Ahad, 1 Mei 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH KEKAL MENERAJUI DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU

Posted: 01 May 2011 12:44 AM PDT


30 April – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah mengadakan Muktamar Agung ke 42 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu dengan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Sebelum itu, YB Ustaz Nasharudin telah diiringi oleh kira-kira 40 buah motosikal ke Markaz Tarbiyyah yang turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya iaitu Ustaz Abu Bakar Chik dan Ustaz Satiful Bahri Mamat dan beberapa orang tetamu jemputan.

Ustaz Nasharudin mempersoalkan tentang pihak yang meminta Presiden PAS berundur kerana ketewasan PAS dalam pilihanraya negeri Sarawak, walhal Presiden PAS yang sama juga yang mengetuai parti mendapat kemenangan dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum itu seperti di Bukit Gantang dan Kuala Terengganu.

Semangat perubahan di dunia arab juga turut disentuh oleh Timbalan Presiden PAS itu, bagi memberi motivasi kepada para pemuda PAS di tanahair untuk meneruskan perjuangan dengan lebih bersemangat lagi.

Usul daripada DPP Kawasan Marang untuk menjadikan ARC sebagai sebuah Lajnah atau Jabatan dalam DPPNT telah diterima sebulat suara oleh para perwakilan setelah dibahaskan.

Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ustaz Mohd Soud dan Ustaz Saiful Anbiya' tidak lagi bertanding dalam pemilihan pada kali ini kerana faktor umur.

Jawatankuasa baru Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang baru dipilih, sekali lagi menyandarkan amanah kepimpinan kepada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim selaku Timbalan Ketua, Ustaz Kamaruzaman Abdullah sebagai Naib Ketua.

Sementara Ustaz Wan Faizul Wan Abbas dan Saudara Saufi Chik mengekalkan jawatan sebagai setiausaha dan bendahari.

Muktamar dihadiri oleh lebih 400 orang perwakilan dan pemerhati.

Tiada ulasan:

Nuffnang