Rabu, 27 April 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


PAS Memartabatkan DUN Chembong 8 Mei 2011

Posted: 26 Apr 2011 11:40 PM PDT



CERAMAH PERDANA
8 Mei 2011 AHAD 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Kg Rendah, Lot 923, Lrg Sekolah 1, REMBAU

Bersama :
YB Dato' Ir Amiruddin, EXCO Kedah
YB Ng Sue Lim, ADUN Sekinchan
YB Hj Taufek, ADUN Paroi (Rembau)
Chegubard, Pengerusi SAMM

Semua Dijemput Hadir

Blog ADUAN RAKYAT DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/

SOALAN SIDANG DUN APRIL 2011

Posted: 26 Apr 2011 08:39 PM PDT



SOALAN – SOALAN LISAN DAN BERTULIS
PERSIDANGAN PERTAMA (PERASMIAN)
PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI KE 12

SOALAN LISAN DARI ADUN PAROI
(OLEH YB HJ MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI)

HARI PERTAMA PERSIDANGAN DUN N.SEMBILAN 25hb APRIL 2011 (ISNIN)


SOALAN 1

PUSAT KAFE SIBER BEROPERASI LEBIH MASA

Terdapat banyak Pusat Kafe Siber yang beroperasi di sekitar kawasan Senawang dan Paroi. Ada beberapa Pusat Kafe Siber sebagai contoh di Taman Matahari Height dan di Pusat Komersial Senawang yang didapati beroperasi sehingga jam 2 pagi.

a. Apakah waktu perniagaan bagi sesebuah Pusat Kafe Siber? Pihak manakah yang memantau operasi Pusat Siber Kafe ini samada dari segi waktu perniagaan mahupun bentuk perkhidmatan yang ditawarkan ?

b. Kenapakah rungutan yang dibuat penduduk sekitar melalui kaedah bertulis mahupun melalui saluran e-public tidak mendapat respon yang baik dari pihak yang berkaitan? Ini kerana tiada tindakan yang diambil terhadap pengusaha tersebut dan ia tetap beroperasi sehingga jam 2 pagi sehingga sekarang.


SOALAN 2

STATUS PEMBINAAN BANGUNAN SMK SENAWANG 3

Memandangkan SMK Senawang 3 masih "menumpang" sehingga kini di bangunan SMK Senawang , Taman Marida dan kini sekolah tersebut telah "menumpang" sehingga lebih 3 tahun lamanya.

a. Walaupun dimaklumi bahawa perkara ini di bawah tanggungjawab kerajaan pusat tetapi apakah usaha pihak kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah kelewatan ini? Kelewatan pembinaan bangunan sekolah ini bukan sahaja telah menjejaskan proses pembelajaran pelajar-pelajar sekolah SMK Senawang 3 tetapi juga pelajar-pelajar di SMK Senawang, Taman Marida.

b. Berapakah jumlah sekolah di Negeri Sembilan yang masih "menumpang" kerana bangunan sebenar masih belum siap pembinaannya?


SOALAN 3

GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI DI NEGERI SEMBILAN


GSTT sangat diperlukan di ketiga-tiga Sekolah Menengah Agama Negeri di Negeri Sembilan bagi menampung kekurangan guru.

a. Berapakah orang GSTT yang ada pada tahun 2011? Adakah jawatan ini telah dibekukan dan surat perlantikan sebagai GSTT tidak dikeluarkan lagi?

b. Apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan bagi membantu Sekolah Menengah Agama Negeri yang mengalami masalah kekurangan guru dan terpaksa mencari dana sendiri bagi menampung kos membayar gaji GSTT ini?


SOALAN LISAN DARI ADUN PAROI
(OLEH YB HJ MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI)

HARI KE 2 PERSIDANGAN DUN N.SEMBILAN 26hb APRIL 2011 (SELASA)

SOALAN 1

PUSAT HIBURAN KELUARGA BEROPERASI LEBIH MASA

Berselindung di sebalik nama Pusat Hiburan Keluarga, terdapat 2 buah Pusat Hiburan keluarga yang beroperasi di Pusat Perniagaan Cempaka yang sering menjadi tumpuan anak-anak muda terutama pada hujung minggu. Walaupun banyak rungutan dari penduduk setempat berkenaan dengan pusat hiburan ini namun sehingga kini tiada tindakan tegas diambil.

a. Terdapat dakwaan dari pimpinan masyarakat setempat menyatakan tentang penglibatan pihak berkuasa dalam mempertahankan pusat hiburan daripada tindakan undang-undang. Apakah siasatan telah dijalankan oleh pihak yang berkaitan bagi mengelakkan salah tanggap masyarakat terhadap badan penguatkuasa undang-undang ini daripada berterusan?

b. Adakah pandangan dari masyarakat setempat khususnya kawasan majoriti orang Melayu Islam telah diperolehi sebelum meluluskan lesen dan premis bagi menjalankan pusat hiburan seperti ini?


SOALAN 2

TEKS KHUTBAH JUMAAT

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mula mengarahkan khatib-khatib seluruh Negeri Sembilan supaya membaca khutbah menggunakan teks yang telah disediakan oleh JHEAINS dan JAKIM.
(a) Adakah pihak JHEAINS menyedari bahawa situasi atau masalah di sesuatu kariah tidak sama antara satu sama lain? Adakah JHEAINS tidak bersedia memberi sedikit ruang waktu di hujung khutbah pertama kepada para khatib supaya menyelitkan nasihat-nasihat berkaitan isu-isu setempat yang berlaku di kariah tersebut?

(b) Apakah tindakan yang akan dikenakan oleh para khatib yang gagal mematuhi arahan supaya membaca teks khutbah yang disediakan oleh JHEAINS atau JAKIM?


SOALAN 3

KOS PENGHANTARAN SEMULA PELAJAR-PELAJAR NEGERI SEMBILAN KE MESIR

Akibat situasi politik yang tidak menentu di Mesir, ramai pelajar-pelajar yang berasal dari Negeri Sembilan telah diarahkan balik ke tanahair.

(a) Berapakah jumlah pelajar yang telah balik semula ke Mesir dan berapakah pelajar yang masih berada di Negeri Sembilan? Apakah punca yang menyebabkan masih ada pelajar-pelajar yang belum balik ke Mesir?

(b) Berapakah jumlah kos yang telah dan akan dibelanjakan bagi menghantar semula pelajar-pelajar Negeri Sembilan balik ke Mesir?


SOALAN – SOALAN UNTUK JAWAPAN BERTULIS PERSIDANGAN DUN NS

PERSIDANGAN PERTAMA
PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI KE 12

SOALAN 1

CUKAI TAKSIRAN

Cukai Taksiran adalah merupakan hasil tahunan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang digunakan untuk tujuan pengurusan, projek dan penyenggaraan setempat untuk manafaat pembayar cukai.

(a) Kenapakah pada tahun cukai taksiran setengah tahun pertama tahun 2011 perlu dibayar sebelum 28 Feb 2011 tanpa bayaran denda? Tindakan ini hanya membebankan pengguna yang perlu menjelaskan pebagai perbelanjaan awal tahun seperti yuran sekolah, yuran pengajian, saman ekor dan sebagainya.

(b) Berapakah hasil cukai taksiran yang dikutip oleh MPS pada tahun 2010 dan berapakah sasaran untuk tahun 2011?

(c) Berapakah tunggakan cukai taksiran MPS dan MPN setakat ini?


SOALAN 2

WABAK DENGGI

Penularan wabak denggi sekarang ini sedang melanda Seremban dan Senawang. Penubuhan COMBI adalah salah satu cara untuk mencegah penularan wabak ini. Walaupun sering diadakan gotong royong dan semburan asap , namun kes wabak denggi ini sering berulang.


(a) Apakah keputusan terhadap kaedah baru (menggunakan sejenis nyamuk lain) yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes

(b) Apakah tindakan yang dilakukan ke atas pemilik rumah atau bangunan yang membiarkan premis mereka yang kosong dipenuhi semak samun, hutan dan kemungkinan banyak bekas yang menakung air di dalam dan di luar rumah atau bangunan?

(c) Apakah tindakan agresif dan berkesan yang dilakukan terhadap untuk mencegah tempat pembuangan sampah haram di tepi jalan, lereng bukit, lembah, gaung, sekitar taman perumahan dan sebagainya.


SOALAN 3

KELAS KAFA dan KAP

Kelas KAFA atau Kelas Agama dan Fardhu Ain serta KAP atau Kelas Agama Petang adalah satu usaha yang baik untuk meningkatkan amalan dan ilmu agama Islam di kalangan pelajar sekolah rendah.

(a) Berapakah bilangan guru dan pelajar untuk KAP dan KAFA pada tahun 2011?

(b) Adakah terdapat mana-mana sekolah yang tidak dapat mengadakan KAP disebabkan kekurangan bilik darjah?

(c) Sila senaraikan semua KAFA beserta alamatnya yang terdapat pada tahun 2011?

(d) Berapa elaun yang dibayar kepada guru KAFA dan KAP oleh kerajaan negeri melalui JHEAINS dan yang dibayar oleh kerajaan persekutuan melalui JAKIM mulai tahun 2011?

SOALAN 4

PENIAGA-PENIAGA KECIL

Terdapat banyak warung dan gerai yang didirikan oleh para peniaga kecil akhir-akhir ini sekitar Senawang dan Seremban, namun hampir keseluruhan warung dan gerai ini didirikan di tepi jalan, di lereng bukit, tanah lapang dan sebagainya.

(a) Apakah usaha kerajaan negeri untuk membantu para peniaga kecil ini untuk memberikan kemudahan yang lebih baik, seperti mengadakan medan selera atau bengkel di tempat yang strategik iaitu laluan orangramai bukannya di jalan mati seperti di Taman Tuanku Jaafar?

(b) Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti mana-mana tanah tersepit, tanah tepi jalan, tanah padang terbiar yang boleh dibangunkan untuk membantu para peniaga kecil ini?


SOALAN 5

PEMASANGAN METER BAYARAN DI KAWASAN TEMPAT LETAK KERETA BERBAYAR

Terdapat beberapa kawasan letak kereta di sekitar Senawang dan Seremban sedang dalam proses pemasangan meter bayaran antaranya di sekitar Dataran Senawang (Pusat Komersial Senawang). Ini merupakan langkah MPS bagi meningkatkan pendapatan MPS.

(a) Senaraikan kawasan letak kereta yang baru yang telah diwartakan sebagai kawasan letak berbayar di Negeri Sembilan pada tahun 2010 dan tahun 2011.

(b) Sila nyatakan dengan terperinci butiran berkaitan dengan kontrak pemasangan meter bayaran bagi kawasan letak kereta berbayar yang diwartakan tersebut.

(c) Adakah pemasangan meter parking ini dan kutipan duit parking tersebut diserahkan kepada pihak swasta? Sila nyatakan secara terperinci berkaitan dengan kontrak tersebut iaitu dari segi nama syarikat yang berjaya, nama pemilik syarikat, harga bagi kontrak pemasangan tersebut dan bagaimana kos bagi mengutip duit bayaran tempat letak kereta tersebut yang perlu dibayar kepada syarikat berkenaan.


SOALAN 6

PENGHANTARAN SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) OLEH MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

Dalam beberapa perayaan utama negara kita seperti Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Sambutan Tahun Baru, ramai rakyat Negeri Sembilan menerima SMS dari YAB Menteri Besar.

(a) Sila nyatakan kos yang terlibat dalam penghantaran SMS itu sepanjang tahun 2010.

(b) Sila nyatakan bagaimanakah maklumat berkaitan dengan pemilik nombor telefon bimbit itu diperolehi oleh pejabat Menteri Besar sedangkan semua maklumat peribadi pengguna telefon bimbit sepatutnya dilindungi oleh Akta Data Peribadi 2010.


SOALAN 7

PESERTA RANCANGAN TANAH FELCRA DI NEGERI SEMBILAN

Terdapat beberapa rancangan tanah yang diuruskan oleh FELCRA di Negeri Sembilan

(a) Sila nyatakan secara terperinci kawasan tanah rancangan FELCRA di Negeri Sembilan , keluasan tanah yang terbabit dan jumlah peserta yang terlibat.

(b) Walaupun FELCRA adalah merupakan agensi di peringkat kerajaan Pusat , kerajaan negeri tetap mempunyai hak terutama dari segi tanah yang terlibat. Jadikan , apakah usaha kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu peserta-peserta FELCRA yang kini mengadu tentang masalah pemberian dividen yang rendah oleh FELCRA , beban hutang yang tinggi dan pendapatan bulanan yang rendah berbanding dengan harga getah dan kelapa sawit yang semakin tinggi hari ini.

(c) Adakah kerajaan negeri tidak berhasrat untuk mencadangkan kepada FELCRA untuk mengkaji semula perjanjian yang dibuat antara peserta dan FELCRA sendiri?


SOALAN 8

TANAH FELDA PLANTATION DI NEGERI SEMBILAN

Terdapat banyak tanah di Kawasan Rancangan Tanah FELDA yang diserahkan kepada FELDA Plantation di Negeri Sembilan

(a) Sila nyatakan secara terperinci jumlah keluasan kawasan tanah yang diuruskan oleh FELDA Plantation di Negeri Sembilan dan nyatakan lokasinya.

(b) Walaupun FELDA adalah merupakan agensi di peringkat kerajaan Pusat , kerajaan negeri tetap mempunyai hak terutama dari segi tanah yang terlibat. Apakah kerajaan Negeri Sembilan tidak berhasrat untuk menyemak semula pemberian tanah kepada FELDA Plantation dengan tujuan untuk menyerahkan tanah tersebut kepada generasi kedua dan ketiga FELDA?


SOALAN 9

PEMBELIAN TANAH KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BAGI MENGGANTI TANAH DI KEM TENTERA UDARA SUNGAI BESI.

Tanah berkomersial tinggi di Kem Tentera Udara Sungai Besi telah diserahkan kepada pihak swasta untuk dimajukan.

(a) Terdapat perancangan oleh Kerajaan Pusat yang bercadang untuk membeli tanah di Negeri Sembilan bagi mengganti semula tanah di Kem Tentera Udara di Sungai Besi, dimanakah lokasi sebenar tanah yang akan dijual tersebut , berapakah harga dan keluasan tanah yang ingin dijual tersebut?

(b) Apakah kajian yang telah dibuat oleh kerajaan Negeri Sembilan sebelum menjual tanah tersebut kepada Kerajaan Pusat atau pihak swasta?


SOALAN 10

CADANGAN MEMBINA KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAN NEGERI SEMBILAN YANG BARU.

Difahamkan bahawa tapak pembinaan kompleks tersebut terletak di Bandar baru Sendayan.

(a) Apakah alasan-alasan kerajaan negeri membina kompleks pentadbiran yang baru sedangkan bangunan sedia ada masih elok dan sempurna (tiada kerosakan serius)?

(b) Dimanakah lokasi sebenar tapak kompleks tersebut dan siapakah pemilik tanah tersebut?

(c) Berapakah kos sebenar pembinaan kompleks tersebut dan dari manakah sumber kewangan bagi membiayai pembinaan kompleks tersebut? Berapa peratuskah proses pembinaan tersebut telah berjalan?

ADUN Paroi gesa hentikan amalan P-Politik(Video Lucah), isu Altantuya hangatkan Sidang DUN Negeri Sembilan

Posted: 26 Apr 2011 07:34 PM PDT



Seremban 25 April 2011

Ketika membahaskan usul terima kasih kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda merasmikan Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri Yang Ke-12 , ADUN Paroi , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani telah menegur pihak yang tidak bertanggungjawab atas penyebaran VCD , gambar dan buku yang mengandungi bahan lucah yang dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Sudah sampai masanya untuk hentikan semua ini , rakyat sudah muak dengan P-Politik . UMNO mengajak rakyat kepada P-Politik iaitu politik porno tetapi kami , Pakatan Rakyat ingin membawa rakyat kepada budaya K-Politik iaitu "Knowledge Politik" yakni politik yang berdasarkan ilmu dan hujah".

"Walaupun kami diberi maklumat tentang skandal pihak tertentu di Negeri Sembilan, ada kes ditangkap khalwat, kes dengan isteri orang, kes dengan artis di hotel Port Dickson dan pelbagai kes maksiat yang lain tetapi pimpinan Pakatan Rakyat tidak berminat untuk mensensasikan isu-isu peribadi kerana ia melibatkan maruah pemimpin dan ianya tanpa bukti yang sahih mahupun saksi yang adil".

Beliau turut menjelaskan pandangan Islam berhubung isu tuduhan zina ini dengan membacakan ayat Al-Quran dari Surah An-Nuur ayat 4 yang bermaksud "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan/lelaki yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan jangan kamu terima persaksian mereka selama-selamanya dan mereka itulah orang-orang yang fasik".

Persoalan tuduhan zina tanpa 4 orang saksi yang adil ini bukan persoalan kecil kerana apabila isu ini diperbesarkan sebegitu rupa dengan penglibatan media massa secara terancang seolah-olah UMNO mengajak rakyat bersama-sama terlibat dalam soal yang melibatkan hukum-hakam Islam dan amaran tergolong sebagai fasiq seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam ayat Al-Quran tersebut.

Penjelasan yang dikemukakan itu menyebabkan ramai wakil rakyat UMNO bangkit kerana cuba menganggu ucapan beliau tersebut.

Beliau turut menyentuh isu pembunuhan wanita Mongolia di mana dalam isu ini , Pakatan Rakyat tidak menuduh pemimpin tertinggi UMNO terlibat dalam pembunuhan tersebut tetapi PR mahu Perdana Menteri (PM) membersihkan nama beliau apabila banyak media antarabangsa mengaitkan pemimpin tertinggi negara itu dengan pembunuhan tersebut.

Untuk menjaga imej dan maruah negara Malaysia, sewajarnya PM mengambil tindakan undang-undang terhadap media tersebut.

Sebagai bukti bahawa PR mengamalkan budaya politik ilmu dan hujah, beliau mengambil contoh dalam isu tawaran 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga , kita khususnya YB Dato' Seri Anwar Ibrahim mengajak PM berdebat dan berhujah apabila PM mempersoalkan kewajaran tawaran PR tersebut.

Cabaran debat yang dikemukakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim itu tidak pernah disambut oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sehingga ke hari ini.

Tiada ulasan:

Nuffnang