Sabtu, 25 Jun 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Jepun rugi RM639.94 bilion akibat tsunami

Posted: 25 Jun 2011 02:00 AM PDT

23 Rejab 1432H. [MOD] -


TOKYO - Kerosakan bangunan, jalan raya dan pelabuhan akibat gempa bumi kuat dan tsunami pada Mac lalu menyebabkan Jepun mengalami kerugian 16.9 trilion yen (RM639.94 bilion), kata Pejabat Kabinet Jepun semalam.

Kerosakan rumah dan kilang dianggarkan sekitar 10.4 trilion yen (RM393.80 bilion) manakala kerosakan pada sungai, pelabuhan dan jalan raya dijangka mencecah 2.2 trilion yen (RM83.3 bilion).

Kemusnahan tanah ladang dan industri perikanan dianggarkan berjumlah kira-kira 1.9 trilion yen (RM71.9 bilion). Kerosakan infrastruktur untuk utiliti seperti gas dan air dianggarkan sebanyak 1.3 trilion yen (RM49.3 bilion). Kemudahan-kemudahan milik kerajaan mengalami kerosakan yang dianggarkan melibatkan kerugian sebanyak 1.1 trillion yen (RM41.66 bilion). 

Reuters

PAS Rembau kesal masjid digunakan untuk menghalang Bersih 2

Posted: 25 Jun 2011 01:30 AM PDT

23 Rejab 1432H. [MOD] -


REMBAU – PAS Rembau merasa kesal apabila mimbar masjid ketika khutbah Jumaat pada tengahari ini hampir di seluruh masjid di Negeri Sembilan digunakan untuk menghalang rakyat dari menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 atau "berjalan untuk demokrasi" pada 9hb Julai ini.

Ketua Penerangan PAS Rembau,  Mohamad Husaini Husin berkata beliau bagi pihak PAS Rembau berasa kesal kerana pelbagai pihak dipergunakan oleh Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menggagalkan perhimpunan aman ini dan sekarang mimbar masjid.

" Jelas Umno-BN menggunakan masjid dan mimbar untuk kepentingan politik dan kerakusan mereka untuk berkuasa walaupun rakyat telah sedar dan bosan dengan karenah dan kejelekan perangai mereka.

" Perhimpunan aman ini merupakan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan dalam Perkara 10(1)(b). Apatah lagi perhimpunan ini hanya meminta supaya pilihan raya di Malaysia ini lebih telus dan adil yang merupakan teras kepada sistem demokrasi itu sendiri", kata Mohamd Husaini.

Mohamad Husaini berkata PAS Rembau telah mengarahkan semua Ahli Jawatankuasanya (AJK) untuk memakai baju kuning Bersih setiap hari terutamanya pada hari Sabtu untuk membangkitkan semangat rakyat untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

" Kita juga meminta semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat untuk sama-sama memakai baju kuning Bersih setiap hari.

" PAS Rembau sedang berusaha untuk menghantar seramai yang mungkin ke perhimpunan Bersih 2.0 dan sasaran kami adalah untuk menghantar 10,000 orang peserta. Insya Allah.", tegas Mohamad Husaini.

Mati Terkena Tembakan Senapang Angin

Posted: 25 Jun 2011 01:15 AM PDT

23 Rejab 1432H. [MOD] -


IPOH – Seorang pengusaha kolam ikan terbunuh apabila senapang angin buatan sendiri yang sedang dibersihkannya tiba-tiba meletup dan pelurunya terkena kepalanya di rumahnya di Felda Lasah, Sungai Siput, kira-kira 45 kilometer dari sini, pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata Basri Din, 50, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, kira-kira tujuh jam selepas kejadian pada kira-kira 2 petang.

Anggota keluarganya pada mulanya membawanya ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dimasukkan ke HRPB, katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Dzuraidi berkata polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui selaras senapang yang menggunakan peluru "ball bearing".

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut dan tidak membabitkan unsur jenayah, katanya.

Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui di HRPB berkata dia sedang tidur apabila dikejutkan oleh bunyi kuat.

"Saya terkejut daripada tidur apabila mendengar bunyi kuat seperti tayar lori meletup dan apabila bangun ternampak Basri terbaring dan mukanya berlumuran darah," katanya.

Katanya, dia terus membawa mangsa ke sebuah klinik di Lasah sebelum dimasukkan ke hospital itu.

30,000 Maut Dalam Perang Dadah Mexico

Posted: 25 Jun 2011 01:00 AM PDT

23 Rejab 1432H. [MOD] -


Jumlah kematian dalam perang dadah yang berlangsung selama empat tahun telah menyebabkan lebih 30,000 kematian, menurut pihak berkuasa pada hari Khamis, dengan jumlah kematian sebanyak 12,456 bagi tahun ini sahaja.

"Jumlah kematian setakat 30 November adalah 30,196 sejak bermulanya pemerintahan Presiden Felipe Calderón, kata Ketua Hakim Arturo Chavez, yang juga menyatakan bahawa jumlah keganasan telah meningkat sejak tahun 2010.

Calderón telah melancarkan banyak serangan ke atas pengedar-pengedar dadah sejak Disember 2006, dan sejak itulah kadar keganasan dan perang antara kumpulan-kumpulan gangster – kebanyakannya atas sebab hantaran dadah ke Amerika Syarikat – dan pihak berkuasa sering berusaha untuk menghentikan mereka.

Sekurang-kurangnya 10 daripada 24 ketua-ketua geng pengedaran dadah ini telah dilaporkan mati atau ditangkap pada tahun 2010.

Ini bagaimanapun menunjukkan 6.8 peratus kenaikan dalam jumlah kes pembunuhan bagi masa empat bulan, sejak pihak berkuasa mengeluarkan laporan bagi kes pembunuhan sebanyak 28,000.

Kejadian-kejadian seperti sembelih kepala, penyeksaan dan kes culik-bunuh sering dilaporkan hampir setiap hari di kebanyakan kawasan utra bandar Mexico.

Bagi kes-kes keganasan, pihak berkuasa melaporkan pada hari Rabu bahawa bandar Cuidad Juarez mempunyai jumlah pembunuhan sebanyak 3,010 pada tahun 2010, termasuk pembunuhan 140 anggota polis, kebanyakannya berhubung dengan kes pengedaran dadah.

Bandar yang berdekatan dengan sempadan AS itu merupakan kawasan utama bagi pengedaran dadah jenis kokain. Jabatan kehakiman negeri tersebut menyatakan bahawa jumlah kes pergaduhan sering meningkat bagi tempoh beberapa tahun ini, mencecah jumlah 1.656 pada tahun 2008 dan 2,754 bagi tahun lalu.

Aktivis AMK, Pemuda PAS antara ditahan polis malam tadi

Posted: 25 Jun 2011 12:30 AM PDT

23 Rejab 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 25 Jun: Sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan polis dalam tiga tangkapan berasingan malam tadi dipercayai berkaitan dengan memakai dan meyebar risalah berhubung perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini.

Di Shah Alam, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainudin atau Jonah ditahan polis Selangor ketika sedang minum bersama rakan-rakannya di sebuah restoran kira-kira jam 11 malam tadi.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip, beliau difahamkan Khairul Anuar yang memakai baju Bersih, pada waktu itu baru sahaja selesai memesan minuman sebelum didatangi pihak polis dan meminta beliau mengeluarkan kad pengenalan.

"Minuman sampai, tak sempat minum pun. Polis tengok IC Jonah dan terus gari dia. Dia kemudian dibawa ke IPD Shah Alam", katanya.

Malam tadi merupakan pelancaran awal kempen Bersih 2.0 di Seksyen 24 Shah Alam yang merupakan sebahagian daripada program menjelang Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.

Pada masa yang sama, seorang lagi anggota Dewan Pemuda PAS difahamkan turut ditahan malam tadi.

Pemuda tersebut yang hanya dikenali sebagai Shafri ditahan di Padang Jawa sebelum dibawa juga ke IPD Shah Alam.

Beliau ditahan dipercayai kerana membawa barangan serta pakaian yang juga ada kaitan dengan himpunan Bersih 2.0.

Bagaimanapun Jonah dan Shafri masing-masing dibebaskan jam 1.10 pagi dan 1.40 pagi selepas kenyataan mereka dirakam pihak polis.

"Tak sampai 24 jam, satu lagi siri tangkapan dibuat...Ternyata polis cuba menyekat hak dan kebebasan rakyat yang dijamin perlembagaan", kata Rozan lagi.

"Ini cubaan menakutkan rakyat. Kita seru rakyat jangan putus asa, kita ada hak berhimpun secara aman 9 Julai ini", tambahnya.

Selain itu Di Johor, tujuh lagi aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan ketika sedang mengedarkan risalah berkaitan himpunan Bersih.

Risalah itu diedar dalam pelancaran kempen parti itu 'Udahlah tu ...Bersaralah'.

Kempen 'Udahlah tu...Bersaralah' ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia, melalui penjelajahan jelajah dari 24-26 Jun untuk mendedahkan rekod BN.

Harakahdaily

Ribut Vietnam Ragut 10 Nyawa, 7 Disambar Petir

Posted: 25 Jun 2011 12:15 AM PDT

23 Rejab 1432H. [MOD] -


HANOI – Sekurang-kurangnya 10 terbunuh, iaitu tujuh daripada mereka disambar petir dalam kejadian ribut beberapa hari lalu dan hujan lebat di utara Vietnam.

Jawatankuasa kawalan banjir dan ribut, berkata mereka yang terbunuh disambar petir ketika sedang bekerja di sawah padi, selain banjir Rabu lalu meragut sekurang-kurangnya satu nyawa.

Katanya, tiga yang lain dilaporkan hilang, dua terbunuh dan 60 cedera susulan ribut yang melanda bandar pelabuhan di utara Haiphong pada malam Khamis lalu (waktu tempatan), selain memusnahkan lebih 1,000 kediaman. 

AFP

12 Penunjuk Perasaan Terbunuh

Posted: 25 Jun 2011 12:00 AM PDT

23 Rejab 1432H. [MOD] -


DAMSYI – Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh selepas tentera keselamatan Syria melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan yang berhimpun bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Bashar al-Assad,.

Seramai berpuluh-puluh ribu orang menyertai protes yang diadakan selepas solat Jumaat itu sebagai menyahut seruan satu kumpulan di Facebook, Syrian Revolution 2011.

"Tentera pada awalnya menggunakan gas pemedih mata untuk cuba menyuraikan tunjuk perasaan sebelum mereka melepaskan tembakan," kata seorang aktivis di Damsyik. 

AFP

Rakyat Palestin kagum komitmen Kelantan

Posted: 24 Jun 2011 11:30 PM PDT

23 Rejab 1432H. [MOD] -



KOTA BHARU, 25 Jun: Rakyat Palestin, Dr Naji Abu Zuhair Al-Sirhi melahirkan rasa kagum dengan kepimpinan ulama Kelantan diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat khususnya kepada komitmen kepimpinan negeri terhadap isu Palestin.
Beliau melihat Menteri Besar dan rakyatnya ada kelainan dalam 'menghayati' isu tersebut dengan menunjukkan simpati yang tinggi.
"Isu Palestin adalah isu sejagat, isu akidah dan isu ummah seluruhnya, bukan isu Palestin semata-mata.
"Semoga apa yang dibuat ini berterusan dan Allah swt mengembalikan kemuliaan ummah dan kemuliaan Islam, seterusnya akan membebaskan Masjidil Aqsa, hasil perjuangan seluruh umat Islam," tegasnya.
Beliau bercakap kepada pemberita sempena Majlis Pelancaran Misi Bantuan Ke Gazza oleh Menteri Besar di Medan Ilmu, semalam.
Beliau kini menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di negara ini. Hadir sama rakannya Arafat Abdullah. Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Besar Wan Nik Wan Yusoff.
Program misi penghantaran bantuan untuk rakyat Palestin menjelang Ramadhan, Aidul Fitri dan Qurban Aidul Adha itu anjuran Sekretariat Misi Cakna Palestin (Cakna Palestin) dengan kerjasama Badan Kebajikan Ar-Rahmah, Daerah Khan Younis Palestin (BKA) yang diasaskan sejak 1993 di Palestin di samping kerjasama Al-Quds Travel Sdn Bhd.
Menurut Dr Naji, komitmen itu satu terjemahan kepada komitmen Tok Guru dan rakyat Kelantan seluruhnya terhadap isu Palestin.
"Dan saya lihat di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan ada 'kelainan' terhadap rakyat Palestin dari sudut kesihan belas dan kesayangan mereka kepada rakyat Palestin dan perjuangannya di Palestin.
"Saya tidak mampu untuk mentakbir (menggambarkan) dengan kata-kata terhadap komitmen Tok Guru dan Kerajaan Negeri, namun sambutan program ini menjelaskan keadaan sebenarnya," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Cakna Palestin Nazri Deraman menjelaskan perancangan Cakna Palestin ialah menghantar  bantuan kepada rakyat Palestin sebelum penghujung Sya'aban atau awal Ramadhan, 1432 Hijriah.
"Justeru bantuan daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin, akan disampaikan khususnya bagi menghadapi Ramadhan di Palestin.
"Program hari ini dilancarkan untuk rakyat Kelantan di mana mulai hari ini mereka bolehlah memberi sumbangan melalui Cakna Palestin untuk dihantar bantuan tersebut ke Gazza, melalui wakil kita sebelum Ramadhan nanti," katanya.
Pada majlis pelancaran itu, Menteri Besar melepaskan belon bersama bendera Palestin sebelum melepaskan sembilan ekor burung, yang melambangkan bahawa suatu hari nanti Palestin akan bebas, selaras dengan motto perjuangan rakyat Palestin: "Kita yakin Al-Quds adalah milik kita dan kita akan kembali".
Harakahdaily

Bekas Wanita Besi Ukraine Dibicarakan

Posted: 24 Jun 2011 11:00 PM PDT

23 Rejab 1432H. [MOD] -


KIEV – Bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko, dihadapkan ke mahkamah, Jumaat (waktu tempatan), atas tuduhan salah guna kuasa, dan menyifatkan pencabar jawatan presiden negara itu, Viktor Yanukovych, sebagai pengecut dan takut dengan persaingan politik.

Bekas pemimpin tertinggi negara itu yang turut dikenali sebagai wanita besi itu dituduh terbabit dengan penyalah gunaan kuasa susulan mempunyai kaitan dengan kontrak yang ditandatangani bersama Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin.

Ia membabitkan kontrak penyediaan gas yang tergendala sementara bersama Russia pada awal 2009.

AFP 

Jangan tipu rakyat Najib ke Pasir Puteh

Posted: 24 Jun 2011 10:00 PM PDT

23 Rejab 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 24 Jun: Umno Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, diingatkan agar jangan menipu rakyat dengan jumlah kehadiran ahli Umno yang akan menyambut kedatangan Presiden parti itu pada 2 Julai ini.
Dalam masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Pasir Puteh turut  mengingatkan pihak Umno  agar tidak mempergunakan guru-guru sekolah dan Kafa untuk dijadikan alat suruhan bagi memenuhi majlis berkenaan.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Puteh, Mohd Nazry Mohamad Nor berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada guru-guru bahawa mereka bakal diwajibkan menghadiri program berkenaan, sedangkan kehadiran Datuk Seri Najib bukan atas lawatan rasmi kerajaan, sebaliknya bagi tujuan parti.
Menurut belliau, biarkan kakitangan awam menentukan sikap mereka dalam berpolitik. Jangan kongkong mereka dengan arahan wajib. Mereka bukannya budak tadika yang sewenang-wenangnya boleh diarah untuk menghadiri sesuatu program parti.
Katanya, pihak PAS yakin Umno makin tertekan dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS sehingga menyebabkan mereka gopoh dalam menjawab agenda itu.
"Mereka terpaksa mendatangkan Presiden parti bagi memulihkan semangat ahli yang semakin celaru dengan sikap pendirian parti dalam isu-isu dalam negara," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Kecelaruan mereka itu, menurut beliau, jelas nampak dalam isu Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai nanti, apabila Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno memberi amaran kepada rakyat untuk tidak turun pada demonstrasi berkenaan.
Dalam masa yang sama, katanya, Ketua Pemuda Umno berkeras untuk membawa pemuda parti itu untuk turut sama berdemonstrasi pada hari berkenaan bagi tujuan yang hampir sama dengan apa yang dibawa oleh Bersih.
"Sehingga sekarang Umno masih mengamalkan budaya politik lama dengan cara menggunakan segala jentera kerajaan untuk menang dalam pilihanraya, tanpa dengan kekuatan parti mereka," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan, kira-kira 20,000 ahli Umno Bahagian Pasir Puteh dijangka menyertai program lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ke jajahan itu dalam rangka lawatan kerja sehari beliau ke Kelantan pada 2 Julai ini.
Ketua Umno  Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, selain itu badan bukan kerajaan (NGO) terutama golongan belia, peniaga, petani dan nelayan akan turut serta pada majlis berkenaan.
"Lawatan ini julung kali diadakan selepas Datuk Seri Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di Pasir Puteh.
Beliau berkata, Perdana Menteri akan menemui peniaga di Pasar Pasir Puteh dan pemandu kereta sewa yang dilantik sebagai "duta kecil" untuk membantu kerajaan dalam usaha menyampaikan konsep 1Malaysia kepada masyarakat umum.
Katanya, selepas majlis berkenaan, Najib akan ke Sekolah Kebangsaan Seri Aman untuk menemui ahli parti termasuk pegawai Kerajaan Persekutuan terutama kaum pendidik dan akan menyampaikan amanat penting kepada mereka.
Zawawi dilaporkan berkata, pada kesempatan itu, beliau akan menyampaikan hasrat penduduk Pasir Puteh yang mahukan Kerajaan Pusat menyegerakan pembinaan sebuah institusi pengajian yang berasas kejuruteraan laut yang dicadangkan dibina di Tok Bali.
Perdana Menteri kemudian akan menemui veteran Umno di Masjid Pulai Lima dan menunaikan solat sebelum ke Machang. Pada sebelah malam, Najib akan ke Kota Bharu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Menurut Mohd Nazry, beliau yakin mereka yang dipaksa hadir ke majlis berkenaan cerdik untuk menilai pendekatan politik pembangunan yang bertujuan memberi candu kepada rakyat.
"Sedangkan banyak lagi projek Kerajaan Pusat yang terbengkalai dan ada yang masih belum dimulakan, termasuk jambatan yang dijanjikan dibina untuk pengundi Dun Manek Urai 2009 yang lalu.
"Saya cabar Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh mengumpulkan ahli sebenar Umno untuk hadir ke majlis itu, tanpa ada kerahan wajib kakitangan kerajaan sekiranya beliau inginkan keaslian dalam perjuangan dan melihat keutuhan semangat ahli," ujar beliau

Harakahdaily

6 pemimpin BERSIH dipanggil polis

Posted: 24 Jun 2011 09:30 PM PDT

23 Rejab 1432H. [MOD] -


BERSIH mendakwa enam pemimpin mereka yang terdiri daripada aktivis NGO dan pemimpin politik dipanggil polis untuk disoalsiasat hari ini.

Mereka adalah pengerusi gabungan itu Ambiga Sreenevasan, ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, aktivis sosial Hishamuddin Rais, koordinator kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Menurut Maria, pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan perkara itu melalui pesanan SMS semalam yang meminta mereka hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat diambil.

Maria antara yang pertama dipanggil untuk menemui pihak polis pada jam 2 petang ini.

Manakala Ambiga pula difahamkan menghadapi sesi itu sejam setengah selepasya. Teresa dan Fadiah diminta hadir pada Isnin ini.

Gadis trauma kepala dibotakkan

Posted: 24 Jun 2011 09:05 PM PDT

23 Rejab 1432H. [MOD] -


ALOR SETAR – Seorang gadis lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) trauma apabila rambutnya dipotong sehingga botak ketika menjalani latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wakaf Tapai di Marang, Terengganu bagi jawatan Penolong Penguasa Bomba pada 2 Mei lalu.

Hizyaty Othman, 28, dari Taman Berjaya, Jalan Pegawai di sini, kini terpaksa melupakan impiannya untuk berkhidmat di JBPM kerana sudah serik untuk menjalani semula latihan di kem tersebut.

Selain Hizyaty, seramai 18 lagi pelatih wanita yang dibotakkan kepala pada hari mereka mendaftar pada petang 2 Mei lepas.

Menurutnya, dia dan 18 pelatih wanita lain terkejut apabila rambut mereka dipotong sehingga botak tanpa diberi sebarang penjelasan mengenai tindakan itu.

"Seorang kakitangan wanita di kem itu memanggil pelatih seorang demi seorang ke dalam sebuah bilik dan rambut kami dipotong menggunakan mesin gunting rambut.

"Saya terkejut apabila melihat seorang pelatih keluar dengan kepala botak dan ketika itu saya hanya berserah kerana fikir mahu teruskan latihan di kem itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Berjaya di sini semalam.

Hizyaty memberitahu, dia hanya berdiam diri ketika rambutnya dipotong dalam masa kira-kira lima minit kerana menganggap ia satu prosedur biasa sebagai pelatih di situ.

Tiada ulasan:

Nuffnang