:: cina islam | 2011 :: |
- Rakyat disuruh berjimat, pemimpin berbelanja mewah.
- Siapa biaya kos pertunangan anak Najib?
- LL4G: Najib arah batal pidato Mohamad Sabu?
- Jawatankuasa PAS Melaka 2011-2013 dipersetujui
- PAS Terengganu bentuk pasukan baru
Rakyat disuruh berjimat, pemimpin berbelanja mewah. Posted: 19 Jun 2011 12:29 AM PDT 17 Rejab 1432H. [MOD] - Oleh : Hafizi Pauzi PARIT BUNTAR, 19 Jun : Adun Titi Serong, yb drs khalil idham lim berkata RM81,000 ribu untuk biaya kos kcatering untuk majlis pertungan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya sebagai satu pembaziran. "Sebagai pemimpin tertinggi Negara, sepatutnya memberikan tauladan yang terbaik kepada rakyat bagi menunjukkan cara berbelanja berhemah," katanya ketika ditemui di sini. Dalam pada itu, menurutnya, baru saja rakyat diukejutkan. Dengankos facebook Cuti-Cuti 1Malaysia yang mencecah RM1.8 juta kerana ia tidak masuk akal, sekarang PM pula yang buat kejutan. "Perkara yang sepatutnya tanpa sebarang bayaran wang kerajaan namun semudahnya digunakan secara tidak bertanggungjawab" jelasnya. "Bagaimana pula UMNO BN berbelanja semata untuk rakyat,60% orang Melayu khususnya seharusnya patut terfikir akan realiti kerajaan UMNO BN yang tidak serius membela rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu. "Rakyat dalam kemiskinan dan kadang-kadang disuruh pula berjimat dalam berbelanja namun pemimpin negara melakukan sebaliknya," jelasnya. Beliau yang juga Pengerusi Idham Care berkata isu-isu seperti kos sara hidup rakyat yang makin meningkat dan masalah sosial remaja dan golongan muda di Malaysia sepatutnya menjadi agenda utama kerajaan tidak ambil peduli. "UMNO BN hanya menumpukan penaiktarafan untuk urusan kerajaan untuk menjadikan Negara terkenal dimata dunia tetapi kebajikan rakyat diabaikan," ujarnya. "Isu pokok seperti Negara kehilangan daya saing dan keruntuhan moral remaja dan golongan muda diabaikan dan yang terkini akibatnya amat membimbangkan," katanya. soalnya, Apakah benar UMNO BN komited mahu membela rakyat? Jawapannya mudah kerana amat jelas terpampang apabila Perdana Menteri mengadakan program Himpunan Sejuta Belia Di Putra Jaya baru-baru ini tanpa halatuju yang jelas. "Adakah para belia disajikan dengan acara dan pengisian yang bermanfaat untuk percambahan fikiran bagi menyediakan generasi yang berpandangan jauh? Adalah belia muslim khusnya yang hadir kesana diingatkan supaya jangan tinggal solat? Adakah remaja muslim khususnya dingatkan supaya sentiasa menutup aurat apabila keluar rumah?," soalnya. "Persoalan-persoalan sebegini pasti tidak akan dilayan oleh UMNO BN jika diajukan kepada mereka. "Kerajaan UMNO BN telah memerintah Malaysia terlalu lama, sehingga hilang imbangan bagi memberi dan memfokuskan kepada tujuan utama pentadbiran ke arah kebajikan kepada rakyat, yang menjadi mangsa adalah rakyat, pemimpin senang lenang dengan wang yang juga harta rakyat," ujarnya. Menurutnya lagi UMNO BN hilang fokus untuk jaga hak rakyat sehingga telah menjadikan rakyat Malaysia sebagai pelanggan mereka, bukannya sebagai rakyat mereka, "ini perbuatan orang tidak siuman," katanya. "UMNO BN semakin tidak siuman apabila terus mempersoal dan memperlekeh Negara berkebajikan di media pro BN yang diperjuang PAS dalam muktamar baru-baru ini," katanya lagi. "Angka-angka besar seperti RM1.8 juta dan RM81,000 besar bagi rakyat tetapi kecil dan halus bagi pemimpin UMNO BARISAN NASIONAL, justeru rakyat perlu berbuat sesuatu untuk jadikan PRU13 ini sebagai peristiwa besar untuk jatuhan umno bn, katanya. | ||
Siapa biaya kos pertunangan anak Najib? Posted: 18 Jun 2011 05:42 PM PDT 17 Rejab 1432H. [MOD] - Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong hari ini menimbulkan soalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam. Majlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain. Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan. Majlis itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev. "Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000," soal Dr Tan. Beliau yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta 'mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos kehidupan'. "Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM," katanya. Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya. "Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi," kata pemimpin PAS itu. Sebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu. Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu. malaysiakini/- | ||
LL4G: Najib arah batal pidato Mohamad Sabu? Posted: 18 Jun 2011 05:36 PM PDT 17 Rejab 1432H. [MOD] -
| ||
Jawatankuasa PAS Melaka 2011-2013 dipersetujui Posted: 18 Jun 2011 05:35 PM PDT 17 Rejab 1432H. [MOD] -
| ||
PAS Terengganu bentuk pasukan baru Posted: 18 Jun 2011 05:34 PM PDT 17 Rejab 1432H. [MOD] -
|
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan