Selasa, 31 Mei 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Tetamu khas antarabangsa : bukti dunia bersama pas

Posted: 31 May 2011 02:00 AM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Bersempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS tahun ini, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alu kehadiran tetamu-tetamu luar bagi memeriahkan lagi perjalanan Muktamar

Diantara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi,

Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina.

Buat pertamanya juga, Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan akan berucap mewakili Kelab PAS Luar Negara bagi zon Eropah, Presidennya, Ir Jupri Bade dijangka akan menyampaikan ucapannya. Begitu juga perwakilan PAS Timur Tengah akan turut menyampaikan ucapan mereka.

Kehadiran para perwakilan luar Negara pada tahun ini akan diserikan lagi dengan Pentas Pemuda yang akan di adakan pada 3 hb Jun jam 9 malam bertempat di Dataran Pejabat Adun Gombak Setia , JAlan Berjaya 6, Taman Berjaya, Batu Caves (Berdekatan KUISZM) yang akan membariskan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat,

Tuan Haji Mohammad Sabu, YM Raja Ahmad Al-Hiss, Ketua Lajnah Antarabangsa, Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia.

Disamping itu kedutaan-dutaan luar akan turut hadir pada majlis perasmian Muktamar ini yang dijangka akandirasmian oleh Timbalan Presiden PAS ,Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 hb Jun 2011 jam 8malam di Dewan MBSA.

RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB
Ketua
Lajnah Antarabangsa

Fitnah II: Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah

Posted: 31 May 2011 01:45 AM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II.

Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan.

Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan.

Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar.

"Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu," kata Sankara kepada keadilandaily.com

Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.

Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor.

Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan.

Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah.

Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14411

140 pemimpin pelbagai agama berhimpun di Selangor

Posted: 31 May 2011 01:45 AM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 31 Mei : 140 pemimpin pelbagai agama dan rumah ibdata di Selangor menyertai program dialog antara agama yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor baru-baru ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Dr Halimah Ali.

(Gambar: Sebahagian dari ketua-ketua agama yang hadir bergambar bersama Ronnie Liu)

Turut hadir adalah Dr. Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang melengkapkan lagi majlis ini.

Dr Halimah dalam ucapannya berkata, dialog ini adalah program pro aktif kerajaan negeri Selangor untuk mendekatkan hubungan antara agama khasnya di Selangor yang sentiasa dipanaskan dengan isu agama ini.

Program ini diadakan di Selangor yang sentiasa dicetuskan dengan isu agama.

Antaranya perbuatan membaling bom petrol ke gereja, meletakkan kepala lembu di kuil, meletakkan kepala khinzir di perkarangan masjid dan sebagainya yang boleh mengundang malapetaka kepada keharmonian yang terbina sejak sekian lama.

Pendamai antara agama

Manakala itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menawarkan diri untuk menjadi pendamai antara agama daripada manipulasi dan kontroversi.

(Gambar: Dr Halimah menyampai cenderahati kepada salah seorang peserta)

Dalam ucapan itu, Mujahid yang juga anggota Parlimen Parit Buntar berkata, kontroversi antara agama ini sengaja dicetuskan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak senang dengan keharmonian yang sudah terbina sesama masyarakat.

Beliau juga meminta pihak legislatif membentuk dan merangka satu gagasan bahawa isu agama bukan isu politik yang boleh disentuh sensitivitinya sesuka hati, namun ia merupakan isu keharmonian manusia sejagat.

Seorang penyampai jemputan, Prof. Dr. Shahrin Harahap, Pengerusi Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Medan, Indonesia dalam ucapannya menyatakan masyarakat Madinah Al-Munawwarah yang pernah dibentuk oleh Rasulullah SAW dan juga para Khalifah Ar-Rasyidin merupakan model masyarakat yang dinamis sepanjang zaman.

Beliau juga mengharapkan pada zaman ini, perhubungan antara agama di Malaysia dapat menjadi model kepada dunia secara keseluruhannya.

Harakahdaily/-
Oleh : Ahmad Azri Saufi

PAS selar cubaan tutup Pasti Sabah

Posted: 31 May 2011 01:44 AM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan Umno Sabah melalui Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang didakwa mengeluarkan arahan agar menutup Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) di Sandakan baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan itu seperti tidak bertamadun memandangkan Pasti milik PAS yang didaftarkan di bawah penyeliaan Dewan Pemuda PAS Pusat telah memberi sumbangan besar kepada pembinaan modal insan masyarakat Islam di negara ini.

"Kenapa perlu sampai menghancurkan masa depan generasi kita.

"Tindakan ini tidak bertamadun," katanya.

Pada 23 Mei lalu, satu notis MPS bertajuk "Notis menghentikan operasi taska Pasti" mengarahkan pusat-pusat pendidikan Pasti menghentikan operasinya dengan segera.

Pasti telah ditubuhkan sejak 25 tahun yang lalu secara sah menurut Perlembagaan PAS Fasal 6 (2).

Sejak penubuhannya, ianya didakwa mendapat sambutan menggalakkan dari ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka.

Sehubungan itu, Mahfuz mahu rakyat Sabah menilai sendiri sikap Umno yang sanggup menggadai masa depan anak bangsa demi kepentingan politik mereka.

"Saya ucapkan 'kotobian tadau tagazo do kaamatan' sempena dengan perayaan budaya Kaamatan bagi negeri Sabah.

"Ambillah semangat perayaan ini untuk melakukan perubahan," katanya lagi.

Beliau turut memuji langkah Lajnah Penerangan PAS Sabah yang diketuai Hisammuddin Sulaiman apabila baru-baru ini berjaya menganjurkan program sambutan Kaamatan mengikut syraiat Islam.

Dalam sambutan bersama rakyat di Kampung Batu Lugiyan Sook Sabah, tiada lagi makanan dan minuman memabukkan disediakan dan juga tiada lagi sebarang bentuk pemujaan dilakukan.

Harakahdaily

Muslimat pastikan undi kepada PAS meningkat

Posted: 31 May 2011 01:30 AM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Muslimat PAS Pusat akan mengambil peluang pada muktamar mereka kali ini untuk membahaskan beberapa perkara penting menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh (gambar) berkata ucap temanya juga akan memfokuskan kepada peranan muslimat di semua peringkat untuk menghadapi PRU ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

"Tahun ini, kita mengadakan muktamar di ambang pilihan raya umum ke-13. Ada beberapa perkara yang menjadi keutamaan kita menjelang pilihan raya umum ini.

"Insya Allah kita akan bersama mempertegaskan peranan yang perlu dimainkan oleh segenap peringkat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Nuridah yang juga Ketua Muslimat Wilayah Persekutuan juga berkata, tenaga muslimat amat diperlukan untuk terus konsisten dalam gerak kerja dalaman dan luaran parti bagi memastikan undi terhadap PAS meningkat.

"Dewan Muslimat juga berhasrat agar kita istiqamah bekerja kerana kita telah menerima amanah dan menjadikan diri kita pendokong yang berkualiti dan aset keapda jemaah.

"Suara muslimat amat diperlukan untuk mendekati pengundi khususnya wanita," katanya.

Selain itu, beliua turut menyeru seluruh perwakilan menggunakan peluang yang ada untuk berbahas secara rasional dan matang serta menjadikan muktamar kali ini sebagai medan untuk muhasabah segala gerak kerja yang telah dilakukan.

"Para perwakilan diharap dapat membahaskan beberapa perkara dengan matang dalam suasana harmoni dengan tujuan mengukuhkan ukhuwah dan selari dengan penegasan dan komitmen untuk bekerja engan lebih gigih dan lebih bersemangat untuk memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 akan datang," katanya.

Menyentuh mengenai usul yang telah diterima untuk dibahaskan pula, ketua penerangan, Salbiah Wahab berkata terdapat lima usul yang akan dibahaskan iaitu persiapan menghadapi PRU 13, meolak pembinaan loji nadir bumi di Gebeng, Pahang, mewujudkan pusat maklumat dan penerangan PAS, isu kepenggunaan dan meletakkan ketua muslimat untuk bertanding pada pilihanraya di kawasan yang 'selamat'.

Muktamar Dewan Muslimat kali ke 51 ini akan berlangsung pada 2 Jun ini di Dewan Bankuet, bangunan SUK, Shah Alam, Selangor.

Ia akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Terdapat beberapa wakil NGO akan menghadiri muktamar ini termasuk wakil-wakil dari Gerakan mansuhkan ISA (GMI), Jaringan Rakyat Tertindas, dan beberapa NGO lagi.

Harakahdaily/-
Oleh : Hazayani Zakaria

Pas bantu sampaikan penerangan berkenaan penindasan UMNO terhadap rakyat

Posted: 31 May 2011 01:00 AM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan PAS kini sedang giat menyampaikan segala maklumat berkenaan kezaliman dan pengkhianatan UMNO terhadap rakyat di Malaysia.

Hal ini kerana, menurut beliau, UMNO sangat takut dan bimbang jika rakyat bermaklumat kerana ia akan mempercepatkan rakyat memastikan kezaliman UMNO berakhir.

Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat kinimenggunakan sebaik mungkin pendekatan medium baru bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat melalui blog, Facebook dan Twitter .

Memetik ucapan beliau " UMNO kini resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan. Mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri. Segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data".

" PAS mengharapkan semua jentera parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat serta mengetahui penyelewengan UMNO selama memerintah Malaysia ".

PAS yakin UMNO kini dalam keresahan, hal ini kerana jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika, jelas beliau.

mohd hafez sabri

Percayakah anda ? Mubarak tiada aset di luar negara.

Posted: 31 May 2011 12:41 AM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Pecayakah anda bila Peguam bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak (gambar) menyatakan bahawa bekas pemimpin Mesir itu mempunyai kekayaan tidak lebih daripada AS$1 juta (RM3 juta) dan beliau tidak memiliki aset di luar negara.

Farid el-Deeb yang mendedahkan perkara itu dalam wawancara dengan CNN, semalam juga berkata, bekas Presiden itu menafikan terlibat dengan rasuah dan membunuh penunjuk perasaan semasa pemberontakan rakyat yang membawa kepada penyingkirannya pada Februari lepas.

"Beliau sangat sedih dan kesal kerana beliau tidak pernah terbayang akan menghadapi tuduhan seperti itu.

"kekayaannya hanya berjumlah kira-kira enam juta pound Mesir (RM3 juta) yang disimpan hasil bekerja selama 62 tahun," kata Deeb. .

PKR: K'jaan 'rompak' rakyat bagi suap kroni, kapitalis

Posted: 31 May 2011 12:40 AM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat.

Ketua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.

Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.

"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu.

"Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis," kata Rafizi kepada wartawan hari ini.

Kami bayar sewa bangunan, tegas PKR

Posted: 31 May 2011 12:30 AM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, parti itu membuat pembayaran sewa bangunan yang memempatkan ibu pejabatnya di Petaling Jaya dan tidak timbul dalam mesyuarat biro politik dan majlis pimpinan pusat.

Sehubungan itu, katanya, laporan media bahawa PKR tidak membayar sewa bagi tempoh 30 bulan adalah tidak benar.

"Setahu kami, tiada sebarang perbincangan tentang perkara ini... (PKR) telah tunaikan tanggungjawab seperti termaktub dalam perjanjian sewaan," katanya.

Katanya, mereka hanya menyedari masalah itu apabila mendapat surat daripada bank berhubung perkara itu.

Minggu lalu, dilaporkan bangunan itu akan dilelong oleh Addin Bank pada 0 Jun selepas pemiliknya gagal membayar balik pinjaman.

Pemimpin PKR mengakui parti itu membayar sewa RM20,000 seperti termaktub dalam perjanjian yang ditandtangani pada 2008. Bagaimanapun, Free Malaysia Today yang memetik sumber memaklumkan perkara itu tidak benar.

Malaysiakini/-

Bonda Sultan Selangor Dikebumi Selepas Asar

Posted: 31 May 2011 12:00 AM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 31 MEI : Jenazah bonda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mangkat pagi tadi sedang dalam proses untuk dimandikan.

Krew TV Selangor, wartawan Nur Atiqah Abd Samad dan jurukamera Mohd Asfarizan Muliana yang membuat liputan di Istana Alam Shah, melaporkan sebaik sahaja dimandikan, jenazah Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah akan dibawa ke Makam Diraja Shah Alam untuk dikebumikan.

Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Asar.

Setakat ini hanya kaum kerabat yang hadir memberikan penghormatan yang terakhir kepada allahyarhamah.

Turut kelihatan EXCO- EXCO negeri Selangor, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan pegawai- pegawai Majlis Perbandaran Klang.

Allahyarhamah disahkan menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pakar Ampang Puteri pagi tadi, kira- kira jam 9 pagi.

Tv Selangor/-

Harakah dan impian kuasai Putrajaya

Posted: 30 May 2011 11:30 PM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Teka-teki tarikh pilihan raya umum ke-13 timbul lagi. Memang begitulah. Melepasi tempoh tiga tahun penggal Parlimen, selalunya ramalan dan jangkaan tarikh pilihan raya hangat dibincangkan. Bualan mengenainya heboh diperkatakan terutama selepas memerhati gelagat Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mutlak untuk mencadangkan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

Terbaru, ramai menyebut Julai ini, hanya sekitar dua bulan lagi. Nampak macam begitu tergesa-gesa. Saya sendiri agak payah mencari rasionalnya. Tidak mudah BN menghadapi pilihan raya dalam suasana sekarang. PRU13 adalah hidup-mati buat Najib dan BN. Juga sama penting kepada Pakatan Rakyat. Pertarungan ini perlu persiapan rapi dari segi taktik, strategi dan logistik. Di samping faktor kekuatan, kecenderungan mengundi juga dipengaruhi oleh "siapa yang paling sedikit melakukan kesilapan"?

Apakah Najib Razak, yang pertama kali bakal memimpin BN dalam pilihan raya paling sengit pernah disaksikan di negara ini, yakin bahawa momentum Mac 2008 sudah dimatikan? Mampukah dia mengembalikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan menebus maruah di negeri-negeri Pakatan? Sukar dipastikan apakah petunjuk yang dipegang Najib? Selain itu, dan ini di antara yang terpenting buat jentera BN, bagaimana dengan kantung dana politiknya, yang akan digunakan untuk membeli undi nanti?

Umno juga sering dihantui perpecahan dalaman apabila calon-calon pilihan rayanya dipilih. Begitu juga dengan prestasi merudum komponen BN, yang belum dapat dipulihkan lagi, khususnya parti-parti berasaskan kaum Cina. Pakatan wajar meneliti apakah benar amarah pengundi India terhadap BN sudah diubati?

Selain itu, "peperangan" merebut hati pengundi Melayu tidak seharusnya dibebankan kepada PAS semata-mata. Imej Pakatan di kalangan Melayu -- jika terdapat "gangguan" -- mesti dijernihkan secara bersepadu. Persepsi pengundi jangan diremehkan. Banyak perkara yang bersarang dalam kepala pengundi (sebahagiannya nampak seperti mudah ditepis) harus ditangani dan diperbetulkan.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, selain membayangkan kemungkinan tarikh PRU13 berlegar di antara hujung Ogos sehingga Oktober, turut menekankan soal "pertarungan sebenar adalah di kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah Melayu".

"Ya, itu satu cabaran dan kita mungkin masih belum melakukannya dengan mencukupi (memberi tumpuan kawasan Melayu). Tetapi kami akan ke akar umbi dan Umno menyedari ini," kata Anwar apabila diwawancara Malaysiakini.

Melaka dan Johor, secara tradisionalnya dianggap kubu BN dan diperkukuhkan baru-baru ini dengan 'mengharamkan' Anwar daripada berceramah di negeri-negeri berkenaan.

"Saya gagal mendapatkan satu permit (polis) pun sekarang untuk berceramah di Johor, kecuali jika ia jamuan makan dengan orang Cina -- ini tidak boleh diterima. Jadi dalam kes ini, Melayu didiskriminasi tetapi Cina tidak," kata Anwar.

Lebih merimaskan adalah manipulasi BN terhadap senarai daftar pemilih. Melalui kerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga pihak polis, komplot terancang menjatuhkan Pakatan terlaksana lebih awal sebelum hari mengundi. Berulang kali Harakah membongkar taktik kotor ini, terutama di Selangor dan dipercayai ia juga mensasarkan Kedah. Kelantan turut dimasukkan dalam agenda.

Soalnya, apakah dengan siri pendedahan itu membuatkan konspirasi ini terbantut, ataupun mereka "hanya memekakkan telinga dan buat bodoh sahaja" serta meneruskan tipu-muslihat tanpa segan-silu? Cukupkah satu dua bantahan dibuat kepada SPR, apatah lagi kos hangus yang terpaksa ditanggung cukup besar?

Atau, apa yang kita harapkan dengan perhimpunan raksasa Bersih, 9 Julai depan? Sejauh mana empat tuntutan asas pilihan raya bersih dan adil itu, yang ditambah dua lagi, akan dipenuhi sebelum Parlimen dibubarkan?

Sebagai warga media, saya lebih terdorong untuk memikir dan merencanakan persiapan terbaik Harakah berdepan kempen PRU13 ini. Selain membekalkan maklumat semasa, menjelaskan kekeliruan, mempamerkan perubahan kerajaan negeri Pakatan atau mendedahkan kebobrokan elit penguasa BN, bagi pembaca tertentu, Harakah harus lebih "beremosi" dan mampu "menginspirasikan" transformasi.

Begitu juga dengan tugas sukar membetulkan persepsi, terutama bagi masyarakat Melayu di kampung-kampung, yang berada di luar wilayah tradisi PAS. Harakah dituntut untuk membongkar komplot jahat BN, memerangi penyakit korupsi yang bertambah kompleks dan sukar dikesan undang-undang, tanpa melupai tawaran formula penyelesaian, mengubati krisis sosial, merawati keluh-kesah kenaikan kos sara hidup dan menguruskan secara berhemah khazanah negara; tentunya tidak sekadar membutirkan kembali dokumen Buku Jingga.

Berbanding PRU Mac 2008, kekerapan Harakah hanya dua kali sebulan. Apabila Parlimen dibubarkan, kami terpaksa menerbitkan akhbar tidak berkala, Kempen dan menambahkan halaman Harakah bagi menampung bahan-bahan yang melimpah, termasuk manifesto dan senarai calon. Peningkatan muka surat bermakna penambahan kos cetak.

Agak beruntung waktu itu, tempoh berkempen agak lama, lebih kurang dua minggu. Kuasa siber juga cukup dominan, terutama YouTube, blog dan laman-laman web, menjadikan pengundi selesa mendapatkan informasi daripada dalam bilik tidur sahaja!

Kini, cabaran terbesar Harakah -- selain mempertingkatkan kandungan dan persembahannya bagi menambat hati pembaca -- jumlah edarannya juga mesti dilipatgandakan sebelum tarikh pilihan raya ditentukan. Alhamdulillah, kekerapannya telah dikembalikan kepada dua kali seminggu. Mungkin target 350,000 naskhah seperti dicatatkan menjelang pilihan raya umum 1999 cukup tinggi untuk digapai, tetapi sekurang-kurangnya setiap pelosok dan ceruk rantau harus ditembusi Harakah.

Berdasarkan respons pembaca dan tinjauan rambang, edaran Harakah masih terbatas. Malah terdapat rungutan bahawa pimpinan dan aktivis PAS sendiri seperti tidak memberi sokongan sepenuhnya kepada Harakah. Lidah rasmi parti itu hanya berkembang atas kehendak pasaran, tidak didokong oleh pelan pemasaran yang lebih agresif. Harus diingat sekatan KDN tetap membelenggunya.

Justeru, ada pihak mencadangkan agar kempen meningkatkan pengedaran Harakah disegerakan. Beberapa syor untuk "memasyarakatkan" Harakah telah dikemukakan, termasuk dalam kolum Wacana Budaya Dinsman, dengan mencari dermawan bagi mengagihkannya secara percuma, selain sokongan terbuka pimpinan tertinggi PAS sendiri. Jika Utusan Malaysia (yang kerap menyiarkan "bahan lucah") itu pun diedarkan secara meluas ke sekolah-sekolah melalui penajaan khas, mengapa Harakah harus bersikap apolegetik.

Sebagai permulaan saya menggagahkan diri mengunjungi pimpinan PAS di peringkat negeri, sekurang-kurangnya mendengar sendiri harapan dan mungkin kekecewaan mereka terhadap Harakah. Berbanding KeADILan dan DAP, tumpuan PAS mungkin lebih difokuskan di peringkat Dun. Berdasarkan pengagihan kerusi dalam pilihan raya Mac 2008, hampir di semua negeri, PAS diberi kepercayaaan untuk bertanding paling kerusi negeri.

Di samping mengharapkan ada inisiatif segera mempergiatkan rangkaian jualan Harakah, seterusnya memastikan setiap pengundi mendapat maklumat dan penjelasan, sama ada melalui akhbar bercetak atau versi online, kami di bahagian editorial bertekad untuk memastikan satu lagi sejarah baru politik Malaysia bakal terbentuk dalam PRU13, insya-Allah.

Namun begitu, ingatan seorang pembaca Harakah melalui emel kepada saya elok untuk direnung: "Saya kira, Pakatan Rakyat jangan ghairah sangat sebut hendak tawan Putrajaya atau lantang bercakap menambah bilangan negeri untuk dikuasainya, atau terlalu asyik membincangkan hal pilihan raya. Bukan semua rakyat suka dengan teka-teki tarikh PRU13 ini. Mereka lebih prihatin dengan masalah seharian yang bertindan-tindih, dan mahu segera diselesaikan, termasuk di negeri-negeri Pakatan."

Harakahdaily/-
Oleh : Ahmad Lutfi Othman


Persiapan Muktamar PAS ke-57 hampir selesai

Posted: 30 May 2011 11:28 PM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Jika sebelum ini Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) yang terletak di Taman Melewar, di sini, agak sunyi, sepanjang 3 hingga 5 Jun ini, suasananya pasti akan berubah sama sekali dengan kunjungan orang ramai dari seluruh negara.

Kolej tersebut yang turut menempatkan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor akan menjadi tempat berhimpun 1,150 perwakilan PAS dari seluruh negara, manakala di persekitarannya pula dimeriahkan dengan gerai-gerai perniagaan yang pasti mencetuskan hiruk pikuk dan riuh rendah suara orang ramai yang berkunjung ke gerai-gerai yang disediakan.

Suasana tersebut berlaku lantaran Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang akan berlangsung di kolej itu selama tiga hari, mengiringi suara para perwakilan membahaskan pelbagai perkara bagi memantapkan lagi perjuangan parti, sekali gus menyemarakkan lagi semangat para pemimpin dan ahli-ahli PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

Menjelang hari-hari akhir muktamar, pihak panitia dan para petugas semakin sibuk melaksanakan persiapan berlandaskan bidang tugas masing-masing, bagi memastikan segala penyusunan kerja dan perancangan yang diatur berjalan lancar dan sempurna.

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad yang sebelum ini merupakan Markas Tarbiyah PAS Pusat, ternyata telah berubah wajah setelah dijadikan kolej, bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa sebagai pusat pengembangan ilmu.

Bangunan setinggi dua tingkat itu dibahagikan kepada dua bahagian utama. Di tingkat atas ditempatkan bilik-bilik kuliah dan asrama para pelajar, manakala di tingkat bawahnya dikekalkan dewan besar untuk dimanfaatkan sebagai tempat perhimpunan yang dinamakan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor.

Nama dewan tersebut dipadankan dari nama Presiden PAS sebelum ini yang telah kembali ke rahmatullah, sebelum digantikan Presiden PAS sekarang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Allahyarham yang cukup besar terhadap perjuangan PAS.

Bagi Muktamar PAS Ke-57, dewan tersebut yang sebelum ini telah menampung pelbagai perhimpunan besar dalam PAS, akan kembali menyaksikan detik bersejarah bagi parti, dengan suara-suara lantang para perwakilan membahaskan pelbagai usul penting untuk dirumuskan.

Justeru, bagi pihak panitia muktamar dan para petugas, perlaksanaan kerja-kerja utamanya pasti turut tertumpu ke atas dewan itu untuk dihias indah, dilengkapi pelbagai keperluan termasuk pentas utama, pemasangan sistem pembesar suara, sistem hawa dingin yang sempurna.

Begitu juga dengan keperluan utama lain termasuk pemasangan lampu-lampu yang bersesuaian serta mencukupi, penyusunan kerusi yang teratur untuk diduduki para perwakilan, hiasan landskap yang indah dipersekitarannya dan sebagainya.

Selain itu, tumpuan kerja juga turut terarah pada tingkat atas bangunan itu kerana di tingkat itulah nanti yang menempatkan ruang rakan-rakan media melaksanakan tanggungjawabnya dan tempat duduk para muslimat.

Tinjauan Harakahdaily hari ini mendapati kerja-kerja tersebut sudah hampir selesai, dengan anggaran melebihi 90 peratus telah terlaksana, untuk menyambut mesra dan ceria kedatangan para pemimpin utama parti dan para perwakilan yang mewakili 180 kawasan PAS dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Begitu juga dengan penyediaan tempat parking kenderaan kepimpinan utama PAS di luar bangunan Kolej dan tapak 105 buah gerai perniagaan untuk disewa para peniaga, kini telah terlaksana dengan baik yang antara lainnya dengan pemasangan khemah-khemah bersesuaian berwarna putih dan agak ceria bagi mewarnai suasana.

Pada muktamar tahun ini, pihak panitia turut terpanggil membuka kaunter derma darah yang ditempatkan di suatu penjuru, bagi membolehkan orang ramai menderma darah untuk membantu mereka yang memerlukan darah.

Sepanjang tinjauan dilakukan, para petugas kelihatan bertungkus lumus melaksanakan kerja masing-masing, dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan dan rakan-rakannya yang diamanahkan dengan kerja-kerja persiapan di dalam dewan, turut berpeluh menyiapkan kerja-kerja yang masih berbaki.

Bagi memastikan segalanya berjalan lancar, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi sendiri turut berkunjung ke kolej tersebut kelmarin, untuk meninjau tahap persediaan yang telah terlaksana dan dimaklumkan cukup berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh para petugas.

Muktamar Tahunan PAS Ke-57 akan bermula 3 Jun dengan agenda pertama selepas perasmian pada sebelah pagi mengesahkan peringatan muktamar yang lalu, berakhir dengan pemilihan kepimpinan dalam parti yang berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam akan diadakan persembahan kebudayaan.

Pada hari Sabtu, 4 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan usul terima kasih kepada presiden dan perbahasan ucapan dasar, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam, akan diadakan ceramah umum yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Ahad, 5 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan agenda kelima berupa perbahasan usul-usul, sebelum ditutup dengan agenda keenam mulai jam 2.00 petang dengan penggulungan dan ucapan penangguhan serta doa.

Harakahdaily/-

Bonda Sultan Selangor, Raja Saidatul Ihsan mangkat

Posted: 30 May 2011 11:18 PM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 31 Mei – Bonda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mangkat di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pagi ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat pada kira-kira pukul 9 pagi.

Jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Alam Shah Klang, sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar.

Penduduk Jepun mahu PM baru

Posted: 30 May 2011 09:20 PM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO - Sebanyak 70 peratus daripada penduduk Jepun mahu Perdana Menteri, Naoto Kan digantikan selepas beliau dilihat gagal mengendalikan bencana yang melanda negara itu, menurut tinjauan akhbar tempatan, semalam.

Namun, hampir setengah daripada jumlah peratusan itu turut berpendapat beliau harus kekal dengan jawatannya dan mengawasi krisis di negara itu sehingga ianya selesai sebelum meletak jawatan.

Selain itu, hampir tiga per empat daripada responden dalam tinjauan mengatakan kerajaan Jepun tidak cekap dalam menangani krisis di loji nuklear Fukushima Daiichi yang rosak selepas dilanda gempa bumi berkekuatan 9.0 pada skala Richter, 11 Mac lalu.

Undian terbaru ini dijangka menambahkan lagi tekanan ke atas Kan yang terpaksa mengendali krisis nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun itu dan beliau kemungkinan berdepan undi tidak percaya, minggu ini.

Sinar Harian/-

‘Rejim Gaddafi bakal berakhir’

Posted: 30 May 2011 09:00 PM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

LETUPAN daripada serangan udara mengakibatkan asap tebal di kawasan Tajura, 30 kilometer dari timur Tripoli.

NATO yakin operasi di Libya berjaya

VARNA (Bulgaria): Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkata rejim Muammar Gaddafi hampir sampai ke penghujung hayatnya.

Setiausaha Agung NATO Anders Fogh Rasmussen berkata demikian semalam ketika presiden Afrika Selatan Jacob Zuma dalam perjalanan ke Libya bagi memujuk Gaddafi berundur dan ketika NATO meningkatkan serangannya terhadap Tripoli.

Britain berkata kelmarin ia akan buat pertama kali dalam kempen menyerang Libya menggunakan bom pemusnah kubu bagi memberi mesej kepada Gaddafi agar berundur.
"Operasi kami di Libya sudah mencapai matlamatnya ... kami sudah mengurangkan keupayaan Gaddafi untuk membunuh rakyatnya sendiri," Rasmussen memberitahu satu forum NATO di sini semalam.

"Pemerintahan zalim Gaddafi hampir berakhir. Beliau kini semakin disisih bukan saja di luar negara tetapi di negaranya sendiri."

Britain dan beberapa negara anggota NATO sedang meningkatkan pembabitan masing-masing di Libya bagi memecahkan kebuntuan yang menyaksikan Gaddafi terus berkuasa walaupun ditentang pemberontak yang dibantu serangan udara NATO sejak beberapa minggu lalu.

Gaddafi yang menafikan menyerang orang awam, berkata tentera beliau terpaksa bertindak untuk melawan pemberontak dan militan al-Qaeda.
Pemimpin Afrika Selatan, Zuma yang mewakili Kesatuan Afrika tiba di Tripoli semalam, lawatan keduanya sejak tentangan terhadap pemerintahan empat dekad Gaddafi dicabar bagi mengusahakan gencatan senjata.

Lawatan Zuma sebelum ini tidak membuahkan sebarang hasil berikutan Gaddafi enggan berundur, manakala pemimpin pemberontak meletakkan syarat pengunduran itu sebelum bersetuju untuk diadakan gencatan senjata.

Menteri luar Gaddafi mengadakan perbincangan dengan bekas menteri Britain, Lord David Trefgarne di Tunisia, Sabtu lalu, kata seorang bekas duta ke Libya yang terbabit sama dalam perbincangan itu.

Bagaimanapun bekas duta yang tidak dinamakan itu enggan mengulas mengenai butiran perbincangan.

Britain berkata bom Enhanced Paveway III – setiap satu seberat satu tan berupaya menembus bumbung atau dinding bangunan yang diperkukuhkan.

"Kami bukan mahu menyasarkan individu yang rapat dengan Gaddafi tetapi kami mahu menghantar mesej jelas kepada mereka," Setiausaha Pertahanan Britain Liam Fox berkata dalam satu kenyataan kelmarin.

"Gaddafi mungkin tidak mahu mendengar tetapi mereka di keliling beliau harus bijak mendengar."

NATO berkata tindakannya dilakukan di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi orang awam daripada diserang tentera Gaddafi.
Namun, tindakan semakin agresif NATO memberi petanda badan itu mungkin akhirnya akan mengerah tentera ke bumi Libya.

Ahad lalu, rangkaian televisyen antarabangsa, Al Jazeera menunjukkan rakaman video kehadiran tentera asing – kemungkinan Britain di Misrata, bandar dikuasai pemberontak.

Britain dan Perancis sebelum ini berkata pihaknya akan meningkatkan pembabitan masing-masing di Libya dengan mengerah helikopter tempur untuk menyerang tentera Gaddafi. – Reuters

Rakyat pendapatan rendah tidak selamat

Posted: 30 May 2011 08:30 PM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM – Kenaikan tarif elektrik yang baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini, bukanlah pada waktu yang sesuai.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd Khairun Aseh berkata, kenaikan tersebut bakal membebankan rakyat termasuklah golongan peniaga dan industri.

Katanya, walaupun kenaikan tarif elektrik itu tidak melibatkan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang, kesan kenaikan tersebut tetap akan dirasai rakyat berpendapatan rendah.

"Sudah pasti peniaga dan industri akan menghadapi peningkatan tarif elektrik yang diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan mereka dikhuatiri akan mengembalikannya semula kepada pengguna.

"Oleh itu, rakyat berpendapatan rendah tetap tidak akan selamat dengan kenaikan tarif yang katanya dikecualikan daripada mereka apabila peniaga dan industri yang memberi perkhidmatan mengembalikannya semula kepada pengguna," katanya.

Khairun cadangkan kerajaan mengenakan cukai kepada pengeluar tenaga elektrik persendirian dan pengeluar-pengeluar tenaga bebas (IPP).

Cadangan itu, katanya, antara alternatif lain yang boleh diberi perhatian serius oleh kerajaan agar tidak melibatkan rakyat berpendapatan rendah.

"Mungkin juga kerajaan boleh melaksana Akta Pencatutan 2010 sebagai jalan lain, selain meningkatkan kos barangan domestik," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda MIC, T Mohan berkata, kenaikan itu tidak patut dilakukan pada waktu ini.

Katanya, ia adalah disebabkan rakyat masih berada pada takuk pendapatan yang sederhana, sedangkan kos sara hidup semakin meningkat.

"Jangan sentuh nadi rakyat. Kerajaan perlu mencari jalan yang lebih sesuai bagi menampung kos subsidi, itu tidak dinafikan, namun tidak perlu melibatkan kenaikan harga barang kegunaan domestik.

"Saya percaya masih banyak pembaziran elektrik akan berlaku sekalipun kenaikan tarif elektrik dilakukan. Namun sekiranya peningkatan itu alasan kepada peningkatan taraf ekonomi negara, ia mungkin boleh diterima," katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan turut mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini.

Pemberian bekalan elektrik percuma itu dijangka melibatkan kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai kegunaan 900,000 pengguna di Semenanjung.

Kenaikan tersebut juga bagi membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur pembekalan elektrik yang lebih baik termasuk pengukuhan sistem penghantaran dan pengagihan.

Sinar Harian/-

Kemboja rujuk konflik sempadan ke ICJ

Posted: 30 May 2011 08:20 PM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



THE HAGUE: Kemboja memulakan proses perundangannya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi mendapatkan perintah pengunduran serta-merta tentera Thailand dari kawasan kuil purba di Preah Vihear, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Hor Namhong, berkata Kemboja meminta ICJ segera menetapkan langkah mempertahankan keamanan serta mengelak meningkatnya konflik bersenjata di situ.

"Kemboja meminta mahkamah melaksanakan langkah menghalang sebarang tindakan pemusnahan kuil serta kawasan sekitarnya," katanya.

Hor memberi keterangan di depan 16 hakim yang bersidang di The Hague, semalam. 

AFP

Penculik ancam pancung budak

Posted: 30 May 2011 08:00 PM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



ZAMBOANGA CITY: Penculik di Basilan semalam mengancam memancung seorang tebusan mereka - budak lelaki berusia 16 tahun yang dilarikan di Lamitan pada 19 Mei lalu - kecuali keluarganya membayar wang tebusan.

Kakak mangsa, Janet Sebastian Tahil, berkata penculik menuntut bayaran sebanyak 2.5 juta peso (RM174,197) bagi membebaskan Nico Sebastian.

Nico dilaporkan hilang sejak pergi ke rumah kawannya pada 19 Mei lalu.

Pegawai polis Lamitan berkata, penculik terbabit membenarkan Nico bercakap dengan ibunya pada 26 Mei lalu dan dia merayu diselamatkan.

Kata Janet, penculik itu memberi mereka tempoh tiga hari untuk memenuhi tuntutan berkenaan.

"Jika tidak, Nico akan dipancung dan kepalanya akan dipos kepada kami," katanya. 

AP

Pakatan Rakyat mara, Umno cemas

Posted: 30 May 2011 07:45 PM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru belia agar mempertahankan Putrajaya di Himpunan Sejuta Belia, kelmarin membuktikan Umno BN cemas dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Umno BN berada dalam keadaan terdesak apabila kali kedua mengeluarkan seruan agar mempertahankan Putrajaya.

Kali pertama Najib membuat seruan tersebut dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno Oktober lalu.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib yang juga presiden Umno.

Nasrudin berkata, seruan kepada belia itu menunjukkan Pakatan Rakyat mempunyai pelaung yang cerah untuk menawan Putrajaya.

"Kenyataan itu jelas menunjukkan mereka (Umno BN) benar-benar tersepit dan terdesak dan apa yang paling peenting, kemaraan Pakatan Rakyat jelas memberi kesan kepada mereka.

"Apabila Perdana Menteri sendiri mengeluarkan amanah sedemikian kepada belia yang hadir, beliau sudah merasakan bahawa kedudukan Putrajaya terancam dan membuktikan peluang Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya semakin cerah," kata belia ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas mengenai himpunan itu pula, Nasrudin berkata, anak muda sekarang sudah celik maklumat dan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis kerajaan sedangkan isu sebenar seperti peningkatan kadar pengangguran di kalangan belia cuba ditutup.

"Belia kini telah matang dan mempunyai infomasi yang lengkap. Sebagai "generasi Y" mereka rata-ratanya mesra cyber menyebabkan mereka mendapat maklumat kedua dan ketiga sebelum membuat keputusan dan penilaian

Oleh itu Umno BN tidak lagi mudah untuk memperdaya dan mempergula-gulakan mereka dengan pelbagai bentuk janji dan tawaran," katanya.

Pada perhimpunan Sabtu lalu, Najib mengumumkan beberapa habuan untuk memikat golongan belia, antaranya memperkenalkan khidmat sukarelawan, portal belia, ikon remaja dan mewujudkan 'youth park' di sekitar Putrajaya.

Beliau juga berkata kerajaan akan mewujudkan Parlimen Belia bagi mengetahui pandangan, cadangan dan citarasa golongan belia di negara ini.

Sementara itu, Nasrudin mahu Umno BN sedar bahawa bukan semua belia ikhlas menyokong mereka.

Buktinya kata Nasrudin, kehadiran belia ke perhimpunan tersebut jauh tersasar daripada jumlah yang sebenar, sejuta orang.

"Himpunan sejuta belia itu hanyalah dihadiri sekitar lapan ke sepuluh ribu ertinya jauh daripada sasaran sebenar.

"Ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kerajaan Umno BN supaya baiki dasar dan juga polisi terhadap belia negara pada hari ini

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan harus mengutamakan isu-isu sebenar yang membelenggu para belia.

"Sebagai contoh dari sudut kos hidup, peluang pekerjaan dan pendidikan, pentingnya belia ini dapat dibimbing untuk searas dengan pihak-pihak lain yang mengaut keuntungan dan kepentingan dalam negara kita.

"Sebagai contoh sektor kepimpinan negara, belia harus ditonjolkan dan diberikan peluang untuk menunjuk bakat dan berkhidmat untuk negara," katanya.

Harakahdaily/-

Inter juara Piala Itali

Posted: 30 May 2011 07:40 PM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



ROME: Inter Milan menewaskan Palermo 3-1 di Stadio Olimpico semalam untuk merangkul gelaran Piala Itali sekali gus menyelamatkan aksi hambar mereka sepanjang kempen musim ini.

Samuel Eto'o muncul wira Inter apabila menjaringkan dua gol untuk menambah koleksi jaringannya kepada 37 gol dalam semua pertandingan musim ini sekali gus mengatasi rekod terdahulu dengan kelebihan satu gol.

"Dalam bola sepak, apa yang paling penting ialah menang. Tanpa kemenangan, rekod saya tidak akan memberi sebarang makna," kata ketua pasukan Cameroon itu.

Bagi jurulatih Inter, Leonardo, ia adalah trofi pertama yang berjaya diraihnya selepas membimbing pasukan itu.

"Ini adalah keputusan yang sangat memuaskan bagi saya serta Inter selepas melalui musim yang turun naik," kata pengendali dari Brazil itu.

"Menamatkan musim ini dengan dua trofi sememangnya satu keputusan yang amat menakjubkan," katanya merujuk kepada saingan Kelab Piala Dunia yang dimenangi Inter pada Disember lalu ketika di bawah kendalian Rafael Benitez.

Ezequiel Munoz menyumbat gol pada lewat permainan untuk menghidupkan semula harapan Palermo, namun Diego Milito mengesahkan kemenangan buat Inter pada masa kecederaan. - AFP "Kami sudah melakukan yang terbaik tapi ia masih belum mencukupi. Jelas pasukan yang lebih berpengalaman memenangi saingan ini," kata jurulatih Palermo, Delio Rossi.

Pemain tengah Palermo, Giulio Migliaccio berkata: "Kami wajar untuk berasa bangga meskipun kalah kerana sudah memberikan segala-galanya, namun lawan ternyata mempunyai barisan pemain lebih hebat." 

AFP

Maut ditumbuk lepas minta bayaran

Posted: 30 May 2011 07:20 PM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



AMPANG: Hanya kerana menuntut bayaran minuman RM30, seorang lelaki berusia 49 tahun maut apabila ditumbuk bertubi-tubi seorang lelaki warga Britain.

Sebelum itu, lelaki terbabit tiba-tiba naik berang dengan insiden pergaduhan membabitkan mangsa dan seorang pelanggan wanita di sebuah restoran di Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam. Difahamkan, lelaki yang juga abang kepada pemilik restoran berkenaan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Sumber berkata, semuanya bermula kira-kira jam 1 pagi apabila seorang pelanggan wanita dipercayai warga Thailand menikmati minuman di restoran berkenaan.

"Wanita terbabit memesan minuman keras dan selepas meminumnya, dia mahu meninggalkan restoran berkenaan tanpa membuat bayaran.

"Bagaimanapun, tindakan wanita itu cuba dihalang mangsa, malah turut memujuknya supaya membayar minuman berkenaan. Ketika itu, wanita terbabit dalam keadaan mabuk," katanya.

Menurutnya, wanita berusia 20-an itu berdegil dan mahu terus beredar.

"Bengang dengan tindakan wanita itu, mangsa menarik tangannya untuk dibawa berjumpa pemilik restoran berkenaan.

"Malangnya, dalam pergelutan itu, seorang lelaki warga asing tiba-tiba menghampiri mereka dan menumbuk muka mangsa," katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit menumbuk mangsa bertubi-tubi beberapa minit walaupun mangsa menjerit dan meminta suspek berhenti menumbuknya.

"Lelaki terbabit hanya berhenti menumbuk mangsa selepas mendapati muka mangsa berdarah dan tidak bergerak.

"Orang awam yang menyaksikan kejadian itu menghubungi polis sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian," katanya.

Sumber berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, suspek direman enam hari dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Wanita bawa alat sulit perogol ke balai polis

Posted: 30 May 2011 07:00 PM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



DHAKA: Seorang wanita Bangladesh berusia 40 tahun memotong alat sulit seorang lelaki ketika lelaki itu cuba merogolnya dan kemudian membawanya ke balai polis sebagai bahan bukti, kata polis di kawasan terpencil di negara ini, semalam.

Menurut polis, ibu tiga anak itu diserang ketika sedang tidur di gubuknya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer di selatan Dhaka pada malam Sabtu lalu. "Ketika suspek cuba memperkosanya, wanita itu memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau. Dia kemudian membalut kemaluan lelaki berkenaan dalam plastik politena dan membawanya ke balai polis sebagai bukti jenayah," kata Ketua Polis Jhalakathi, Abul Khaer. 

AFP

Lori 'ditelan' lubang besar

Posted: 30 May 2011 06:40 PM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


SEORANG pegawai melihat lubang besar di jalan raya yang 'menelan' sebuah lori di Changchun, China

CHANGCHUN - Tindakan sebuah lori melalui jalan raya yang merekah mengundang padah apabila jalan berkenaan tiba-tiba runtuh dan menyebabkan kenderaan itu terbenam ke dalam satu lubang besar.

Kemalangan itu berlaku Changchun, wilayah Jilin di timur laut China kelmarin.

Pemandu dan kelindan lori cedera dalam nahas tersebut, tetapi tiada laporan sama ada mereka parah atau sebaliknya.

Pihak berkuasa yang menyiasat kejadian tersebut mengesyaki lori berkenaan membawa muatan berlebihan semasa kejadian.

Terdapat sekitar 100,000 kematian pada setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di China iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada Amerika Syarikat (AS). Sedangkan AS memiliki empat kali ganda lebih banyak kenderaan berbanding China. .

Agensi

Tarif elektrik dijangka naik setiap enam bulan?

Posted: 30 May 2011 06:30 PM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.

Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.

"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.

"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna," katanya.

Malaysiakini/-

Wira Barca berpesta

Posted: 30 May 2011 06:20 PM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


BARCELONA - Barcelona mula berpesta selepas kejayaan skuad The Catalan menjuarai gelaran Liga Juara-Juara pada awal pagi Ahad lalu.

Barisan pemain bintang kelab gergasi Sepanyol itu diraikan oleh hampir 100,000 penyokong mereka di jalan-jalan utama di Barcelona sebe- lum mereka sekali lagi berpesta di Stadium Nou Camp.

PARA pemain Barcelona berarak di sekitar bandar Barcelona menuju ke Stadium Nou Camp bersama-sama trofi Liga Juara-Juara dan Liga Sepanyol kelmarin.

Terdahulu, Barcelona mengesahkan kejuaraann Liga Juara-Juara musim ini selepas berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Manchester United pada aksi final yang berlangsung di Stadium Wembley.

Kejayaan merangkul trofi paling berprestij di Eropah itu adalah yang kedua buat Barcelona dalam tempoh tiga tahun dan yang keempat secara keseluruhannya selepas berjaya memenanginya pada 1992, 2006 dan 2009.

Pesta barisan pemain skuad The Catalan bermula sejak mereka berlepas pulang ke Sepanyol dari London semalam apabila kapal terbang yang dinaiki mereka dihiasi warna rasmi kelab tersebut dan gambar kesemua pemain.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang El Prat, barisan pemain Barcelona menaiki sebuah bas dua tingkat dan dibawa berarak di sekitar bandar Barcelona menuju ke Stadium Nou Camp bersama-sama trofi Liga Juara-Juara dan Liga Sepanyol.

Tiba sahaja di Stadium Nou Camp, lebih kurang 100,000 penyokong setia skuad The Catalan telah menunggu kehadiran wira-wira mereka termasuklah tiga pemain yang menjaringkan gol pada aksi final kelmarin iaitu Lionel Messi, David Villa dan Pedro.

Diiringi dengan percikan bunga api dan muzik 'rock', barisan pemain Barcelona diperkenalkan seorang demi seorang sebelum kelibat jurulatih, Pep Guardiola dan penolongnya, Tito Vilanova dilihat membawa trofi Liga Juara-Juara ke tengah padang.

Selepas ucapan ringkas daripada kapten, Carles Puyol dan Guardiola, Messi tampil menggegarkan arena Nou Camp dengan ucapannya.

"Tidak banyak yang saya ingin perkatakan selain mengucapkan jutaan terima kasih kepada kamu semua (penyokong-penyokong Barcelona) yang selama ini telah banyak menyo- kong kami (Barcelona).

"Diharapkan, lebih banyak kejayaan akan dicapai pada masa akan datang." kata Messi dalam ucapannnya itu.

Wira-wira Barcelona akan terus meraikan kejayaan tersebut apabila dijangka hadir menyaksikan konsert penyanyi Colombia, Shakira yang juga teman wanita kepada pemain pertahanan, Gerrard Pique di Stadium Olympic, Ahad ini. 

Reuters

Tiada ulasan:

Nuffnang