Ahad, 22 Mei 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Kerajaan Selangor mahu remaja-belia diberi keutamaan

Posted: 22 May 2011 04:41 AM PDT

 Remaja-belia masa kini perlu strategi pendekatan yang lebih berkesan untuk memenuhi keperluan dan dalam yang sama membentuk mereka ke arah mercu kejayaan. Remaja belia yang berwawasan dan mengamal budaya hidup positif akan terhindar daripada wabak gejala sosial yang meruncing dalam era dunia tanpa sempadan dek perkembangan teknologi tinggi yang tidak seimbang dan sarat dengan agenda hedonisme dan hubbud dunya.
   Justeru, kerajaan Selangor yang merancang pembangunan fizikal yang lebih sistematik dan holistik telah menletak diantara teras utama pembangunan Selangor adalah memacu pembangunan modal insan.Pembangunan insan ini akan mencakupi  seluruh elemen teras manusia dengan cara yang sinergistik dan sepadu bagi mempastikan kejayaan mencapai matlamat individu, unit keluarga serta masyarakat dan negeri cemerlang.
Usaha ini sudah tentu memerlukan sistem sokongan konkrit dan penglibatan semua pihak khususnya dalam pembangunan aset terpenting iaitu remaja belia yang bakal mewarisi negeri Selangor.
Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah menjemput ikon-ikon remaja belia seperti USTAZ HASRIZAL pengasas SAIFULISLAM TRAINING untuk sama merancang program pengupayaan remaja belia agar memikul mampu amanah sebagai khalifah di bum Allah ini.

KERAJAAN SELANGOR UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA TANAH RUNTUH

Posted: 22 May 2011 04:02 AM PDT

Tanah runtuh: MB Selangor arah bantuan segera
Harakahdaily     21.5.11
KUALA LUMPUR, 21 Mei: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberikan bantuan segera.
"Sedih dengan berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang menyebab kematian. Kerajaan negeri akan sedia tabung bantuan mangsa dengan segera," tulisnya di laman twitter petang tadi.
Sementara Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar memaklumkan Khalid serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat.
Kerajaan Negeri telah menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor serta Yayasan Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera kepada mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mereka.
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membiayai kos keperluan kepada mereka yang terselamat dalam bencana alam ini serta petugas-petugas yang bertungkus lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat.
Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini.
Menteri Besar telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan kebajikan mereka yang terselamat dijaga.
Buat sementara waktu, kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort sehingga misi penyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan.
Menteri Besar menasihatkan keluarga mangsa-mangsa terlibat supaya bersabar dan redha dengan kejadian ini. Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan di laman sama memberitahu, Unit Amal bergegas ke Lembah Azwin Sungai Semungkis di mana tanah runtuh menimpa rumah anak yatim.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berharap Unit Amal dapat menyelamatkan mangsa sambil mengiringi doa agar tidak ramai yang terkorban.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat.
Dilaporkan tiga mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan telah dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 6.30 petang tadi.
 

AL FATIHAH KEPADA SEMUA MANGSA TRAGEDI TANAH RUNTUH HULU LANGAT

Posted: 22 May 2011 02:36 AM PDT

Moga Allah menempatkan mereka ke syurgaNya insyaallah.
Takziah kepada semua keluarga mangsa.
YB DR HJH HALIMAH ALI
EXCO KERAJAAN SELANGOR

Tiada ulasan:

Nuffnang