:: cina islam | 2011 :: |
- Pakatan Rakyat akur keputusan PRN Sarawak.
- 6-9 bulan lagi untuk tamatkan krisis nuklear: TEPCO
- PKR akan cabar keputusan DUN Senadin
- Alat Mencuri Komputer Riba Dan Alat Elektronik
- BN menang dengan masalah
- Taib janji berundur pertengahan penggal
- Pelancaran Buku Jingga peringkat PAS Kawasan Gopeng
- Keputusan La Liga Sepanyol
- Haiti tunda lagi pengumuman pilihan raya
- Jordan tahan 70 penunjuk perasaan
- Syria : Perintah darurat 50 tahun akan ditarik balik
- Tewaskan MU, Manchester City mara ke akhir Piala FA
- Taib angkat sumpah jawatan KM , bila mahu letak jawatan ?
- BN kekal majoriti 2/3 tapi hilang 8 kerusi
- Keputusan penuh p'raya negeri Sarawak
- PAS hormati keputusan rakyat
- Islam galak umat tampil kemas, cantik
Pakatan Rakyat akur keputusan PRN Sarawak. Posted: 17 Apr 2011 01:57 AM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akur Pakatan Rakyat(PR) gagal menawan Sarawak pada pilihan raya negeri ke-10 semalam. Walaupun gagal menumbangkan Barisan Nasional (BN), beliau gembira dengan peratusan undi yang meningkat terhadap PR. Menteri Besar Kelantan itu berkata, ia membuktikan rakyat Sarawak semakin menerima kehadiran PR di negeri itu terutama undi yang diterima DAP. "Penduduk bandar jelas menolak Barisan Nasional dan memihak kepada DAP tetapi bagi PAS kita gembira sokongan semakin meningkat walaupun tewas kesemua kerusi," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini. Pada pilihan raya negeri itu semalam, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dengan DAP memenangi 12 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga manakala satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas. Nik Aziz sempat berkapung beberapa hari di Sarawak bagi membantu calon-calon PR yang bertanding di sana baru-baru ini. |
6-9 bulan lagi untuk tamatkan krisis nuklear: TEPCO Posted: 17 Apr 2011 12:26 AM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - TOKYO: Pengendali loji nuklear yang membocorkan radiasi di Jepun menyatakan ia mensasarkan untuk menamatkan krisis itu dalam tempoh enam hingga sembilan bulan. Pengerusi Tokyo Electric Power Co (TEPCO), Tsunehisa Katsumata, memberitahu sidang media di sini bahawa syarikat sudah menyediakan pelan berfasa bagi menamatkan krisis dan membolehkan penduduk berhampiran loji itu yang dipindahkan kembali ke kediaman mereka. Katanya, dalam tempoh tiga bulan pertama syarikat berharap dapat mengurangkan tahap kebocoran radiasi dan tiga atau sembilan bulan selepas itu dapat mengawal pelepasan bahan radioaktif. Loji itu rosak akibat gempa bumi kuat yang disusuli tsunami pada 11 Mac lalu. - AP |
PKR akan cabar keputusan DUN Senadin Posted: 17 Apr 2011 12:06 AM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - MIRI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bercadang memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan bagi kerusi N65 Senadin setelah calonnya, Dr Michael Teo Yu Keng, kalah dengan majoriti tipis 58 undi kepada Datuk Lee Kim Shin daripada Barisan Nasional (BN). Naib Presiden PKR, Tian Chua, menyuarakan rasa tidak puas hati beliau berikutan keengganan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Chai Ko Het supaya undi dikira semula di pusat penjumlahan undi malam tadi. "Kami tidak puas hati, beliau (Chai) tidak memberi kami sebarang alasan yang kukuh berikutan keengganannya itu," katanya kepada pemberita. Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi dan mengalahkan Dr Teo yang meraih 7,276 undi. Penyokong PKR, termasuk Ahli EXCO Selangor, Elizabeth Wong, yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, enggan meninggal stadium tiga jam selepas keputusan diumumkan untuk mendesak Chai melakukan kiraan semula. Parlimen Miri mempunyai 3 DUN iaitu DUN Piasau, DUN Senadin dan DUN Pujut. Di DUN Miri DUN Piasau calon pakatan Rakyat dari DAP berjaya menyingkirkan Bekas Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan dengan Majoriti 1,590 undi . Calon DAP, Ling Sie Kiong mendapat 5,998 undi dan George Chan cuma mendapat 4,408. Sementara itu di DUN Punjut calon PR yang juga dari DAP, Fong Pau Teck menang dengan majoriti undi 1,370. Beliau mendapat 9,120 undi dan calon dari BN Andy Chia Chu Fatt hanya mendapat 5,271 undi. DUN Senadin juga bergantung kuat kepada undi pos melibatkan jumlah 1,000 dari pasukan askar dan polis. |
