Ahad, 1 Mei 2011

DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


MTUC Minta Kerajaan Laksana Enam Tuntutan

Posted: 01 May 2011 01:50 AM PDT

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mengulangi desakan supaya kerajaan segera melaksanakan enam tuntutan yang diperjuangkan mereka selama ini.
Naib Presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata tuntutan itu ialah penetapan gaji minimum RM900 sebulan, mengurangkan waktu bekerja kepada 40 jam daripada 48 jam seminggu dan penetapan usia tamat tempoh perkhidmatan kepada 60 tahun.
MTUC juga menuntut supaya kerajaan memberikan faedah persaraan yang dikira berdasarkan kepada sebulan gaji bagi setiap tahun perkhidmatan pekerja, menghapuskan sistem kerja kontrak dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat termasuk menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja.
"Sempena sambutan Hari Pekerja ini, kita minta kerajaan dapat mengambil tindakan segera (terhadap tuntutan ini). Janganlah dilengah-lengahkan terutama mengenai pelaksanaan gaji minimum.
"Ini kerana berdasarkan statistik kerajaan, masih terdapat sebanyak 34 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan," katanya kepada pemberita pada perhimpunan Hari Pekerja anjuran MTUC bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Turut hadir ialah bekas Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud dan Pengerusi MTUC bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan N. Gopal Kishnam.
Balasubramaniam berkata MTUC juga meminta kerajaan mengurangkan pengambilan pekerja asing sebaliknya memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk menceburi sektor swasta terutama dalam sektor perkilangan.
"Kita (MTUC) ada terima aduan daripada kesatuan yang menyifatkan majikan mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja tempatan dan mengutamakan pekerja asing," katanya.
Beliau juga berkata hanya sembilan peratus daripada pekerja di negara ini yang menyertai kesatuan pekerja.
"Setakat ini jumlah ahli adalah seramai hampir 620,000 orang dari 272 kesatuan, namun yang aktif adalah seramai 530,000 orang," katanya yang turut meminta majikan menganggap kesatuan adalah rakan kepada syarikat dan bukannya sebagai beban.
Kira-kira 400 orang yang mewakili pelbagai kesatuan sekerja menghadiri perhimpunan berkenaan. - BERNAMA

Polis tahan peserta demo hari buruh

Posted: 30 Apr 2011 09:21 PM PDT

may day march 010511 sit in at suhakam



Sekurang-kurangnya dua orang sudah ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini.


Seorang daripadanya Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam yang ditahan ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

Sehubungan tangkapan itu, kira-kira 200 peserta perhimpunan itu berhimpun depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dekat Maju Junction di ibu negara.

Mereka tidak mahu berganjak selagi teman-teman mereka tidak dibebaskan. Suasana meriah dengan nyanyian lagi "Internationale" - lagu yang sinonim dengan perjuangan pekerja di seluruh dunia.
Penyelaras NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Nalini E mendakwa, setakat ini 19 orang peserta perhimpunan itu sudah ditahan.

Jumlah ini bagaimanapun belum dapat disahkan dengan pihak berkuasa.

Lebih 70 NGO turut serta dalam perhimpunan tradisi setiap 1 Mei itu.-MK

Krisis Libya: Anak bongsu Gaddafi, tiga cucu maut diserang NATO

Posted: 30 Apr 2011 08:00 PM PDT

Sebahagian rakyat Libya di Benghazi meraikan laporan bahawa anak Muammar Gaddafi terbunuh dalam serangan udara NATO di Tripoli semalam. — Foto ReutersTRIPOLI 1 Mei — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi terselamat dalam serangan peluru berpandu NATO tetapi serangan dilancarkan semalam itu telah meragut nyawa anak bongsu dan tiga cucunya selain turut mencederakan sejumlah rakan dan saudara-maranya.


Muammar dan isterinya berada di rumah anak mereka Saif al-Arab Gaddafi 29 ketika premis itu menjadi sasaran satu peluru berpandu Nato demikian menurut jurucakap Libya Moussa Ibrahim.


Saif al-Arab anak keenam Muammar pernah belajar di sebuah universiti Jerman tetapi tidak
menghabiskan pengajiannya kata Moussa.


Pegawai-pegawai Libya membawa wartawan ke sebuah rumah satu tingkat di kawasan
kediaman elit.Sebahagian ruang atap rumah itu kelihatan musnah.


Moussa berkata vila itu diserang dengan hentaman yang kuat dirujuk kepada peluru
berpandu.


"Ini operasi langsung untuk membunuh pemimpin negara ini " kata jurucakap itu.


"Pemimpin kami Muammar berada dalam keadaan sihat " kata Moussa.


"Beliau tidak cedera Isterinya juga berada dalam keadaan sihat " katanya dipetik laporan
media asing.


Dalam laporan disiarkan msnbc hari ini,Moussa berkata Saif al-Arab "sedang bermain
dan bercakap dengan bapa dan ibunya serta anak-anak saudaranya apabila dia diserang bagi
kesalahan yang dia tidak lakukan.


Selasa lalu,Setiausaha Pertahanan Britain Liam Fox dan rakan sejawatannya dari Amerika
Syarikat Robert Gates memberitahu pemberita di Pentagon bahawa pesawat-pesawat NATO
tidak menyasarkan Muammar secara khusus tetapi akan terus menyerang pusat-pusat
perintah tindakan ketenteraan.


Muammar ada tujuh anak lelaki dan seorang perempuan.


Pemimpin juga mempunyai seorang anak angkat yang terbunuh dalam tindakan ketenteraan
Amerika Syarikat ke atas kawasan kediamaannya di Bab al-Aziziya pada 1986.


Ibu Saif al-Arab adalah Safiya Farkash iaitu isteri kedua Muammar dan seorang bekas
jururawat.


Serangan semalam muncul beberapa jam selepas Muammar meminta agar diadakan 
perundingan dengan kuasa-kuasa NATO bagi mengakhiri serangan ke atas Libya yang sudah 
berlarutan hampir dua bulan.-MI

Tinggalkan Umno, sertai PAS

Posted: 30 Apr 2011 07:30 PM PDT


KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini. 
"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).
Najib berkata, pemimpin PAS perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.
Menurutnya, PAS tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.
''Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan Umno, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, Kuala Terengganu semalam.
Bagi PAS, tegas Tuan Guru Abdul Hadi seruan Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini.
Katanya, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.
"PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang.
Jelasnya lagi, kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.
Ia, katanya tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.
"Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam?
"Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?
"Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?" soalnya.
Jawapannya, kata beliau adalah kerajaan pimpinan Umno BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri.-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Nuffnang