:: cina islam | 2011 :: |
- Kesukaran Perniaga Bumiputera Berniaga di Kiosk Perhentian Bas di Miri
- Kos sewa rumah PM, TPM RM18,000 sehari
- Pertembungan pemuda umno dan perkasa tanda positif himpunan bersih tetap diadakan.
- Utusan malaysia wajib mohon maaf kepada umat islam : dewan ulama pas Perak.
- Bantah pertandingan ratu cantik di karnival IT
- 4 menara tertinggi di dunia
- Lawatan Rasmi : Najib Dan Rosmah Belanja RM 17 Juta Sejak 2008
- SALAHGUNA KUASA: SPRM DIMINTA SIASAT HAMIDAH
- Masa untuk PAS Pulau Pinang bina kekuatan
- Air kencing ada bahan radioaktif
- Pemuda Umno ancam bakar ibu pejabat PKR
- Bersih 2.0: Polis siasat Anwar petang ini
- Libya tolak waran ICC tangkap Gaddafi
- Pencuri bakar kereta Ferrari
- Qariah cilik negara ke peringkat akhir
- Telur ayam berbentuk kapsul dijumpai di Melaka
- Diperlakukan bagai burung tekukur
- Bersih 2.0: Jangan sampai rakyat benci polis
- 3 pokok tertua di dunia
- Bersih: Polis panggil Anwar beri keterangan esok
- Harga ikan naik sekali ganda
- Tangisan bayi di celah semak
- Bas jatuh gaung; 28 terbunuh, 10 cedera
- Tuntutan RM400 juta Bekas Isteri Anak Ketua Menteri Sarawak Disebut 9 Ogos
- Guru nyaris maut dilibas parang
Kesukaran Perniaga Bumiputera Berniaga di Kiosk Perhentian Bas di Miri Posted: 28 Jun 2011 02:00 AM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - Kami PAS Miri ada menerima aduan dari para perniaga kecil bumiputera di Miri yang menyatakan terlalu sukar bagi mereka hendak mendapat lot atau tempat perniagaan seperti kiosk di perhentian bas yang sudah banyak dibina disepanjang jalan utama ke pusat bandaraya Miri. Mereka juga menuntut agar pihak yang berkenaan berlaku adil terhadap perniaga bumiputera kecil agar mereka juga diberi kesempatan atau ruang berniaga di kiosk di perhentian bas tersebut. Persatuan Perniagaan Bumiputera Miri (PPBM) seharusnya perihatin tentang masalah perniagaan bumiputera yang tersisih ini dari arus pembangunan di bandaraya Miri. Janganlah disebabkan harga sewa yang terlalu mahal menyebabkan alasan pihak yang berkenaan menolak pemohonan dari perniaga kecil bumiputera. Kalau boleh biarlah sewa di tempat tersebut berpatutan dengan lokasi atau tumpuan orang ramai. Jangan hanya dibolot oleh satu golongan saja sehingga menyisih golongan yang kurang berkemampuan. Ramai perniaga kecil kecewa kerana kurang mendapat perhatian dari pihak yang berkenaan. Kita PAS sedia membantu peniaga-peniaga kecil ini setakat kemampuan kita dengan menyuarakan masalah mereka ke media-media untuk diberi perhatian kepada mereka yang berkenaan. Pihak yang berwajib seharusnya bertindak adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik masing-masing demi kebaikan dan kebajikan untuk semua. Jofri Jaraiee PAS Miri |
Kos sewa rumah PM, TPM RM18,000 sehari Posted: 28 Jun 2011 01:50 AM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari. Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari. "Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini. Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah). Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010. Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu. Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun. Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya. "Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau. Tak rasa kesusahan rakyat Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol. Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka. "Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya. "Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan. "Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang. "Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya. Nazri Abdullah |
Pertembungan pemuda umno dan perkasa tanda positif himpunan bersih tetap diadakan. Posted: 28 Jun 2011 01:45 AM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - IPOH, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Tambun, Saudara Hafez Sabri, hari ini menyifatkan pertembungan yang berlaku antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dalam isu himpunan anti-Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti sebagai satu petanda positif terhadap Himpunan Bersih 2.0. Menurut beliau, Khairy meminta Presiden Perkasa, Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana mengeluarkan kenyataan 'perkauman, menghasut dan berbahaya'. Ibrahim baru-baru ini jelas cuba menimbulkan perasaan marah dan ketakutan 13 Mei 1969. "Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara. .. jika perhimpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan. Ya, apa sahaja boleh berlaku," kata beliau dalam laporan Malaysian Insider 19 Jun lalu. Manakala dari pihak PERKASA, Ketua Wira, Irwan Fahmi Ideris, mendesak agar Khairy disiasat di bawah ISA kerana turut menganjurkan perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0 serentak dengan himpunan Gerak Aman anjuran PERKASA pada 9 Julai ini. Kerajaan seharusnya memikirkan kesan negatif terhadap negara apabila seorang ahli Parlimen seperti Ibrahim Ali dibiarkan terus mengeluarkan kata-kata yang boleh meyebabkan keharmonian kaum terjejas di Malaysia tanpa disekat dan dilarang. Kegagalan mereka untuk mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali akan menjejaskan imej negara ini di samping menunjukkan sikap berat sebelah pihak kerajaan dalam menentukan dasarnya. Saudara Hafez Sabri yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Perak itu, menyifatkan situasi yang berlaku sekarang ini berpihak kepada Bersih dan rakyat. Tegasnya, "Golongan yang menolak perpaduan rakyat ini dan cuba menutup kebobrokan sistem dan kerajaan kini sudah mula berpecah belah. Mereka mula bercakaran sesama sendiri. Ia hanya meningkatkan semangat rakyat untuk sama-sama turun pada perhimpunan Bersih 2.0 untuk mempertahankan hak mereka di samping menolak penyelewengan dalam pilihanrayaumum ke 13 ini " Di samping itu, beliau turut merayu agar semua pihak yang akan terlibat bermunajat dan memohon doa pada Allah agar ia dapat diteruskan dan suara rakyat yang mahukan perubahan terhadap negara Malaysia yang tercinta ini dilindungi hingga ke akhirnya. Beliau menyeru semua rakyat terutama golongan muda untuk turut sama menyertai Bersih pada 9 Julai ini untuk menjayakan Bersih ini dan berdoa agar himpunan Bersih 2.0 menjadi platform dan simbol perpaduan dan kesatuan rakyat dari pelbagai latar belakang. mohd hafez sabri |
Utusan malaysia wajib mohon maaf kepada umat islam : dewan ulama pas Perak. Posted: 28 Jun 2011 01:30 AM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - IPOH, Dewan Ulama' PAS Perak melalui setiausahanya, Ustaz Salleh Said sekali lagi menegaskan bahawa, PAS mengecam karikatur yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia berjudul "Kekeliruan Kes Rogol" pada 15 Jun lalu yang disifatkan menghina syariat Islam dan mengkhianati Islam. Beliau kesal atas karikatur sebegitu yang dianggap langsung tidak bertanggungjawab dan menidakkan sensitiviti masyarakat beragama Islam di Malaysia. Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol. Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video. Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti. Penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada 2 pihak berkuasa berbeza jelas mempersendakan golongan ulama dan Islam. Beliau berkata, "Kartun sebegini jelas mempunyai niat jahat untuk memperlekeh pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam. Unsur-unsur sebeginilah yang membawa kepada perpecahan umat. Bertentangan dengan objektif media itu sendiri sebagai alat perpaduan." Ujar beliau lagi, "Pihak Utusan Malaysia seharusnya jelas dalam membicarakan soal ini. Zina dan rogol, adalah dua perbuatan yang mempunyai definisi berbeza. Justeru, mempunyai pemberat serta pertimbangan berbeza dalam soal hukum. Karikatur sebegini boleh mencetuskan salah faham kepada Islam malah mempersenda aspek sistem keadilan di dalam Islam." Dewan Ulama PAS Perak juga mahu supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan pandangan terhadap kartun tersebut. Sementara itu, beliau menyatakan bahawa akhbar sepatutnya berperanan untuk memupuk kesedaran dan membina perpaduan dikalangan rakyat dan bukannya mencetuskan lebih banyak kekeliruan. Dalam pada itu, beliau meluahkan kekesalan terhadap sikap Menteri- menteri yang beragama Islam yang dilihat seolah-olah membela Utusan Malaysia keana bisu dan tidak berani membela Islam apabila ia dihina. Tindakan Utusan Malaysia ini dikecam oleh banyak pihak, samada diperingkat pelajar sekolah, mahasiswa universiti, kakitangan awam dan swata serta seluruh umat Islam di Malaysia kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam. Sehubungan dengan itu, Dewan Ulama PAS Perak menggesa pihak Utusan Malaysia sesegera mungkin menarik balik siaran karikatur ini dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di Malaysia atas kebiadapannya mempersendakan perundangan Islam, kerana sehingga hari ini pihak utusan masih membisu dan tidak berani bersuara atas isu tersebut. Teruskan Perjuangan |
Bantah pertandingan ratu cantik di karnival IT Posted: 28 Jun 2011 01:25 AM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - BUTTERWORTH - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini membantah tindakan penganjur yang mengadakan aktiviti pencarian ratu cantik pakaian renang semasa karnival teknologi maklumat (IT) yang akan berlangsung di sebuah pusat beli-belah di Bayan Baru pada 1 hingga 3 Julai ini. Setiausaha Angkatan Pemuda Pemudi Islam (Api), Fatin Safiah Kamaruddin berkata, pertandingan ratu cantik berpakaian menjolok mata itu tiada kaitan langsung dengan pameran tersebut. Katanya, pertubuhan itu percaya pengisian pertandingan tersebut hanya helah penganjur bagi menarik perhatian orang ramai terutamanya golongan muda mengunjungi karnival berkenaan. "Kami menyokong hasrat pihak penganjur mengadakan pameran peralatan dan perkakasan komputer kerana sememangnya dapat membantu masyarakat supaya lebih celik teknologi. "Tetapi apa yang kami kesalkan adalah mengapa diselitkan slot pertandingan peragaan pakaian baju mandi di dalam pameran itu kerana boleh memberi banyak kesan negatif kepada pengunjung," katanya. kosmo/- |
Posted: 28 Jun 2011 01:16 AM PDT 1. Burj Khalifa / Burj Dubai 26 Rejab 1432H. [MOD] - Demi menarik pelancung dari pelbagai negara, salah satu ikon yang perlu dimiliki oleh negara tersebut adalah menara. Menara yang dibina pelbagai ragam dari bentuknya yang unik sehingga tingginya menara tersebut, dan menara mendapat jolokan bangunan pencakar langit kerana tingginya yang jika dilihat dari bawah sampai ke langit. Inilah 4 buah menara yang masih tertinggi di dunia. Menara ini adalah bangunan tertinggi atau menara tertinggi di dunia, tingginya mencapai kira-kira 828 Meter, pembinaan bangunan ini di selesaikan pada tahun 2010, dan memakan kos 4,1 milion dolar AS .Sesuai dengan namanya Burj Dubai terletak di kota Dubai, Emiriah Arab Bersatu. 2. CN Tower Menara ini adalah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Dubai, menara ini mencapai tinggi 553,3 meter, pembinaan bangunan ini memakan kos 330 Juta dolar Kanada, dan di selesaikan pada tahun 1976, CN Tower ini terletak bandar Toronto, Kanada. 3. Willis Tower Menara ini terletak di Chicago, Amerika Serikat, bangunan ini mempunyai tinggi 527 Meter, bangunan ini di rancang oleh Ketua arkitek Bruce Graham dan Jurutera Struktur Fazlur Khan dari Skidmore, Owings and Merrill, pembinaannya selesai pada tahun 1974. 4. Taipei 101 Menara ini terletak di Distrik Xinyi, Taipei, Taiwan. Nama rasminya adalah Bangunan Kewangan Internasional Taipei, bangunan ini memiliki tinggi kira-kira 509.2 Meter. Selesai di bina pada tahun 2004. iberita/tulahan |
