Dato Hj Rosol B Wahid |
Mahalkah barangan di Terengganu Posted: 19 May 2011 08:56 AM PDT Salam bloggers... Baru baru ini saya cuba bawak isu tentang barang-barang yang mahal di Negeri Terengganu. Saya bawa isu ini dalam Face Book saya. Sambutannya agak menggalakkan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang menyumbang idea dan pandangan terhadap isu ini. Macam-macam cadangan dikemukakan. Kenapa saya mengemukakan ialah ramai kawan-kawan saya yang datang dan melancong ke Terengganu merungut pasal hal tersebut terutamanya barang makanan. Kebetulan pula saya bertemu dengan seorang rakan yang telah berkhidmat di Terengganu dan merungut bahawa dia makan di sebuah restoran untuk lunch. Dengan dua jenis lauk tanpa air harganya RM10.50. Dia agak tersentak dengan harga tersebut kerana katanya di KL tidak semahal itu. Saya agak terkilan dengan situasi tersebut. Dan saya rasa kesian dengan rakan saya itu dan saya juga rasa bertanggungjawab untuk mengatasi atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah ini di kalangan rakyat terutama yang miskin dan dhaif di negeri ini. Di Hulu Terengganu kami pihak YB dan pentadbir Daerah mencadangkan dibuka satu pusat borongan barangan terutamanya barang pertanian di Daerah ini. Agar rakyat Hulu khususnya akan dapat manfaat daripada tempat tersebut InsyaAllah...Doalah agar hasrat ini menjadi kenyataan. |
You are subscribed to email updates from Dato Hj Rosol B Wahid To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan