N45 Dr Halimah Ali |
PILIHANRAYA DUN BERASINGAN UNTUK TIGA NEGERI Posted: 03 Apr 2011 10:30 PM PDT Bubar DUN: PAS mahu tiga negeri Pakatan sokong Selangor Oleh G Manimaran April 04, 2011 Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 4 April — PAS Selangor berharap kesemua kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) akan ikut langkah Selangor yang memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika pusat memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Mac 2012. Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir Foto kiri) berkata, pihaknya yakin langkah itu akan membolehkan 'risiko' jentera Barisan Nasional (BN) bertumpu di Selangor dapat dielakkan. "Pendirian PAS Selangor ialah negeri-negeri lain, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan bubarkan DUN serentak dengan Selangor selepas Mac 2012... jika ini dilakukan, kita boleh mengelakkan jentera BN hanya tumpu di satu negeri," kata beliau kepada The Malaysian insider. Katanya, PAS selari dengan pendirian yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Jumaat lalu bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sebelum 2012. "PAS pun merasakan tempoh selepas Mac 2012 adalah sesuai kerana empat tahun selepas pilihan raya umum 2008, dan kita boleh menunjukkan hasil pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat," katanya lagi. Khalid berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan tahun ini walaupun kerajaan pusat bertindak membubarkan Parlimen. Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 kerana mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013. "Ada desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya," katanya. Khalid dipetik berkata, keputusannya untuk tidak mengikut jadual pilihan raya kerajaan persekutuan kerana di bawah sistem persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh DUN akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak. "Ia beri saya satu tempoh kira-kira setahun. Kini kita boleh nilai keberkesanan program kita," kata Menteri Besar. Tahun lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau berharap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan kepada soal risiko tumpuan jentera pilihan raya BN jika memutuskan untuk mengadakan pilihan raya berasingan. Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang. Roslan Shahir berkata bagaimanapun pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya peringkat Parlimen jika BN memutuskan untuk memanggil pilihan raya awal. "Kami, PAS sudah menggerakkan jentera pilihan raya sejak Januari lalu. Kalau diadakan pilihan raya Parlimen awal, kami pun sudah bersedia," katanya. "Pada pilihan raya lalu, kami bertanding di 20 kerusi dan menang di lapan tetapi tewas 12 lagi. Kali ini daripada 12 kerusi itu, kami jangka akan tawan sekurang-kurangnya lapan, khususnya di dewan undangan negeri Seri Serdang di mana calon PAS hanya tewas dengan 45 undi," katanya. Kerusi lain yang juga sedang diintai PAS adalah Sabak, Sungai Ayer Tawar, Morib, Taman Templer dan Paya Jaras. Roslan berkata parti itu juga yakin mampu mengekalkan lapan kerusi DUN dan empat kerusi parlimen yang disandang mereka ketika ini. Laporan penuh di SINI |
PAS mesti tulus berjuang kerana Allah, insyaallah dapat bantuanNya Posted: 03 Apr 2011 05:29 AM PDT PARTI ISLAM SEMALAYSIA(PAS) perlu memperkemaskan modal spiritual untuk menghadapi modal melangit material dan fizikal yang disediakan oleh lawannya sekira benar bersungguh-sungguh untuk memimpin perubahan dan menyumbang secara maksima kepada pembangunan ummat.Para pemimpinnya harus melihat dan memantau kebersihan rohani kolektif PAS(SPIRITUAL); Kekuatan fizikal dan sistem sokongan yang jitu(Physical-P),sinergi daya intelek kolektif yang secara sedar dirancang(Intelektual), kekuatan/kestabilan emosi yang mampu menangkis godaan nafsu ammarah dan dikuasai secara berkesan(EMOSI) dan modal kekuatan sosial atau ukhuwwah yang benar dan kepemimpinan yang inklusif dan karismatik serta kemampuan membaca keadaan cepat dan tepat dan endorsmen daripada MALIKAL MULK. http://www.malaysiakini.com/news/160508 |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan