Ahad, 22 Mei 2011

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


YB, YDP, DPPKR dan AJK Kawasan turun Padang ke Putra Height

Posted: 22 May 2011 03:33 AM PDT

Bermula jam 10.00 pagi tadi kaunter Daftar Pemilih telah dibuka di Giant, Putra Height. Dua orang ARO iaitu Sdr Mohd Iqbal dan Puan Nor Riha bekerjasama membuka kaunter pada hari ini.

Program hari ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kota Raja dengan kerjasama PAS Cawangan Putra Height dan Bukit Lanchung.

YB Dr Siti Mariah turut hadir membantu para pengunjung yang ingin mendaftar sebagai pemilih SPR. 

 YB Dr Siti Mariah menerangkan kepada bakal pemilih tentang keperluan menjadi pemilih yang berdaftar supaya layak menjadi pengundi dalam pilihanraya akan datang.
Selain itu pelbagai risalah seperti buku jingga, jom sertai PAS, akhbar Selangor Kini dan lain-lain diedarkan pada majlis ini.

Sambutan dari pengunjung amat menggalakkan.

Turut hadir ialah Sdr Jaafar Samsuddin selaku YDP, Sdr Zainal Said selaku Ketua Pemuda DPPKR, Setiausaha PAS Kawasan, Setiausaha JPrK Sdr Syed, Sdr Zubir, Pn Shamsinar, dan hampir 30 orang sukarelawan dari PAS Cawangan Putra Height, DPPKR, PAS Kawasan Kota Raja.

Pendaftaran kali ini adalah untuk suku tahun 2/2011.


Kempen Daftar Pemilih Kota Raja

Posted: 22 May 2011 02:07 AM PDT

Takziah dari PAS Kota Raja

Posted: 21 May 2011 07:55 PM PDT

Ahli Parlimen Kota Raja serta Yang Di Pertua PAS Kawasan Kota Raja dan saf kepimpinan PAS Kawasan Kota Raja mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.

Kami semua mendoakan "Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang terbaik untuk yang terkorban dan keluarga yang kehilangan ahlinya, serta berada dalam keadaan tabah dengan ujian ini".

Tiada ulasan:

Nuffnang