Alat Mencuri Komputer Riba Dan Alat Elektronik Posted: 17 Apr 2011 12:04 AM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Alat Mencuri Komputer Riba Dan Alat ElektronikAlat Mencuri Komputer Riba Dan Alat Elektronik - Inductive Amplifier Inductive amplifier adalah sejenis alat menguji pendawaian elektrik yang digunakan oleh juru elektrik bagi mengesan masalah kepada pendawaian dan kabel elektrik. Ia adalah alat tanpa memerlukan bateri untuk mengesan wayar elektrik yang terputus walaupun ditanam di dalam dinding simen. Cara ia mengesan adalah dengan menguatkan medan elektronik disekitar wayar atau alatan elektrik dan alat ini akan menukarkan ia dengan terus memberikan bacaan kepada penggunanya. Dalam kes yang melibatkan kecurian komputer riba. Alat ini digunakan untuk mengesan medan elektronik yang dihasilkan oleh komputer riba. Komputer riba masih boleh dikesan miskipun disembunyi dalam bonet kereta atau dibawah tempat duduk kereta kerana kesan medan elektronik ini. Perkara paling baik adalah dengan membawa komputer riba bersama ke mana jua. Jika anda terpaksa tinggalkan ia di dalam kereta, pastikan anda mencabut bateri komputer riba anda dan letakkan ianya berjauhan dan bukan dalam satu ruang. Namun begitu mencabut bateri komputer riba masih belum terbukti ianya cara yang baik dan berkesan. Ianya adalah satu usaha untuk mengurangkan kesan medan elektronik. |
Posted: 16 Apr 2011 10:46 PM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Rakyat Sarawak telah membuat pilihan dengan mengekalkan pemerintahan Sarawak di bawah BN. Keputusan sebagaimana diumumkan oleh Tan Sri Aziz Pengerusi SPR sebagaimana berikut: Bil. Parti Jumlah Kerusi Jumlah Undi Peratusan 1. BN 55 372,379 74.6 2. DAP 12 134,847 12.7 3. PKR 3 117,100 4.2 4. Bebas 1 20,064 1.4 5. PAS 0 9,719 - 6. SNAP 0 15,663 - 7. Cinta M`sia 0 - - Undi rosak ialah 8,224 Peratus keluar mengundi ialah 70% Pilihanraya Sarawak ke 10 di Sarawak yang penduduknya ialah 2.26 juta Pengundi 979,796 Pusat mengundi 1,749 tempat Calon bertanding 213 Kerusi 71 Parti yang bertanding: BN 71, DAP 15, SNAP 26, PKR 49, PAS 5, Cinta Malaysia 6 dan Bebas 41. Daripada keputusan di atas dapat diambil keputusan: a) Dengan keputusan di atas Perdana Menteri, Dato` Seri Najib dapatlah dikatakan berpushati kerana dapat mempertahankan dua pertiga majoriti. Usaha beliau berulang alik ke Sarawak bersama Tan Sri Muhyiddin berbaloi. b) Sarawak masih menghadapi masalah kepimpinan. Masa yang baik Taib Mahmud berundur sepatutnya digunakan bagi pelantikan Ketua Menteri yang baru. Tetapi Majlis mengangkat sumpah Taib diadakan tergesa-gesa untuk mengelak dari tekanan dan jawatan terlepas kepada orang lain. c) Perdana Menteri kelihatan tidak dapat mengawal tidak tanduk Taib Mahmud. Majlis mengangkat sumpah sepatutnya diadakan secara teratur dan di bawah restu Perdana Menteri. Masalah akan berterusan, jika Taib Mahmud bertindak tidak mengundur diri dari kepimpinan. d) DAP dapat dikatakan parti yang smart. Parti ini bertanding di 15 kerusi dan memenangi 12 kerusi. Pengundi Cina dan pengundi di Bandar padu memberi sokongan kepada DAP. e) PKR yang bertanding di 49 kerusi tidak dapat menyerlahkan prestasi dengan hanya memenangi 3 kerusi. Ini ialah kerana masalah dan isu yang banyak ditanggung oleh parti itu. f) Pas yang dijangka dapat melahirkan anak sulungnya terutama bagi calonnya Abang Ahmad Kerdee di Beting Maro, nampaknya belum diizin Allah. Walau bagaimanapun, pencapaiannya baik. Beliau mendapat undi 2,678, kurang 391 undi dari lawannya. Pas berjaya mendapat tempat dihati pengundi. Usaha mengekalkan pengaruh dan sokongan perlu terus dilakukan bagi memungkinkan kemenangan Pas pada masa hadapan. g) Semua pihak mungkin boleh mendakwa berjaya. BN dapat mempertahankan dua pertiga majoriti. Bagi Pakatan Rakyat dapat mendakwa bertambah pengaruh dengan bertambahnya kerusi dan pengundi. Pokoknya ada perubahan politik dan pengundi Sarawak semakin terbuka. h) Kemungkinan pilihanraya umum ke 13 akan berlaku dalam masa terdekat. Semua pihak dari sekarang perlu bersedia menghadapi pilihanraya berkenaan. Dipetik daripada blog Dr Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi) |
Taib janji berundur pertengahan penggal Posted: 16 Apr 2011 10:00 PM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengangkat sumpah jawatan ketua menteri malam tadi mengulangi janjinya untuk berundur "sekitar pertengahan penggal ini". Saya tidak pasti siapakah yang akan percaya dengan janji ini ? Sebelum ini Taib pernah berjanji untuk berundur selepas 5 tahun dari tahun 1995 Laporan akhbar Straits Times pada tahun 1995 (Gambar), pernah menyiarkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak,Taib Mahmud yang pada masa itu berjanji untuk meletakkan jawatan dalam masa lima tahun. Sepatutnya sejak tahun 2000 (11 tahun dulu) lagi Taib Mahmud sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak jika dia memenuhi janjinya. Di sini bukti jelas menunjukkan bahawa pemimpin pernah berbohong dalam isu pengunduran jawatannya. Taib mendakwa beliau akan menggunakan kesempatan tempoh pertengahan penggal sebelum beliau bersara untuk membentuk barisan kepimpinan baru yang mantap supaya pelabur tetap yakin dengan Sarawak. "Saya disediakan untuk berundur 10 tahun lepas tetapi soal kesinambungan dasar-dasar, memastikan walau apa pun yang telah kami capai (supaya) momentum pembangunan sarawak, tidak akan terjejas kerana perubahan kepimpinan. "Buat masa ini, saya telah memutuskan untuk mengumumkan saya akan berundur sekitar pertengahan separuh penggal," katanya. Persaraan Taib menjadi topik hangat dalam pilihan raya negeri yang berakhir semalam dengan BN memenangi 55 daripada 71 kerusi, dengan sentimen anti-Taib pula membantu DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ia ditandinginya. Walaupun berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi BN kehilangan lapan kerusi. Dalam sesi lalu, BN mempunyai 63 kerusi, DAP (6) dan PKR (1). PKR juga berjaya menambah dua lagi kerusi menjadi tiga. Kedua-dua parti itu juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Kejayaan terbesar DAP ialah menumbangkan presiden SUPP, yang juga timbalan ketua menteri, Tan Sri George Chan di kerusi Piasau. PAS bagaimanapun gagal di lima kerusi yang ditandinginya semalam. Bagaimanapun, kepimpinan parti itu menyifatkan jumlah undi yang diterima calonnya di kawasan majoriti Melayu-Melanau adalah menggalakkan, dan menunjukkan parti Islam diterima rakyat negeri itu. Bagi saya rakyat Sarawak banyak yang faham kepada isu sebenar yang disampaikan dalam kempen PR sepanjang kempen PRN namun mereka tidak sampai kepada tahap untuk menterjemahkan keatas kertas undi. Isu-isu lapuk yang dimainkan oleh jentera BN dan politik pembangunan yang merupakan talian hayat BN yang utama menyebabkan 55 pratus pengundi masih menyebelahi BN dan memungkinkan BN masih berkuasa sekurang-kurangnya untuk 5 tahun akan datang. |
Pelancaran Buku Jingga peringkat PAS Kawasan Gopeng Posted: 16 Apr 2011 06:36 PM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - http://alhusseyn51.blogspot.com/ Malam tadi PAS Kawasan Gopeng telah melancarkan Buku Jingga , bertempat di D'Event, Pengkalan Pegoh.Majlis tersebut dilancarkan oleh YDP Kawasan, Tn Hj Rahim Mohamad Arif. Turut serta dalam majlis yang dipengerusikan oleh saudara Alias ialah YB Sivakumar, Adun Tronoh. Dalam ucapannya, YDP Tn Hj Rahim berharap supaya para aktivis PAS membaca buku Jingga tersebut dan memahami sungguh-sungguh agar dapat menjelaskannya rancangan-rancangan yang termuat dalam buku tersebut yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika memerintah Malaysia kelak. "Kita mesti jelaskan kepada rakyat bahawa segala rancangan yang terkandung dalam Buku Jingga itu tidak mustahil untuk dilaksanakan dengan jaya dan berkesan kerana ianya dibuat melalui kajian yang mendalam dan teliti oleh beberapa orang pakar dan telah dibentang dan dibincangkan dalam konvensyen Pakatan Rakyat," tegas Tn Hj Rahim. Sementara itu YB Sivakumar turut menceritakan apa yang berlaku dalam persidangan DUN Perak siang tadi.Ikuti entri saya selepas ini.Saya sempat merakamkan sedikit ucapan beliau mengenai penghapusan Tol seperti berikut : |
Posted: 16 Apr 2011 04:36 PM PDT |
Haiti tunda lagi pengumuman pilihan raya Posted: 16 Apr 2011 04:32 PM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - PORT-AU-PRINCE 17 April – Pegawai pilihan raya Haiti semalam buat kedua kalinya menunda tarikh pengumuman keputusan pilihan raya umum negara ini ke hari Rabu. Keputusan pilihan raya itu pada asalnya dijadualkan diumumkan semalam tetapi telah ditunda ke hari Isnin, dan kini ditunda sekali lagi ke hari Rabu. Menurut Majlis Pilihan Raya Sementara dalam satu kenyataan, penundaan itu dibuat ekoran pertikaian jumlah undi sangat tinggi. – AFP |
Jordan tahan 70 penunjuk perasaan Posted: 16 Apr 2011 04:29 PM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - 17 April – Pasukan keselamatan Jordan semalam menahan 70 penunjuk perasaan selepas tercetusnya protes ganas yang menyebabkan hampir 100 orang cedera. Suspek yang merupakan pergerakan ultra konservatif Sunni Islam Salafist ditahan ketika operasi di bandar Zarqa dan Rassifeh, beberapa jam selepas penunjuk perasaan menyerang polis. Perdana Menteri Maaruf Bakhit menuduh pergerakan itu memiliki pertubuhan bersenjata dan menegaskan kerajaan akan bertindak keras terhadap penunjuk perasaan. – AFP |
Syria : Perintah darurat 50 tahun akan ditarik balik Posted: 16 Apr 2011 04:25 PM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Damsyik 17 April – Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam mengumumkan bahawa perintah darurat di negara ini yang telah dikuatkuasakan hampir 50 tahun akan ditarik balik dalam tempoh seminggu. "Suruhanjaya pentadbir perintah darurat telah menyiapkan usul peraturan baru yang akan dihantar kepada kerajaan, sekali gus akan memperkenalkan undang-undang baru di negara ini dalam tempoh seminggu," katanya. Perintah darurat yang mengharamkan perhimpunan awam, memberi kuasa kerajaan menyoal siasat individu dan memantau komunikasi peribadi serta mengawal media telah dikuatkuasakan sejak 1963 di Syria. – AFP |
Tewaskan MU, Manchester City mara ke akhir Piala FA Posted: 16 Apr 2011 04:23 PM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - LONDON 17 April – Manchester City mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan kelab jirannya, Manchester United 1-0 di Stadium Wembley, awal pagi ini. Gol tunggal City hadir menerusi rembatan kencang Gneri Toure Yaya pada minit ke-52. United pula terpaksa bermain 10 orang selepas Paul Scholes dibuang pada pada minit ke-72. City yang kali terakhir menjulang trofi Piala Liga pada 1976, akan berdepan dengan pemenang antara Stoke City dan Bolton 14 Mei ini. - AFP |
Taib angkat sumpah jawatan KM , bila mahu letak jawatan ? Posted: 16 Apr 2011 03:45 PM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai ketua menteri malam ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kejayaan BN mengekalkan majoriti dua pertiga di dewan undangan negeri. Abdul Taib mengangkat sumpah berkenaan dalam satu majlis di Astana Negeri Sarawak, kira-kira setengah jam selepas SPR membuat pengumuman berkenaan malam ini. Upacara itu mengangkat sumpah itu disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada kira-kira jam 10.40 malam ini. BN secara rasmi memperoleh majoriti dua pertiga 48 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak pada pukul 9.45 malam. Bagaimanapun ia dianggap sebagai prestasi terburuk BN apabila parti itu kehilangan sehingga lapan kerusi pada kali ini. Abdul Taib bagaimanapun berjaya mengekalkan kerusi DUN Balingian apabila keputusan pilihan raya negeri Sarawak ke-10 diumumkan pada malam ini. Beliau menang dengan majoriti selesa 5,154 undi dalam pertandingan tiga penjuru ditentang sepupunya, Datuk Salleh Jafaruddin yang bertanding atas tiket Bebas dan juga seorang calon PKR yang pertama kali bertanding, Suriati Abdullah. Selain Abdul Taib, pemimpin BN negeri termasuk presiden Parti Rakyat Sarawak, Datuk Seri James Masing dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan, masing-masing juga berjaya mengekalkan kerusi DUN Baleh