Isnin, 13 Jun 2011

Siti Zailah | Home

Siti Zailah | Home


SOALAN KAK LAH BERKAITAN ISU BAHAN HARAM DALAM RAMUAN PEMBUAT ROTI

Posted: 12 Jun 2011 10:05 PM PDT

YB SEN MEJAR JEN DATO JAMIL KHIR ,MENTERI DIJABATAN PERDANA MENTERI MENYATAKAN BAHAWA KERAJAAN MENGGALAKKAN UMAT ISLAM DINEGARA INI MEMILIH PRODUK MAKANAN YANG MEMILIKI LOGO HALAL YG DIKELUARKAN OLEH JAKIM DAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI BAGI MEMANTAU PRODUK DAN PREMIS YNG MEMOHON ATAU MENYALAHGUNAKAN SIJIL HALAL MALAYSIA.HAL INI KERANA PADA MASA SEKARANG TIADA UNDANG UNDANG YANG MEWAJIBKAN SEMUA PRODUK DAN PREMIS MEMOHON SIJIL HALAL.
RANG UNDANG UNDANG PERIHAL DAGANGAN 2011 YG TELAH DIGUBAL MENGGANTIKAN AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972 AKAN MEMBERI KUASA KEPADA JAKIM DAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SEBAGAI PEHAK BERKUASA BERWIBAWA UNTUK MENGELUARKAN SIJIL DAN LOGO HALAL,AKAN MENYEBABKAN PENGUNA LEBIH DILINDUNGI BILA LULUS AKTA TERSEBUT DIDEWAN RAKYAT .

GAGASAN MENGANGKAT MARTABAT WANITA MALAYSIA

Posted: 12 Jun 2011 08:35 PM PDT

DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT INGIN MENGEMUKAKAN SATU GAGASAN ATAU VISI UNTUK MENYELAMATKAN MASYARAKAT MALAYSIA DARI KEMELUT KERUNTUHAN AKHLAK DAN INSTITUSI SOSIAL DALAM NEGARA YANG SEMAKIN TENAT SEBAGAI SATU PILIHAN UNTUK MUSLIMAT DAN WANITA MALAYSIA.

Allah berfirman dalam Surah Al-Zaariyaat ayat 56 yang bermaksud:

*Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.*

Sesungguhnya setiap manusia dilahirkan untuk menjadi mengabdikan diri kepada
Allah swt. Apa pun kedudukan mereka di kalangan masyarakat, mereka tidak
lepas dari menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Ini termasuklah
mereka yang diberi amanah kepimpinan. Justeru itu, realiti jawatan bukan
perkara yang harus dibanggakan kerana di dalam Islam, mereka yang diberi
amanah memimpin merupakan orang yang paling berat tanggungannya di hadapan
Allah kelak.

Rasulullah s.a.w berkata,

*Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan
tentang kepimpinannya. *

*Hadis Muttafaq 'alaih*

Setiap individu mempunyai peranannya masing-masing. Setiap peranan dan
amanah walaupun kecil tetap akan dihitung di mahkamah Allah kelak. Oleh
itu, marilah sama-sama kita melunasi amanah ini dengan penuh keikhlasan dan
itqan.

*Mengangkat martabat wanita *

Golongan wanita pada kurun-kurun terdahulu sering dipandang rendah dan
dipergunakan untuk kepentingan kaum lelaki. Para ibubapa juga tidak
gembira bila menerima anak perempuan. Mereka lebih gembira menerima anak
lelaki. Pernah berlaku dalam sejarah Arab jahiliyah, anak perempuan ditanam
hidup-hidup. Manakala perempuan yang muda belia dijadikan alat hiburan
untuk memuaskan nafsu kaum lelaki sahaja. Mereka juga tidak mempunyai hak
memiliki harta, tidak dihormati, tidak diberi tanggungjawab memimpin
keluarga bersama suami dan sebagainya lagi. Ringkasnya, kaum wanita dahulu
dianggap warga kelas kedua; berdiri tidak sama tinggi dengan lelaki, duduk
pula lebih rendah dari lelaki.

Kita akui dalam beberapa perkara, wanita Malaysia diberikan hak sama rata
dengan lelaki seperti hak mendapatkan pendidikan sehingga peringkat
tertinggi, pemilikan harta, berkerjaya dalam pelbagai bidang, bersukan,
berpolitik dan sebagainya. Namun begitu, kita berdukacita kerana dalam
masa yang sama, simptom wanita era jahiliyah masih jelas kelihatan di negara
Malaysia tercinta. Golongan wanita masih dijadikan 'barang perhiasan' di
media-media, menjadi 'alat' melariskan barang jualan, menjadi 'alat hiburan'
melampau dan sebagainya lagi.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat tidak
bersungguh-sungguh melindungi kaum wanita dari dieksploitasi seperti barang
dagangan, maka yang menjadi mangsa kebanyakannya adalah wanita itu sendiri.
Ditambah pula sistem pendidikan negara yang menggalakkan pergaulan bebas
lelaki dan wanita. Sebagai contoh; sekolah dan kolej yang asalnya untuk
pelajar perempuan sahaja dimasukkan pelajar lelaki dan sebaliknya. Wanita
dicabul, dirogol dan melahirkan anak luar nikah yang jumlahnya begitu
membimbangkan negara mutakhir ini. Bukan itu sahaja, budaya memperdagangkan
wanita sebagai kosmetik barang jualan juga secara tidak langsung
mengiklankan agar masyarakat mendekati zina. Akibat perzinaan yang
berleluasa, negara menghadapi musibah ramai generasi baru dibunuh serta
dibuang merata-rata tanpa belas kasihan dari ibu kandungnya sendiri.

Dalam era semua tamaddun terdahulu menindas kaum wanita, Nabi Muhammad S.A.W
diutus kan oleh Allah untuk membawa Islam sebagai 'rahmatan lil 'alamin'.
Maksudnya sebagai tanda cinta Tuhan ke seluruh alam. "Rahmatan lil 'alamin"
juga boleh diinterpretasi sebagai kasih sayang dan belas kasihan Allah
kepada setiap makhluknya. Justeru Islam datang membebaskan manusia dari
diperhambakan sesama manusia, mengangkat martabat kaum wanita setaraf dengan
lelaki dan memelihara alam sekitar.

*"Dan tidaklah Kami (Allah) mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk
menjadi rahmat bagi seluruh alam semesta."*


*Al-Anbiya' : 107*

Sehubungan dengan itu, kita mahu membina imej wanita Malaysia sesuai dengan
acuan Islam. Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna bukan sahaja
menitik beratkan pembangunan intelek dan material, bahkan mengutamakan
pembangunan spiritual dan moral yang mana kedua-duanya bersepadu menjadi
modal untuk membina masyarakat penyayang. Masyarakat yang stabil dari semua
aspek inilah akan meneruskan kelangsungan sesebuah tamadun untuk jangka
waktu yang lama.

Kita meyakini bahawa para wanita Malaysia akan bertambah anggun, bijak,
bermaruah tinggi, berkeyakinan dan progresif dengan Islam sebagai cara hidup
mereka. Ini kerana Islam memenuhi semua kehendak murni manusia dan
syariatnya selaras dengan fitrah manusia lelaki dan wanita.

Islam itu sendiri datang dari Yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna, maka tiada
sebab kita menolak sistem hidup terbaik ciptaan Allah ini dalam setiap
tindakan kita.

Sejarah juga pernah membuktikan tamadun manusia yang paling gemilang dan
cemerlang ialah tatkala kaum wanitanya diberi kedudukan istimewa berpandukan
al-Quran dan Sunnah. Tamadun itu tidak lain dari tamadun Islam sendiri yang
diasaskan oleh Rasulullah s.a.w di Madinah. Seterusnya ia berkembang
sehingga zaman Khalifah Uthmaniyyah.

*Peranan Wanita*

"Ibu ibarat sekolah"

"Syurga itu dibawah telapak kaki ibu"

Begitulah antara gambaran-gambaran yang diberikan dalam menafsirkan peranan
penting kaum wanita. Perumpamaan yang diberikan begitu dekat dengan jiwa
dan naluri wanita sebagai ibu. Peranan sebagai isteri dan ibu merupakan
tugas asasi kaum wanita dalam pembangunan negara. Dari seorang ibu yang
ikhlas dan dedikasi mendidik anak-anaknya, maka lahirlah generasi pelapis
pembangun dan pemimpin negara yang berkualiti. Manakala ibu-ibu yang cuai
dalam mendidik anak-anaknya akan melahirkan rakyat dan pemimpin yang korup.


Peranan wanita sejak zaman awal Islam realitinya tidak terbatas kepada
tugasan sebagai isteri dan ibu sahaja, bahkan isteri Rasulullah s.a.w
sendiri merupakan tokoh korporat yang begitu berjaya di zamannya. Khadijah
binti Khuwailid menjalankan perniagaan import dan eksport yang mana
Rasulullah sendiri pernah ditugaskan mewakili Khadijah membawa barang
dagangan ke Syam.

Isteri Rasulullah bernama Aisyah r.a pula terkenal dengan daya intelek yang
tinggi. Aisyah seorang yang bijak pernah memberi kuliah kepada
sahabat-sahabat suaminya sendiri.

Anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w, Fatimah r.a pernah mengiringi
ayahandanya ke medan perang bertugas merawat tentera yang cedera.

Ummu Salamah pula pernah menyuarakan pandangannya kepada Rasulullah s.a.w
dalam urusan pentadbiran.

Beberapa contoh di atas menunjukkan bahawa wanita dibenarkan bergiat dalam
urusan masyarakat awam sejak di zaman Rasulullah s.a.w lagi. Mereka tidak
dikurung di dalam rumah-rumah suaminya sahaja sebagaimana anggapan para
orientalis barat. Namun perbezaan paling penting antara wanita muslimah dan
wanita barat ialah mereka berjaya memberi sumbangan langsung atau tidak
langsung dalam pembangunan negara, dalam masa yang sama maruah mereka
terpelihara dengan konsep hijab. Konsep hijab menjadi pemugar kepada kaum
wanita dari dieksploitasikan sebagai bahan tarikan seks atau bahan pelaris
barang jualan.

Wanita juga dipandang dengan standard yang sama dipakai terhadap kaum
lelaki. Jika kaum lelaki dinilai berdasarkan merit keilmuan dan
kepakarannya dalam sesuatu bidang tanpa sedikit pun melihat kepada
kecantikan jasmani, maka wanita Islam yang mengenakan hijab juga dinilai
dengan piawaian yang sama. Dari sinilah, wanita Islam diletakkan sama taraf
dengan lelaki. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Berbeza dengan ramai wanita yang dijadikan model-model, mereka yang memiliki
kecantikan lahiriah sahaja yang layak dieksploitasikan meskipun mereka
mungkin tidak bijak dalam banyak perkara. Di sini, para peniaga sebenarnya
telah merendah-rendahkan martabat wanita tersebut.

Sifat syariat Islam itu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan
sosial masyarakat moden. Sehubungan dengan itu, menjadi harapan kita kepada
para muslimah sama ada bergelar isteri, ibu, pekerja, pemimpin masyarakat
dan lain-lain agar memantapkan syakhsiah dengan informasi berguna,
meningkatkan kemahiran diri dalam bidang yang diminati, menguasai ilmu IT
serta berakhlak mulia. Rukun Islam yang lima hendaklah menjadi amalan
berterusan, mematuhi peraturan hijab demi kerukunan masyarakat dan
memelihara maruah diri sebaik mungkin.



Kita percaya, bahawa secara dasarnya semua agama mengajar penganutnya
berbuat baik dan menjauhi perkara yang menyakiti orang lain. Tiada agama
yang membenarkan perzinaan, pelacuran serta menghamilkan anak luar nikah.
Oleh itu diharapkan semua wanita yang tidak beragama Islam mengamalkan
ajaran agama masing-masing agar mereka tidak mudah terpedaya dengan arus
yang merosakkan ramai manusia hari ini.

SIDANG DEWAN RAKYAT KEMBALI BERSIDANG MULAI HARI INI 13JUN HINGGA 28 HB JUN 2011

Posted: 12 Jun 2011 07:41 PM PDT

ASSSALAMUALAIKUM,SEKIAN LAMA TIADA PELUANG MENULIS DALAM BLOG.HARI INI SIDANG DEWAN RAKYAT BERSIDANG SEMULA.DIANTARA ATURAN URUSAN MESYUARAT ADALAH DEWAN DIMINTA MEMBAHAS DAN MELULUSKAN AKTA
1. RANG UNDANG UNDANG PERKHIDMATAN KURANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2010.
2. RANG UNDANG UNDANG (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU (PINDAAN )2011
3. RANG UNDANG UNDANG MAKTAB KERJASAMA (PERBADANAN )(PINDAAN )2010
4. RANG UNDANG UNDANG LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PERBADANAN )(PINDAAN )2011
5.RANG UNDANG UNDANG PENGGALAKAN PELABURAN (PINDAAN )2011
6.RANG UNDANG UNDANG INSTITUT SUKAN NEGARA 2011
7.RANG UNDANG UNDANG SARAAN HAKIM (PINDAAN )2011
8.RANG UNDANG UNDANG HAK CIPTA (PINDAAN )2010
9.RANG UNDANG UNDANG PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BARU 2010
10.RANG UNDANG UNDANG ORGANISASI ANTARA BANGSA (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN )PINDAAN 2011
11.RANG UNDANG UNDANG VETERAN 2011
12.RANG UNDANG UNDANG UNDANG PENILAI,PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDANDAA)2010
13.RANG UNDANG UNDANG CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2009

Tiada ulasan:

Nuffnang