Selasa, 31 Mei 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


PEMIMPIN PAS memimpin harmoni dan kesejahteraan di antara pelbagai kelompok agama

Posted: 31 May 2011 07:03 AM PDT

140 pemimpin pelbagai agama berhimpun di Selangor
Ahmad Azri Saufi   
SHAH ALAM, 31 Mei : 140 pemimpin pelbagai agama dan rumah ibadat di Selangor menyertai program dialog antara agama yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor baru-baru ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Dr Halimah Ali.
(Gambar: Sebahagian dari ketua-ketua agama yang hadir bergambar bersama Ronnie Liu)

Turut hadir adalah Dr. Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang melengkapkan lagi majlis ini.

Dr Halimah dalam ucapannya berkata, dialog ini adalah program pro aktif kerajaan negeri Selangor untuk mendekatkan hubungan antara agama khasnya di Selangor yang sentiasa dipanaskan dengan isu agama ini.


Antaranya perbuatan membaling bom petrol ke gereja, meletakkan kepala lembu di kuil, meletakkan kepala khinzir di perkarangan masjid dan sebagainya yang boleh mengundang malapetaka kepada keharmonian yang terbina sejak sekian lama.

Pendamai antara agama
Manakala itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menawarkan diri untuk menjadi pendamai antara agama daripada manipulasi dan kontroversi.
(Gambar: Dr Halimah menyampai cenderahati kepada salah seorang peserta)

Dalam ucapan itu, Mujahid yang juga anggota Parlimen Parit Buntar berkata, kontroversi antara agama ini sengaja dicetuskan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak senang dengan keharmonian yang sudah terbina sesama masyarakat.

Beliau juga meminta pihak legislatif membentuk dan merangka satu gagasan bahawa isu agama bukan isu politik yang boleh disentuh sensitivitinya sesuka hati, namun ia merupakan isu keharmonian manusia sejagat.

Seorang penyampai jemputan, Prof. Dr. Shahrin Harahap, Pengerusi Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Medan, Indonesia dalam ucapannya menyatakan masyarakat Madinah Al-Munawwarah yang pernah dibentuk oleh Rasulullah SAW dan juga para Khalifah Ar-Rasyidin merupakan model masyarakat yang dinamis sepanjang zaman.

Beliau juga mengharapkan pada zaman ini, perhubungan antara agama di Malaysia dapat menjadi model kepada dunia secara keseluruhannya.

Tiada ulasan:

Nuffnang