Ahad, 17 April 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PRN SARAWAK : UNDI BN MEROSOT 8 PERATUS

Posted: 17 Apr 2011 02:02 AM PDT

Walaupun gagal untuk menafikan BN Sarawak majoriti dua pertiganya dalam pilihan raya negeri semalam, tetapi Pakatan Rakyat berpuashati kerana undi popular BN telah merosot lapan peratus.

sarawak election pakatan pc kuching 170411 01Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (paling kiri dalam foto) berkata
undi popular BN telah merosot daripada 63 peratus pada 2006 kepada 55 peratus kali ini.

"Saya percaya pilihan raya ini menunjukkan bahawa Sarawak bukan 'simpanan tetap' seperti yang didakwa mereka.

"Ini peralihan lapan peratus, yang merupakan satu peralihan yang besar. Jika ini berterusan dalam pilihan raya parlimen nanti, maka BN akan kalah lebih banyak kerusi," kata Guan Eng.

NONEBeliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Kuching
bersama dengan pemimpin tertingi Pakatan.

Dalam pilihan raya negeri semalam, BN kalah hampir semua kerusinya di kawasan bandar dan tiga kerusi luar bandar. Pakatan pula berjaya memenangi 15 kerusi, dan satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas. Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi.

SDR. MAAROF DAH KENA TINDAKAN, MARKOM BILA LAGI...?

Posted: 16 Apr 2011 08:52 PM PDT



  • Akhirnya terbalaslah dendam kesumat UMNO dan Menteri-menterinya apabila bermula 1 April 2011 Sdr. Maarof telah ditukar ke sekolah lain atas alasan menggunakan MC untuk berkempen politik. Baca berita selanjutnya di sini.
    • Bagaimana pula Pengarah Pelajaran Johor sendiri yang juga telah secara terang berpolitik di dalam ucapannya ?
    •  Sdr. Maarof amat wajar turut serta isterinya berkempen kerana memang menjadi tanggungjawab beliau untuk menemani isterinya berkempen.
    Jadi, jika Sdr. Maarof kena tukar sekolah kerana berkempen politik maka Markom Giran turut perlu diambil tindakan. Jangan jadi munafik wahai Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran..!

    PAS TELUK INTAN LANCAR PROJEK EKONOMI

    Posted: 16 Apr 2011 08:24 PM PDT


    TELUK INTAN, 16 April - PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Ekonomi telah melancarkan projek ekonominya di dalam sebuah majlis Program Himpun. Program tersebut telah diadakan di Hotel Anson dekat sini baru-baru ini.

    Program yang berupa taklimat tentang projek ekonomi tersebut telah berjaya menarik lebih 50 orang ahli dan wakil cawangan hadir. Majlis telah dirasmikan oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin. Turut hadir ialah Pengerusi Lujnah Ekonomi PAS Perak, Tn. Hj. Osman Masri, YDP PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail Che Nik serta pimpinan PAS kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan cawangan.
    YB Anuar merasmikan Program Himpun.

    Pengerusi LEP Teluk Intan, Hj. Mohd. Rezal menyampaikan ucapan.

    Menurut Pengerusi Lujnah Ekonomi PAS (LEP) Kawasan Teluk Intan Sdr. Hj. Mohd. Rezal Ayub, tujuan himpunan tersebut adalah untuk memberikan penerangan kepada para ahli tentang projek ekonomi yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan oleh lujnahnya di samping menerima maklum balas tentang aktiviti lujnah.
    YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik turut hadir. (kiri)
    Sdr. Hj. Rezal bersama Tn. Hj. Osman Masri.

    "Sehingga kini, PAS Teluk Intan hanya satu-satunya kawasan di negeri Perak yang mempunyai syarikat iaitu Daiman Maksima Sdn. Bhd. Kita ingin berkongsi modal serta bersama-sama berkongsi keuntungan dengan ahli-ahli," ujar beliau.

    "Misi LEP ialah ingin mewujudkan peluang perniagaan bagi jamaah dan penduduk setempat di samping dapat menghasilkan barangan bersih lagi suci terutama barangan berasaskan makanan," ujar beliau lagi.
    Taklimat serta ucapan motivasi yang menarik daripada Tn. Hj. Osman.

    Menurut beliau lagi, antara operasi LEP ialah melalui infaq am, infaq bulanan dan peluang perniagaan yang mengambilkira pengalaman serta kejayaan Persatuan Penduduk Pasir Bedamar maka model ekonomi tersebut akan dilaksanakan oleh LEP.

    Turut menyampaikan ucapan ialah Pengerusi LEP Negeri Tn. Hj. Osman Masri. Beliau banyak memberikan motivasi untuk melibatkan diri dalam perniagaan secara berjemaah. Beliaun juga telah memberikan taklimat tentang projek ekonomi PAS Perak iaitu Kempen Guna Gau (KGG) dan Skim Takaful.

    "PAS adalah sebuah gerakan dakwah dan politik. Bagi menggerakkan aktiviti politik dan dakwah, kita memerlukan wang. Oleh kerana itu, parti perlu mempunyai projek ekonomi yang dapat menjanakan gerak kerja tersebut," ujar beliau.
    Ustaz Wan memberikan taklimat tentang operasi LEP kawasan.

    Tn. Hj. Mohamed Akram menceritakan pengalaman memimpin persatuan.

    Sebelum itu, YB Hj. Anuar Sudin telah merasmikan majlis tersebut. Sebagai wakil rakyat, beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan LEP menubuhkan sebuah syarikat serta berharap projek ekonomi yang telah dirancang akan disambut baik oleh para ahli PAS dan dilaksanakan. 
    Antara para peserta yang hadir.

    Cendera mata kepada YB.

    Penghargaan kepada Pengerusi LEP negeri.

    Cendera mata kepada Tn. Hj. Mohamed Akram sebagai moderator.

    Para peserta juga telah diberikan taklimat tentang pengalaman dan kejayaan projek ekonomi Persatuan Pasir Bedamar oleh pengerusinya , Tn. Hj. Mohamed Akram Mohd. Ayub serta taklimat tentang operasi LEP telah disampaikan oleh Ustaz Wan Azli bin Wan Chik.

    Seterusnya para peserta telah diberi peluang mengemukakan pertanyaan serta pandangan masing-masing. Sesungguhnya sambutan baik yang telah diberikan oleh para ahli telah memberikan pentanda positif kepada pihak LEP kawasan untuk melaksanakan projek ekonomi kawasan.

    intanhijau.blogspot.com

    PERJUANGAN PAS TELAH DITERIMA DI SARAWAK

    Posted: 16 Apr 2011 04:06 PM PDT

    Walaupun tewas di kelima-lima kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya negeri Sarawak hari ini, tetapi berdasarkan jumlah yang diperolehi, menunjukkan PAS "sudah diterima dan tidak asing lagi" di negeri itu.
    Oleh itu, kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata parti itu akan memikirkan langkah lebih serius untuk terus bertapak di Sarawak.

    "PAS tidak kecewa dengan kekalahan itu kerana kita parti baru. Ini kerana jumlah majoriti yang meningkat seratus peratus (di Beting Maro) berbanding pada 2006.

    "Di Beting Maro kita dahulu kita kalah (majoriti) lebih 800 undi, kali ini kita kalah majoriti lebih 300. Ini menunjukkan ada peningkatan undi (kepada kita)... 

    "Semua kerusi yang kita bertanding, tidak ada yang hilang deposit," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
    PAS bertanding di DUN Sadong Jaya, Muara Tuang, Subayau, Tanjong Datu dan Beting Maro.
    "Masyarakat setempat sudah menerima kita, maka lebih mudah untuk kita mendekati mereka," tambah Salahuddin.
    Menurutnya, selepas ini parti akan membuat bedah siasat untuk mengkaji kelemahan dan kekuatan jentera di peringkat akar umbi.

    Sementara itu, timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata walaupun kalah, tetapi beliau "positif" bahawa PAS akan terus membuat anjakan bagi meningkatkan sokongan rakyat.

    Malah, katanya, PAS juga mendapat jumlah undi yang membanggakan, khususnya di Muara Tuang dan Tanjong Datu - yang kali pertama ditandingi dalam dalam pilihan raya negeri kali ini.

    "Ini merupakan petanda bahawa rakyat Sarawak tidak menolak secara total. Keputusan itu membuktikan mereka menerima kehadiran PAS bagi melangsungkan perjuangan untuk rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

    Nasharuddin berkata sepanjang kempen pilihan raya itu, khususnya di kawasan pedalaman, ramai pengundi telah mengenali pemimpin PAS yang berkempen di situ.

    Katanya, PAS akan terus menyusun program bagi menarik sokongan pengundi di negeri itu khususnya di kawasan yang ditandingi parti itu.

    "(Semua kerusi yang ditandingi) kita tidak hilang deposit. Iini satu petanda bahawa tanah Sarawak subur untuk PAS," katanya sambil menambah PAS menghormati keputusan rakyat dalam pilihan raya ini.

    Berdasarkan keputusan rasmi, jumlah undi yang diterima oleh calon PAS adalah seperti beriku - Abang Ahmad Kardee Abang Masagus (Beting Maro - 2,678 undi) Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (Sadong Jaya -1,074 undi), Noraini Hamzah (Muara Tuang - 3,196 undi), Adam Ahid (Sebuyau - 1,769) dan Nani Sahari (Tanjong Dato - 1,002 undi).

    Tiada ulasan:

    Nuffnang