Rabu, 1 Jun 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Zaid Ibrahim dan KITA Kini Tukang Karut Umno?

Posted: 01 Jun 2011 02:00 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KOMENTAR 31 MEI : Banyak pihak sebelum ini mempersoalkan tujuan Datuk Zaid Ibrahim menerajui KITA. Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Namun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Anwar Ibrahim yang diumumkan semalam.

Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.

Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan proses mengaibkan Anwar bersabit video seks Datuk T.

Mungkin kerana "sambutan" orang ramai khususnya masyarakat Melayu terhadap cubaan untuk mengaitkan video itu kepada Anwar semakin hambar, maka KITA tampil membantu Umno memberi kekuatan baru kepada kempen anti- Anwar dengan peraduan sebegitu.

Hubungan Umno-KITA memang akrab pada masa ini, walaupun Zaid Ibrahim pernah digelar kaki kuda dan kaki arak oleh Utusan Malaysia (akhbar milik Umno) khususnya ketika beliau dalam Parti Keadilan Rakyat dan menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 13 bulan lalu.

Namun, Zaid menjadi "anak emas" Utusan dan Umno apabila beliau mengkritik Anwar secara terbuka dan pada masa sama serangan beliau terhadap Najib menjadi makin luntur.

Pada masa sama, KITA mencatat sejarah kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA.

Hindraf yang membuat permohonan untuk didaftar sebagai NGO pada tahun 2009, masih belum mendapat jawapan daripada ROS.

Begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang memohon pendaftaran untuk menjadi entiti politik seperti BN. Permohonan dibuat tahun lalu namun ROS masih membisu.

Berbalik kepada peraduan mencari mirip Anwar – Zamil berkata kereta Rolls Royce yang ditawarkan itu adalah miliknya sendiri. Kereta mewah sebegitu lazimnya sinonim dengan kekayaan yang dimiliki juak-juak Umno.

Bagaimanapun bukan harta mahu pun gaya hidup Zamil atau Zaid yang dipertikaikan. Apa yang perlu diperjelaskan ialah kenapa Zamil dan Zaid dan pemimpin KITA merelakan diri diheret dalam permainan Umno.

Ketika rakyat bergelumang dengan kenaikan harga barangan termasuk tarif elektrik yang diumumkan semalam, pemotongan subsidi barangan keperluan dan risiko cukai GST diperkenalkan, Zaid dan juak-juak dalam KITA masih sibuk dengan video lucah, malah mempunyai "ilham" menganjurkan peraduan mirip Anwar.

Namun itu hak mereka. Tentunya peraduan mirip Anwar yang diumumkan oleh Zamil bertujuan mengisi agenda tertentu yang perlu didokong oleh KITA demi kelangsungan politik parti itu sendiri.

Kesahihan video lucah itu sudahpun diputuskan di dalam mahkamah rakyat. Laporan polis yang dibuat oleh pihak yang menerima video itu menerusi pos, atau menjumpainya di masjid cukup membuktikan rasa mual rakyat dengan isu ini.

Dalam keadaan sebegitu, tampil pula pemimpin KITA menawarkan hadiah kereta Rolls Royce untuk mencari seorang yang seiras Anwar. Tujuan khusus peraduan ini adalah semata-mata untuk mengkitar semula, memerah dan menghangatkan kembali isu berkenaan demi mencari keuntungan politik.

Hakim untuk peraduan mirip Anwar ditetapkan sebagai Presiden KITA, Zaid Ibrahim sendiri, bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor yang kini bergelar Senator selepas lompat masuk Umno, serta ahli perniagaan Sharyzl Eskay – satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi video lucah itu.

Zamil berkata peraduan berkenaan beserta dengan barisan hakim yang disediakan bertujuan "membela" nama baik Anwar. Pada anggapan orang-orang "bijak pandai" seperti Zamil dan Zaid ini mungkin kenyataan yang dianggap sinis dan menyindir secara cerdik.

Namun hakikatnya ialah, peraduan mirip Anwar anjuran mereka hanya menyerlahkan budaya politik murahan yang semakin didokong oleh Zaid dan pengikut-pengikutnya.

Alangkah baiknya jika kereta Rolly Royce itu dilelong dan duitnya diguna untuk membela nasib penduduk yang dihimpit kepayahan akibat langkah kerajaan memotong subsidi dan mengizinkan harga barangan perlu melonjak.

Alangkah baiknya jika Zaid memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat supaya bangun dan menuntut kerajaan Umno-BN menghentikan amalan kronisme dan penyelewengan kuasa.

Kenapa desakan ini yang cukup lantang ketika Zaid dalam PKR semakin lesu apabila beliau beralih ke KITA?

Yang dirasakan lebih mendesak ketika ini bukan isu video lucah atau agenda yang tersirat di sebaliknya . Yang lebih utama adalah keperluan untuk bertanya kepada pemerintah kenapa rakyat terpaksa menanggung beban hidup yang semakin meningkat akibat salah urus kewangan negara.

Dan jika ia bukan salah urus kerajaan Umno-BN, salah siapa apabila subsidi untuk rakyat dipotong manakala subsidi untuk syarikat IPP dikekalkan.

Apakah manfaat meluluskan RM5 bilion untuk bangunan setinggi 100 tingkat apabila rakyat yang hidup tidak jauh dari situ tidak berupaya menyara hidup walaupun dengan pendapatan RM3,000 sebulan.

Rasanya persoalan-persoalan seperti ini lebih penting, bukannya peraduan huntuk mencari mirip Anwar dengan kereta Rolls Royce sebagai ganjaran.

Tv Selangor/-

11 premis makanan kotor di PD diarah tutup

Posted: 01 Jun 2011 01:56 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SEREMBAN: Sebanyak 11 premis makanan di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan negeri kerana didapati tahap kebersihan yang rendah.

Pengarah jabatan itu, Datuk Dr Zailan Adnan, berkata premis terbabit diarah tutup sementara selama 14 hari dan pemiliknya dikehendaki meningkatkan kebersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
"Sebab utama penutupan premis makanan ini berikutan tahap kebersihan dan sanitasi makanan yang rendah, pengendali makanan yang tidak mendapatkan suntikan pencegahan penyakit taun serta pengedali tidak memakai apron dan penutup kepala.

"Selain itu, didapati juga peralatan dan perkakas yang tidak bersih dan rosak, tiada kemudahan tempat mencuci pinggan mangkuk disediakan dan perkakas lain, keadaan fizikal bangunan seperti lantai, dinding dan siling yang tidak memuaskan atau kotor, pembuangan sampah yang tidak teratur serta lain-lain masalah yang berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan makanan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, operasi bersih bersepadu yang dijalankan Khamis lepas, juga memberi penekanan dan pendidikan terhadap pemakaian apron, tudung atau topi dan pembuangan sampah yang teratur.

Pemeriksaan premis makanan akan diteruskan supaya tahap kebersihan berada pada paras penilaian 65 peratus ke atas, katanya. - BERNAMA

Tarif elektrik: Jaminan Muhyidin ditolak

Posted: 01 Jun 2011 01:45 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 1 Jun: Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin bahawa inflasi tidak akan berlaku dengan kenaikan tarif elektrik ditolak dan disifatkan kenyataan yang tidak betul.

Ini kerana, mereka yakin, kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan kos barangan atau perkhidmatan akan meningkat dan dengan sendirinya inflasi atau kenaikan harga barang akan berlaku.

"Memang tarif lektrik dikenakan pada pengeluar, tetapi bila keadaan ini berlaku, barangan keluaran mereka terpaksa dinaikkan harganya sehingga ianya akan membebankan rakyat seluruhnya khususnya yang berpendapatan rendah," kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof (gambar).

Siti Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang Kelantan berkata, walaupun tarif tidak dinaikkan untuk pengguna yang bilnya RM77 ke bawah sebulan, golongan berpendapatan rendah akan terus terbeban dengan cara ini.

Ini kerana, pengguna elektrik yang besar iaitu pekilang akan tetap terbeban dan kos mereka akan meningkat.

Apabila ini berlaku, mereka akan menutup kenaikan kos itu dengan menaikkan harga barangan mereka dan ini akan membebankan golongan bawahan secara tidak langsung apabila mereka terpaksa membeli barangan itu.

Baru-baru ini, kerajaan menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus untuk pengguna elektrik melebihi RM77 sebulan manakala pengguna di bawah RM20 akan mendapat elektrik secara percuma.

Langkah ini dikatakan cuba meniru apa yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Namun tindakan ini berbeza kerana kerajaan negeri Selangor memberikan air percuma kepada penggunaan 20m padu pertama tanpa menaikkan harga air.

Mereka yang menggunakan jumlah yang rendah iaitu golongan pendapatan rendah yang menggunakan air sedikit sahaja (bawah 20 m padu sebulan) akan mendapat air percuma.

Bagi Siti Zailah, walaupun 75 peratus daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik selagi mengekalkan
penggunaan elektrik pada kadar RM77 sebulan, golongan berpendapatan rendah tetap menjadi mangsa.

"Sudahlah mereka baru dibebani dengan kenaikan harga petrol baru-baru ini, kerajaan bebankan pula rakyat dengan kenaikan tariff
tersebut,"ujarnya.

Tambahnya, situasi ini berlaku bukan sahaja pada rakyat di kampung, sebaliknya kakitangan awam, swasta yang berpendapatan kecil juga terjejas.

Sambungnya lagi, tindakan kerajaan sebenarnya untuk mengurangkan beban kerajaan dan melepaskan beban itu kepada rakyat.

"Sepatutnya kerajaan mengurangkan atau menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dan syarikat konsesi tol setiap tahun kerana ia mampu menjimatkan wang negara," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : Salmah Mat Husain

Hati Yang Selalu Muda

Posted: 01 Jun 2011 01:40 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Hadith:

DARI Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda: "Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda."

Riwayat Muslim

Huraian Hadith:

Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda.

Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut, 'rumah kata pergi, kubur kata mari', masih juga bergelumang dengan dosa.

Hal yang demikian ini merupakan suatu yang amat merugikan. Oleh sebab itu kita diminta untuk merebut 5 peluang sebelum tiba 5 rintangan iaitu waktu kaya sebelum miskin, waktu senang sebelum sibuk, waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua dan waktu hidup sebelum mati.

Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak harus menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan.

Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang. Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok hari.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Muktamar : PAS Nafi Bukan Islam Perlu Bertudung

Posted: 01 Jun 2011 01:30 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 1 JUN : PAS menafikan ia telah menetapkan peraturan memerlukan wartawan wanita bukan-Islam supaya memakai tudung ketika meliputi muktamar parti itu hujung minggu ini.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata beberapa organisasi media mungkin telah salah faham nasihat yang diberikan oleh sekretariat penganjur Isnin lalu oleh kerana keperluan memakai tudung hanya ditujukan kepada wartawan wanita Islam.

"Saya percaya ini salah faham. Mungkin ia tidak dinyatakan dengan jelas dalam nasihat berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Mustafa mengulas kenyataan setiausaha agung Wanita MCA Chew Lee Giok yang membidas PAS kerana dikatakan menguatkuasakan kod pakaian ke atas wartawan wanita bukan-Islam yang meliputi Muktamar dari 3-5 Jun.

Chew berkata, "Dalam sebuah negara berbilang kaum saya menghormati sepenuhnya kod pakaian Islam, tetapi kita juga mahu PAS menghormati adat dan pilihan oang bukan Islam".-BERNAMA

Pelan damai Libya lebur

Posted: 01 Jun 2011 01:25 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

GAMBAR yang disiarkan oleh pentadbiran Afrika Selatan semalam menunjukkan Presiden Jacob Zuma duduk bersama pemimpin Libya Muammar Gaddafi (kanan) semasa pertemuan mereka di Tripoli.

TRIPOLI - Muammar Gaddafi menegaskan beliau tidak akan meninggalkan Libya, kata Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma selepas berunding dengan pemimpin Libya tersebut semalam, sekali gus menjadikan prospek untuk menamatkan krisis di Libya secara aman tipis.

Namun, persoalan baru timbul berhubung berapa lamakah Gaddafi dapat bertahan selepas seorang pegawai bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kekurangan makanan dan ubat-ubatan di kawasan yang dikuasai Gaddafi semakin meruncing.

Beberapa jam selepas Zuma meninggalkan bandar ini lewat kelmarin, televisyen Libya melaporkan bahawa jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kembali melancarkan serangan.

Serangan terbaru itu mengenai beberapa lokasi awam dan tentera di Tripoli dan bandar Tajoura, di timur ibu kota Libya berkenaan.

Zuma berada di Tripoli dalam usaha untuk menghidupkan semula pelan damai anjuran Kesatuan Afrika (AU) bagi menamatkan konflik di Libya.

Konflik tercetus pada Februari lalu selepas rakyat Libya bangkit menentang Gaddafi yang kemudiannya merebak menjadi perang yang mengorbankan beribu-ribu orang.

Rundingan antara Zuma dan Gaddafi bagaimanapun menemui jalan buntu.

Pemimpin Libya itu enggan meletak jawatan dan menyukarkan proses damai. Ini kerana pemberontak dan NATO mahu beliau berundur sebelum sebarang gencatan senjata boleh dikuatkuasakan di negara Afrika Utara itu.

"Gaddafi mahu pengeboman oleh pihak NATO dihentikan bagi membolehkan rundingan diadakan," kata satu kenyataan pejabat Presiden Afrika Selatan berkenaan.

"Gaddafi menegaskan bahawa beliau tidak akan meninggalkan negaranya walaupun situasi kini semakin sukar," tambah kenyataan sama. - Reuters

Tiada arahan wartawan bukan Islam pakai tudung

Posted: 01 Jun 2011 01:20 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS tidak mengeluarkan arahan bahawa wartawan wanita bukan Islam perlu memakai tudung ketika membuat liputan muktamar parti itu hujung minggu ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata beberapa organisasi media mungkin telah salah faham nasihat yang diberikan oleh sekretariat penganjur Isnin lepas oleh kerana keperluan memakai tudung hanya ditujukan kepada wartawan wanita yang beragama Islam.

"Ini semua salah faham media. Tiada arahan pakai tudung pun kepada wartawan bukan Islam. Umum sudah mengetahui bagaimana pakaian sopan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan setiausaha agung Wanita MCA, Chew Lee Giok yang membidas PAS kerana dikatakan menguatkuasakan kod pakaian ke atas wartawan wanita bukan Islam yang membuat liputan muktamar dari 3 hingga 5 Jun ini.

Dalam notis pengambilan pas liputan muktamar yang dihantar kepada petugas media, beberapa peraturan pemakaian digariskan.

Ianya termasuk tidak berseluar pendek bagi wartawan lelaki dan tidak memakai pakaian menjolok mata bagi wanita.

"Sempena muktamar PAS Pusat yg akan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun yang akan datang, beberapa kod etika perlu dipatuhi.

"Antaranya ialah lelaki berpakaian kemas dan tidak berseluar pendek dan wanita berpakaian kemas dan bertudung bagi yang Islam dan DIGALAKKAN memakai skaf bagi bukan Islam.

"DILARANG memakai gaun atau skirt pendek," kenyataan berhubung ketetapan itu dipetik.

Sehubungan itu, arahan wajib bertudung kepada wartawan wanita bukan Islam adalah tidak benar sama sekali kerana perkataan digunakan hanyalah "digalakkan" memakai skaf, dan bukan memaksa memakai tudung.

Harakahdaily/-
Oleh : Hazayani Zakaria

SPRM tutup fail dua kes berprofil tinggi

Posted: 01 Jun 2011 01:18 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup fail dua kes berprofil tinggi membabitkan Peguam Negara, Tan Sri Abd Ghani Patail dan bekas Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Robert Phang.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Hadenan Jalil, berkata dalam mesyuarat PPO kali kedua bagi tahun ini, panel bersetuju dengan suruhanjaya itu yang tidak mengambil tindakan lanjut terhadap dua kes terbabit selepas menjalankan siasatan terhadapnya.

"Dalam mesyuarat hari ini kita telah menyemak hasil siasatan dan keterangan yang telah diperoleh daripada SPRM mengenai dua kes itu, dengan ini panel sebulat suara bersetuju untuk menutup kes berkenaan," katanya pada sidang media.

Katanya, dalam kes siasatan Abd Ghani, yang dikatakan mendapat pembiayaan bagi menunaikan ibadah haji, panel itu berpuas hati bahawa siasatan tidak menunjukkan keterangan bagi sebarang kesalahan jenayah.

Menurut Hadenan, dalam kes Phang yang dikatakan cuba memberi sogokan kepada seorang Ketua Setiausaha Kementerian, panel itu berpuas hati bahawa siasatan yang telah dijalankan tidak mencukupi keterangan untuk sebarang pertuduhan terhadap mana-mana pihak.

Malaysiakini/-

Dua Lagi Mangsa Bot Karam Diselamat, Jumlah Terkini Yang Selamat 13

Posted: 01 Jun 2011 01:15 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KOTA TINGGI: Dua lagi mangsa bot karam di perairan Tanjung Ayam, Pengerang berjaya diselamatkan oleh bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, menjadikan yang diselamatkan setakat ini ialah 13 orang.

Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)) Wilayah Selatan, enam daripada mangsa itu telah diselamatkan oleh bot APMM manakala selebihnya oleh kapal dagang MV Huo Tuo yang berada di kawasan kejadian.

"Kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan setakat ini terdiri daripada lelaki dan kita mempercayai mereka merupakan pendatang asing tanpa izin," katanya kepada Bernama hari ini.

Usaha mencari 18 yang masih hilang sedang dilaksanakan oleh APMM termasuk membabitkan sebuah helikopter agensi berkenaan, kata sumber itu.

Pihak berkuasa mempercayai terdapat lebih daripada 30 orang yang menaiki bot itu ketika ia karam di perairan, kata beliau.

Perairan Pengerang dikenali sebagai salah satu laluan paling popular di kalangan pendatang asing tanpa izin untuk memasuki negara ini disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran dengan sempadan Indonesia.

Ia hanya mengambil masa 30 minit perjalanan menggunakan bot laju untuk sampai ke Pengerang daripada Pulau Batam, Pulau Karimun dan Pulau Bintan, Indonesia. - BERNAMA

SAF : Sah Umno Guna Fitnah Jatuh Lawan

Posted: 01 Jun 2011 01:00 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 1 JUN : Pertubuhan bukan kerajaan, Saf Anti Fitnah (SAF) kini bertambah yakin Umno menggunakan politik fitnah untuk menjatuhkan seteru politik mereka, terutama sekali melalui saluran media yang memihak kepada mereka.

"Rakyat semua faham betapa negara ini menyaksikan pendedahan dan manipulasi berita dilakukan dengan cara paling menjijikkan dalam akhbar bila berkait dengan pendakwaan ke atas (Ketua Pembangkang di Parlimen) Datuk Seri Anwar (Ibrahim).

"SAF semakin yakin betapa Umno nampaknya jelas mengabsahkan fitnah sebagai cara menjatuhkan lawan bila pernyataan Pengerusi Umno (Selangor) Datuk Seri Noh Omar mengiakan perlakuan mengedarkan video lucah tidak harus menjadi masalah kepada pembangkang jika ia boleh menyebabkan rakyat marah kepada Umno," kata Pengerusi SAF, Mohd Azmi Abdul Hamid hari ini mengulas hasil Wacana Fitnah Ancaman Ummah Akhir Zaman yang diadakan semalam.

Wacana yang dianjurkan Sinar Harian semalam membariskan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassn dan bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin di pentas yang sama.

Hasil wacana itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, Pemuda PAS dan Umno boleh bersaing di pentas politik secara sihat tanpa perlu menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

Sehubungan itu katanya, pihaknya mahu satu penyertaan dalam pilihan raya secara adil dan telus dengan membekalkan peluang dan ruang yang sama rata, lapor portal The Malaysian Insider.

"Kemukakan polisi untuk meyakinkan rakyat dalm mencari sokongan jangan kemukakan polis untuk memaksa dan mendesak rakyat menyokong kita," kata beliau.

" Insya-Allah, semoga budaya intelektual sebegini akan terus subur sehingga meletakkan kita semua sebati dengan tindakan berasaskan hujah dan fakta bukan fitnah dan tohmah.

"Jika ada pertuduhan, silakan namun lampirkan bukti yang benar. Sejurus bukti dikemukakan, pihak berwajib bertindaklah sewajarnya, jangan membuat pendakwaan terpilih berasaskan kecenderungan dan kepentingan pihak tertentu," kata beliau lagi.

Justeru soal Mohd Azmi, "adakah ini pendirian rasmi Umno dalam hal pengedaran video lucah untuk mengaibkan lawan?"

"Apakah ini juga bermakna pihak parti lawan boleh bersetuju dengan mana-mana pihak yang menentang Umno sama ada orang luar atau orang dalam, boleh melakukan hal yang sama (mengedar video lucah) terhadap pemimpin Umno?" katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Oleh itu, kata beliau, sejak dari awal SAF ditubuhkan pihaknya melihat isu sebenar di pihak Umno bukan untuk melihat kebenaran dan menegakkan keadilan, tetapi lebih untuk membunuh lawan dengan apa cara sekalipun termasuk dengan cara mengaibkan lawan.

"Dengan sebab itu kami sangat menghendaki agar rakyat jangan diperbodohkan dan diracuni dengan kempen politik yang melampaui batas sehingga masing-masing membalas dengan cara yang juga tidak bermoral.

"Jelas undang-undang sivil yang sepatutnya dikuatkuasakan itupun tidak dilaksanakan dalam hal pengedaran video lucah menyebakan masyarakat sangsi terhadap pihak berkuasa yang nampak bersekongkol untuk membenarkan fitnah disebarkan secara berleluasa," katanya lagi.

Mohd Azmi berkata, sementara SAF menyambut kedua-dua ketua Pemuda Umno dan PAS yang mahu menolak politik fitnah, tetapi juga mahu agar janji itu dikotakan dalam bentuk tindakan nyata dan bukan hanya pernyataan kosong semata-mata.

Sambil menggariskan beberapa kes bersifat fitnah sejak kebelakangan ini, beliau berkata, nampaknya ada keghairahan luar biasa untuk pihak yang dituduh diserang habis-habisan dalam bentuk fitnah yang melampaui batas hukum agama mahupun hukum sivil.

Kata beliau, SAF juga mahu melihat kesungguhan Khairy menyatakan hal ini secara berterus terang kepada pucuk kepimpinan Umno.

"Soal yang menjadi keprihatinan SAF ialah isu Datuk Seri Anwar nampaknya mendapat fokus yang sangat keterlaluan dalam media arus perdana dan semacam mendapat restu pimpinan Umno untuk menghukum beliau secara terang-terangan sebelum beliau diberi peluang untuk membela diri," kata Mohd Azmi lagi.

Sementara memang kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu penuh persoalan dan dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak dan sangat memerlukan penjelasan daripada pihak perdana menteri sendiri, kata beliau, pihak yang mendakwanya juga perlu menghentikan tuduhan jika tidak mempunyai bukti.

"Di mata khalayak ramai, pembabitan pembantu perdana menteri dan dua orang pengawal peribadi beliau telah menimbulkan banyak kekeliruan dan tanda tanya mengenai kes tersebut kerana catatan imigresen terhadap mangsa yang masuk secara rasmi ke dalam negara tiba-tiba dihilangkan sepenuhnya.

"Namun dalam hal tuduhan zina dan liwat, layanan yang berbeza telah diberikan dalam pemberitaan di media massa terutama media arus perdana," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, kata beliau, dalam proses pembicaraan Anwar sendiri telah menyebabkan pendedahan yang dikehendaki oleh pimpinan Umno terhadap beliau dalam media massa arus perdana diolah sebegitu rupa sehingga beliau dan keluarganya diaibkan.

"Hal inilah yang membuat SAF melihat gelagat surat khabar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Kosmo serta TV3 dan RTM sebagai agensi penyiaran yang tidak objektif dan tidak menjaga tatasusila moral dalam pemberitaan bila mereka turut menjadi penyebar fitnah secara terang-terangan tanpa batas," katanya lagi.

Dalam ulasannya, Mohd Azmi menambah, SAF memang bersependapat dengan Asri bahawa kedua-dua pihak harus konsisten dalam mengekang fitnah akan tetapi beliau tidak harus naif dalam melihat tabiat dan cara pimpinan yang berada dalam gebuk kuasa beria-ia benar untuk membunuh musuh politik dengan cara paling tidak bermoral termasuk mengguna seluruh agensi pemerintah untuk melakukan asasinasi peribadi terhadap lawan.

PKR tuntut jawapan berhubung kematian Sarbani

Posted: 01 Jun 2011 12:45 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PKR hari ini menghantar memorandum kepada ketua polis negara bagi menuntut jawapan berhubung kematian pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed.

Naib presiden parti itu N Surendran yang menyerahkan memorandum berkenaan kepada ibu pejabat polis di Bukit Aman pagi ini mempersoalkan mengapa tiada tangkapan ataupun pendakwaan berhubung kes tersebut setakat ini.

"Tidak ada tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis yang boleh mengembalikan keyakinan orang ramai ataupun apa-apa yang dilakukan bagi menyelesaikan kes itu," katanya.

Rakan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang juga hadir bersama mahu tindakan segera dan juga jawapan daripada SPRM berhubung mengapa kes berkenaan masih belum diselesaikan.

"Mereka bukan sahaja berhutang jawapan kepada kami tetapi juga kepada balu Ahmad Sarbani," katanya.

Sarbani, 56, dijumpai mati di tingkat satu ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April selepas secara sukarela ke pejabat berkenaan bagi memberi keterangan berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

Beliau adalah penolong pengarah di Jabatan Kastam Selangor dan adalah antara 62 orang yang ditahan pada 1 April dalam satu operasi membanteras gejala rasuah yang dijalankan ke atas pejabat Kastam seluruh negara.

Namun balunya, Masiah @ Maziah Manap yang membuat laporan polis pada 2 Mei lalu mendakwa seorang pegawai kastam secara tidak langsung memberitahunya bahawa Sarbani dibunuh oleh seorang pegawai SPRM.

Menurut Surendran, dakwaan itu sangat serius tetapi SPRM terus membisu.

Tv Selangor/-

Bank Islam Tolak Tawaran Gabung Bank Muamalat

Posted: 01 Jun 2011 12:40 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 1 JUN : Lembaga Bank Islam Malaysia Bhd telah menolak tawaran penggabungannya dengan Bank Muamalat Malaysia Bhd, yang dimiliki tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, atas alasan mereka tidak melihat adanya nilai hasil langkah itu.

Portal The Malaysian Insider melaporkan, difahamkan pengarah-pengarah bank Islam pertama negara itu pada awalnya khuatir yang mereka perlu menerima tawaran penggabungan yang diketengahkan memandangkan Syed Mokhtar dilihat sebagai ahli perniagaan rapat dengan pentadbiran Najib ekoran siri peluang bisnes diperolehnya sejak kebelakangan ini.

"Mereka membuat keputusan itu pada satu mesyuarat semalam, untuk menolak tawaran bergabung kerana pandangan di Putrajaya ialah tiada desakan agar diadakan penggabungan sedemikian antara dua bank ini," kata satu sumber kepada portal berkenaan.

Bank Islam ditubuhkan pada 1983 dan antara pemegang sahamnya ialah Dubai Islamic Investment Group yang memegang 40 peratus ekuiti.

Keuntungannya meningkat 34.3 peratus kepada RM79.9 juta tahun lalu.

Bidaan Syed Mokhtar bagi Bank Islam muncul selepas kejayaan beberapa syarikatnya, antara lain menguasai 32 peratus pegangan Khazanah Nasional Berhad dalam Pos Malaysia, menjadi rakan penyedia projek Transit Rapid Massa (MRT) dan lanjutan kontrak pengimport tunggal beras ke Malaysia.

Konglomeratnya, DRB-Hicom Bhd pada 13 Mei lalu berkata ia menerokai potensi penggabungan Bank Muamalat dengan Bank Islam tetapi tiada rancangan untuk menjual saham-sahamnya dalam Bank Muamalat.

Bank itu berkata ia telah mengemukakan surat hasrat kepada BIMB Holdings Bhd (BIMB) untuk menerokai potensi penggabungan kedua-dua bank.

DRB-Hicom merupakan syarikat pegangan utama Bank Muamalat dan memiliki 70 peratus pegangan manakala Khazanah Nasional Bhd memiliki baki 30 peratus.

Pada 27 Mei lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata penggabungan Bank Muamalat dan Bank Islam untuk membuka ruang bagi kewujudan satu Bank Islam Mega tunggal sukar untuk dilakukan dalam masa terdekat ini.

Kata beliau, memang ada cadangan daripada pemegang saham kedua-dua bank berkenaan ke arah itu, tetapi ketika ini tiada perancangan untuk meneruskan usaha penggabungan yang dimaksudkan.

"Ia adalah usaha untuk mewujudkan bank yang lebih besar dan mempunyai daya saing yang lebih tinggi," kata beliau.

"Bank Negara mungkin ingin melihat bank Islam yang besar dan kerana itu ada keinginan untuk memberikan lesen mega itu dalam masa terdekat.

"Untuk mendapatkan lesen Mega Islamic Bank itu memerlukan modal berbayar sebanyak AS$1 bilion," katanya lagi.

Bank Muamalat memulakan operasinya pada 1 Oktober 1999, yang lahir hasil peralihan perkhidmatan perbankan Islam dalam Bank Bumiputra Malaysia Berhad yang ketika itu bergabung dengan Bank of Commerce (M) Berhad dan BBMB Kewangan.-TheMalaysianInsider


Piala Sudirman: Malaysia gagal mara ke separuh akhir

Posted: 01 Jun 2011 12:30 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Skuad badminton Malaysia gagal meneruskan kemaraan setelah tewas kepada Korea Selatan 2-3 dalam pertemuan suku akhir Piala Sudirman, hari ini.

Koo Kien Keat (gambar) yang digandingkan dengan Chin Eei Hui dalam acara beregu campuran gagal membuktikan kemampuannya selepas tewas kepada Ko Sung-hyun-Ha Jung-Eun 21-17, 21-17 pada peringkat suku akhir Piala Sudirman. | foto D5 Sports
Pada saingan tersebut,

Malaysia terlebih dahulu ketinggalan 0-1 apabila beregu campuran Koo Kien Keat-Chin Eei Hui tumpas kepada pasangan Ko Sung-hyun-Ha Jung-Eun 21-17, 21-17.

Dalam perseorangan lelaki, Lee Chong Wei menepati ramalan ramai apabila berjaya menundukkan Park Sung-Hwan 21-18, 21-14, sementara pasangan beregu lelaki Tan Boon Heong-Hoon Thien How pula menewaskan Jung Jae-sung-Lee Yong-dae 21-15, 14-21, 21-14, sekaligus menghidupkan peluang Malaysia dengan mendahului Korea Selatan 2-1.

Namun, Korea Selatan kembali menyamakan kedudukan (2-2) apabila perseorangan wanita mereka Bae Youn-joo menundukkan pemain negara Tee Jing Yi 21-11, 21-11.

Harapan tinggi diletakkan kepada pasangan beregu wanita untuk menentukan nasib Malaysia. Namun pasangan tersebut, Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty gagal apabila tewas kepada Jung-eun-Kim Min-jung 19-21, 21-16, 21-10 dalam tempoh 55 minit.

Kemenangan Korea Selatan itu sekaligus mengesahkan tempatnya ke separuh akhir. Mereka bakal berdepan China yang turut menewaskan India 3-1. -D5 Sports

Warkahdaily/-

Umno-BN lebih suka rakyat buta maklumat

Posted: 01 Jun 2011 12:25 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, kerajaan Umno BN menutup ruang secara total supaya rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat tentang isu-isu semasa.

"Sebab itulah saluran maklumat ditutup dari rakyat oleh kerajaan BN. Tidak ada ruang untuk pimpinan PAS dan PR untuk bercakap di dalam media sama ada elektronik atau cetak.

"Mereka tidak mahu rakyat mengetahui fakta-fakta sebenar tentang penyelewengan, rasuah, kezaliman dan sebagainya," ujar beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian jentera pilihanraya Dun Ayer Molek dan Pusat Adun Rakyat Dun tersebut, dekat sini semalam.

Tambahnya, kerajaan Umno BN juga menjadikan masjid dan surau kosong dengan kuliah dan tazkirah tentang ilmu-ilmu Islam seperti siasah syariah, ekonomi Islam, jenayah dan sebagainya.

Katanya, pemimpin Umno tidak mahu rakyat memahami Islam kerana apabila berilmu dan faham Islam dibimbangi mereka akan menyokong PAS dan PR.

Idris berkata, rakyat juga khasnya orang miskin dibiarkan merempat kerana dengan kemiskinan, rakyat mudah dibeli dan disogok oleh Umno BN ketika kempen pilihan raya.

"Jika rakyat kaya dan berpendapatan tinggi sudah tentu mereka sukar untuk disogok dan dirasuah bagi memancing undi.

"Sebab itulah kita lihat rakyat miskin khasnya di Sabah dan Sarawak masih ramai seperti yang dibongkar pada Pilihan raya Negeri Sarawak baru-baru ini," kata Idris.

Justeru, menurutnya jentera PAS mesti bekerja kuat untuk menyampaikan risalah perjuangan PAS dan PR kepada orang Umno dan golongan tidak berparti supaya mereka dapat memikirkan tentang kedudukan politik dan sosial masyarakat hari ini.

"Risalah, 'banner' dan bahan-bahan lain mesti dipastikan sampai kepada setiap rakyat supaya rakyat boleh berfikir membuat pemilihan yang matang dan bijak pada pilihan raya umum akan datang," kata Idris.

Turut hadir pada program itu ialah Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Melaka, Mejar (B) Jasme Tompang, Yang Dipertua PAS Jasin, Kamaruddin Sidek dan Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew. -Harakahdaily

BN kawal IPP atau IPP kawal kerajaan

Posted: 01 Jun 2011 12:00 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mencadangkan Kerajaan BN membubarkan sahaja Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air jika benar dakwaan menterinya, Datuk Peter Chin bahawa kementerian itu tidak ada kuasa bagi mendesak Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) didedahkan kepada umum.

Sehubungan itu, ketua penerangannya, Herman Samsudeen mempersoalkan adakah kerajaan BN yang memimpin IPP atau IPP memimpin Kerajaan BN sekarang ini.

"Bila rakyat mahu tahu pasal kontrak perjanjian, menteri kata tiada kuasa. Tapi bila mahu umum kenaikan tarif elektrik, menteri ada kuasa," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, rakyat kini melihat pemimpin yang ada sebagai boneka kepada IPP dan bukannya berkhidmat untuk rakyat lagi.

Justeru, ujarnya, slogan kerajaan sekarang patut ditukar kepada "IPP didahulukan, kroni diutamakan".

Beliau berkata, dasar Fuel Cost Pass Through (FCPT) yang dicipta oleh Kerajaan BN pula adalah tindakan culas yang jelas mahu membebankan rakyat kerana kos gas asli yang akan dinaikkan daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap 6 bulan melalui arahan kepada Petronas bakal menyebabkan kenaikan tarif elektrik berganda di masa depan.

"Dan segala kos bahan api itu akan dibayar sendiri oleh rakyat bila mana Kerajaan BN kini nekad membuat pemansuhan subsidi kepada perkhidmatan tenaga elektrik dan gas," ujarnya lagi.

DPPWP juga, katanya melihat jaminan Kerajaan BN bahawa harga barang-barang dan perkhidmatan dipasaran tidak akan naik dengan kenaikan harga minyak, gula dan tarif elektrik ini sebagai satu lawak jenaka sahaja.

Menurutnya, orang yang faham tentang ekonomi tidak akan bercakap demikian.

Baginya, adalah mustahil harga barang-barang dan perkhidmatan di pasaran tidak naik bila bahan mentah mereka tidak naik.

"Jika kerajaan gagal mengawal tindak tanduk kapitalis dalam IPP dan TNB maka semakin sukarlah matlamat mengurangkan jurang pendapatan rakyat dilaksanakan. Yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus melarat," katanya.

Tambahnya, DPPWP juga berasa hairan, kenapa kerajaan beria-ria sangat mahu menghapuskan subsidi dan cuba perkenalkan GST.

"Di manakah peranan GLC Kerajaan yang ditubuhkan untuk melabur dan memberikan pulangan kepada negara?

"Ke mana duit hasil-hasil bumi dan industri yang dijana selama ini pergi sampai kerajaan terpaksa mengambil langkah ortodoks dengan menumpukan kepada pengambilan hasil-hasil negara dari kantung-kantung rakyat melalui pemansuhan subsidi serta pelbagai kenaikan harga dan cukai?" soalnya.

Sehubungan itu, DPPWP mengajak rakyat turun ke jalan raya pada pada 9 Julai ini untuk mendesak Kerajaan BN menghentikan kegilaan mereka mencipta mala petaka ekonomi kepada rakyat.

Katanya, 9 Julai ini juga adalah Hari Demokrasi untuk rakyat.

Tambahnya, ia adalah hari untuk rakyat menuntut keadilan dalam memastikan sistem demokrasi dan pengurusan pentadbiran negara berjalan dengan cekap.

"Inilah masa dan peluang terbaik bagi rakyat menunjukan kuasa mereka sebagai mana kebangkitan rakyat di Thailand dan Timur Tengah yang bangkit menolak kezaliman ke atas diri dan negara mereka.

Harakahdaily/-

Guan Eng: BN Pulau Pinang dedahkan maklumat sulit

Posted: 31 May 2011 11:50 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Kerajaan Negeri Pulau Pinang kesal dengan Barisan Nasional Pulau Pinang yang telah memilih untuk mencari publisiti politik murahan dengan mendedahkan butiran perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Perjanjian tersebut adalah rahsia dan sulit di mana hanya Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk mendedahkan butiran perjanjian tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Hock Nan (gambar kiri) nampaknya lupa bahawa beliau bukan lagi memimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Adakah Teng telah lupa bahawa beliau telah ditolak oleh pengundi di Pulau TIkus sekaligus telah kalah dalam pilihan raya umum lalu? Beliau juga tidak memegang sebarang jawatan dalam Kerajaan Persekutuan. Apa hak dan atas nama siapa beliau wakili untuk membuat pengumuman yang sepatutnya hanya boleh diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sahaja?

Rundingan perjanjian air tersebut telah diputuskan dua bulan lepas dan sedang menunggu kelulusan daripada Kabinet. Upacara menandatangani perjanjian akan diadakan di Putrajaya pada Khamis ini bersamaan dengan 2 Jun 2011 antara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui dengan saya sendiri. Jika ada sesiapa yang membuat pendedahan, seharusnya ia datang dari pihak Peter Chin mahupun Kerajaan Negeri, bukannya Teng yang tidak mempunyai sebarang hak untuk melakukannya. Perkara ini dilihat sebagai perilaku tidak bertanggungjawab Teng kerana beliau kini bukan lagi ahli EXCO kerajaan negeri mahupun pegawai Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada awalnya enggan untuk meluluskan penghijrahan aset air kerajaan negeri kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di bawah Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, sebagai Pengerusi Perbadanan Bekalan Airi (PBA), saya tidak mempunyai pilihan lain melainkan mencari penyelesaian memandangkan Kerajaan Negeri BN sebelum ini telah bersetuju untuk menyerahkan aset air Negara kepada Kerajaan Persekutuan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Atas alasan tersebut, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berkeras supaya beberapa syarat penghijrahan aset air sedia ada yang dicadangkan diperbaiki. Seperti mana yang dimaklumkan oleh Teng, pembinaan Empangan Mengkuang bernilai RM1.2 bilion dengan peningkatan kapasiti simpanan air sebanyak 3.8 kali ganda berbanding sekarang akan dilaksanakan. Di bawah pemerintahan Kerajaan BN sebelum ini, RM1.2 bilion hanya digunakan sebagai pinjaman tanpa faedah.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berkeras untuk menukarkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM1.2 bilion ini kepada geran sebagai syarat untuk meningkatkan penghijrahan aset air. Sebaik pembesaran empangan ini selesai, empangan tersebut akan menjadi milik tetap Kerajaan Negeri. Perkara ini akhirnya telah mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan.

Teng sekali lagi tidak jujur dengan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri perlu menjawab butiran lanjut mengenai projek pembesaran yang bernilai RM1.2 bilion ini. Disebabkan RM1.2 bilion ini adalah peruntukan dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk memutuskan kepada siapa peruntukan tersebut diberikan sama ada melalui sistem tender terbuka mahupun tidak.

Selain terus memuji baik kepada Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri atas persetujuan untuk menukarkan RM1.2 bilion pinjaman tanpa faedah kepada geran yang nyata memberi manfaat dan kebaikan kepada penduduk Pulau Pinang berbanding syarat yang ditawarkan sebelum ini,

Teng telah memilih untuk mempolitikkan isu ini dengan mendakwa bahawa BN tidak pernah meminggirkan Pulau Pinang walaupun kehilangan negeri? Mengapa Teng tidak memberi penghargaan sedangkan penghargaan itu sepatutnya diberikan atas kejayaan kerajaan negeri PR Pulau Pinang untuk menukarkan pinjaman RM1.2 bilion kepada geran?

Saya akan mendedahkan peningkatan lain yang telah berjaya dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas ini. Saya kesal dengan Teng dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang sekali lagi bertindak tidak bertanggungjawab dan sangat tidak profesional dengan melanggar privasi dan perjanjian sulit berkaitan perjanian tersebut semata- mata untuk mencari publisiti murahan.

Saya akan mengarahkan pejabat kerajaan negeri untuk mengemukakan pertanyaan kepada Kerajaan Persekutuan sama ada butiran perjanjian antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ini telah diberikan kepada ahli politik BN yang tidak memegang sebarang jawatan rasmi.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

MerdekaReview/-

Pemuda PAS Wilayah tawar Hata sertai PAS

Posted: 31 May 2011 11:45 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) amat mengalu-alukan jika mantan Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ), Mohd Hata Wahari (gambar) mahu menyertai PAS.

"Parti Islam inilah medium terbaik buat beliau untuk meneruskan perjuangan bagi mengangkat suara-suara wartawan yang tertindas dan juga mengembalikan hak kebebasan akhbar dinegara ini," kata Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen

Bagi beliau, berjuang bersama PAS sebagai satu pasukan adalah lebih baik dari terus bersendirian dan Pemuda PAS Wilayah bersedia membantu beliau jika beliau benar-benar berminat menyertai PAS.

Pemuda PAS Wilayah juga bersedia menemui beliau pada bila-bila masa untuk berdiskusi mengenai hal ini.

"Harapan DPPWP, semoga beliau memilih tempat yang lebih baik untuk meneruskan perjuangan dan PAS membuka pintu seluas-luasnya untuk beliau menjadi ahli," kata Herman.

Hata Wahari dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, beliau sedia menimbang untuk menyertai parti politik bagi meneruskan perjuangannya selepas tidak lagi terlibat dengan NUJ.

Bercakap ketika dihubungi Harakahdaily sebelum ini, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu berkata, beliau bagaimanapun masih belum membuat keputusan parti mana mahu disertainya.

"Setakat ini saya berjuang secara individu dahululah. Lagi pun parti politik mana nak terima saya.

"Lain la kalau PAS tawar, saya boleh la pertimbangkan," katanya dalam nada berseloroh.

Hata melepaskan jawatannya sebagai presiden NUJ berkuat kuasa serta merta selepas dipecat daripada Utusan Melayu, bulan lalu.

Menurut Hata, keputusan itu diambilnya demi kepentingan kesatuan berkenaan.

"Saya tidak mahu NUJ timbul masalah dengan Jabatan Hal Ehwal Pendaftaran Kesatuan Sekerja sebab saya bukan lagi ahli mana-mana anggota kesatuan," katanya lagi.

Harakahdaily/-

Temui mayat bayi terapung

Posted: 31 May 2011 11:30 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Mayat bayi perempuan baru dilahirkan ditemui terapung di dalam Sungai Gombak berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) dekat Taman Tasik Titiwangsa, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mayat bayi itu sudah dipotong tali pusatnya dan dilihat terapung dihanyutkan aliran sungai sebelum tersangkut di celah-celah batu di situ.

"Kita percaya bayi itu dibuang di tempat lain tidak lebih dari tempoh 24 jam sebelum ditemui.

"Mayat bayi yang masih elok itu ditemui dalam keadaan tidak dibaluti sebarang kain," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pihaknya sedang mengesan suspek yang membuang bayi itu dan meminta bantuan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi talian 03-20702222 bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran itu.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sinar Harian/-

Bot Bawa Pendatang Asing Karam, 11 Selamat, 18 Masih Hilang

Posted: 31 May 2011 09:30 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KOTA TINGGI 1 JUN : Sebuah bot dipercayai membawa pendatang asing, karam di perairan Tanjung Pengelih dekat sini kira-kira 4.30 pagi tadi.

Setakat ini, sebelas mangsa berjaya diselamatkan manakala 18 lagi masih hilang, menurut jurucakap Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan.-BERNAMA

Najib Dibidas Salah Sasar Pengundi

Posted: 31 May 2011 09:00 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 1 JUN : Gesaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kepada golongan belia di negara ini supaya bersama-sama beliau mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang untuk mengekalkan kekuasaannya, diselar ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, Najib menghantar mesej beragenda politik dan salah kepada kira-kira lapan ribu belia yang kebanyakannya dihantar sekolah masing-masing untuk menyertai himpunan tersebut, dan mereka juga bukanlah golongan pengundi.

"Saya terkejut bila Datuk Najib kata pertahankan Putrajaya. Beliau bercakap dalam nada politik. Sedangkan belia yang datang itu dengan bas. Umur 15, 16, 17 tahun. Bukan boleh mengundi pun. Beliau sampaikan mesej salah," kata Johari dalam temubual bersama TV Selangor.

Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 pada Sabtu, Najib merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

Menurut Najib, beliau gembira dengan kehadiran sejuta orang anak muda di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun ini yang menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak.

Walaubagaimanapun hanya kira-kira lapan ribu belia menghadirkan diri dan kebanyakannya pelajar sekolah yang diwajibkan kehadiran ke atas mereka.

Apa yang lebih jelas kata Johari, tindakan Najib yang sengaja memberi gambaran salah bahawa Pakatan Rakyat akan melelong Putrajaya apabila menang pada pilihan raya kelak, membuktikan pentadbirannya yang tidak memahami hasrat dan jiwa murni anak muda.

"Saya rasa pelik. Samada teks Ucapan Datuk Najib disediakan oleh orang yang tidak faham. Atau Datuk Najib sendiri tidak faham hasrat dan jiwa anak muda belia negara ini. Untuk pertahankan Putrajaya kalau tidak nanti pembangkang jual. Apa ini? Bagi saya ini mentaliti tikus bercakap berdegar-degar tapi realitinya tiada," kata Johari.

Johari menyatakan sebagai Perdana Menteri, Najib perlu memberikan galakan dan menyemarakkan idealisme belia supaya membangunkan negara dengan aman dan damai di masa hadapan.

"Yang penting bagi kita ialah politik harus dilihat dari sudut yang lebih besar. Bukan politik kepartian yang sempit. Kalaupun nak bercakap dengan belia, mereka harus diberi satu impian besar untuk bangunkan negara. Kita bukan boleh hidup 100 tahun lagi. Mungkin nanti Umno dan Pakatan Rakyat pun sudah tiada, mereka ada parti lain. Beliau harus mempunyai impian besar untuk membangunkan negara dengan cara yang disepakati," kata Johari lagi.

Sinar Harian/-

Fitnah punca keruntuhan

Posted: 31 May 2011 08:30 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM - Penyebaran fitnah dalam dunia politik yang berselindung di sebalik nama agama boleh menjadi punca utama keruntuhan sesebuah kerajaan.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sejarah lampau perlu dijadikan pedoman apabila banyak tamadun Islam musnah akibat salah guna agama dalam berpolitik seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Usman bin Affan.

"Khalifah Usman sendiri jatuh dari tampuk pemerintahan kerana fitnah apabila beliau dituduh tidak telus dalam pelantikan pegawai kerajaan," katanya.

Menurutnya, penggunaan fitnah sebagai senjata politik dapat dilihat di Malaysia di mana golongan politik sejak dahulu lagi kerap menyalahgunakan agama untuk menarik sokongan orang ramai.

"Orang politik sedar agama yang menjadi tunjang kehidupan rakyat boleh digunakan untuk mempengaruhi orang ramai bagi mencapai kepentingan politik sesebuah parti itu.

"Jika kita lihat, banyak ulama kini mengeluarkan dalil berbeza mengikut isu berkaitan pemilihan politik mereka sendiri. Ini tidak betul," katanya semasa wacana anjuran Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Asri, agama boleh menjadi madu dan penawar bagi menghentikan semua kepincangan dalam politik tetapi ia juga boleh menjadi racun dan menyebabkan kacau-bilau jika disalahgunakan.

"Manusia melakukan fitnah kerana ingin bersaing dan mahu mewujudkan pengaruh. Golongan yang mempunyai kuasa pula ingin terus kekal di atas dan menggunakan fitnah untuk menumpaskan pesaing mereka.

"Sebab itu, agama perlu berada di atas politik dan bukan parti politik yang mengarah golongan ulama supaya mengeluarkan fatwa yang sesuai dengan kehendak mereka," katanya lagi diikuti dengan tepukan gemuruh hadirin.

Sinar Harian/-

Bot Pendatang Asing Karam

Posted: 31 May 2011 08:00 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KOTA TINGGI: Sebuah bot dipercayai membawa pendatang asing, karam di perairan Tanjung Pengelih dekat sini kira-kira 4.30 pagi Rabu.

Setakat ini, sebelas mangsa berjaya diselamatkan manakala 18 lagi masih hilang, menurut jurucakap Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan. BERNAMA

15 maut keracunan E.coli di Eropah

Posted: 31 May 2011 07:30 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

BEBERAPA potongan timun dan tomato dilihat dalam satu rakaman ilustrasi di Berlin, kelmarin, ketika kes keracunan E.coli semakin serius di Eropah.

1,200 kes dilaporkan dalam tempoh 10 hari disebabkan kuman dalam timun, tomato

BERLIN: Seramai 15 orang terbunuh, 300 lagi dalam keadaan tenat kerana keracunan disebabkan bakteria berbahaya dalam timun menyebabkan kerajaan Jerman mengadakan rundingan mengenai krisis itu yang terus merebak di beberapa negara Eropah sejak dikesan dua minggu lalu.

Kematian ke-15 berlaku di Sweden.

Kes keracunan makanan kali pertama dilaporkan di utara Jerman dan bilangan mangsa disyaki mencecah 1,200 orang, lapor media.

Tiada pengesahan rasmi angka itu, namun Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah berpusat di Stockholm, Sweden, menggambarkan E.coli sebagai 'antara yang terbesar di seluruh dunia dan paling teruk melanda Jerman.'

Pihak berkuasa Jerman juga memberi amaran supaya tidak memakan sayur mentah selepas kesan bakteria itu ditemui pada timun organik dari Sepanyol minggu lalu. Namun, belum ada pihak yang dapat mengesan puncanya.

Enterohaemorrhagic E.coli (EHEC) boleh mengakibatkan sindrom uremik hemolitik penuh (HUS), sejenis penyakit yang menyebabkan cirit birit berdarah dan kerosakan teruk hati sekali gus mengakibatkan kematian.

"Biasanya kita hanya terima 1,000 kes setahun, namun pada masa ini kita mempunyai 1,200 kes dalam tempoh hanya 10 hari.

"Kami tahu ketika ini jenis EHEC amat berbahaya dan berketahanan tinggi sekali gus menyebabkan jangkitan kes HUS meningkat," kata Pengarah Klinik Luedenscheid di barat Jerman, Jan Galle kepada televisyen umum ZDF.

Institut Robert Koch (RKI), agensi penyelidikan penyakit nasional Jerman, memberi amaran kepada rakyat negara itu supaya tidak memakan sayuran mentah seperti timun, tomato dan salad, terutama bagi penduduk di utara yang menjadi tempat keracunan bermula.

Ia sudah mengesahkan 329 kes HUS di seluruh negara dan tiga kematian disahkan. Namun, pihak berkuasa serantau melaporkan kematian dikaitkan dengan HUS, meletakkan angka kematian kepada 11 orang selepas seorang wanita 91 tahun maut Ahad lalu.

E.coli adalah nama kuman atau bakteria yang tinggal dalam saluran pencernaan manusia dan haiwan. Seseorang boleh mendapat jangkitan E.coli jika terdedah dengan najis manusia atau haiwan.

Ia berjangkit jika seseorang minum air atau makanan yang dicemari najis. Seseorang juga boleh menemui ajal kerananya.

Institut Hygiene di Universiti Klinik Muenster di barat Jerman mengumumkan sudah mencipta kaedah untuk mengesan mangsa jangkitan E.coli.

Beberapa negara Eropah termasuk Belgium dan Russia mengharamkan sayur import dari Sepanyol manakala Menteri Pertanian Sepanyol, Rosa Aguilar menafikan negaranya sumber jangkitan. – AFP

Letupan di Yemen, lima tentera terkorban

Posted: 31 May 2011 07:00 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

ADEN, Yemen 1 Jun - Satu letupan kereta yang disasarkan kepada konvoi tentera di selatan Yemen, Zinjibar hari ini membunuh lima orang askar dan 23 lagi cedera.

Pegawai keselamatan berkata, letupan bom yang disasarkan kepada konvoi membawa bantuan ke Zinjibar itu dipercayai dilakukan oleh oleh militan Al-Qaeda.

Saksi mengatakan antara yang mereka terbunuh dan cedera itu ialah pegawai yang berjawatan tinggi. - AFP

PM digesa buang 'politik' selesai Royalti Kelantan

Posted: 31 May 2011 06:00 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA, : Jawatankuasa Bertindak Anak Kelantan di Perantauan Menuntut Royalti Kelantan (Royalti Kelantan) hari ini menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri agar hak royalti negeri itu dikembalikan segera.

Penyerahan itu diketuai pengerusinya, Apandi Mohamad dan turut diiringi Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusof dan Senator Mumtaz Mohamad Nawi.

Memorandum itu bagaimanapun diterima Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri, Asrul Afendi.

Selain mereka, turut hadir sama ialah Presiden Persatuan Anak Darul Naim di Selangor dan Kuala Lumpur (Persada), Ali Hanafiah Mohamad dan AJK mereka.

Dalam memorandum itu, mereka mahu Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan isu yang sudah dibawa ke mahkamah itu secara 'melampaui batasan politik sempit'.

Perdebatan hak pembayaran itu menurut mereka harus diurus mengikut persetujuan yang dibuat antara kerajaan negeri dengan Petronas dalam perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Apatah lagi bayaran serupa telah telah diterima Terengganu seperti disahkan Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dun Terengganu baru-baru ini dengan jumlah bayaran RM938 juta secara berperingkat.

"Bahawa Datuk Seri Najib memastikan ditunai janji pengembalian hak wang royalti kerajan Kelantan sama seperti yang diperolehi kerajaan Terengganu,"antara kandungan tuntutan memorandum itu dipetik.

Sehubungan itu, jawatankuasa ini mahu isu ini diselesaikan segera dan hak rakyat Kelantan dikembalikan seadilnya.

Harakahdaily

Tiada ulasan:

Nuffnang