Isnin, 18 April 2011

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


Exco sangkal dakwaan Ahmad Bashah

Posted: 17 Apr 2011 10:31 PM PDT

Exco sangkal dakwaan Ahmad Bashah
ALOR SETAR, 18 April – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB. Abdul Ghani Ahmad menyangkal dakwaan ADUN Bakar Bata Dato' Ahmad Bashah Mat Hanipah kononnya penggunaan wang GLC di bawah kerajaan lalu untuk program pemimpin Pusat di Kedah adalah bersamaan dengan penggunaan wang GLC untuk Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera.

"Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera adalah program kerajaan negeri, pengisian sebahagian besar program adalah ke arah memantapkan misi dan visi 'Kedah Sejahtera' serta penghebahan maklumat kepada seluruh rakyat berhubung pembangunan yang dibuat oleh kerajaan negeri sepanjang tiga tahun," ujarnya.

Sedangkan, katanya, program pemimpin Pusat bersama rakyat di bawah kerajaan lalu yang dikatakan oleh Ahmad Bashah itu adalah program kempen politik yang sepatutnya parti politik tersebut yang membiayainya.

Menurut YB. Abdul Ghani lagi, perbelanjaan untuk lima hari program Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera hanya sekitar RM550 ribu. Daripada jumlah tersebut sebahagiannya ditampung oleh sewa gerai dan penajaan.

"Maknanya perbelanjaannya sangat optimum, selaras dengan dasar perbelanjaan berhemah oleh kerajaan negeri," ujarnya.

Datuk Ahmad Bashah membangkitkan isu tersebut ekoran laporan SPRM yang dibuat oleh beberapa individu tertentu terhadap Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) (sebelum Mac 2008) yang didakwa menyumbang kira-kira RM7.5 juta kepada pihak tidak berkepentingan dengan urusniaga syarikat.

Antara pihak yang paling banyak menerima sumbangan dari STDC ialah parti politik kerajaan yang memerintah pada masa itu.

Tiada ulasan:

Nuffnang