Anwar Ibrahim |
- Mat Zain says Najib Risks Losing Muslim Support Over Datuk T
- Chat di Yahoo! Anwar Jawab 57 Soalan Isu Politik, Ekonomi
- PKR: Tiada Fasal, ROS Tindak Dengan Niat Jahat
- Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sabah
- Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Kampong Pandan, Selangor
- PKR Hadapi Risiko Diharam, Sidang Media Tengah Hari
Mat Zain says Najib Risks Losing Muslim Support Over Datuk T Posted: 19 May 2011 03:36 AM PDT From Malaysian Insider A retired senior police cop today warned Datuk Seri Najib Razak of a severe Muslim backlash if he failed to punish the "Datuk T" trio for "ridiculing" Islam when they attended a recent sumpah laknat ceremony in a mosque wearing bulletproof vests. Former KL CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim said Najib could fault no one if he loses the confidence of the country's Muslims by displaying his willingness to protect his "friends" at the expense of insulting Islam. "YAB (Yang Amat Berhormat) cannot blame anyone if the Muslims in the country, who are not few in number, have lost their confidence in YAB. "Moreover, when there is an increase in the number of civil service, army and police retirees, many of whom are Muslims, who are beginning to feel cheated and enslaved and more doubtful of YAB's direction and ability to lead the government…. this is not a very good development for YAB," he wrote in his letter to the prime minister today. Mat Zain said that it would be a clear case of power abuse if Najib (picture) chooses to protect an offender for his misdeeds simply because he considers the latter an ally. "In Najib should refuse or deliberately find for excuses not to take lawful action against the three, then it will not only be deemed that he has abetted in the crime and conspired with the offenders, but he also appears to be fanning the fires of hatred," he said. Najib, he said, would also be allowing himself to be deemed a leader who has betrayed and ridiculed Islam. "It is even more distressing that YAB has allowed a person, whom his own Cabinet regards as an individual who has not only insulted Islam but also abused power, is corrupt, a cheat and a rapist, to bring pornography and prostitution to the house of God," he said. Mat Zain was repeating his accusation last week that "Datuk T" — Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik and Datuk Shuib Lazim, the trio behind the recent sex video caper — had violated section 295 of the Penal Code when they attended Shazryl's sumpah laknat ceremony at the Masjid Amru Al-As in Sentul wearing bulletproof vests. At the time, Shazryl was swearing on the Quran that the man in the 21-minute sex video was Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mat Zain complained that their actions had created the perception that the situation in the mosque was unsafe. Section 295 states that "whoever defiles any place of worship, with the knowledge that any class of persons is likely to consider such defilement as an insult to their religion" will be jailed for up to two years and/or fined. Mat Zain said that if the trio were to be charged under syariah law or the Penal Code for their actions, the case would not affect police investigation on the video itself. "The two cases are separate," he said. He said that even if the identity of the man featured in the video was to be revealed, it would not free the trio from blame for insulting the mosque and ridiculing Islam. "These two matters are separate criminal offences. "Other than that, YAB and the Attorney-General have no power or right, according to any law, to indemnify the trio and free them from any criminal liability," he said. Mat Zain also insisted today that Utusan Malaysia's reported claims of a purported Christian uprising against the Muslims was "artificial" in nature. He pointed out that it was unprecedented in the country's history that the Christians, who represent the minority group, had risen to usurp Islam from its position as the religion of the federation. "In my opinion, only irrational Muslims who fear their own shadows will believe and view seriously this likelihood," he said. Mat Zain also reminded Najib of the killing of Othman Talib at Felda Lubok Merbau, Padang Terap, Kedah, in 1985, which he said was the result of an "intense political turmoil" during the Padang Terap election campaign. He explained that he knew the full details of the incident as he had been installed as the Padang Terap district police chief just three days before it occurred. "As a Muslim, I was saddened to see a group of Muslims weeping and mourning the death of a fellow Muslim, while at the same time, not far off, there was another group of Muslims who cheered as if celebrating a war victory. "Even more distressing is that there were other rogues proclaiming themselves as Muslims who took the opportunity to ignite the fires of hostility among those of the same race and religion," he said. Mat Zain added that he hoped the event would bring Malaysians to realise that it is not the followers of Hinduism, Buddhism or Christianity who were trying to destroy Muslims but the Muslims themselves. "We should be ashamed of ourselves and not find a way out by issuing threats and attempting to intimidate those who are innocent," he said. |
Chat di Yahoo! Anwar Jawab 57 Soalan Isu Politik, Ekonomi Posted: 19 May 2011 02:12 AM PDT Dari Keadilan Daily Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjawab 57 soalan dari pengguna internet, secara langsung di saluran segmen interaktif Yahoo! Malaysia 'Question Time'. Berikutan sambutan yang di luar jangkaan, sesi yang bermula jam 11.30 pagi dan dijadual berlangsung selama sejam sahaja itu, dilanjutkan sehingga satu jam 15 minit. Terdapat lebih 2,000 pembicara (chatter) dalam talian mengikuti bual bicara langsung tersebut yang turut menyentuh isu pentadbiran negara, politik, ekonomi sehingga kepada kes fitnah terhadap Anwar. Salah satu soalan yang ditanya kepada Anwar adalah berkenaan agenda untuk memperbaiki sistem politik di negara ini. Anwar menjawab Pakatan Rakyat akan memfokus kepada isu urus tadbir, badan kehakiman yang bebas, dan isu rasuah untuk melaksanakan reformasi. "Tata kelola yang baik, kehakiman yang bebas, suruhanjaya pilihanraya dan rasuah serta keadilan untuk orang yang miskin dan terpinggir," kata Anwar. Dalam pada itu Anwar juga ditanya suasana politik di Malaysia yang berlangsung dengan serangan terhadap isu peribadi secara berterusan dan diminta menjelaskan kenapa beliau dianggap 'merbahaya' oleh Umno. Menjawab soalan itu Anwar berkata, ia kerana komitmennya terhadap reformasi, menentang rasuah dan kronisme. Ketika ditanya samada kewujudan Umno, Pas dan KEADILAN adalah baik kepada orang Melayu, Anwar berkata, penyatuan untuk menentang rasuah adalah lebih penting. "Perpaduan adalah untuk kebebasan dan keadilan, bukan untuk mempertahankan kezaliman dan rasuah," kata Anwar. Anwar juga sempat ditanya dengan soalan yang bertanyakan pendapatnya tentang mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau menjawab Mahathir adalah seorang yang mempunyai disiplin yang tinggi dan kuat bekerja namun tidak boleh menerima teguran orang lain. "Dr. M kuat disiplin dan kerja. Sosok keras dan tidak sedia menerima kritikan," jawab Anwar. Dalam temuramah yang sama, Anwar turut menyifatkan Perkasa sebagai satu pertubuhan yang 'menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia dengan laungan perkauman mereka. Tambahnya, Perkasa merupakan 'kerja' Umno untuk mencipta huru-hara dan ketegangan kaum.' Menyentuh isu ekonomi, pembicara dalam talian bernama 'Naim' bertanya sama ada Anwar akan meneruskan dasar melindungi industri automotif tanah air terutamanya Proton. Anwar menjawab, bahawa sama ada Proton terus dilindungi atau pun tidak, hak pengguna dan kepentingan rakyat akan tetap menjadi keutamaannya. "Keutamaan: pertahan pengguna dan lindungi kepentingan warganegara," kata Anwar. Dalam pada itu, beliau juga ditanya tentang inisiatif Pakatan Rakyat untuk mengatasi masalah penghijrahan rakyat Malaysia ke luar negara. Anwar menjelaskan ramai golongan profesional berhijrah kerana urustadbir yang buruk dan prestasi ekonomi yang tidak memberangsangkan. "(Jadi) keutamaan kita sekarang adalah mempromosikan pertumbuhan ekonomi, memperbaiki tata kelola, dan menjemput semula golongan profesional untuk pulang," kata Anwar. Pada sesi bual bicara itu, beberapa pungutan suara dalam talian turut dijalankan. Di antara soalan yang ditanyakan adalah "Apakah masalah terbesar yang dihadapi rakyat Malaysia sekarang ini?". Kira-kira 55 peratus daripada mereka bersetuju bahawa 'politik kotor' adalah masalah terbesar negara diikuti dengan 'rasuah' (22 peratus) dan 'masalah agama dan perkauman' (13 peratus). Yahoo! Malaysia turut membuat tinjauan siapa ahli politik seterusnya yang ingin ditemubual oleh orang ramai menerusi Yahoo! Malaysia 'Question Time'. Menduduki tangga teratas senarai itu adalah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (55 peratus) diikuti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir 14 peratus. |
PKR: Tiada Fasal, ROS Tindak Dengan Niat Jahat Posted: 18 May 2011 11:46 PM PDT Dari Malaysian Insider Pendaftar Pertubuhan (RoS) mendakwa PKR telah melanggar perlembagaan sendiri apabila memutuskan untuk memecat seorang ahlinya tanpa didengar oleh lembaga disiplin lebih dua tahun lalu, ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau. Bagaimanapun PKR mendakwa peruntukan dimaksudkan RoS tidak wujud dalam perlembagaanya dan menegaskan agensi Kementerian Dalam Negeri itu bertindak dengan niat jahat menjelang pilihan raya umum ke-13. Pilihan raya umum tergempat disebut-sebut akan diadakan Julai ini. Surat dikeluarkan Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman bertarikh 9 Mei menyebut PKR telah melanggar Fasal 32.2.1 Perlembagaan PKR dengan memecat A. Rajagopal pada 1 April 2009 dan 27 April 2009 tanpa disiasat dan didengar oleh lembaga disiplin. Malah dalam suratnya, Abdul Rahman berkata, di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pertubuhan, RoS akan membatalkan pendaftaran PKR selepas 9 Jun ini melainkan ia memberikan alasan memuaskan. Pada sidang media di sini tengah hari ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Fasal 32 tiada subseksyen dan ia juga bukan berkaitan dengan prosedur disiplin. "Ia hanya mengatakan bahawa sekiranya ada sebarang pertikaian dalam interpretasi perlembagaan atau perkara-perkara berkaitan kongres nasional, intepretasi majlis pimpinan pusat akan diambil kira sebagai muktamad," kata Saifuddin. |
Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sabah Posted: 18 May 2011 10:38 PM PDT Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia 21 – 22 Mei 2011 (Sabtu – Ahad) Program 1 – 21 Mei 2011 (Sabtu) – Kota Kinabalu 4.00 ptg – Ucapan Sempena Majlis Kesyukuran Kemenangan Lokasi – Kampong Salimpodon Laut, Pitas Program 2 Lokasi – Pejabat KeADILan Cabang Kota Marudu, Kampong Goshen Program 3 8.00 – 10.00 mlm – Ceramah Perdana 2 Lokasi – Dewan Rasa Sayang, Pekan Kota Belud Program 4 – 22 Mei 2011 (Ahad) 9.00 – 10.30 pagi – Mesyuarat MPN Sabah Lokasi – Pejabat Perhubungan KeADILan Negeri, Jalan Bundusan Program 5 – 22 Mei 2011 (Ahad) – Sandakan 2.00 – 4.00 ptg – Ceramah Perdana 3 Lokasi – Dewan Sekolah Menengah Keb. Cina Yu Yan, Batu 4, Sandakan Program 6 4.00 ptg – Perasmian Pejabat KeADILan Cabang Libaran, Batu 8, Sandakan Program 7 6.00 – 8.00 mlm – Majlis Makan Malam / Ceramah Perdana 4 Lokasi – Dewan Sunbay Hotel, Sandakan |
Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Kampong Pandan, Selangor Posted: 18 May 2011 10:01 PM PDT Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia 20 Mei 2011 (Jumaat) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana Lokasi: Dewan Serbaguna Cheras Baru, Jalan Kuari, Cheras Penceramah: |
PKR Hadapi Risiko Diharam, Sidang Media Tengah Hari Posted: 18 May 2011 06:57 PM PDT Dari Malaysian Insider Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) – komponen Pakatan Rakyat, berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran, dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu. The Malaysian Insider difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini. "Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya," kata sumber. Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999. Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini. "Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti," katanya lagi. PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian. Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan. Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu. Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan