Siti Zailah | Home |
TUNJUK PERASAAN DIARAB SAUDI ,SUPAYA WANITA DIBENARKAN MEMANDU KERETA Posted: 15 Jun 2011 08:14 PM PDT DIANTARA ISU HANGAT DIARAB SAUDI SEKARANG IALAH SATU TUNJUK PERASAAN DIJANGKA KAN DIADAKAN DIARAB SAUDI MENUNTUT AGAR WANITA DIBENARKAN MEMANDU KERETA DIARAB SAUDI. ISU INI BERPUNCA APABILA SEORANG WANITA SAUDI BERNAMA MANAL AL SHERIF MEMANDU KERETA DIARAB SAUDI.BELIAU TELAH DITANGKAP KERTANA MELANGGAR UNDANG UNDANG ARAB SAUDI.GAMBARYA MEMANDU DIMASUKAN DALAM FACEBOOK DAN MENDAPAT SOKONGAN DARI RIBUAN RAKAN FACEBOOKNYA.DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT MENYOKONG TUNTUTAN RAKYAT SAUDI AGAR MEMBERI KEBENARAN KEPADA WANITA UNTUK MEMANDU KERETA.KEMAHIRAN MEMANDU ADALAH SATU KEPERLUAN ASAS DALAM SUASANA DUNIA HARI INI.IA TIDAK BERCANGGAH DENGAN ISLAM.ISLAM ADALAH AGAMA SEJAGAT,YANG MEMBERI PELUANG SAMADA LELAKI DAN WANITA MEMANAFAATKAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI YANG ADA UNTUK KEBAIKAN UMMAH. DIARAB SAUDI SETIAP KELUARGA HARUSLAH MEMPUNYAI ANAK LELAKI, ABANG, ADIK LELAKI, DAN SUAMI TENTUNYA, UNTUK MEMANDU KERETA, MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH, ISTERI KE PASAR RAYA, ORANG SAKIT KE HOSPITAL, DAN KEMANA-MANA SAJA, MESTILAH ADA ORANG LELAKI YANG MEMANDU. WANITA DIARAB SAUDI YANG BERKEPERLUAN KELUAR RUMAH DENGAN KERETA, HARUSLAH MENAIKI TEKSI. BAS DI KEBANYAKAN TEMPAT, TAK ADA BAS KHUSUS BAGI PENUMPANG WANITA, HANYA MENGAMBIL PENUMPANG LELAKI, ITU PUN BASNYA MASA'ALLAH, UZUR, KECIL, KOTOR DAN SEBAGAINYA. ORANG KAYA AMBIL PEMANDU LELAKI, GAJI ORANG FILIPINA, BANGLA, INDIA, PAKISTAN, INDONESIA ATAU ORANG AFRIKA JADI PEMANDU, TERMASUK MEMBAWA ANAK ISTERI TUAN RUMAH. MANAL MEMBERI ALASAN YANG BANYAK, DIANTARANYA KALAU PEMANDU KENA SAKIT JANTUNG, ATAU KETIKA ADA KECEMASAN LAIN SEDANGKAN TAK ADA ORANG LELAKI, SIAPA YANG HENDAK MEMANDU ? MEMANG SEBENARNYA ISU INI TELAH LAMA JUGA DIBANGKITKAN DI ARAB SAUDI. WANITA-WANITA BERTANYA JUGA, KALAU MEREKA TAK BOLEH BERCAMPUR DENGAN LELAKI MENGIKUT ADAT TRADISI MEREKA SELAMA INI, APAKAH PULA HALNYA WANITA, IAITU SEORANG ISTERI, ATAU ANAK GADIS, BERSEORANGAN DENGAN PEMANDU LELAKI DALAM KERETA, KE SANA KE MARI BERDUA-DUAN SAJA? TAK SALAHKAH BEGITU? KERANA WANITA TIDAK DIBENARKAN MEMANDU JUGA, KADANG-KADANG TERDAPAT ANAK-ANAK LELAKI YANG BELUM CUKUP UMUR MEMANDU KERETA, MENGHANTAR ADIK ATAU KAKAKNYA KE SEKOLAH, KADANG-KADANG MENGHANTAR EMAKNYA KE HOSPITAL, TANPA LESEN MEMANDU KERANA DIA MASIH KECIL, TETAPI MEMANDU LEBEH LAJU LAGI DARI ORANG YANG ADA LESEN, SANGAT MERBAHAYA. DMPP MEMOHON AGAR TUNTUTAN WANITA SAUDI INI DIPERTIMBANG OLEH KERAJAAN ARAB SAUDI |
You are subscribed to email updates from Siti Zailah | Home To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan