N45 Dr Halimah Ali |
ADUN SELAT KLANG ziarah rakyat marhaen Posted: 27 Apr 2011 07:55 AM PDT 23.4.11 Telok Pulai,KLANG ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali bersama rombongan Briged Amal Selangor turun padang cari warga marhaen yang sakit, warga emas dan orang miskin untuk menyumbang sedikit bagi meringankan bebanan mereka serta menghibur hati mereka dengan kedatangan wakil rakyat mereka. Ada yang mahu kerusi roda yang baru kerana kerusi roda yang dipinjam daripada kenalannya sudah berkarat dan rosak.Payah untuk isterinya mengendalikannya. Seorang OKU berbangsa Tionghua tidak dapat membuka pagar rumahnya kerana beliau berada di atas kerusi roda kerana kaki kirinya sudah dipotong kerana kencing manis.Isterinya bekerja.Yang menjaganya ialah anaknya yang sakit mental!
| ||
Remaja perlu ikon yang mendorong kepada kebaikan bukan sebaliknya Posted: 27 Apr 2011 07:19 AM PDT REMAJA: Peringkat pencarian erti kehidupan Golongan remaja baru keluar daripada alam kanak-kanak yang bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa. Perubahan fizikal yang mendadak boleh menimbulkan kecelaruan dan ketegangan.Lazimnya secara tidak sedar mereka mengidentifikasi diri dengan figur-figur yang sering tertonjol dalam media massa tanpa mengambilkira positif atau negatif latarbelakang idola tersebut.Fenomena mengidolakan artis dan personaliti terkenal sinonim dengan remaja. Justeru, pemikir dan pengemudi masyarakat khususnya pemimpin negara perlu mempastikan ada program membentuk ikon-ikon positif yang dicorak sebagai contoh ikutan kepada remaja yang 'fragile' ini. Kewujudan artis-artis berwawasan akhirat seperti Maher Zain sedikit sebanyak membantu mendidik mereka yang minat seni dengan cara yang santai dan lebih berkesan. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan