Ahad, 19 Jun 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PAS TELUK INTAN ANJUR KURSUS AHLI BARU

Posted: 18 Jun 2011 07:33 PM PDT


TELUK INTAN, 19 Jun - Atas rasa bertanggungjawab mentarbiyah ahli baru maka PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Tarbiyah dan Lujnah Pemerkasan Parti telah menganjurkan Kursus Ahli Baru PAS baru-baru ini. Kursus tersebut telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak. Kursus tersebut telah mendapat kerjasama Lujnah Tarbiyah PAS Perak.

Sebanyak 30 orang peserta yang terdiri daripada ahli baru telah hadir ke kursus tersebut. Mereka datang dari beberapa cawangan lama dan baru di seluruh Teluk Intan. Ini adalah julung kalinya PAS kawasan menganjur kursus sebegini.
Ustaz Ibrahim Zakaria membentang kerja.

Ustaz Abdul Hamid turut membentang kertas kerja yang menarik.

Kursus yang bermula dari 9.00 pagi dan tamat jam 4.00 petang itu telah menjemput tiga orang pembentang kertas kerja yang didatangkan khas dari Lujnah Tarbiyah dan Dewan Ulama' PAS negeri Perak.

Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu 'Memahami Hakikat Perjuangan Islam', 'Akhlak dan Disiplin di Dalam Harakah Islamiyah' dan 'Islam Sebagai Ad Deen'. Tiga pembentang kertas kerja tersebut ialah Ustaz Abdul Hamid Hasan, Pengerusi Unit Nuqaba Lujnah Tarbiyah negeri, Ustaz Ibrahim Zakaria, Naib Ketua Dewan Ulama' negeri dan Ustaz Kamal Aizat, ahli jawatankuasa Lujnah Tarbiyah negeri.

Selain pembentangan kertas kerja, para peserta juga berpeluang mengemukakan pertanyaan untuk memantapkan lagi kefahaman mereka tentang jemaah.
Ustaz Ismail menyampaikan ucapan penutup kursus.

Upacara penutupan kursus telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail bin Che Nik. Di dalam ucapan, beliau telah mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang hadir. Beliau berharap segala ilmu yang diperoleh daripada kursus ini akan memantapkan lagi kefahaman peserta sebagai ahli baru.

"Saya juga berharap agar para peserta dapat memainkan peranan di cawangan masing-masing. Bantulah cawangan kita supaya cawangan kita akan lebih aktif lagi," ujar beliau.

intanhijau.blogspot.com

NEGARA KEBAJIKAN UMNO/BN : BAGI RM1 AMBIL RM5 - MAHFUZ

Posted: 18 Jun 2011 07:09 PM PDT


TELUK INTAN, 19 Jun - Konsep megara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS berbeza dengan UMNO/BN. Negara berkebajikan yang digagaskan oleh PAS ialah negara yang berteraskan kepada keadilan dalam setiap bidang demi kesejahteraan rakyat sehingga negara tersebut mendapat keampunan Allah SWT. Demikian dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, YB Datuk Hj. Mahfuz Omar semasa menyampaikan ceramahnya di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Datuk Mahfuz bersama pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan.

Pidato Datuk Mahfuz begitu menarik perhatian.

"Itulah yang PAS dan rakan-rakan PR perjuangkan melalui Buku Jingga. Kita akan memastikan rakyat hidup sejahtera dan Allah redha dan cinta akan negara kita.

"Tetapi, negara kebajikan ikut faham UMNO lain. Kebajikan UMNO umpama beri rakyat seringgit tetapi ambil daripada rakyat lima ringgit. Inilah yang ditanggung oleh rakyat sekarang. Malah, UMNO/BN menyempitkan bidang kebajikan kepada sebuah jabatan sahaja dengan tanpa melihat konsep kebajikan secara menyeluruh," tambah beliau. 

Beliau juga menyentuh tentang pelancaran gelombang ketiga Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang bertemakan 'Satu Saman Ekor, Satu Malaysia Undi Protes" yang telah dilancarkan semasa muktamar PAS yang lalu.
Orang ramai memenuhi pekarangan Markaz Kawasan Teluk Intan.

Sdr. Hj. Rahim, Pengerusi KASE negeri turut menyampaikan ceramah.

Pada malam itu juga, telah dijual pelekat kereta KASE kepada orang ramai.

Turut menyampaikan ceramah ialah Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Perak, Tn. Hj. Rahim bin Nordin yang juga merupakan Pengerusi KASE negeri Perak.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang