Khamis, 19 Mei 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 18 May 2011 01:37 AM PDT

Posted: 18 May 2011 01:09 AM PDT





YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI BERSAMA - SAMA RIBUAN RAKYAT TANDA SOKONGAN KEPADA DATUK SRI ANWAR IBRAHIM

JALAN DUTA - Seawal jam 8.00 pagi perkarangan Makahmah Tinggi Jalan Duta telah dibanjiri oleh ribuan rakyat Malaysia yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Ketua Umum Parti keAdilan Rakyat Datuk Sri Anwar Ibrahim yang menghadapi satu lagi serangan fitnah dari pihak yang bacul.YB Shuhaimi Hj Shafiei telah bersama - sama dengan rakyat jelata dari seluruh Malaysia tanpa mengira bangsa dan keturunan untuk menunjukkan kepada pihak pemfitnah bahawa majoriti rakyat Malaysia sudah muak dengan politik kotor pihak yang terdesak.

Rata - rata rakyat yang hadir menyatakan rasa bosan dengan permainan politik kotor pihak musuh yang semakin terdesak untuk menghalang kebangkitan rakyat yang sudah muak dengan politik andu domba BN selama lebih 50 tahun.Cara untuk menyekat kebangkitan rakyat adalah dengan menamatkan karier politik Datuk Sri Anwar Ibrahim maka dengan itu satu lagi fitnah direka cipta oleh mereka - mereka yang tidak mempunyai norma - norma kemanusiaan.


Posted: 18 May 2011 12:50 AM PDT


PROGRAM CERAMAH JELAJAH SELANGOR TAWAN MALAYSIA DIPERHEBAT

SRI MUDA - Parti keADILan Rakyat Negeri Selangor mula memperhebatkan siri ceramah jelajah ke serata pelusuk Negeri Selangor yang bertujuan untuk memperjelaskan terus kepada rakyat berkenaan dengan isu - isu semasa.Siri ceramah yang akan berterusan adalah satu daripada usaha Pakatan Rakyat untuk menawan Kerajaan pusat pada pilihanraya umum yang akan datang dan untuk memperjelaskan isu fitnah yang sedang dihadapi oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim ketika ini.






Posted: 16 May 2011 02:34 AM PDT

Video seks: MB kesal Umno edar VCD lucah di program Pakatan

May 15, 2011
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Umno menjadi dalang mengedarkan VCD seks ketika program Pakatan Rakyat di Stadium Selayang. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 15 Mei — Program Pakatan Rakyat di Stadium Selayang dekat sini malam tadi, sekali lagi menjadi sasaran pengedaran VCD rakaman video seks, yang didedahkan "Datuk T" Mac lalu dan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin Pakatan mendakwa perbuatan itu didalangi oleh Umno.

Selain mengedarkan VCD itu, risalah berkaitan video seks turut diedarkan di luar stadium - yang secara jelas mahu menjejaskan kredibiliti Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR.

Dalam risalah yang diedarkan itu, selain memaparkan gambar pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" pada 21 Mac lalu turut tertera perkataan "tak perlu jadi seorang pakar jika ingin buktikan sesuatu!!!, anda sendiri boleh lakukan".

VCD rakaman video seks dan risalah diedarkan ketika program anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Selayang malam tadi. — Foto oleh Jack Ooi
Ekoran pengedaran VCD dan risalah itu, petugas Pakatan Rakyat mengumpulkan kesemua VCD dan risalah dipercayai untuk dimusnahkan.

Pakatan Rakyat menganjurkan program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang.

Turut hadir Anwar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut Khalid, beliau kesal dengan tindakan Umno yang mengedarkan VCD rakaman video seks itu untuk menjatuhkan imej Anwar dan kerajaan negeri Selangor.

"Mereka edarkan video lucah. Ini kerja bodoh di negeri yang kaya dan ia satu kerja yang tida patut dilakukan rakyat Selangor.

"Kita nak jadikan Selangor ini negeri membangun, mewah dan dirahmati Allah tapi Umno bawa VCD tak guna ini, kalau nak tolong rakyat selesaikan masalah rakyat.

"Ini yang Umno tak boleh buat, apa yang mereka boleh buat edarkan VCD, tak guna ini," kata beliau ketika berucap.

Tegas beliau, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan mempedulikan strategi kotor digunakan Umno-BN untuk merampas semula Selangor.

Sebaliknya, tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor akan bekerja kuat bagi memastikan nasib rakyat di negeri itu terbela.

"Saya tidak ada masa untuk VCD buruk ini, saya akan terus bekerja keras untuk bantu rakyat.

"Rakyat pilih kita untuk buat perubahan dan ini yang akan kita buktikan," katanya.

Semalam PKR Selangor menggesa polis menjelaskan pendirian pihaknya ekoran tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebar VCD rakaman video seks ketika ceramah "Jelas — Tawan Malaysia!" anjuran parti itu di lokasi berlainan kelmarin.

The Malaysian Insider difahamkan VCD itu diedarkan ketika ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat khususnya PKR di seluruh negara sejak lebih seminggu lalu.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, ceramah "Jelas — Tawan Malaysia!" di Kampung Jalan Kebun dan Kampung Melayu Subang telah dicemari dengan pengedaran VCD lucah dan poster propaganda bergambarkan wajah Anwar.

Ia diletakkan pada cermin kereta hadirin ceramah kedua-dua dua lokasi terlibat, kata Shuhaimi sambil menyifatkannya "mainan politik kotor tidak bertanggungjawab yang amat dikesali."

Awal bulan lalu, klip rakaman aksi seks disebarkan menerusi Internet dan polis berjanji akan menyiasat siapa yang bertanggungjawab ke atas tindakan memuat naik bahan itu.


+8
SELECTOR's avatar

SELECTOR · 3 days ago

UMNO tidak layak membuat penafian kerana kalau bukan UMNO mana pihak lain yang mahu mendapatkan keuntungan segera dari perbuatan macam ini. Mereka akan kata ini perbuatan orang dalam PKR, saya tidak menerima Anwar sebagai seorang sempurna, tapi saya dan rakan-rakan yang kritikal dalam parti tidak akan buat perkara macam ini.

Posted: 15 May 2011 02:32 AM PDT

Video seks: VCD diedar di ceramah, PKR desak pendirian PDRM

May 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 Mei – PKR Selangor menggesa polis menjelaskan pendirian pihaknya ekoran tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebar VCD rakaman video seks, yang didedahkan "Datuk T" Mac lalu, ketika ceramah "Jelas - Tawan Malaysia!" anjuran parti itu, malam tadi.

The Malaysian Insider difahamkan VCD itu diedarkan ketika ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat khususnya PKR di seluruh negara sejak awal minggu lalu.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, rakaman video seks, yang si pelakunya didakwa mirip Anwar, adalah tulen setelah mendapat input pakar pengimejan video Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun beliau berkata, tiada keperluan undang-undang untuk mendedahkan si pelaku video terbabit.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, ceramah "Jelas – Tawan Malaysia!" di Kampung Jalan Kebun dan Kampung Melayu Subang malam tadi telah dicemari dengan pengedaran VCD lucah dan poster propaganda bergambarkan wajah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia diletakkan pada cermin kereta hadirin ceramah kedua-dua dua lokasi terlibat, kata Shuhaimi sambil menyifatkannya "mainan politik kotor tidak bertanggungjawab yang amat dikesali."

"Hasil laporan yang saya terima daripada ahli-ahli parti yang memantau keselamatan serta berada di ceramah kempen Jelas – Tawan Malaysia malam semalam, jelas menunjukkan selain gurkha upahan Umno-BN, sebilangan kecil dipercayai anggota risikan PDRM turut bersubahat dalam aktiviti jijik ini.

"Mengapakah PDRM sanggup menggadai maruah institusi PDRM dek kerana tunduk pada arahan jelek pemain politik yang akhirnya bersekongkol dalam penyebaran VCD lucah ini?" katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

"Saya cabar PDRM untuk jelaskan dan bersihkan nama sekiranya tidak terlibat dalam pengedaran VCD lucah ini," kata beliau.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda menambah, rakyat ingin tahu bagaimana VCD yang dikatakan asli dan hanya ada satu keping dalam simpanan polis boleh terlepas sehingga disebarkan di Internet dan kemudian diapungkan oleh blog-blog pro-Umno dan BN dan seterusnya disebar secara fizikal.

Pada akhir Mac lalu, trio "Datuk T" yang disoal siasat PDRM telah menyerahkan rakaman video seks itu kepada pihak berkuasa itu.

"Mana mungkin ia boleh terlepas dari kawalan PDRM dan disebarkan di ceramah-ceramah jika tidak ada kaitan dengan subahat polis? Ini yang menyebabkan rakyat tertanya-tanya dan hilang kepercayaan kepada PDRM," katanya.

Awal bulan lalu, klip rakaman aksi seks disebarkan menerusi Internet dan polis berjanji akan menyiasat siapa yang bertanggungjawab ke atas tindakan memuat naik bahan itu.

+4
razman's avatar

razman · 3 days ago

PDRM telah hilang kredibiliti dan professionalisma. HTKPN, Akta Polis dan berbagai Undang2 serta Peraturan2 Kepolisan telah diketepikan oleh Pegawai PDRM sendiri. Mereka tidak langsung menunjukan keperibadian sebagai Pegawai dan anggota yang profesional dan berintegriti. Lemah dalam menegakkan undang2 dan sentiasa bergantung kepada arahan2 pemerintah sejak akhir-akhir ini.

Rakyat Malaysia sebenarnya telah hilang kepercayaan kepada PDRM. Tugasan harian mereka terumbang ambing, kenyataan2 yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan PDRM ke atas sesuatu kes seolah-olah melalui skrip yang disediakan. Warga PDRM yang beragama Islam tu ingat-ingatlah, amanah yang diberikan kepada mereka amat berat dan mereka perlu menjalankan tugas2 mereka berlandaskan Islam, jangan sekali-kali membuat kerja tanpa berfikir implikasi terhadap rakyat yang memerlukan keadilankemana perginya BCA.
-1
Tuan Sadiq's avatar

Tuan Sadiq · 3 days ago

Pasukan polis terbaik dalam dunia lain caranya. Dalam 1DUNIA hanya polis 1MALAYSIA je yang mampu buat perkara macam ni. Polis negara lain semuanya bacul dan tak tahu undang2. Sekarang ni rakyat Msia harus berbangga dengan kredibiliti pasukan polis Msia.

Posted: 07 May 2011 02:36 AM PDT

Selangor PKR: Najib's call hints at waning Malay support

May 06, 2011
Najib told Selangor Umno to use whatever "weapon was at their disposal" to win back the state. — file pic
KUALA LUMPUR, May 6 — Datuk Seri Najib Razak's warning to Selangor Umno that a fractured Malay vote bloc was meaningless proves the party can no longer bank on support from Malay-majority areas in the state, Selangor PKR has claimed.

Selangor PKR information chief Shuhaimi Shafiei said Najib's statement — meant to galvanise Selangor Umno into reclaiming the richest state in Malaysia — contained a note of worry despite the Umno president's apparent confidence.

"He (Najib) clearly stated that Umno Selangor can no longer depend on Malay-majority constituencies to support Umno," Shuhaimi said in a statement today.

The Sri Muda assemblyman added this also showed Najib was "anxious and concerned" about the effectiveness of the latter's attempts to rebuild Malay confidence in Umno Selangor.

Najib called on Selangor Umno yesterday to forget its historic losses in Election 2008 and bounce back to help Barisan Nasional (BN) retake the state from the opposition in the next general election, which he said was "just around the corner".

"We must not allow our image to continue to be besmirched and wallow because of the defeat," he had said in a speech in Shah Alam last night.

Najib, who is also BN chairman, also said Selangor Umno must be ready to use whatever "weapon was at their disposal" to win back the state.

Shuhaimi also claimed Najib's speech implicitly proved that Malay support for Pakatan Rakyat (PR) had increased to a comfortable level despite BN's constant attacks against the opposition pact's de facto leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Support from Malays in Satok and Balingian during the recent Sarawak state election showed that Sarawak Malays too have rejected BN," he said.

"That reality worries Najib's leadership in Selangor. Even though Kemas and other agencies were roped in to help register new voters and move Sabah voters to the target state constituency, it still alarms Najib."

Shuhaimi said Najib's concerns were likely due to internal upheavals in Selangor BN and the worsening leadership crisis in Selangor Umno.

"Power struggles and jealousy are increasing in Selangor Umno and there is a lack of co-ordination between the state Umno... and BN component parties like MCA, MIC and PPP," he said.

He pointed out that "power crazy" Umno Selangor still behaved like the "big brother" in BN, causing partners MCA and MIC to feel "bullied".

Shuhaimi added that Najib's "clarion call" had only strengthened Selangor PKR's resolve and determination to train its machinery as a neat and systematic force to help the people.

+6
Lim Goh Tong's avatar

Lim Goh Tong · 1 week ago

It would be wise for PR to concentrate on serving Selangor population rather than answering najib calls. The population will stand behind a government that serve the population, not corrupted, fair and transparent. Selangor is not out of the wood and faces numerous problem. Like the problems on sand mining, affordable housing, alam flora, squatters, indian temple, etc However - it is still better than under bn government.
+8
Ahmad Sobri's avatar

Ahmad Sobri · 1 week ago

UMNO may have a chance to wrest back in Selangor if not for the latest botched sexual video tape where clips were beamed on free prime time tvs into our homes, thus, corrupting the minds of all Malaysians, young and old.

It not only corrupts the minds of youths,it creates a desire for sex among the old as well. Now, the truth has come out and it is not DSAI on the tape! You can fool some people some of the time but you cannot fool all the people all the time, UMNO!

Just how can I place my trusts and that of my future generations in the hands of some people who even went to the extent of swearing the Holy Quran and in the process abusing the Holy Book just for the sake of bringing down a fellow politician?

Fight on ideologies, tell us how you can do better than Pakatan, how you can improve the environment, by promising the Selangorians no rare earth projects, controlling inflation, which is making the lives of Selangorians difficult, controlling corruption. Stop racial abuses and stoking of racial tension, solve social problems! We want to hear more of that than just SEX, SEX, and more SEX!

Take on DSAI as a politician, not even as an enemy, just a human being, a fellow opposition politician, then, I will take my hats off to you. But, what you had been doing since day 1 of 2010, cannot really win you my votes.

Threats, intimidations, bullying the minority Indians and Chinese, just how are you going to expect them to vote you? Selangorians must do all their best to protect Selangor at all cost. We must stop our wealth being further plundered. If PR is not ready for an election, they can delay their State Elections, and concentrate on Perak, Negri Sembilan, Terengganu, Pahang, Sabah and Sarawak first.

Malaysians, let us go for CHANGE!
1 reply · active less than 1 minute ago
InsyaAllah,come GE 13, the Malays of Selangor particularly in urban settings like PJ, Shah Alam and Gombak will bury BN for good
No Malay in their right state of mind wants to reelect a party that produces state coffers sucking thieves like Khir Toyo and the late Zakaria Md Deros
I hope our Malay brethren in rural settings like Hulu Selangor will join us in making sure that UMNO does not win the country's crown jewel state
0
Datuk Api Larat 's avatar

Datuk Api Larat · 1 week ago

Malays lost confidence and hope in UMNO to protect them after 52 billions Bumi shares supposed to be distribued fairly to dserving Malays are stolen and lost !!!!

Tiada ulasan:

Nuffnang