Rabu, 27 April 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


RM5.2 Juta Diperuntuk Program Cat Semula Pangsapuri Kos Rendah

Posted: 27 Apr 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 27 April- PKNS akan melaksanakan program mengecat semula pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang lebih 15 tahun dengan kos RM5.2 juta  yang melibatkan 131 blok atau 8,180 unit dalam usaha usaha kerajaan Selangor untuk membantu penduduk membaikpulih pangsapuri kos rendah, kata Exco Perumahan,Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Iskandar Abdul Samad.

Menurut Iskandar matlamat program pengecatan semula ini adalah untuk memberi nilai tambah kepada skim pemajuan-pemajuan PKNS di samping mewujudkan persekitaran dan pangsapuri yang lebih ceria,indah dan harmoni.

"Program ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan akan dilaksanakan sepenuhnya dalam masa setahun," ujarnya.


Iskandar menambah sebagai permulaan program mengecat akan dimulakan di rumah pangsa kos rendah Selsyen 20 dan Seksyen 24 Shah Alam.

Program pengecatan ini melibatkan lima zon iaitu di Ampang dengan 6 blok atau 560 unit, di Petaling Jaya sebanyak 19 blok atau 854 unit, di Shah Alam sebanyak 35 blok atau 2,442 unit, Di Bangi sebanyak 47 blok atau 1,942 unit dan di Kota Damansara melibatkan 24 blok atau 2,300 unit.


Sumber: Selangorkini

Tiada Bukti Exco Selangor Salah Guna Dana

Posted: 26 Apr 2011 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mencari bukti bagi mendakwa salah guna dana kerajaan negeri Selangor oleh exco Ean Yong Hian Wah.

Pemangku penguasa kanan SPRM, Ahmad Shafik Abdul Rahman, berkata beliau mengambil alih kes berkenaan pada 27 Ogos 2009 daripada pejabat Selangor selepas kematian pembantu politik Ean Yong – Teoh Beng Hock.

Ahmad Shafik memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.

Katanya, berdasarkan siasatannya "tidak bukti untuk mengaitkan Ean Yong dengan sebarang kesalahan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM."

Sebelum kematian Teoh, siasatan dikendalikan oleh Mohd Anuar Ismail dari pejabat SPRM Selangor.


Mayat Teoh dijumpai di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009. Beliau disoal-siasat semalaman di pejabat SPRM Selangor yang terlelatk pada tingkat 14 bangunan berkenaan.

Dalam reaksi segeranya, Ean Yong dalam laman Facebook menulis, "Selepas menunggu lebih dua tahun, keadilan akhirnya tiba jua."


Sumber: Malaysiakini

Kerajaan Negeri Sumbang RM100 Ribu Kepada Yayasan SSL

Posted: 26 Apr 2011 01:00 AM PDT

PETALING JAYA, 26 April – Kerajaan Selangor hari ini memberi sumbangan cek RM100,000 kepada Yayasan SSL, Strok dan Pembangunan Masyarakat bagi menanggung sebahagian kos  pembelian mesin bagi membantu penderita strok.

Pemberian sumbangan itu bersesuaian dengan langkah  kerajaan negeri dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di Selangor.

Penyampaian itu dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan,  Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri, Rodziah Ismail kepada Pengerusi yayasan tersebut, Sze Chang Heng di bangunan yayasan tersebut di sini.

Menurut Rodziah sumbangan itu dijanjikan oleh kerajaan negeri sejak setahun lalu.

"Saya di sini sebenarnya membawa satu janji , datang ke sini untuk menyelesaikan janji saya  daripada kerajaan negeri Selangor  untuk kami memberikan RM100 ribu seperti mana yang telah dijanjikan  hampir setahun lepas untuk disumbangkan kepada Yayasan Strok SSL ini  untuk memastikan bahawa pembelian satu teknologi terkini untuk membantu pesakit-pesakit strok  akan dapat dijadikan kenyataan.


Saya dapat tahu kos mesin itu RM1.4 juta  dan kini masih lagi dalam konteks mencari penyumbang atau mencari dermawan untuk  dapat kita pastikan bahawa pembelian  mesin ini dapat disempurnakan," katanya.

Pihak Yayasan masih memerlukan sumbangan sekitar RM430,000 bagi menanggung kos  peralatan rawatan memulihkan pesakit strok melalui mesin dikenali sebagai Lokomat iaitu  teknologi dari Switzerland.

Mesin Lokomat itu menelan kos RM1.4 juta dan setakat ini hanya terdapat satu unit di negara ini iaitu di Yayasan SSL di sini.

Melalui mesin Lokomat, pesakit strok dan lumpuh akibat kecederaan otak traumatik  dan saraf tunjang boleh menjalani rawatan pemulihan dengan lebih selesa dan intensif.

Menurut Rodziah pengunaan mesin Lokomat terbukti mampu membantu pesakit kembali berjalan semula dan telah diguna di beberapa negara antaranya Jepun, Australia dan Singapura.


Sumber: Selangorkini

Tiada ulasan:

Nuffnang