dan DUN Pakan. Dalam pilihan raya negeri kali ini BN memenangi 55 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Taib sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan ketua menteri dan ini adalah pilihan raya terakhir yang diketuainya. Taib yang lahir pada Mei 1936 di Miri juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB parti komponen Barisan Nasional. Beliau berketurunan Melanau PBB memenangi kesemua 35 kerusi yang diperuntukkan kepadanya kali ini Taib juga merupakan ahli Parlimen kedua paling lama berkhidmat di Malaysia selepas Tengku Razaleigh Hamzah dengan menjadi ahli Parlimen Malaysia selama 38 tahun tetapi kerusinya diambil alih oleh anaknya pada 2008. Beliau berkahwin dengan Puan Sri Laila Taib yang meninggal dunia akibat barah pada 29 April 2009 dan 18 Disember lalu telah mengahwini seorang wanita Lebanon berusia lingkungan 30-an. Tindakanya mengangkat sumpah pada malam kemenangan BN pada banyak pihak dilihat sebagai suatu kebimbangan baru yang akan muncul iaitu bilakah Taib akan melepas jawatan sebagai KM. Ahad lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pelan peralihan kuasa akan dilakukan dengan segera selepas pilihan raya negeri Bagaimanapun pada keesokan hari Taib berkata peralihan kuasa akan diadakan dalam beberapa "tahun lagi ". Sebelum ini Taib pernah menjanjikan untuk melepas kan jawatan selepas 5 tahun dari tahu 1995 namun tidak menjadi kenyataan. |
BN kekal majoriti 2/3 tapi hilang 8 kerusi Posted: 16 Apr 2011 03:39 PM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Keputusan keseluruhan PRN Sarawak , BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064). Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit. |
Keputusan penuh p'raya negeri Sarawak Posted: 16 Apr 2011 03:34 PM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - N01: OPAR: SARAWAK: 8,099 1. Stephen ak Sagir (SNAP).....................674 2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas).........475 3. Boniface Willy ak Tumek (PKR).............1,354 4. RANUM AK MINA (BN-SUPP)...................3,360 Jumlah mengundi/Votes Cast...................5,931 Peratus/Percentage...........................73.47% Undi rosak/Spoilt votes.........................68 Majoriti/Majority............................2,006 Penyandang: Ranum ak Mina (BN-SUPP) Undi diperolehi: 3,585 Majoriti: 2,183 N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 15,100 1. DATUK PETER NANSIAN AK NGUSIE (BN-SPDP)........5,829 2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP)..................825 3. John Tenewi Nuek (PKR).........................3,757 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................10,531 Peratus/Percentage................................69.91% Undi rosak/Spoilt votes.............................120 Majoriti/Majority.................................2,072 Penyandang: Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP) Undi diperolehi: 6,393 Majoriti: 3,203 N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936 1. TAN SRI ADENAN SATEM (BN-PBB).................4,218 2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas).................215 3. Nani Sahari (PAS).................................1,002 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,497 Peratus/Percentage...............................69.52% Undi rosak/Spoilt votes.............................62 Majoriti/Majority................................3,216 Penyandang: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,545 Majoriti: 4,136 N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104 1. Suhaini Selamat (Bebas).........................111 2. DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI (BN-PBB)..............7,425 3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)............2,354 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................9,995 Peratus/Percentage...............................71.17% Undi rosak/Spoilt votes............................105 Majoriti/Majority................................5,071 Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,217 Majoriti: 2,164 N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 10,437 1. DR HAZLAND ABANG HIPNI (BN-PBB).........5,522 2. Ali Hossen bin Abang (PKR)....................1,770 Jumlah mengundi/Votes Cast....................7,390 Peratus/Percentage...............................70.93% Undi rosak/Spoilt votes.............................98 Majoriti/Majority................................3,752 Penyandang: Dr Abang Draup Zamahari Abang Haji Zen (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,094 Majoriti: 3,605 N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796 1. DATUK DAUD ABDUL RAHMAN (BN-PBB).........8,304 2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)........3,753 Jumlah mengundi/Votes Cast.....................12,192 Peratus/Percentage................................68.51% Undi rosak/Spoilt votes...........................135 Majoriti/Majority.................................4,551 Penyandang: Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,885 Majoriti: 4,572 N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942 1. SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (BN-PBB)......8,008 2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR).........................2,577 Jumlah mengundi/Votes Cast...........................10,729 Peratus/Percentage....................................67.55% Undi rosak/Spoilt votes.................................144 Majoriti/Majority.....................................5,431 Penyandang: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,365 Majoriti: 2,488 N08: SATOK: SARAWAK: 10,431 1. DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG (BN-PBB)...4,691 2. Ahmad Nazib Johari (PKR)...........................1,891 Jumlah mengundi/Votes Cast............................6,661 Peratus/Percentage....................................64.39% Undi rosak/Spoilt votes..................................79 Majoriti/Majority.....................................2,800 Penyandang/Incumbent: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) Undi diperolehi/Votes polled: 4,222 Majoriti/Majority: 2,798 Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,222 Majoriti: 2,798 N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576 1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)......................439 2. WONG KING WEI (DAP)...........................11,957 3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)......................4,073 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................16,538 Peratus/Percentage................................70.23% Undi rosak/Spoilt votes..............................69 Majoriti/Majority.................................7,884 Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR) Undi diperolehi: 8,002 Majoriti: 1,417 N010: PENDING: SARAWAK: 29,488 1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP).................6,780 2. VIOLET YONG (DAP).............................14,375 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................21,274 Peratus/Percentage................................72.27% Undi rosak/Spoilt votes.............................119 Majoriti/Majority.................................7,595 Penyandang: Violet Yong (DAP) Undi diperolehi: 11,632 Majoriti: 4,372 N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833 1. Sih Hua Tong (BN-SUPP).....................4,854 2. SEE CHEE HOW (PKR)......................13,235 3. Soo Lina (Bebas)..............................290 Jumlah mengundi/Votes Cast................18,440 Peratus/Percentage...........................66.38% Undi rosak/Spoilt votes.......................61 Majoriti/Majority.............................8,381 Penyandang: Voon Lee Shan (DAP) Undi diperolehi: 8,806 Majoriti: 3,407 N012: KOTA SENTOSA: SARAWAK: 27,301 1. CHONG CHIENG JEN (DAP)......................12,594 2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP)...........7,770 Jumlah mengundi/Votes Cast....................20,559 Peratus/Percentage................................75.41% Undi rosak/Spoilt votes.............................195 Majoriti/Majority.................................4,824 Penyandang: Chong Chieng Jen (DAP) