Rabu, 29 Jun 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Forum Anak Muda Pakatan Rakyat 29 Jun 2011 Seremban

Posted: 29 Jun 2011 12:53 AM PDT

FORUM ANAK MUDA PAKATAN RAKYAT
Ahli Panel :
1. Ust Khairul Anuar Wafa (Ketua Pemuda PAS n9)
2. Sdr Nazree Yunus (Ketua AMK N9)
3. YB. Loke Siew Fook (DAPSY)

RABU 29 Jun 2011
Jam 8 malam
Bertempat di Dewan PJ Perdana, Seremban (Bersebelahan Taman Paroi Jaya)

Anak muda dijemput hadir

Maklumat lanjut hubungi 019-3776497

Jenayah semakin menjadi di Port Dickson

Posted: 28 Jun 2011 10:21 PM PDT



Enjin bot nelayan dicuri
Sinar Harian 29 Jun 2011



PASIR PANJANG – Dua nelayan di Pengkalan Nelayan Balak, Pasir Panjang, dekat sini hilang punca pendapatan apabila enjin bot masing-masing yang disimpan di pondok nelayan pengkalan tersebut dicuri awal pagi Ahad lalu.

Kejadian itu menyusul tidak sampai sebulan selepas beberapa nelayan di pengkalan nelayan berhampiran kerugian puluhan ribu ringgit disebabkan kegiatan mencuri perkakasan nelayan menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Nelayan, Mohd Zainal Mad Sah, 62, yang lima tahun lalu pernah mengalami kerugian mencecah RM4000 kerana kehilangan bot fibernya sekali lagi terpaksa berhadapan situasi yang sama selepas enjin botnya pula dicuri.

Menurutnya, dia menyedari kehilangan enjin botnya itu ketika mahu turun ke laut seperti kebiasaannya pada jam 5 pagi semasa kejadian.

"Akibat daripada itu, saya hilang punca pendapatan dan mengalami kerugian mencecah RM5800," katanya ketika ditemui di Pengkalan Nelayan Balak, semalam.

Mohd Zainal berkata, kebiasaannya dia akan tidur di pondok nelayan tersebut yang terletak hanya 20 meter dari rumahnya, namun pada malam kejadian dia tidak berbuat demikian.

"Walau bagaimanapun, saya tidur di beranda rumah dan tidak menyedari botnya dicuri dan berasa sangat terkilan," katanya.

Menurutnya, dalam kejadian sama, lima bot fiber yang diletakkan di pengkalan itu turut dipotong tali penambatnya.

"Mujur semasa kejadian air surut dan bot tidak boleh digerakkan, jika tidak pasti ramai nelayan yang akan menanggung kerugian memandangkan bot berkenaan setiap satu mencecah RM7000.

"Walau bagaimanapun, dalam kejadian sama di sebuah lagi pengkalan berhampiran, sebuah bot berjaya dilarikan dipercayai dilakukan penjenayah sama sementara satu lagi bot milik seorang nelayan wanita tidak sempat dilarikan setelah kegiatan mereka disedari penduduk," katanya.

Malah katanya, kegiatan curi seumpama ini memang sudah sering berlaku di pengkalan nelayan perairan Port Dickson dan semakin menjadi-jadi sejak tiga tahun kebelakangan ini.

"DAHULU, SEKITAR PERAIRAN PASIR PANJANG MENDAPAT KAWALAN DARIPADA TENTERA, NAMUN SELEPAS KAWALAN TERSEBUT DIHENTIKAN, PENCURI SEMAKIN BERANI NAIK KE DARAT.

"Sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan, pasti akan ada nelayan yang menjadi mangsa curi. Bukannya mereka tidak mengadakan kawalan, tetapi penjenayah dilihat seperti mampu menghidu pergerakan kawalan yang dilakukan sehingga membolehkan mereka melakukan kegiatan jenayah ini dengan berleluasa," katanya.

Dalam kejadian sama, seorang lagi nelayan, Mahat Musa, 37, turut mengalami kerugian apabila enjin botnya yang disimpan bersebelahan enjin bot Mohd Zainal turut dikebas.

"Nelayan adalah punca pendapatan utama untuk menanggung tiga anak yang bersekolah termasuk seorang yang baru berusia setahun," katanya yang turut menanggung rugi mencecah RM5800 atas kehilangan bot Yamaha 15 kuasa kuda.

Mahat berkata, enjin botnya diletakkan bersebelahan dengan enjin milik Mohd Zainal dan sebuah lagi enjin milik rakan saya.

"Tetapi pencuri tidak sempat melarikan enjin ketiga, namun mangga dan rantai berjaya dibuka pencuri itu," katanya lagi yang telah membuat laporan dibuat di Balai Polis Pasir Panjang pada hari kejadian tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9240235.asp

Bob Lokman di Senawang 7 Julai 2011 ini

Posted: 28 Jun 2011 06:32 PM PDT



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 7 Julai 2011 , KHAMIS
Masa : 9 malam
Tempat : Senawang, N.Sembilan
Penceramah :
Bob Lokman
YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard, Pengerusi SAMM

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/

Semua dijemput hadir

Klinik Kesihatan N.Sembilan KOTOR tak BERSIH

Posted: 28 Jun 2011 06:10 PM PDT



Utusan Malaysia 29 Jun 2011. KECEWA MUTU PERKHIDMATAN KLINIK KESIHATAN MANTIN. SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan mutu perkhidmatan di Klinik Kesihatan Mantin, Negeri Sembilan.

Sudah beberapa kali saya melihat kelemahan terutama dari segi pentadbiran dan kebersihan. Kelemahan ini jelas kelihatan memandangkan saya kerap menemani ibu yang merupakan seorang pesakit hipertensi yang berkunjung ke sana bagi temujanji doktor.

Pada minggu lepas, seawal pukul 7.40 pagi, saya sudah berada di klinik bagi mengambil nombor pendaftaran. Sesudah mengambil nombor pendaftaran, saya menuju ke tempat pemeriksaan doktor.

Pada masa itu terdapat beberapa kakitangan sedang merakam kad kehadiran mereka. Namun saya perhatikan terdapat seorang kakitangan sedang merakam beberapa kad kakitangan yang lain. Persoalan saya, adakah ini budaya kerja kakitangan di sini untuk merakam kad orang lain?

Saya juga mendapati beberapa kakitangan yang lain juga datang lambat. Mungkin mereka berasa tidak kisah untuk datang ke pejabat memandangkan kad mereka sudah dirakam oleh kakitangan yang lain.

Apabila saya berada di bilik rawatan pesakit luar untuk rawatan selanjutnya ternyata mutu kebersihan amat menyedihkan. Sampah seperti kertas dibiar bertaburan dan singki berkeladak. Beberapa gelas diletakkan berhampiran singki yang kotor. Di dalam hati saya berkata, adakah sudah tiada kakitangan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan bilik rawatan ini?

Apa yang saya amati ialah ramai kakitangan (tidak tahu sama ada datang lewat atau tidak) pergi minum di sebuah gerai yang berhampiran walaupun setelah pukul 8 pagi tanpa menyelesaikan tugas mereka terlebih dahulu.

Ternyata ini amat menyedihkan. Mutu perkhidmatan di sini tidak sejajar dengan wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Harap pihak yang berkenaan sila beri penjelasan

PESAKIT KESAl,
Mantin, Negeri Sembilan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

20 TAHUN RAKYAT DI MANTIN, N.SEMBILAN HIDU SAMPAH

Dah 20 tahun dan mungkin dah 4 Pilihanraya Umum diadakan masalah tapak pelupusan berhampiran kawasan penduduk kampung di Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan tak selesai-selesai. Apakah para pengundi di Mantin perlu tunggu lagi 20 tahun lagi dan lagi 4 Pilihanraya Umum?

BAU BUSUK MENGANGGU KEHIDUPAN PENDUDUK KAMPUNG GEBOK

Penduduk Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah bau busuk yang telah lama menganggu penduduk kampung di kawasan saya.

Masalah ini timbul dari tempat pembuangan sampah yang terletak bersebelahan dengan kampung saya.Pelbagai aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2011/04/bau-busuk-ganggu-penduduk-mantin.html

BILA HENDAK TUTUP TAPAK LUPUS SAMPAH?

Bukan cerita rekaan apabila sudah 20 tahun penduduk di kawasan Kampung Gebok Mantin terpaksa tinggal dalam keadaan persekitaran bau busuk membuatkan masing-masing mula tertekan.

Mereka mendakwa bau busuk yang datang tanpa kira waktu pagi atau malam berpunca kehadiran tapak pelupusan sampah di kawasan berhampiran.

Impian untuk tinggal dalam keadaan persekitaran bersih tanpa adanya sebarang gangguan tidak akan menjadi kenyataan apabila saban tahun pihak berwajib menabur janji menutup tapak pelupusan sampah terbabit, sedangkan ia tidak pernah berlaku.

Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2010/01/dah-20-tahun-orang-mantin-berjiran-dgn.html

Tiada ulasan:

Nuffnang