Lawatan Rasmi : Najib Dan Rosmah Belanja RM 17 Juta Sejak 2008 Posted: 28 Jun 2011 01:00 AM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Perbelanjaan lawatan rasmi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumlah RM17,118,650.58 dalam tempoh 2008 hingga 2011 Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang bertanya tentang jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011. Dalam jawapan tersebut, Najib dan Rosmah membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011. Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM 8,020,328.07. Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja "Berbanding ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, nampaknya Rosmah lebih banyak melancong. Kita lihat lawatan rasmi Perdana Menteri telah menjadi jadual pelancongan isterinya," kata Tian ketika ditemui Keadilandaily. Namun, kata Tian Chua, sehingga kini rakyat tidak melihat hasil lawatan tersebut membawa pulangan kepada negara. "Apakah lawatan ini mendatangkan pulangan perdagangan dan perhubungan diplomatik yang lebih baik? "Jumlah perbelanjaan ini menunjukkan peningkatan setiap tahun. Ketika rakyat terpaksa mengikat perut dan mengubah gaya hidup, Perdana Menteri dan isteri sewenang-wenangnya membelanjakan wang orang ramai untuk perkara yang belum tentu membawa faedah. "Ketika mereka ke luar negara, permasalahan domestik masih tidak diselesaikan. Apakah ini maknanya rakyat didahulukan," soal Tian Chua. Dewan Rakyat sebelum ini pernah dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam. Keadilandaily |
SALAHGUNA KUASA: SPRM DIMINTA SIASAT HAMIDAH Posted: 28 Jun 2011 12:45 AM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menggesa satu siasatan dibuat terhadap Datuk Hamidah Osman yang dilihat telah menyalahgunakan kuasa beliau di dalam Majlis Penyerahan Komputer 1Malaysia Fasa 2, Parlimen Gopeng 2011 baru-baru ini. Kami melihat terdapat elemen penyalahgunaan kuasa berlaku di dalam pemberian komputer tersebut dan bimbang pemberian komputer tersebut dibuat secara 'pilih kasih'. Kami melihat Datuk Hamidah Osman jelas telah menyalahgunakan kuasa sebagai seorang yang berkedudukan atau berjawatan politik dan perbuatannya ini dikhuatiri mempunyai unsur rasuah. Kami meminta agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap maklumat tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Walaupun sudah banyak laporan yang telah dibuat terhadap Datuk Hamidah kepada SPRM namun amat dikesali ianya umpama 'diletakkan di bawah karpet sahaja' SALMAN HAJI SALEH Setiausaha, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. |
Masa untuk PAS Pulau Pinang bina kekuatan Posted: 28 Jun 2011 12:33 AM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - PULAU PINANG, 28 Jun: Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man menyeru semua anggota perhubungan negeri dan ahli bekerjasama untuk membina kekuatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. Justeru, beliau berkata, perlantikan jawatankuasa PAS negeri sesi 2011-2013 berdasarkan pengalaman dan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan sama ada ketika PAS berada di bawah ataupun atas. Walaupun sedar pemilihan mereka tidak dapat memenuhi inspirasi semua ahli namun beliau berharap mereka dapat membantu bagi mengeratkan kesepakatan antara parti gabungan Pakatan Rakyat serta membina kekuatan parti menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja. Jawatankuasa itu, katanya bukan datang daripada dirinya sendiri malahan hasil perbincangan dengan ahli yang prihatin untuk melihat PAS Pulau Pinang meningkatkan prestasinya. "Teka teki siapa yang akan dilantik dah pun terjawab. Kini masanya semua ahli bekerjasama untuk membina kekuatan untuk menghadapi pilihanraya ke 13 kelak. "Marilah bersama membantu memperkukuhkan PAS agar ianya mencapai kecemerlangan di Pulau Pinang," ujarnya selepas mesyuarat pembentukan PAS negeri sesi 2011-2013 bertempat di bilik mesyuarat Tuan Husain Markaz Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas semalam. Timbalan Pesuruhjaya 1 diamanahkan kepada Ustaz Khalid Man, Timbalan Pesuruhjaya 2, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pesuruhjaya 3 pula Ustaz Fauzi Yusuf. Setiausaha Perhubungan pula dijawat oleh bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Mohd Noor Harun. Sementara itu tiga orang penolong setiausaha dimandatkan kepada Alzarizal Ahmad, Izuree Ibrahim dan Jamil Abdul Rahman. Bekas setiausaha, Fadhil Kemi diberikan tanggungjawab sebagai Bendahari. Ketua Penerangan bertukar kepada Bukhori Ghazali dan Rosidi Husein dipertangungjawabkan sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Antara Jawatankuasa tambahan yang turut dilantik ialah Fahmi Abdul Wahab, Jamaludin Said, Marziah Khamis, Mohd Helmi Harun, Ustaz Rizaludin Yahya dan Ustaz Mahadi Abdullah. Mohd Sabri Said |
Air kencing ada bahan radioaktif Posted: 28 Jun 2011 12:25 AM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - Pencemaran radiasi ditemui di kalangan penduduk Fukushima TOKYO: Seramai 15 penduduk Fukushima daripada kawasan luar dan bandar Kawamata didapati mempunyai lebih 3 milisievert radiasi dalam air kencing 15 penduduk yang mengesahkan pendedahan radiasi dalaman, lapor agensi berita Kyodo, kelmarin. Kedua-dua kawasan terbabit terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari loji kuasa nuklear Fukushima No.1 yang melepaskan bahan radioaktif ke udara sejak kejadian 11 Mac lalu apabila gempa bumi disusuli tsunami menyebabkan teras utama kemudahan berkenaan lebur. "Ini bukan menjadi masalah jika mereka tidak memakan sayur atau produk lain yang tercemar. Tetapi, ini menandakan mereka semakin bermasalah jika meneruskan kehidupan di kawasan ini," kata Nanao Kamada, profesor madya biologi radiasi di Universiti Hiroshima. Kamada bersama sepasukan doktor termasuk Osamu Saito dari Hospital Watari di bandaraya Fukushima menjalankan dua pusingan ujian terhadap setiap penduduk pada awal dan akhir Mei, menggunakan sampel air kencing daripada 15 penduduk berusia antara 4 dan 77 tahun. Kesan radioaktif ditemui pada kedua-dua ujian yang dijalankan kepada setiap penduduk. Iodin radioaktif setinggi 3.2 milisiervert dalam enam penduduk wujud dalam kajian pertama tetapi tiada dalam ujian kedua. Data itu menunjukkan pendedahan dalaman terkumpul adalah antara 4.9 hingga 13.5 milisieverts, menjadikan jumlah besar adalah antara 4.9 hingga 14.2 milisievert sepanjang dua bulan terbabit, kata mereka. – Agensi |
