Rabu, 29 Jun 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


The Democracy and Islam Programme Centre for the Study of Democracy University of Westminster

Posted: 29 Jun 2011 06:23 AM PDT

The Democracy and Islam Programme
Centre for the Study of Democracy
University of Westminster

Cordially Invites

Dato' Seri Anwar Ibrahim

Leader of the Opposition Coalition

and Former Deputy Prime Minister of Malaysia

on the topic

Democratic Transitions in the Muslim World

At 5:30 pm

Monday 4 July 2011

University of Westminster, The Pavilion

115 New Cavendish Street, W1W 6UW

A world renowned intellectual and reform politician, Anwar is architect and leader of Malaysia's Opposition Coalition, which made spectacular and unprecedented electoral gains in the 2008 elections. Highly respected for his reformist and anti-corruption credentials, as well as his management of the Malaysian economy during the 1990s financial crisis, Anwar is also viewed as one of the forefathers of the Asian Renaissance and a leading proponent of greater cooperation among civilizations. He is an ardent supporter of democracy and is an authoritative voice in the dialogue between East and West.

Anwar Ibrahim served as Malaysia's Deputy Prime Minister and Minister of Finance from 1993-1998, and before that had occupied a number of ministerial positions since 1983. He was also Chairman of the Development Committee of World Bank and International Monetary Fund in 1998 and President of UNESCO's General Conference. As a student leader he was the founder of Malaysia's Muslim Youth Movement and has extensive experience working with Muslim political parties. From August 2005-December 2006, he was the Malaysia Professor of Islam in Southeast Asia at the Prince Alwaleed bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding in Washington, DC. He remains involved in the Center's activities and lectures on American campuses during his frequent visits to the United States

Menteri, Polis Jangan Atasi Parlimen – Aziz Bari

Posted: 29 Jun 2011 06:10 AM PDT

Keadilandaily

Menteri dan pasukan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari kepada Keadilandaily ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Hishamuddin memberi amaran sesiapa yang memakai baju T kuning Bersih adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap.

Sementara Ismail pula menambah, sesiapa yang memakai kasut, menaiki kereta dan bas untuk mempromosikan perhimpunan itu  juga akan ditahan kerana  melakukan kegiatan menghasut.

Aziz berkata, kuasa untuk membuat undang-undang telah diletakkan di tangan parlimen.

"Menteri dan kakitangan awam seperti polis tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Jika ada pun kuasa itu ia mesti disebut secara jelas dalam akta yang berkenaan,".

"Apa yang dilakukan oleh menteri dan polis ialah membuat kesalahan atau jenayah baru yang di luar bidang kuasa mereka", kata pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia  itu.

Kata Aziz lagi, tidak ada undang-undang yang meletakkan perkara itu sebagai perbuatan jenayah, seperti yang disebut oleh Hishamuddin dan Ismail.

Dengan itu, katanya, orang ramai bebas melakukan apa yang dilarang oleh mereka berdua.

Menjelang Perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini, pihak polis bertindak sewenang-wenang menahan orang ramai yang mereka dakwa ada kaitan dengan perhimpunan tersebut.

Sehingga kini seramai 95 orang ditahan polis atas dakwaan mempromosikan himpunan itu, termasuk kesalahan memakai baju T Bersih.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), kelmarin menyeru pihak berkuasa membenarkan perhimpunan aman tersebut dianjurkan.

Tegas Suhakam, rakyat mempunyai hak berhimpun dan menyuarakan pandangan, seperti mana  terkandung dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Risalah Palsu BERSIH 2.0 Diedarkan

Posted: 29 Jun 2011 02:04 AM PDT

Merdeka Review

Risalah berwarna kuning dilekatkan pada belasan kereta di Seksyen 2 Wangsa Maju, menyeru “tumbangkan kerajaan sekarang” atas nama “BERSIH 2.0″, pagi ini.  Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat menafikan bahawa risalah ini diedarkan oleh pihak BERSIH 2.0, dan mengecam sekeras-keras tindakan pemalsuan ini.

Wartawan MerdekaReview diberitahu bahawa risalah kuning dilekatkan pada kenderaan di tempat letak kereta Seksyen 2 Wangsa Maju, pagi ini.  Antara mesej yang tertera pada risalah tersebut termasuklah “PERHIMPUNAN Bersih2.0″, “BERSAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG!!!”, dan “BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!”

Banyak lagi risalah sedemikian yang bertaburan di situ, tanpa mengetahui siapakah pengedarnya.

Setelah meneliti gambar yang ditunjukkanMerdekaReview, Wong Chin Huat menekankan bahawa BERSIH tidak menyeru untuk menggulingkan kerajaan, dan tidak menyamakan gerakan ini dengan gerakan pembangkang di dunia Timur Tengah, maka risalah tersebut bukan diedarkan BERSIH.  Justeru itu, adalah tidak masuk akal seandainya BERSIH menyeru “BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!”, katanya.

“BERSIH bukan untuk menggulingkan kerajaan, tetapi menyeru untuk mereformasikan sistem pilihan raya, meningkatkan keabsahan kerajaan yang dipilih rakyat,” tegasnya.

Wong Chin Huat mengecam tindakan menyamar dan memalsukan mesej asal BERSIH, dan juga meminta agar orang awam berwaspada terhadap taktik sedemikian.  Beliau menjangka saluran penyebaran mesej BERSIH 2.0 akan disempitkan, berikutan tindakan polis menyerbu dan menggeledah pejabat BERSIH 2.0, tengah hari tadi.

Beliau berkata, BERSIH 2.0 hanya menyeru agar rakyat turun untuk berhimpun pada 9 Julai, sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan BERSIH 2.0.  Wong meminta agar rakyat memakai baju kuning, membawa bendera dan kamera, “Seandainya dihalang dan gagal menyertai himpunan BERSIH, ambillah gambar di tempat tersebut sebagai kenangan.  Jangan memberi laluan kepada halangan yang berniat jahat,” katanya.

Tiada Sebab Pertubuhan Silat Mesti Musuhi Peserta Bersih- Cikgu Majid Mat Isa

Posted: 29 Jun 2011 01:40 AM PDT

KeadilanDaily

PULAU BESAR: Pengamal silat yang sebenar tidak akan bermegah-megah dengan ilmunya dan mengancam keselamatan orang lain, sebaliknya hanya mempergunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat agama, bangsa dan negara.

Malah, mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah.

"Orang yang hendak buat kacau kita tidak galakkan. Kalau mereka hendak tunjuk megah, Allah Taala akan bagi balasannya," demikian dinyatakan Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan  Omardin Mauju, Guru Utama Silat Lincah Malaysia yang mengancam supaya perhimpunan Bersih 9 Julai ini dibatalkan, jika tidak mahu 'berperang' dengan pengamal seni silat di negara ini.

Omardin, mengeluarkan ugutan kepada Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan supaya menghentikan hasrat itu kerana khuatir tidak dapat mengawal 'emosi' anak-anak didiknya jika mereka 'bertembung' pada perhimpunan itu nanti.

Kenyataan Omardin itu disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Bercakap lebih lanjut, Cikgu Majid berpendapat tujuan Bersih adalah berhimpun secara aman untuk menuntut keadilan, justeru tidak ada sebab  mana-mana pertubuhan silat memusuhi peserta himpunan itu.

"Kita tak berfikir yang mereka (Bersih) akan menimbulkan masalah. Kita tak anggap begitu. "Apa-apa tindakan yang kita mahu ambil hendaklah berpaksikan keadilan yang sebenarnya," kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid juga memberi jaminan bahawa penuntut Silat Gayung Pusaka sendiri tidak akan mengancam dan menakut-nakutkan orang lain daripada menyertai mahupun menghindari perhimpunan tersebut.

"Saya pun tak akan izinkan anak-anak Gayung buat kacau pada perhimpunan begini," kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid atau nama penuhnya Abdul Majid Mat Isa adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia dan masih mengekalkan gelaran 'Cikgu" walaupun beliau sendiri sebenarnya bertaraf seorang mahaguru dalam dunia persilatan.

Cikgu Majid adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dan menuntut seni silat Melayu itu di Woodlands, Singapura.

Bersih 2.0: Hingga 400 Peguam Pakatan Sedia Bantu Jika Ada Tangkapan

Posted: 29 Jun 2011 01:07 AM PDT

Malaysian Insider

Sehingga 400 peguam secara sukarela telah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu jika ada peserta Himpunan Bersih 2.0 ditangkap, kata pemimpin PKR hari ini.

"Setakat ini, berdasarkan maklumat yang saya terima antara 350 hingg 400 peguam menyatakan kesanggupan mereka membantu jika ada peserta yang ditangkap kerana menyatakan sokongan dan menyertai Himpunan Bersih," kata ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Shuhaimi Shafiei.

Ketika bercakap pada sidang media di sini, Ketua Penerangan PKR Selangor itu berkata, bilangan itu dijangka akan meningkat.

"Dalam Pakatan sendiri adalah ramai pemimpin kalangan peguam, yang ada asas undang-undang… dalam PAS seperti Hanipa Maidin, dalam PKR seperti R Sivarasa, Lateffa Koya… YB Kula di DAP," kata beliau lagi.

Sehubungan itu kata beliau, PKR Selangor akan membolisasikan sekitar 70,000 orang untuk menyokong Himpunan Bersih 2.0.

"PKR Selangor akan terus menyokong perhimpunan aman rakyat 9 Julai ini dan akan memastikan mobililasi 70,000 anggota PKR Selangor ke Himpunan Bersih 2.0 berjalan lancar.

"Pihak berkuasa boleh menahan, boleh menangkap, boleh mendakwa dan penjarakan semua orang kanan Bersih 2.0, namun tiada kuasa yang dapat menyekat semangat dan kebangkitan rakyat," katanya lagi.

PKR Selangor ada sekitar 120,000 ahli.

Shuhaimi yang juga Adun Sri Muda berkata, pihaknya yakin mereka yang hendak menyertai Himpunan Bersih 2.0 akan datang dua hari sebelum perhimpunan.

Pada sidang media hari ini, Shuhaimi juga mengumumkan tindakan memobililasikan mereka membabitkan lima lokasi berkumpul sebelum menuju ke ibu negara.

Menurutnya, lokasi pertama melibatkan ahli-ahlinya dari selatan Perak iaitu cabang Klang, Kapar, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Kuala Selangor yang diminta menggunakan stesen komuter Klang dan Pelabuhan Klang.

Lokasi kedua melibatkan ahli dan penyokong dari kawasan Shah Alam dan Kota Raja yang dinasihatkan mengambil stesen komuter Seksyen 19 Shah Alam dan Padang Jawa manakala lokasi ketiga membabitkan mereka dari kawasan Tanjong Karang, Selayang, Hulu Selangor, Ampang, Pandan dan Gombak yang diminta menggunakan stesen komuter Batu Caves, Rawang, Sungai Buloh , LRT Putra Gombak dan Ampang.

Dalam pada itu, lokasi keempat melibatkan mereka dari kawasan Petaling Jaya Utara, Petaling Jata Selatan, Kelana Jaya, Subang dan Puchong. Mereka dari kawasan-kawasan itu diminta menggunakan LRT Kelana Jaya dan komuter MidValley dan Seri Setia.

Shuhaimi berkata, pihak dari kawasan Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Serdang yang hendak menyertai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan ERL dari Salak Tinggi dan Putrajay, komuter dari Nilai, Bandar Baru Bangi dan UKM.

Sambil mengakui ia sebahagian daripada strategi menghadapi Himpunan Bersih 2.0 yang dianggap polis sebagai haram, Shuhaimi berkata, pihaknya ada pelan kontigensi tetapi enggan mendedahkannya.

Kata beliau, pihaknya yakin rakyat akan turun walaupun ada usaha di pihak berkuasa yang mahu menghalangnya daripada berlaku.

Malah kata beliau, sebahagian hotel di Lembah Klang enggan menerima tempahan bilik hotel untuk 8 Julai ini.

Lawyer Says Pre-Rally Arrests Unlawful, Urges Bersih To Sue

Posted: 29 Jun 2011 12:40 AM PDT

Malaysian Insider

PKR vice-president N. Surendran today described the ongoing round of pre-rally arrests of Bersih activists as "unlawful", adding that all those detained could "sue the pants off" the government.

The human rights lawyer told The Malaysian Insider that there was no law in the country that allowed such pre-emptive arrests or for T-shirts to be declared as illegal.

In declaring Bersih's yellow T-shirts illegal, said Surendran, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein was attempting to play the role of an absolute monarch issuing a decree on his subjects.

"There is no law that says you cannot wear T-shirts with the word Bersih on it. There is no law that allows the arrest of individuals who [have not committed] any offence. The Bersih rally has not even happened yet… they cannot arrest people for inviting people to attend a rally or for announcing their intention to join the rally," he said when contacted.

Surendran (right) said the police could only arrest protestors seen attending an ongoing illegal assembly, and not a moment before. The Bersih rally is scheduled for July 9, but the police have said it will not issue any permits for any rallies on the day.

"This is purely from a legal point of view. But here you have a situation where the police force is committing unlawful arrests on a daily basis… it goes against the Criminal Procedure Code and all laws in the country," he said.

He was commenting on the ongoing spate of arrests across the nation, the latest occurring at the Sungai Siput wet market near Ipoh, Perak this morning when 14 people including two opposition assemblymen were detained.

The duo — Jalong assemblyman Leong Mee Meng of DAP and Teja assemblyman Chang Lih Kang of PKR — along with the rest of the group were picked up by the police while distributing miniature Jalur Gemilang flags. They were garbed in Bersih's signature yellow T-shirts at the time.

"In this case, they were distributing Malaysia flags. Under the law, the cops can only arrest an individual if they have reasonable suspicion that a serious offence has been committed," said Surendran.

Last weekend, the police also rounded up a group of Parti Sosialis Malaysia (PSM) activists, including Sungai Siput MP Dr Michael Jeyakumar, accusing them of attempting to revive communism. The group had also stated their support of the July 9 Bersih rally. A number of opposition politicians have also been summoned to have their statements recorded over Bersih.

Earlier today, Hishammuddin declared T-shirts sporting messages in support of Bersih illegal, saying they were related to an illegal assembly. He did not, however, specify the legal provision the garments were deemed to have breached.

"And now the police are also seizing T-shirts from the Bersih secretariat office. There are arrests all over and we are sure that more NGOs will be targeted. You can expect that the tempo will only increase in the days head… this is an attempt by the cops to stop people from attending the rally," said Surendran.

Hishammuddin today declared Bersih T-shirts illegal. — file pic
The police raided the office of the Bersih secretariat in Petaling Jaya around noon, and recorded details of those within the premises.
Surendran urged all those detained by the police to exercise their legal rights and sue the government for damages.

"They can now file civil suits… yes, I will certainly call upon everyone to sue the pants off the government and the police not just to obtain compensation but to teach them a lesson that they cannot abuse their powers. I call this an arrogance of power because they know they control the police and they know they control the courts so they think they can do as they please," he said.

Surendran also expressed disgust at the court system, pointing out that it was "surprising" that the magistrates had allowed remand orders on those who were unlawfully arrested.

"From what has happened in the past week, we can say that our freedom is presently under siege," he said.

Umno Cipta Isu Gagalkan Bersih, Enggan Jawab Tuntutan- Anwar

Posted: 29 Jun 2011 12:28 AM PDT

KeadilanDaily

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai isu dicipta Umno termasuk dakwaan terbaru mendakwa Bersih 2.0 dibiaya Kristian dan kaitan dengan usaha menghidupkan komunis.

Anwar berkata ia menggambarkan parti itu kini semakin terdesak untuk menggagalkan perhimpunan pada 9 Julai ini, lalu mencipta isu untuk mengalih perhatian rakyat.

Tegas Anwar, di sebalik semua tuduhan tersebut, kerajaan Umno-BN gagal menjawab semua tuntutan Bersih supaya kerajaan melaksana reformasi pilihan raya.

"Memang jelas ada percubaan Umno untuk tidak menjawab. Isunya apa? penipuan sistem pilihan raya.

"Mereka hanya naikkan isu seperti bersih adalah komunis, memberontak menentang agong dan kini nak alih pandangan (bahawa) kristian biaya (Bersih)," ujar Anwar.

Lapan tuntutan tersebut adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama dalam Majlis Wacana Ekonomi Penasihat Ekonomi Selangor di Majlis Perbandaran Klang pagi tadi.

Menurut Anwar, terdapat kecenderungan pemerintah menghalalkan tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Ada kecenderungan untuk cari alasan tangkap guna ISA. Ia juga mendera pemimpin PSM, termasuk Ahli Parlimen (Sungai Siput) Jeyakumar.

"Samada istilah atau ops lalang diguna ataupun tidak, tetapi tentunya ada rekayasa yang dicipta untuk mengekang kebebasan," kata Anwar.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan semalam menafikan laporan Utusan Malaysia kononnya perhimpunan anjuran 9 Julai ini dibiayai pertubuhan-pertubuhan Kristian luar negara.

Sebaliknya, beliau menegaskan sumber kewangan bagi membiayai Himpunan Bersih 2.0 datang daripada rakyat Malaysia di dalam dan luar negara.

Sejak tangkapan pertama dibuat Rabu lepas, polis sehingga ini telah menahan 95 orang, termasuk 14 yang ditahan di Perak, pagi tadi dalam usaha untuk menghalang kempen Bersih.

Antara yang ditangkap termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Choo Chon Kai dan 27 aktivis Parti Sosialis Malaysia yang dikaitkan dengan usaha menghidupkan gerakan komunis.

Terbaru, polis meneruskan tekanan apabila menggeledah pejabat sekretariat Bersih di Petaling Jaya tengahari tadi.

Dimana Tanggungjawab ‘Mahaguru’ Omar Din?

Posted: 29 Jun 2011 12:23 AM PDT

Kenyataan Media YB Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai

[UNTUK EDARAN SEGERA]
29 JUN 2011

——————————————————————————————————

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omar Din Mauju berkenaan dengan Himpunan BERSIH 2.0 menyebabkan saya rasa terpanggil untuk menyoal kredibiliti beliau selaku seorang Mahaguru yang disegani anak-anak buahnya.

Saya amat mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Seni Silat Lincah yang dikatakan seramai 1 juta ahli ke Himpunan BERSIH 2.0 kerana ini jelas termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap warganegara Malaysia untuk berhimpun secara aman.

Bukan sahaja Ahli Seni Silat Lincah sahaja, bahkan semua anggota-anggota pertubuhan silat di Malaysia ini dialu-alukan untuk hadir dan turun bersama bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil di tanahair kita yang tercinta ini.

Yang menjadi kekesalan saya adalah apabila seseorang yang mendapat gelaran "Mahaguru" mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai satu amaran yang tidak bertanggungjawab seperti berikut:

“Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut”

Sewajarnya sebagai seorang "Mahaguru" menampakkan 'kebersihan' peribadi diri dan bukan memberikan amaran yang menjurus kepada provokasi sebelum sesuatu himpunan diadakan. Tambahan lagi, seorang "Mahaguru" sebenar tentunya boleh mengawal anak-anak buahnya sebelum melemparkan cabaran atau arahan kepada pihak luar.

Sikap yang ditunjukkan oleh seorang "Mahaguru" ini tidak langsung mencerminkan 'kebersihan' peribadi dan amaran seperti ini sewajarnya diambil serius oleh pihak Polis; sebaliknya yang dilihat adalah tekanan terbuka dan gangguan yang dikenakan menerusi tindakan polis terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, dan juga badan-badan bukan kerajaan yang mempromosikan kebebasan bersuara secara aman.

Saya yakin dan percaya, Himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan yang tentunya akan selamat jikalau tindakan-tindakan provokasi seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Silat ini dihentikan serta merta. Marilah kita berlagak lebih sebagai pendekar yang bertanggungjawab selaku khalifah di bumi Allah ini, bukannya pengecut yang lebih suka mengeluarkan ugutan kepada mereka yang mungkin berlainan fikrah atau pandangan daripada kita.

Lampiran 1
Kenyataan dari Pemimpin Pertubuhan Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia [PSSLM] ;

Sejuta ahli persatuan silat akan turun padang bagi membanteras sekeras-kerasnya Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9hb. julai, 2011 ini. Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia [PSSLM], Tan Sri Omar Din Mauju memberikan kenyataannya dalam satu sidang akhbar berhubung pandangannya mengenai Perhimpunan BERSIH 2.0 semalam.

1. Adalah menjadi tanggungjawab Pengamal Seni Silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan dan huru hara.

2. PSSLM mempunyai sejuta ahli dan kami akan turun pada 9hb. Julai, 2011 jika Ambiga masih meneruskan Perhimpunan BERSIH 2.0 seperti yang dirancang.

3. Kami sebagai Golongan Pengamal Silat merupakan pelindung kepada negara dan Sultan sejak beratus tahun lalu tidak akan berdiam diri.

4. Sekira kami tidak mengambil apa-apa tindakan maka kami akan dianggap dayus.

5. Saya akan mengetuai pasukan ini walaupun dengan berkerusi roda dan akan berada di barisan paling hadapan.

6. Ambiga dinasihatkan supaya membatalkan perhimpunan ini jika tidak, Omar Din bimbang dia tidak dapat mengawal perasaan dan emosi anak-anak buahnya pada perhimpunan itu kelak apabila mereka bertembung.

7. “Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut” kata Omar Din lagi.

Tiada ulasan:

Nuffnang