DUN BUKIT PAYONG |
Kepala pelatih wanita dibotakkan, bapa mahu saman Posted: 25 Jun 2011 02:04 AM PDT Marang 25 Jun : Seorang bapa dari Alor Star bercadang untuk menyaman Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana telah mengarah membotakkan kepala anak perempuannya ketika menjalani latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu pada 2 Mei lalu. Mengikut laporan Sinar Harian, bapa pelatih terbabit Othman Long 63, yang juga pesara Jabatan Kastam Diraja Malaysia sudahpun mengemukakan bantahan melalui surat pembaca di dalam sebuah akhbar pada 16 Mei lalu Maklum balas yang diterimanya dari Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 27 Mei hanya menyatakan bahawa pihaknya memberi jaminan akan menyemak ukuran rambut sesuai bagi pelatih wanita supaya memenuhi kehendak keselamatan latihan. Beliau merasa kesal kerana tiada permohonan maaf secara rasmi yang dilaporkan dari pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, sedangkan menurut Othman, tiada dinyatakan dalam surat tawaran pelatih wanita wajib membotakkan kepala. Mengulas isu ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah juga turut kesal dengan apa yang terjadi dan menegaskan adalah haram perbuatan yang menyamakan perempuan dengan lelaki. Beliau yang dihubungi sebentar tadi juga yakin dan percaya bahawa perkara yang berlaku ini adalah kesan dari sistem bukan Islam yang dipertahankan Umno dan sekutunya yang tidak sensitif dengan hukum hakam "Tidak dapat diterima perbuatan seperti ini kerana haramnya hal ini memang sudah dimaklumi oleh semua orang. Maka saya sangat berharap supaya semua orang sedar bahawa memang sudah masanya Umno kena diganti oleh PAS yang sentiasa mempertahankan Islam," tegasnya diakhir pesanan ringkasnya |
Ugut bunuh pemimpin; Pemuda PAS Terengganu 'dikerah' untuk berdepan Posted: 24 Jun 2011 04:22 PM PDT Sumber : Buletin Online KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu tidak gentar dan bersedia berdepan dengan mana-mana 'samseng' yang mengugut pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata amalan 'ugut-mengugut' adalah bercanggah dengan Islam dan nilai-nilai demokrasi. "Kami pemuda PAS tidak takut (kepada sesiapa) melainkan kepada Allah, InsyaAllah, pemuda PAS akan mempertahankan mereka yang dizalimi,"katanya dalam pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Buletinonline. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian 'ugutan bunuh' pemimpin PAS, Pakatan Rakyat dan BERSIH yang diterima melalui SMS lewat malam semalam dan awal pagi ini. Ustaz Mohd Nor turut mendakwa, amalan ugut mengugut tidak ada dalam PAS tetapi ia sudah menjadi kelaziman kepada sesetengah perangai pemimpin Umno. Ugutan 'bunuh' tersebut sebagaimana dipetik berkata "kalau perhimpunan (BERSIH) ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti." Oleh itu, beliau menyeru supaya seluruh Pemuda PAS di negeri Terengganu untuk turun beramai-ramai menghadiri Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9hb Julai bagi mempertahankan pemimpin PAS, Pakatan Rakyat dan sesiapa sahaja yang dizalimi. "Ugutan bunuh didakwa akan dibuat ketika Himpunan BERSIH maka wajib kita turun beramai-ramai untuk mempertahankan pimpinan,"jelasnya. Sebelum ini, beliau menganggarkan kir-kira 50,000 pemuda dan ahli PAS Terengganu akan menyertai Himpunan bagi menuntut pilihanraya yang adil dan bersih itu. Beliau turut mendesah supaya pihak polis menjalankan sisatan dan mengambil tindakan dengan segera kepada 'dalang' yang menghantar ugutan bunuh tersebut. |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan