan VIR ini dan sehingga kini 56 pegawai SPRM sudah pun menjalani latihan sama ada yang dikendalikan SPRM mahupun latihan yang diberikan oleh pihak berkuasa Hong Kong yang berpengalaman menggunakan VIR.

malaysiakini/-

MPSP: Dari hampir bankrap kepada yang terbaik

Posted: 26 Jul 2011 01:45 AM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

PERMATANG PAUH, 26 Julai: Sebelum ini, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) boleh diibaratkan sebagai 'mayat' kerana terpaksa ditampung selalu oleh kerajaan negeri bagi membantu 'hayat'nya.

Ia boleh dianggap hampir bangkrap. Pernah MPSP kehilangan wang sebanyak 230 juta tanpa dikesan.

Namun, kini dengan dipimpin oleh seorang wanita, Puan Maimunah Shariff, kejayaan demi kejayaan dicapai oleh kerajaan tempatan ini sehingga menjadi kebanggaan kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat.

(KM, Lim Guan Eng, melancarkan Taman Bersih, CCTV dan Gotong royong Online dengan diperhati Maimunah dan Dr Mansor)

Sempena perayaan Haji Majlis ke 37 baru-baru ini, Yang Dipertua MPSP Puan Maimudah Sharif mengumumkan tiga projek besar yang meletakkan pihak berkuasa tempatan ini dikedudukan sekarang.

Pertamanya Pelancaran Taman Bersih iaitu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran permbersihan melalui penglibatan komuniti atau 'Community Engagement' khususnya menjadikan kontraktor yang dilantik lebih proaktif dan bertanggungjawab, menggalakan penyertaan masyarakat di dalam aktikviti bagi kebaikan semua serta melestarikan kehidupan bersih dan teratur.

Keduanya pelancaran CCTV yang diletakan pada 24 lokasi iaitu 8 unit di Seberang Perai Utara, 12 unit di Seberang Perai Tengah dan 4 unit di Seberang Perai Selatan.

Manakala ke tiganya Sistem Gotong Royong Online yang mana MPSP boleh menerima permohonan gotong royong daripada berbagai pihak hanya menerusi laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my.

"Adanya tiga pertambahan baru MPSP itu nanti menjadikan MPSP terus maju dengan lonjakan kualiti dari semua kakitangan MPSP. Sebab itu MPSP memperkenalkan anugerah KAIZEN iaitu istilah dari Jepun yang bermaksud penambahbaikan berterusan kepada sesiapa sahaja yang memberi sumbangan idea kreatif yang mendatangkan impak kepada MPSP, " katanya.

Hadir sama dalam program yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Dato' Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 2, Prof Dr Ramasamy dan Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow.

harakahdaily/-

Nenek digilis dua penyamun

Posted: 26 Jul 2011 01:30 AM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

AMPANG: Seorang nenek patah tulang rusuk kiri selepas digilis tayar motosikal ditunggangi dua lelaki yang cuba menyamun rumahnya di Taman Muda, di sini, Sabtu lalu.

Lelaki terbabit bertindak demikian selepas terkejut apabila mendapati wanita berusia 60-an itu yang baru pulang dari kedai tiba-tiba muncul di rumahnya, kira-kira jam 4 petang.

Bagaimanapun, lelaki terbabit mencuri 10 kepala paip tembaga dan tiga pemutar skru.
Menurut sumber, mangsa yang mengesyaki sesuatu sebaik melihat pintu pagar rumahnya terbuka dan terdapat sebuah motosikal di perkarangan rumahnya cuba melakukan pemeriksaan.

"Ketika itu muncul dua lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh datang dari arah belakang rumah dengan membawa kepala paip dan pemutar skru dianggarkan bernilai RM200.

"Mangsa menegur lelaki terbabit menyebabkan mereka terkejut," katanya.
Beliau berkata, panik selepas melihat mangsa menyebabkan kedua-dua lelaki itu berlari ke arah motosikal dan menghidupkan enjin sebelum melanggar mangsa di hadapan mereka hingga terjatuh.

"Mangsa yang kesakitan menjerit meminta pertolongan menyebabkan lelaki terbabit yang bimbang kejadian itu disedari jiran menggilis kiri badan mangsa yang cuba menghalang laluan mereka.

"Selepas itu kedua-dua lelaki itu melarikan diri dan membiarkan mangsa kesakitan," katanya.

Sumber berkata, mangsa cuba bangun dan masuk ke dalam rumah sebelum menghubungi suaminya yang berada di luar kawasan.
Suami mangsa membawanya ke Hospital Ampang dan membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Harian Metro

Ahli bimbang PSM6 mungkin didera

Posted: 26 Jul 2011 12:55 AM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

Parti Sosialis Malaysia melahirkan kebimbangannya mengenai kemungkinan beberapa pemimpinnya yang ditahan mengikut Odinan Darurat (EO) sejak 2 Julai lalu didera oleh polis.

Sehubungan dengan itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan yang juga bimbang kerana sejak 10 hari lalu keluarga tahanan dinafikan hak melawat mereka, membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi, Ahad lalu.

Keenam-enam yang ditahan itu adalah ahli parlimen Dr D Jeyakumar, M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu.

Menurut afidavit balas yang difailkan polis semasa permohonan habeas corpus bagi membebaskan tahanan berkenaan, keenam-enam mereka ditahan kerana disyaki sebagai 'penggerak utama' perhimpunan BESIH 2.0 dan penahanan mereka adalah penting bagi menjamin ketenteraman awam.

"Keluarga mereka dinafikan hak melawat sejak 15 Julai. Pertama, mereka (polis) menangguhkan lawatan yang dijadualkan pada Jumaat hingga Sabtu tetapi kemudian ia dibatalkan dan ditunda hingga semalam," kata Arutchelvan sambil menambah lawatan itu juga dibatalkan pada minit terakhir.

Beliau berkata kebimbangannya memang berasa kerana keadaan yang sama berlaku apabila Suruhanjaya Hak Asasai Manusia (Suhakam) mahu melawat Sarasvathy awal minggu ini.

"Polis tidak memberikan akses kepada Suhakam kerana Saras dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit dada," kata Arutchelvan, sambil menambah keluarganya tidak diberitahu mengenai perkembangan itu.

"Kami syaki sesuatu berlaku ke atas keenam-enam mereka dan ini sebab mengapa keluarga mereka tidak dibenarkan melawat mereka," katanya.

MALAYSIAKINI/-

Melawan Cabaran Nafsu Dan Syaitan

Posted: 26 Jul 2011 12:40 AM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

Syaitan itu akan sentiasa menjadi musuh manusia:

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).

Iblis berkata: Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."
(7:14-17)

"Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya." (15:39)

Dua dalil di atas menjelaskan kepada kita di mana Syaitan akan menjadi seteru yang sentiasa akan berusaha menghasut anak Adam agar membuat maksiat dan dosa lantas melupakan Tuhan yang mengusai hari pembalasan. Oleh itu, wahai para pemuda, kita perlu tahu bagaimana caranya untuk berhadapan dengan cabaran ini. Berikut adalah saranan Abdullah Naseh Ulwan...

Langkah-langkah melawan Syaitan:

01.Jadikan Syaitan musuh anda

Rujuk ayat al-Quran (35:6)

02.Istiqamah dengan jalan yang lurus

Rujuk ayat al-Quran (6:153)

03.Memohon perlindungan kepada Allah

Rujuk ayat al-Quran (16:98-100)

04.Sentiasa ingat kepada Allah

Rujuk ayat al-Quran (43:36-37

05.Muraqabah

Rujuk ayat al-Quran (7:201)

06.Jauhi orang-orang yang alpa

Rujuk ayat al-Quran (6:68)

Dalam hidup ini, Allah sudah memberi pilihan kepada manusia sama ada mahukan jalan ketakwaan ataupun kekufuran. Oleh itu, terpulang kepada manusia sama ada mahu menjadi orang yang beruntung atau orang yang rugi.

"Kerana keadaan itu tidak mencukupi, (maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)." (76:3)

Bagi orang-orang yang tetap teguh dengan Imannya tatkala godaan nafsu datang menduga, maka bergembiralah dengan janji Allah yang tiada keraguan padanya.

"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya." (79:40-41)

Allah juga sudah menyatakan amarannya kepada orang yang menjadikan nafsu sebagai Tuhannya.

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?" (45:23)

Oleh itu wahai para pemuda, janganlah kita mudah menyerah kalah kepada pujukan nafsu. Buktikan kekuatan hatimu, bukan sekadar tenagamu. Buktikan ia kepada Tuhanmu, bukan sekadar kepada manusia. Dan dengan itu kamu akan menjadi pemuda yang hebat di sisi Allah.

Berikut merupakan saranan Abdullah Naseh Ulwan dalam berhadapan dengan pujukan hawa nafsu...

Cara untuk bebas daripada hawa nafsu:

01.Tingkatkan Iman

Yakin Allah sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui apa yang kita lakukan. Ya! mari kita mengamalkan muraqabah.

02.Isi masa dengan perkara berfaedah

Apabila bersendirian ataupun berangan-angan kosong, Syaitan akan mudah menghasut nafsu.

03.Bersahabat dengan orang-orang yang baik

Sahabat akan mempengaruhi diri seseorang.

Artikel iluvislam.com

PKR: Langkah BN kawal inflasi bebankan keluarga

Posted: 26 Jul 2011 12:30 AM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

Tindakan kerajaan menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi, sebenarnya memberi tekanan dan bebanan khususnya ke atas golongan keluarga yang bekerja, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Menurut beliau kenaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas telah menyebabkan peningkatan kos tambahan sekurang-kurangnya RM50 bagi keluarga yang mempunyai pinjaman perumahan RM280,000. Nilai itu adalah harga purata sebuah rumah kos sederhana di kawasan bandar dan pinggir bandar.

"Dan ditambah dengan kos elektrik yang naik hampir dua kali ganda bagi mereka yang bilnya lebih RM77 sebulan (akibat kenaikkan tarif), kenaikkan harga petrol, kos makanan, kos pendidikan semuanya akan menjadi beban khususnya apabila gaji tidak pula naik," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tindakan Bank Negara untuk menaikkan kadar faedah adalah 'kaedah konvensional' dalam menangani isu inflasi. Justeru, katanya menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengambil tindakan drastik bagi mengurangkan impak kenaikkan kos ke atas rakyat.

Semalam, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata Malaysia perlu menimbangkan langkah lain selain dasar monetari bagi mengekang inflasi.

Menurutnya, kadar inflasi semasa sebanyak 3.5 peratus adalah agak tinggi berikutan harga tenaga dan komoditi yang tinggi.

"Ia menyebabkan harga makanan dan bahan api yang tinggi. Memang betul, ia (inflasi) sangat dirasai kerana kedua-dua perkara itu adalah komponen penting di dalam bakul penggunaan kita," katanya.

Kadar inflasi tahunan Malaysia mencatatkan paras tertinggi dalam 27 bulan pada Jun lalu, iaitu pada 3.5 peratus. Sebelum ini Bank Negara meramalkan purata kadar itu akan berlegar sekitar 2.5 hingga 3.5 peratus tahun ini.

MALAYSIAKINI/-

Penyelia feri mati ditembak dalam rompakan

Posted: 26 Jul 2011 12:00 AM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR 26 Julai – Seorang penyelia syarikat perkhidmatan feri ke Langkawi mati ditembak, dipercayai satu kejadian rompakan, berhampiran rumahnya di Taman Desarina, Kuala Kedah dekat sini malam tadi.

Mangsa Zamzuri Ghazali, 36, ditembak kira-kira 300 meter dari rumahnya sewaktu menunggang motosikal ketika pulang dari Jeti Kuala Kedah untuk ke rumahnya.

Mangsa dipercayai membawa sebuah beg mengandungi wang hasil jualan tiket syarikat tempat dia bekerja.

Jiran mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zam berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 7.45 malam itu, dia bersama dua rakannya berada kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Katanya ketika itu mereka sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah setelah bermain sepak takraw dan azan Maghrib baru selesai berkumandang.

Zam berkata, tiba-tiba dia terdengar tiga das tembakan di hadapan mereka lalu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa terbaring tidak bermaya dan terdapat darah dan kesan tembakan di dada kanan mangsa.

"Sebelum itu saya melihat dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal mengambil beg yang dibawa mangsa lalu memecut laju ke arah Kuala Kedah," katanya ketika ditemui lewat malam tadi.

Zam berkata, dia terus membuat panggilan kecemasan ke Balai Polis Kuala Kedah bagi memaklumkan kejadian itu dan kemudian membawa mangsa ke hospital dengan menggunakan kenderaan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Zamzuri meninggalkan seorang balu berusia 32 tahun dan empat orang anak yang berusia antara tiga hingga sembilan tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - Bernama

Nyawa diragut 6 samseng

Posted: 25 Jul 2011 11:30 PM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

IPOH: Sepuluh tahun lalu, ibu dan adiknya maut ditetak seorang pesakit mental dan kini bapanya turut menemui ajal dengan tragik apabila kepala dan mukanya dihentak dengan kerusi dan batu-bata oleh sekumpulan samseng dalam kejadian Jumaat lalu.

S Yogesh, 21, berkata, ayahnya, S Sunther, 50, bekas anggota polis berpangkat lans koperal dan pernah berkhidmat selama 26 tahun dalam pasukan keselamatan, meninggal dunia kira-kira jam 8.10 malam kelmarin selepas dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, sejak Jumaat lalu.

Menurut Yogesh, ayahnya diserang sekumpulan lelaki kira-kira jam 11.30 malam Jumaat lalu ketika minum di sebuah restoran tidak jauh dari rumah mereka di Taman Desa Pakatan, Pengkalan di sini.

Katanya, ketika minum, sekumpulan enam lelaki tiba-tiba muncul sebelum memukul ayahnya bertubi-tubi dengan kerusi dan batu-bata.

"Ayah sempat melarikan diri sejauh 10 meter, namun ditangkap semula kumpulan samseng itu yang kemudian memukulnya lagi hingga dia tidak sedarkan diri.
Harian Metro

Adab berpuasa dan solat terawih

Posted: 25 Jul 2011 09:30 PM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: "Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?" Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah 'perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: "Saya sedang berpuasa." (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: "Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang."

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan 'wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya.

Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

NAZMI AIDARUS

KELEBIHAN RAMADHAN

Posted: 25 Jul 2011 09:00 PM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).

-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi,

dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Mat Rock

Siri duit syiling baru dikeluarkan tahun depan

Posted: 25 Jul 2011 08:20 PM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baharu bermula tahun depan.

Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.

"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baharu itu di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata yang siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.

Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini.

"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini," kata Zeti.

Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan siri keempat duit kertas baharu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada bulan September.

- Bernama

Kabel Elektrik Putus Halang perkhidmatan Tren Laluan Kuang-Rawang

Posted: 25 Jul 2011 08:00 PM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kesemua perkhidmatan tren yang melalui laluan antara Kuang-Rawang-Kuang, terhalang sejak pukul 1.13 pagi tadi berpunca daripada insiden kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) terputus dan jatuh melintang di laluan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di KM375.721.

Menurut kenyataan KTMB pada Selasa, kabel yang mengalirkan tenaga elektrik 33KV itu menyebabkan beberapa kabel talian atas milik KTMB yang berfungsi untuk membekalkan tenaga elektrik kepada tren KTM Komuter dan ETS turut terputus.

Ekoran insiden itu beberapa perkhidmatan terpaksa dijadualkan semula iaitu:

* Perkhidmatan KTM Komuter laluan Rawang-Sungai Gadut akan bermula dari Stesen Sungai Buloh. Pengguna dari Rawang akan dibawa ke Stesen Sungai Buloh dengan perkhidmatan bas.

* Ekspres Langkawi (Padang Besar-KL Sentral) ditamatkan di Stesen Rawang. Pengguna akan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas ke KL Sentral.

* Ekspres Senandung Mutiara (Butterworth-KL Sentral) ditamatkan di Stesen Rawang. Pengguna akan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas ke KL Sentral.

* Bagi perkhidmatan Ekspres Sinaran Mutiara (KL Sentral-Butterworth), jika laluan terhalang dapat dibebaskan sebelum pukul 8.30 pagi, perkhidmatan ini diteruskan namun jika lewat dari waktu tersebut perkhidmatan akan dibatalkan.

* Perkhidmatan ETS dari Ipoh ditamatkan di Stesen Rawang dan pengguna dipindahkan ke Stesen Sungai Buloh menggunakan bas sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.

* Perkhidmatan ETS dari KL Sentral dan Seremban ditamatkan di Stesen Rawang dan pengguna dipindahkan ke Stesen Sungai Buloh menggunakan bas sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.

* Tiada perkhidmatan KTM Kargo akan melalui kawasan laluan terhalang sehingga laluan bebas.

Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pengalihan dan baik pulih sedang dilakukan dan jangka masa pulih belum dapat dipastikan. Maklumat terkini mengenai insiden itu akan dihebahkan dari masa ke masa.

Bagi perkhidmatan tren yang dibatalkan, pengguna boleh membuat tuntutan semula harga tiket atau membuat penukaran tarikh perjalanan.

KTM Berhad memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862. BERNAMA

Ubi kentang berbentuk seperti wajah Lord Voldermort

Posted: 25 Jul 2011 07:30 PM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

UBI kentang yang kelihatanseperti Lord Voldermort
berkerut.

SOUTHAMPTON, Britain - Seorang peminat filem Harry Potter berusia 49 tahun, Ronie Todd, terkejut apabila menemui ubi kentang ganjil yang menyerupai watak jahat, Lord Voldemort dalam filem tersebut. Kentang pelik itu yang berukuran empat kali ganda lebih besar daripada kentang biasa, diambil di kebun miliknya di sini,

tenggara England. Selepas membasuh kentang tersebut, dia terkejut melihat tanaman tersebut mirip wajah Voldemort, seorang ahli sihir yang dilakonkan oleh aktor, Ralph Fiennes dalam filem Harry Potter.

Menurut Todd, kentang itu mempunyai sepasang mata, hidung dan mulut berkerut seperti Voldermort. "Saya tidak percaya sebaik sahaja menggalinya daripada tanah. Ia sepatutnya sebiji kentang kecil yang sesuai untuk salad dan stik tetapi kentang ini bersaiz gergasi. Ia tidak seperti yang saya lihat sebelum ini," kata Todd. "Kemudian saya melihat ia jelas mirip Voldermort.

Saya pernah menonton filem Harry Potter dan tidak terfikir bahawa wajah penjahat itu akan muncul di kebun saya," tambahnya. - Agensi

Rakyat harap pada siapa untuk tegak keadilan

Posted: 25 Jul 2011 07:00 PM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Kini, rakyat sedang bertanya kepada siapakah yang boleh diharapkan supaya keadilan dapat ditegakkan dalam kes seumpama mendiang Teoh Beng Hock, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, mendiang A Kugan dan yang terkini arwah Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai yang lepas.

"Nak mengadu pada pihak berkuasa, tetapi yang menyiasat juga ialah pihak berkuasa dan perkakas yang tidak berani melawannya," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim bertanya sedemikian sebagai respons kepada kegusaran dan kesedihan yang menimpa keluarga Allahyarham Baharuddin, yang sehingga kini masih tidak mengetahui bagaimana ayah mereka meninggal.

Sebelum ini, polis menegaskan bahawa Allahyarham mati akibat disebabkan serangan jantung tetapi mendakwa tiga tulang rusuk dan gigi Allahyarham yang dilaporkan patah "mungkin" disebabkan oleh rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.

Namun sehingga kini, menurut anaknya Mohd Nasrul, keluarganya masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan Bersih 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu sedangkan pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah.

Bukan itu sahaja, dalam menguatkan hujah mereka, polis telah memaparkan gambar 'Baharuddin' memegang dadanya semasa perhimpunan Bersih 2.0 Julai 9 yang lalu.

Tuan Ibrahim berkata, rakyat kini susah hendak menerima hasil siasatan pihak berkuasa, terutamanya apabila pihak berkuasa yang menerima aduan turut terpalit dalam kes-kes tertentu untuk menghukum mereka sendiri.

"Paling hebat ditubuhkan Suruhanjaya Diraja, sekiranya satu hari nanti Suruhanjaya Diraja juga hilang kewibawaan, maka akan ditubuhkan Suruhanjaya Khas pula, lambat-laun segalanya gagal mendapat kepercayaan rakyat apabila mereka menyedari hakikat yang terang lagi bersuluh bahawa semuanya telah dicemari dengan campur tangan para pemimpin Umno dan Barisan Nasional di belakang takbir," tegas Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Bahkan, kerajaan boleh berusaha untuk mengubah nama institusi-institusi dengan pelbagai nama sekalipun, namun Tuan Ibrahim berkata, hakikatnya semua itu hanyalah perubahan komestik kerana realitinya sistem negara telah punah kerana ia dipimpin oleh Umno Barisan Nasional yang telah punah struktur asasnya.

"Ia tidak lebih umpama bangunan yang telah dimamah anai-anai, walau kelihatan dari luarnya kukuh, sebenarnya ia hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi," sindir beliau.

Kepincangan serius ini, kata beliau menuntut sesuatu tindakan untuk dilakukan segera agar institusi-institusi yang disandar rakyat bagi menuntut keadilan dan hak mereka dapat terus diyakini.

"Untuk itu, PAS mengingatkan rakyat bahawa keadilan hanya dapat diperolehi daripada satu sistem yang adil dengan syarat sistem yang adil tersebut dilaksana oleh pimpinan yang adil.

Diharapkan rakyat sudah bersiap sedia untuk melangkah ke arah perubahan tersebut di PRU ke 13 nanti," seru beliau.

harakahdaily/-

Hosni akan dibicarakan bersama bekas menteri

Posted: 25 Jul 2011 06:00 PM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

KAHERAH - Sebuah mahkamah Mesir memutuskan untuk menggabungkan perbicaraan bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adly dan Hosni Mubarak kerana membunuh hampir 900 penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari.

Kebangkitan rakyat itu berlaku pada Januari dan Februari sehingga mengakibatkan Hosni meletakkan jawatan sebagai presiden pada 11 Februari lalu. Mahkamah itu menetapkan 3 Ogos depan sebagai permulaan perbicaraan tersebut. Enam pembantu Habib juga akan dibicarakan bersama dalam kes berkenaan. - AP

Bersih: Geli hati Rais suruh tengok video polis

Posted: 25 Jul 2011 05:30 PM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Geli hati apabila membaca seruan Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayang oleh Polis Diraja Malaysia.

"Selepas ini mungkin Menteri Penerangan ini akan mencadangkan rakyat Malaysia hanya membaca Utusan Malaysia sahaja, kerana akhbar lain semunya tidak benar," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, saranan Rais di zaman ini untuk memaksa rakyat hanya mempercayai apa yang disiarkan oleh PDRM dan media kerajaan, sama seperti pepatah Arab menyebut "kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda minum air".

"Macam mana beliau yang memegang kementerian ini tidak menyedari zaman revolusi maklumat," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sekarang bukan zaman media yang wujud ketika beliau menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46.

Sekarang, jelasnya ialah zaman lebuh raya maklumat yang begitu pantas.

Beliau berkata, tentu Rais masih ingat ketika isu tengkolok Tengku Razaleigh yang diputar belit oleh media mengatakan Tengku Razaleigh telah murtad kerana memakai lambang salib, sehingga pengundi Melayu telah menolak Parti Semangat 46 beberapa hari dalam pilihan raya tahun 1990.

Katanya lagi, zaman penipuan media yang dimonopoli oleh kerajaan BN sudah berlalu.

"Kita mengharapkan Rais Yatim juga bergerak sealiran dengan zaman sesuai dengan kementerian yang beliau ketuai.

"Jangan dikatakan orang menteri yang jaga mengenai komunikasi tidak bergerak mengikut peredaran zaman," katanya lagi.

harakahdaily/-

Rakyat disuruh berjimat, Pemimpin BN boros berbelanja.

Posted: 25 Jul 2011 04:31 PM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT ADUN TITI SERONG/

SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK


Belum pun rakyat Malaysia hilang lelah dengan kenaikan harga barang rentetan penarikan subsidi sedikit demi sedikit oleh kerajaan Umno-Bn, ditambah pula lagi dengan pelaksaan GST (cukai 6%) terhadap beberapa barang dan juga perkhidmatan, kini rakyat bakal dibebankan semata-mata untuk menyenangkan hati pemimpin Negara yang zalim dan boros dalam perkara yang membazir dan tidak perlu.

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan kononnya TUDM pada ketika ini memiliki 10 buah MiG-29N yang dibeli pada 1990-an dan khidmat jet pejuang buatan Rusia itu di dakwa perlu ditukarkan kepada pesawat yang baru dan lebih canggih .

Saya ingin menjelaskan bahawa18 buah jet pejuang Sukhoi buatan Rusia yang dibeli tidak lama dahulu masih belum panas enjinnya, mengapa perlu ditambah kesengsaraan rakyat dengan perbelanjaan yang bersifat tidak penting dan terlalu mendesak.

Tambahan pula jangan kita lupa pembelian jet Sukhoi tersebut menimbulkan kontraversi sert amat meragukan dimana kerajaan Malaysia membayar 18 buah Sukhoi dengan harga US$900 juta, (US$50 juta sebuah) sedangkan India membeli 40 Sukhoi dengan harga US$1.6 bilion, (US$40 juta sebuah) manakala Vietnam membeli 4 buah Sukhoi dengan harga US$100 juta. (US$25 juta sebuah).

Inilah yang dimaksudkan dengan belanja "atas angin" yang biasa berlaku dalam pentadbiran Umno-Bn yang telah ditentang Pakatan Rakyat sejak sekian lama. Keadaan yang sama berkemungkinan akan berlaku bila hasrat membeli pesawat baru itu ditunaikan dan tentunya sejumlah wang rakyat telah dibazirkan dan mengalir masuk ke poket pihak tertentu.

Pakatan Rakyat sebenarnnya tidak menentang sebarang cadangan yang baik termasuk dalam menyediakan kelengkapan yang canggih untuk pertahan negara, namun kewajaran perbelanjaan untuk perkara yang tidak terdesak mestilah ditangguhkan berbading dengan keperluan rakyat keseluruhannya yang perlu diutamakan terlebih dahulu.

Kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada sektor pembangunan yang lebih signifikan untuk semua lapisan rakyat dan bukannya hanya sibuk untuk mengggunakan wang rakyat untuk perkara yang kurang penting.

Pesawat baru yang dicadangkan untuk dibeli ialah Eurofighter Typhoon iaitu pesawat yang digunakan oleh Negara maju seperti Britain, German dan lain-lain Negara eropah termasuk NATO yang telah melancarkan serangan di Libya dengan pesawat yang sama baru-baru ini.

Kos bagi sesebuah pesawat tersebut mencecah RM3 bilion, iaitu kurang 2 bilion dari kos Menara Warisan cadangan Perdana Menteri yang mendapat tentangan rakyat yang sedar bahawa itu juga bukan keperluan.

Persoalannya adakah wajar kerajaan berpesan supaya rakyat berjimat tetapi kerajaan sendiri tidak mengamalkan sikap bejimat dalam berbelanja.

Hakikatnya rakyat mempunyai kuasa undi untuk membatalkan usaha pembaziran ini, dan mereka boleh menyekat kuasa kerajaan Umno-Bn yang zalim dan membazir pada PRU 13.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Parit Buntar, 26 Julai 2011.

Lelaki melecur teruk, tandas meletup

Posted: 25 Jul 2011 04:17 PM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

QUEENSLAND 25 Julai – Seorang lelaki melecur teruk selepas sebuah tandas mudah alih yang digunanya meletup selepas dia menyalakan rokok di Lapangan Terbang Rockhampton, di sini, hari ini.

Ketika kejadian, mangsa yang merupakan anggota Tentera Udara Diraja Australia sedang menyertai latihan ketenteraan Australia-Amerika Syarikat (AS) itu mengalami melecur teruk di muka, kepala, tangan dan dada.

"Tandas tersebut meletup dan berkemungkinan disebabkan mangsa menyalakan rokok," kata jurucakap Unit Keselamatan Masyarakat. – AFP

Lelaki Jordan potong kemaluan kekasih isteri sehingga mati

Posted: 25 Jul 2011 04:08 PM PDT

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

AMMAN 26 Julai – Seorang lelaki Jordan mengaku membunuh seorang pemuda yang dipercayai kekasih isterinya dengan memotong kemaluan mangsa, kemudian meletakkannya di dalam beg sebelum diserahkan kepada polis, hari ini.

Menurut polis, suspek, 35, melakukan kejadian itu di sebuah bilik hotel di Amman dengan memberi alasan dia mahu menyelesaikan konflik dengan isterinya secara aman.

Sebelum memotong kemaluan mangsa, suspek terlebih dahulu mengikat dan meliwatnya, kemudian menyerah diri kepada polis pada hari yang sama. – AFP

Tiada ulasan:

Nuffnang