Pemuda Umno ancam bakar ibu pejabat PKR Posted: 27 Jun 2011 11:30 PM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - Sekumpulan Pemuda Umno malam tadi berkumpul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengugut membakar bangunan seteru politik mereka itu. Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai. Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh. "Macam mana saya tahu mereka ahli Umno? Pertama, mereka bawa bendera Umno dan mereka memakai baju T mejah yang tertulis Patriot," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. "Saya juga nampak mereka (exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah) mengetuai kumpulan itu," katanya.Katanya, beberapa ahli PKR juga sempat merakamkan ucapan berap-api Lukman yang berbaur hasutan. "Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya," kata Saifuddin. Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip yang juga berada di lokasi ketika kejadian itu berkata Lukman secara terangan mengugut untuk membakar ibu pejabat PKR jika parti itu terus menyertai perhimpunan pada 9 Julai ini. "Dia juga mengugut (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan (Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Datuk) S Ambiga tentang perhimpunan itu," katanya sambil menambah kira-kira 50 ahli AMK memantau kejadian malam semalam itu. Katanya, berdasarkan maklumat tang diperolehi dari blog pro-Umno, kumpulan Pemuda Umno itu berkumpul di dua lokasi. Pertama di sebuah stesen minyak di Shah Alam dan kedua di tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan sebelum menunju ke ibu pejabat PKR. Rozan (kiri) membuat laporan polis pada kira-kira jam 11.40 malam selepas kumpulan berkenaan bersurai. Katanya, beliau juga menyaksikan kira-kira 20 anggota polis yang lengkap bersenjata dalam keadaan bersiap sedia tetapi mereka tidak melakukan sebarang tangkapan. "Sebab itu kita juga tertanya-tanya," katanya sambil meminta polis menyiasat kes itu. Sementara itu, usaha Malaysiakini bagi menghubungi Lukman dan Arman masih belum berjaya. malaysiakini/- |
Bersih 2.0: Polis siasat Anwar petang ini Posted: 27 Jun 2011 11:25 PM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - Kenyataan dikeluarkan ibu pejabat PKR malam tadi menyebut Anwar akan berada di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi petang ini. KUALA LUMPUR, 28 Jun — Polis meneruskan siasatan berhubung tiga perhimpunan serentak 9 Julai ini dengan yang terbaru memanggil Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan dikeluarkan ibu pejabat PKR malam tadi menyebut Anwar akan berada di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini, petang ini. "Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan berkaitan ucapan beliau di Brickfields (awal bulan ini). "Ucapan tersebut dikatakan ada menyentuh persoalan mengenai perhimpunan Bersih," kata kenyataan itu lagi, Kenyataan itu menambah, Notis 111 yang dikeluarkan polis menyebut siasatan dibuat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. "Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke IPD Dang Wangi esok (hari ini), pukul 5 petang," katanya lagi. Semalam, pihak polis telah mengambil keterangan daripada pengerusi Bersih, presiden Perkasa dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan. Himpunan Bersih 2.0 akan diadakan pada 9 Julai ini manakala Perkasa dan Pemuda Umno dengan sokongan beberapa komponen Barisan Nasional mahu mengadakan perhimpunan balas. Selain tiga wakil itu polis juga menyoal siasat Sasterawan Negara Datuk A Samad Said semalam. malaysian insider/- |
Libya tolak waran ICC tangkap Gaddafi Posted: 27 Jun 2011 10:00 PM PDT TRIPOLI, 28 Jun — Libya menolak waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ke atas Kol Muammar Gaddafi sambil menegaskan, tribunal itu tiada kuasa untuk berbuat demikian. Semalam, ICC mendakwa pemimpin Libya itu (gambar) melakukan jenayah kemanusiaan. Mahkamah itu berkata ia mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa Muammar ada mengeluarkan arahan agar mengadakan tindakan ketenteraan ke atas orang awam ketika kebangkitan rakyat selama empat bulan. ICC, yang berpejabat di The Hague, juga mengeluarkan waran tangkap ke atas dua pembantu kanannya iaitu anaknya Saif al-Islam dan ketua risikan Abdullah al-Sanussi. Beribu-ribu orang dipercayai terbunuh dalam konflik itu. — Agensi |
Posted: 27 Jun 2011 09:31 PM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - SYDNEY - Sebuah kereta Ferrari California bernilai A$500,000 (RM1.6 juta) dicuri dari rumah salah seorang individu terkaya di Australia sebelum kenderaan mewah itu ditemui terbakar di dalam semak, semalam. Usahawan perlombongan, Nathan Tinkler dilaporkan sedang tidur semasa pencuri memecah masuk rumah rehatnya di Sydney, Sabtu lalu. Selain mengambil beberapa jam tangan, komputer bimbit dan sebuah kamera digital, pencuri yang masih belum dikesan itu juga membawa lari kereta Ferrari California milik Tinkler, iaitu salah sebuah daripada hanya beberapa unit di Australia. Polis kemudian mengesahkan kereta milik jutawan berumur 35 tahun itu ditemui rentung, semalam. sinarharian/- |
Qariah cilik negara ke peringkat akhir Posted: 27 Jun 2011 09:00 PM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - NURUSSYAHAMAH TAQIAH tekun mentelaah sebagai persiapan ke Doha, Qatar akhir Julai. Majlis tilawah berlangsung di Doha, Ramadan ini JERTIH: Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 12, wakil tunggal Malaysia ke Majlis Tilawah al-Quran Kanak-kanak Peringkat Antarabangsa di Qatar, terpilih antara tiga peserta ke peringkat akhir pertandingan itu yang akan berlangsung Ramadan ini. Bapanya Nurunnajmi Yaacob, 40, berkata, Nurussyahamah Taqiah melepasi pemilihan peringkat awal yang berlangsung di Doha pada 22 Jun lalu yang turut disertai 63 kanak-kanak dari seluruh dunia. Beliau berkata, Nurussyahamah Taqiah akan ke Doha lagi Ramadan nanti bagi menyertai peringkat akhir dengan dua lagi peserta yang tidak dinyatakan dari negara mana. Nurussyahamah Taqiah adalah murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, di sini ditemani bapanya, yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Hulu Besut, untuk menyertai pertandingan anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran kanak-kanak stesen televisyen, Al-Jazeera. Pemilihan Nurussyahamah Taqiah itu adalah satu kejayaan selepas dia lulus dua ujian saringan yang diadakan kerajaan Qatar sebelum ini membabitkan 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia, 49 daripadanya dari Malaysia. Beliau menjalani sekali lagi ujian pada April lalu dan dipilih mewakili negara bersama 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia. Sebagai persediaan ke peringkat akhir nanti, Nurunnajmi dan isterinya, Sauzan Ibrahim, tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah, Alor Keladi, membawa anaknya berguru dengan johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 1999, Che Yahya Che Daud dari Bachok, Kelantan. Nurussyahamah Taqiah pernah menjadi johan membaca al-Quran J-Qaf peringkat negeri pada 2007 dan 2008 serta tiga kali mewakili Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia dan pernah menjadi naib johan. – BERNAMA |
Telur ayam berbentuk kapsul dijumpai di Melaka Posted: 27 Jun 2011 08:45 PM PDT 25 Rejab 1432H. [MOD] - Seorang penduduk terkejut apabila mendapati sebiji daripada beberapa telur ayam kampung dikutip dari reban ayam belakang rumahnya di Kampung Solok Biak, Tanjung Kling, Melaka berbentuk seperti kapsul. Penduduk terbabit, Kamaludeen Mohamed Haneefa, 48, berkata, penemuan itu menyebabkan berasa kehairanan berikutan tidak pernah menemui telur seperti itu sebelum ini. Menurutnya, telur berkenaan dikutip dari reban ayam di belakang rumahnya sekitar petang kelmarin. Beliau yang bertugas di sebuah institusi kewangan di bandar ini, berkata, kira-kira tiga bulan lalu dia pernah menemui beberapa biji telur ayam yang berbeza sedikit bentuknya iaitu ada bonjolon pada bahagian bucu atas serta satu atau dua bentuk berlainan. Bagaimanapun, katanya, telur yang berbentuk seakan kapsul ditemuinya adalah sesuatu yang amat berbeza dan tidak pernah dilihatnya sebelum ini berikutan saiznya yang kecil. "Telur ayam kampung berkenaan tidak berapa besar dan saya percaya isinya hanya mengandungi putih telur sahaja memandangkan ukuran dan saiznya tidak sebesar telor biasa. "Meskipun bentuknya kelihatan pelik namun saya tidak dapat memastikan apakah punca ia terbentuk sedemikian rupa dan berkemungkinan ia disebabkan oleh sesuatu faktor tertentu," katanya. Kamaludeen berkata, beliau bagaimanapun akan menyimpan telur terbabit sebagai koleksi sahaja selama mana yang boleh. Katanya, keseluruhannya, dia menternak kira-kira 100 ekor ayam kampung dan kerja berkenaan dilakukannya sebagai mengisi waktu terluang. "Sejak sekian lama menternak ayam kampung penemuan seperti ini adalah sesuatu yang anggap agak luar biasa," katanya. malaysiakini/- |
Diperlakukan bagai burung tekukur Posted: 27 Jun 2011 08:30 PM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - "Perwakilan orang asli diperlakukan macam burung tekukur..." Meskipun ia bukan sesuatu yang terlalu asing, apabila ucapan dari kaum asli diselitkan ke dalam aturcara konvensyen PKR, namun ia tetap mencuit hati apabila Fatimah anak perempuan Bahsen, berketurunan Semai tampil untuk memberi ucapan 10 minitnya di depan kira-kira 4,000 penyokong PKR dalam Konvensyen Pilihan Raya, semalam. Bermula dengan mendakwa dirinya "berdebar", kerana "fisrt time" (kali pertama berucap), Fatimah (gambar kiri) yang berusia 37 tahun telah mencungkil gelakan dari bawah pentas. Ucapan ringkasnya kemudian dicelah dengan sorakan dan tepukan yang tidak berhenti-henti. Fatimah mempersoalkan, "Saya sangat sangat terasa terkilan dan terharu. Satu, kami (orang asli) di Malaysia ini, dianggap sebagai bangsa 'lain-lain'! Adakah orang asli datang dari mana? Saya ingin bertanya kepada semua, orang asli datang dari mana? Mengapa orang asli dikategorikan ke dalam bangsa lain-lain? Diperlakukan bagai burung tekukur Fatimah kemudian menceritakan pengalaman dirinya yang pernah dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO peringkat bawahan, semasa zaman Abdullah Ahmad Badawi menyandang jawatan Perdana Menteri. "...semasa pergi mesyuarat, perwakilan orang asli macam mana? Duduk di kerusi, diberi makan, lepas tu jadi macam burung apa?" "Ok, pandai, macam burung tekukur," Fatimah sekali lagi mengelakkan hadirin apabila meniru gerak-geri burung tekukur mengangguk. Beliau berkata, orang asli diajar agar tidak menyokong parti pembangkang, sebaliknya diberitahu bahawa "UMNO-lah yang membela masyarakat orang asli". Beliau sekali lagi mencetuskan sorakan, "Tetapi orang asli sekarang sudah sedar! Bukan jadi katak di bawah tempurung lagi! Orang asli sekarang nak duduk di atas sofa!" MerdekaReview |
Bersih 2.0: Jangan sampai rakyat benci polis Posted: 27 Jun 2011 08:15 PM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 28 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengingatkan polis bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis. "Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini. Beliau turut mengecam tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang. "Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang. "Atas alasan apa mereka ditangkap dan peruntukan mana yang digunakan (untuk menangkap mereka)?" soal beliau. Kebelakangan ini, Bersih 2.0 bukan saja tidak diberi ruang bernafas oleh para pemimpin Umno BN yang tidak berhenti-henti mengecam perhimpunan pada 9 Julai ini. Malah, katanya pihak polis sudah turut serta untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 daripada berlaku dengan melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihanraya itu daripada mempromosi perhimpunannya. Sehingga kini, 81 orang telah ditahan polis dan jumlahnya dijangka meningkat ketika Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunan. Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan polis bahawa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bukan perhimpunan untuk menentang polis, tetapi untuk membaiki sistem pilihan raya. Polis, kata beliau seharusnya melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat. Mengenai kekhuatiran ramai bahawa akan wujud pertembangan tiga kumpulan yang berhimpun pada 9 Julai ini iaitu Bersih 2.0, Pemuda Umno dan rakan akribnya Perkasa, Tuan Ibrahim berkata ia adalah tugas polis untuk mengelakkan pertembungan itu daripada berlaku. "Sekiranya mereka dapat melakukan (mengasingkan dua kumpulan penyokong) di hari penamaan calon, mengapat tidak di Bersih 2.0?" soal beliau. Beliau turut menyarankan polis untuk mewujudkan buffer zone untuk mengelakkan pertembugan dua kumpulan. "Kalau polis gagal mewujudkan buffer zone maka rakyat akan menganggap polis gagal menjalankan tugas sebenar iaitu menjamin keselamatan rakyat," kata beliau. harakahdaily/- |
Posted: 27 Jun 2011 08:00 PM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - Bristlecone Pine 4200 tahun Pokok cemara atau pine (pinus ) merupakan pohon dari keluarga Pinaceae yang boleh kita temui di mana sahaja asalkan daerah itu tanahnya berpasir berkapur , banyak air ataupun yang mempunyai kadar keasaman cukup tinggi. Kita boleh menemui pokok ini mulai dari Siberia, Scotland, Norway, kepulauan Canary, Filipina, pergunungan Himalaya sehingga ke New Zealand, Brazil dan Chili. Pokok ini memang tenar kerana selain dapat hidup dimana-mana juga mempunyai pasaran yang sangat tinggi dalam industri perkayuan. Semua bahagian pokok cemara boleh dimanfaatkan mulai dari kayu,getah , ranting,biji hingga daunnya mempunyai kegunaan yang bernilai ekonomi. Pokok cemara adalah salah satu pokok yang berumur panjang kerana boleh mencecah umur kira-kira 100-1000 tahun dan malah mencatat rekod menjadi pokok tertua di dunia iaitu pokok cemara dari spesies Great Basin Bristlecone Pine ( Pinus longaeva ) yang pada tahun 2008 berumur 4840 tahun. Pokok ini tingginya antara 3-80 meter tetapi kebanyakan tingginya 15-45 meter. Pokok tertinggi dari spesies Sugar Pine manakal yang terpendek adalah cemara Potosi Pinyon dan Siberian Dwarf Pine Jomon Sugi 2000-7000 tahun Menurut wikipedia, Jomon sugi adalah pokok cemara tertua di Jepun dan ditemui pada tahun 1968, dengan tinggi 25,3 meter dengan volume 300 m kubik dianggarkan usianya antara 2000 – 7200 tahun terletak di Pulau Yakushima bahagian paling utara Jepun 40 minit dengan pesawat dari Bandar Udara Kagoshima. Spruce Ione Norway 9550 tahun Tingginya hanya 4 meter, namun sebatang pokok jenis cemara, yang masih hidup di Sweden, diketahui berusia 9.550 tahun. Hidup sejak akhir zaman ais, pokok tersebut tercatat sebagai yang tertua di dunia pada masa ini. Spesies pohon spruce Ione Norway ini ditemui pada tahun 2004. Para pengkaji menemuinya di sekitar semak-semak pergunungan pada ketinggian 910 meter di Provinsi Dalarna, Sweden. Pokok ini adalah biasa kerana penduduk sering digunakan sebagai pokok Natal. "Usianya yang sangat panjang kemungkinan besar dicatat pada kemampuannya mengklon diri sendiri," ujar Leif Kullman, profesor eologi dan persekitaran hidup di Universiti Umea, Sweden. Batang dan rantingnya memang diketahui dapat bertahan hidup hingga 600 tahun. Kullman menjelaskan, semasa batangnya mati, batang baru akan dibentuk dari akarnya sehingga umurnya menjadi sangat panjang. Pokok ini lebih tua dari pinus Bristlecone di White Mountain California yang hanya berusia 5000 tahun. Pinus Bristlecone tertua hanya bertahan hidup hingga 7.500 tahun namun membesar hingga 150 meter. Jika umur pinus Bristlecone diukur dari garis pohon di rantingnya yang dipantau setiap tahun, umur cemara di Sweden pula diukur dari jejak radiokarbon di akarnya. Kullman menyatakan pokok yang usianya lebih tua dari 9.550 tahun boleh dikatakan mustahil. Sebab, seluruh wilayah Sweden berkemungkinan masih diliputi ais pada masa itu./tulahan Posted by ahmadi |
Bersih: Polis panggil Anwar beri keterangan esok Posted: 27 Jun 2011 07:30 PM PDT 25 Rejab 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi kenyataan esok dipercayai berhubung seruan kepada rakyat agar menyertai himpunan BERSIH 2.0 dalam satu ceramah di Brickfield. Menurut satu kenyataan Biro Komunikasi PKR lewat malam ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu diminta hadir jam 5 petang di IPD Dang Wangi. "Notis 111 itu juga ada menyebut siasatan dibuat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan",kenyataan itu dipetik. Dalam perkembangan sama, turut dipanggil untuk disiasat esok adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan anggota Lawyers for Liberty, Latheefa Koya dan Ahli parlimen PKR Subang, R Sivarasa Rasiah. Petang tadi, polis turut merekod keterangan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dipercayai berhubung puisi 'hasutan' di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu. Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan juga Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya dalam majlis berkenaan. Selain A Samad, turut disiasat adalah pengerusi jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreevenasan. Pemuda Umno serang Ibu Pejabat PKR Sementara itu, hampir 100 pemuda Umno berhimpun di hadapan Ibu Pejabat PKR di Toropicana kira-kira jam 11 malam tadi. Konvoi bermotor dan kereta itu difahamkan diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Adam. Mereka turut membuat ucapan mengugut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreevenasan agar membatalkan hasrat mengadakan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Mereka juga turut mengugut untuk memusnahkan ibu pejabat parti itu jika himpunan mahu diteruskan. Menulis di twitter, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution menyifatkan tindakan tersebut satu provokasi dan mempersoal kenapa tiada sebarang halangan dari pihak polis. "Tindakan provokasi samseng pemuda Umno dikepalai Lokman Adam serang HQ PKR ...PM Najib apa khabar? "Ucapan samseng Umno ugut DSAI dan Ambiga ...konvoi motorsikal dan kereta, ada permit? "Samseng Umno ugut musnahkn HQ PKR jika teruskan himpunan Bersih 9 Julai ...apa khabar PM Najib, siapa ganas?" soalnya yang turut bergegas ke tempat kejadian selepas itu. Menurutnya juga, lebih separuh remaja bawah umur dalam kumpulan itu memakai tshirt merah "patriot" dan membawa bendera Umno. Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tropicana. Sidang media berhubung perkara itu dimaklumkan akan dibuat di lobi parlimen esok. Harakahdaily/- |
Posted: 27 Jun 2011 07:00 PM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - HASIL tangkapan ikan di Kuala Kedah berkurangan sejak beberapa hari lalu berikutan keadaan cuaca tidak menentu. Cuaca tak menentu termasuk ombak besar halang nelayan ke laut KUALA KEDAH: Faktor cuaca tidak menentu termasuk ribut dan ombak besar sejak seminggu lalu menyebabkan harga ikan kembung dan hasil tangkapan laut di negeri ini meningkat hampir sekali ganda berbanding harga biasa. Difahamkan, harga borong ikan kembung naik daripada RM2 hingga RM3 sekilogram sebelum ini kepada RM4 hingga RM5, manakala harga pasaran mencecah sehingga RM7 hingga RM8 sekilogram. Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah, Mohd Noor Had berkata, masalah kekurangan hasil tangkapan yang berlaku ketika ini menyebabkan harga ikan meningkat sejak seminggu lalu. "Harga pasaran ikan di pasar besar dan pasar di sekitar negeri ini meningkat berikutan nelayan sukar memperoleh hasil tangkapan yang banyak seperti biasa," katanya sambil menjangkakan harga ikan akan stabil dan pulih seperti sedia kala apabila keadaan cuaca beransur baik. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Kedah, Abdul Hamid Bahari berkata, hanya bot pesisir pantai di kawasan itu tidak turun ke laut, manakala bot laut dalam seperti Zon B dan C serta C2 turun seperti biasa. Katanya, walaupun bot besar turun ke laut menangkap ikan, hasil tangkapan tetap berkurangan sehingga menyebabkan berlaku kekurangan ikan di kawasan itu. "Jika keadaan cuaca baik sekalipun, kita percaya hasil tangkapan tetap kurang daripada biasa kerana musim ini ialah musim ikan kurang dan berharap keadaan kembali pulih dalam waktu terdekat ini," katanya. Tinjauan Berita Harian di pelantar ikan Seberang Kota dan Tandop Kubang Rotan di sini mendapati, kawasan itu yang sebelum ini sibuk dengan aktiviti nelayan mengasingkan hasil ikan yang baru ditangkap, kini lengang sejak seminggu lalu, malah banyak bot pesisir pantai tersadai di tepi kuala. Nelayan, Che Omar Osman, 54, berkata, faktor cuaca dan ribut yang berlaku di tengah laut menyebabkan nelayan terpaksa berpatah balik dengan membawa hasil pulang yang tidak sampai 10kg sejak seminggu lalu. "Walaupun terpaksa membeli petrol sendiri kerana tidak memiliki lesen sah dari Jabatan Perikanan, kami bersama beberapa rakan yang lain tetap turun ke laut untuk menyara keluarga dengan hasil pendapatan sekitar RM20 hingga RM30 sehari," katanya. Peniaga ikan, Salmiah Ramli, berkata sebelum ini mereka menjual antara 300 hingga 400kg ikan tetapi sekarang hanya kira-kira 10kg sehari. "Kami tidak boleh menurunkan harga lebih rendah berbanding biasa untuk mengelak rugi kerana kebanyakan nelayan pantai di sini tidak dapat membeli minyak subsidi dan terpaksa menggunakan wang sendiri," katanya. beritaharian/- |
Posted: 27 Jun 2011 06:30 PM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - BACHOK – Seorang lelaki terkejut apabila menemui bayi yang masih bertali pusat dibuang di dalam semak dalam kejadian di Kampung Pertama Machang di sini semalam. Bayi lelaki itu ditemui pada pukul 11.30 pagi ketika Mohd. Satar Mohd. Ali, 49, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas membaiki motosikal di pekan Jelawat dekat sini yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi bayi itu dijumpai. Menurut Mohd. Satar, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi tangisan bayi ketika melalui kawasan semak tersebut dan apabila ditinjau, dia terkejut melihat seorang bayi lelaki berada di dalam sebuah beg kertas di semak berkenaan. "Sebaik membuka beg itu, saya nampak seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalamnya. Saya terus berlari untuk memberitahu penduduk kampung sebelum bayi malang itu dipindahkan ke tempat redup. "Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat dan sihat itu tidak mengalami sebarang kecederaan," ceritanya ketika ditemui semalam. |
Bas jatuh gaung; 28 terbunuh, 10 cedera Posted: 27 Jun 2011 06:00 PM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - Gambar hiasan LA PAZ 28 Jun – Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan 10 lagi cedera apabila sebuah bas terjunam ke gaung setinggi 100 meter di selatan Bolivia, semalam. Bas itu dilaporkan membawa 70 penumpang, melebihi had yang ditetapkan dan sedang dalam perjalanan dari pekan Villazon ke bandar Tarijan. Menurut seorang penyiasat, penemuan awal mendapati punca nahas akibat bas dipandu laju dan penglihatan yang terhad. AFP |
Tuntutan RM400 juta Bekas Isteri Anak Ketua Menteri Sarawak Disebut 9 Ogos Posted: 27 Jun 2011 05:45 PM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin, menetapkan 9 Ogos depan sebagai sebutan semula permohonan tuntutan mutaah dan harta sepencarian bernilai RM400 juta yang difailkan oleh bekas isteri kepada anak Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib. Tuntutan itu difailkan oleh Datin Seri Shahnaz A. Majid, yang sah bercerai dengan talak satu daripada Mahmud Abu Bekir Taib pada 12 Mei lalu. Ketua Hakim Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Abdullah menetapkan tarikh itu pada Isnin, selepas timbul isu penyerahan dan penerimaan dokumen oleh peguam-peguam syarie yang mewakili Shahnaz selaku plaintif dengan Mahmud Abu Bekir Taib yang dinamakan sebagai defendan. Pertikaian itu bermula apabila peguam syarie Dr Mohd Rafie Mohd Shafie membangkitkan notis permohonan interlokutari (permohonan dalam permohonan)bertarikh 23 Jun lalu oleh pihak Mahmud Abu Bekir Taib sebagai percubaan untuk memancing keterangan daripada pihaknya. Mohd Rafie seterusnya merujuk kepada perintah mahkamah yang diterimanya secara ex-parte (sebelah pihak) pada 9 Mei lalu yang mengarahkan Mahmud Abu Bekir Taib untuk menzahirkan semua dokumen berhubung harta yang dimilikinya sama ada di dalam mahupun di luar negara. Perintah itu juga meliputi nombor akaun, penyata akaun kewangan bulanan atau tahunan, penyata akaun simpanan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), dan penyata cukai tahunan. Bagaimanapun, peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memberitahu bahawa, pihaknya tidak mempunyai pengetahuan mengenai perintah tersebut dan kali pertama mendengar mengenainya pada prosiding hari ini. Zainul Rijal: Anak guam saya tidak pernah menerima sebarang perintah seperti yang dinyatakan oleh rakan peguam saya. Mohd Rafie: Perintah telah disampaikan kepada orang gaji defendan pada 22 Jun lalu kerana seperti dalam kes-kes sebelum ini, defendan enggan menerima dan hanya arahkan orang gajinya untuk terima. Zainul Rijal: Menurut anak guam saya, beliau ada di rumah pada tarikh tersebut dan tiada sesiapa pun yang memanggil beliau untuk terima serahan seperti yang didakwa. Zainul Rijal seterusnya menyifatkan serahan itu tidak sempurna kerana dibuat menerusi pihak ketiga, apatah lagi dalam kes ini melibatkan seorang pembantu rumah. Beliau juga menolak dakwaan Mohd Rafie bahawa permohonan interlokutari dibuat kerana mahu memancing keterangan, sebaliknya berkata, ia bagi memohon agar Shahnaz memperincikan butiran tuntutan untuk beliau menyediakan pembelaan anak guamnya. "Jika dilihat pada permohonan tuntutan, dikatakan tanah beribu-ribu ekar di Sarawak, rumah di merata-rata tempat. Bagaimana kami mahu sediakan pembelaan?," ujar Zainul Rijal. Setelah mendengar penjelasan peguam-peguam itu, Ketua Hakim Syarie memerintahkan supaya kedua-dua pihak menyerahkan semua dokumen yang berkaitan kes kepada satu sama lain pada petang ini. Mahmud Abu Bekir Taib, 48, dan Shahnaz berkahwin pada 9 Januari 1992 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya yang berusia 17 tahun enam bulan. Shahnaz, 48, yang juga kakak kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid pada awalnya memfailkan permohonan untuk berpisah secara fasakh tetapi menarik semula permohonannya apabila Mahmud Abu Bekir Taib bersetuju untuk melafazkan cerai secara baik. Lafaz cerai dilafazkan di mahkamah pada 12 Mei lalu, dan pasangan itu tidak dapat mencapai persetujuan dalam permohonan tuntutan mutaah dan harta sepencarian yang timbul ekoran perceraian itu. Shahnaz menuntut RM100 juta sebagai mutaah yang dipercayai suatu jumlah yang munasabah dengan tempoh perkahwinan mereka selama 19 tahun, selain ia berpadanan dengan pendapatan bekas suaminya. Jumlah itu juga didakwa sebagai keadilan untuk beliau memulakan hidup baru sesuai dengan taraf dan status yang pernah dilaluinya. Shahnaz juga menuntut agar RM300 juta diisytiharkan sebagai harta sepencarian yang meliputi harta-harta termasuk rumah di mereta-rata tempat, tanah beratus-ratus hektar di Sarawak dan tanah di Bukit Tunku, di sini. Selain itu, mereka juga didakwa mempunyai kereta Mercedez Benz, Lamborghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quartoporte, AUDI, dan Van Alphard serta simpanan-simpanan bank. Harta tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat dan saham-saham seperti Titanium Management Sdn Bhd, Sarawak Cable Berhad, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Premium Haven, Log Dak Promotions, Dataran Aras, Celebrity Design dan Bella Magic. Oleh SALWA SHA'ARI |
Guru nyaris maut dilibas parang Posted: 27 Jun 2011 05:30 PM PDT 26 Rejab 1432H. [MOD] - KETIKA mahu melarikan diri, penjenayah mengacukan parang ke arah mangsa yang terbaring di atas jalan. KUALA LUMPUR - Seorang guru wanita bukan sahaja kerugian sebanyak RM8,800 malah nyaris maut ditetak dengan sebilah parang oleh sekumpulan perompak dalam kejadian di Jalan Amzil, Taman Melewar dekat sini tengah hari semalam. Kejadian di hadapan rumah mangsa yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik jirannya dilakukan empat orang penjahat lelaki menaiki dua buah motosikal berwarna hitam. Dalam tempoh satu minit sahaja, dua perompak dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menyerbu ke arah mangsa sementara dua lagi bertindak mengawasi keadaan sekeliling di depan pintu pagar rumah guru itu. Menurut mangsa yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul, Nazalina Nawawi , 36, berlaku pergelutan di dalam kereta apabila penjenayah itu merentap gelang tangan bernilai RM1,200 dan menyelak tudungnya untuk mengambil rantai leher. Bagaimanapun, dia tidak memakai rantai leher menyebabkan perompak bertindak merampas beg tangan yang mengandungi wang tunai hasil perniagaan kedai buku milik suaminya sebanyak RM6,500 dan sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry bernilai RM1,100. Enggan melepaskan beg tersebut, Nazalina diheret ke luar kereta mengakibatkan berlaku pergelutan dengan penjenayah terbabit. kosmo/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan