Rabu, 8 Jun 2011

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Complaints for DBKL by Anonymous

Posted: 07 Jun 2011 11:15 PM PDT

salam satu malaysia YB….saya mohd rizal dari wangsa maju…saya sebernanye sedih dan terguris hati dengan aduan yang hendak saya berikan ini,kerana telah berkali-kali saya dan orang ramai telah buat aduan ini saya percaya mungkin beribu2 orang telah buat aduan ini. ape yg terjadi pada saya itu ialah,pada hari selasa yg lepas saya telah membawa emak saya pergi ke klinik idham bersebelahan pucblic bank di pasaraya ong tai kim… ape yg membuat kan saya rasa sedih dan terguris hati ialah penggusa restoran din telah meletakan meja kerusi penuh diatas jln raya, iaitu di atas lot paking…masa pada masa itu ialah pada pukul 6.00 ptg,saya sedih kerana saya tidak dapat menurunkan emak saya di hadapan klinik itu,kerana emak saya tidak boleh jalan kerana sakit saraf,dan saya terpaksa meletakan kenderaan saya dihadapan kedai nombor iaitu dibelakang jln… dan saya terpaksa pergi ke klinik idham meminjam kerusi roda,dan saya pegi balik ke kenderaan saya utk mengambil emak saya dan saya menolak emak saya hingga ke klinik idham…dan apabila saya sampai ke klinik saya duduk diatas kerusi kerana kepenatan,saya terfikir seketika…ADAKAH SAYA MEMBAYAR CUKAI JALAN UNTUK KESUSAHAN INI?? ATAU ADAKAH PENGGUSA RESTORAN DIN MEMBAYAR CUKAI JALAN UNTUK MELETAKKAN KERUSI MEJA MERAKA?? bukan saya mahu menysusahkan yb kerana membuat aduan ini kepada yb…tetapi saya dah penat membuat aduan kepada unit berunitfrom DBKL…tetapi tiada juga kesudahan nye…yb fikir lah sendiri…YB membaya cukai jln tiap2 tahun tetapi apabila hendak park kereta di sesuatu tempat tidak boleh,kerana ade benda menghalang,rasa marah ke tidak??? YB fikir lah sendiri………….???

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 06 Jun 2011 12:27 AM PDT

SJ

Saya merujuk kepada aduan Sdr berkenaan bunyi bising dari aktiviti-aktiviti di Station LRT Wangsa Maju.

Pihak kami telah menerima surat jawapan dari pihak Rapid KL bertarikh 1.6.2011. Pihak Rapid KL mengakui memang berlaku bunyi bising dari bacaan yang dibenarkan iaitu melebihi bacaan 75 db.

Pihak Rapid KL telah membuat “re-profilling of running rail” di sepanjang laluan tersebut dimana bacaan yang dicatat sekarang adalah dalam lingkungan 70 db.

Oleh itu pihak Rapid KL meminta pihak Sdr mengesahkan perubahan keadaan bunyi tersebut selepas tindakan yang telah diambil dan pihak Rapid KL bersedia mengambil tindakan seterusnya sekiranya bunyi bising tersebut masih menganggu keselesaan kepada penduduk-penduduk sekitar.

Pihak kami juga bersedia memberikan satu salinan surat tersebut sekiranya pihak Sdr boleh memberikan alamat atau pun no fax Sdr atau saya boleh dihubungi di no 0122186929.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo K eong

Tiada ulasan:

Nuffnang