Rabu, 29 Jun 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Selangor Negeri Ilmu

Posted: 29 Jun 2011 08:33 AM PDT

Pesta Buku Selangor 2011 ada kelainan
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 27 Jun: Pesta Buku Selangor 2011 membawa kelainan dengan aktiviti membaca selama 15 minit diadakan serentak di seluruh negeri.

Acara membaca semalam disertai sama oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang selepas itu berucap dan merasmikan pesta buku tersebut.

Turut serta membaca dan berucap adalah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhammad.

Orang ramai mengambil peluang cuti hujung minggu dengan datang memenuhi dewan hingga bersesak-sesak untuk melihat dari dekat semua acara yang berlangsung dan buku-buku yang dipamerkan.

Pesta buku kali ini bermula sejak 24 Jun lalu dan akan berakhir pada 3 Julai depan.

Jika tahun lalu diadakan di Kompleks PKNS, pesta buku tahun ini diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), dekat sini.

Tahun lalu, kegiatan itu diadakan di sekeliling Tasik Shah Alam.

Tema tahun ini beralih dari kegiatan membaca kepada membangkitkan semangat semua pihak untuk menulis, kerana itu mereka boleh sertai acara membaca selama 15 minit itu di daerah masing-masing.

Sempena pesta buku pada tahun ini, Profesor Matematik Negara, Prof Shaharir Mohd Zain dinobatkan sebagai Penulis Negeri Selangor ekoran kejayaan beliau dalam bidang itu. (Gambar atas)

Anugerah itu telah memberikan Dr Shaharir jumlah wang sebanyak RM10,000 dan hadiah iringan.

Setelah majlis perasmian, Khalid bersama dengan Dr Halimah dan Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Dinsman menyertai sesi dialog bersama penulis.

Di sebelah petang pula, diadakan Perhimpunan dan Konvensyen Penulis dan Bloggers diadakan di tempat sama dengan kehadiran semua golongan penulis dan orang awam.

Dua Sasterawan Negara, Datuk Dr A Samad Said dan Datuk Dr Anwar Ridhwan, Dr Shaharir menjadi panelis dengan Dr Halimah menggulung acara di akhir majlis.

Banyak perkara dibangkitkan oleh ramai penulis antaranya Subky Latif, A Shukur Harun dan Raja Ahmad Aminullah.

Sementara itu, Mastura di dalam ucapan ringkasnya berkata, penulis di semua peringkat perlu segera menyebarluaskan maklumat kepada seluruh anggota masyarakat.

"Sebagai contoh, mereka hendaklah segera menulis di dalam ruangan akhbar atau di blog mereka mengenai apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor lakukan kini bagi memudahkan rakyat membuat pilihan tepat di dalam PRU 13," tegasnya.

Dr Halimah pula berharap, semua penulis perlu bersinergi dengan pihak lain bagi memastikan hasil karya mereka dapat dijadikan buku dalam reka bentuk menarik dengan pemasaran berkesan.
(harakahdaily).

Tiada ulasan:

Nuffnang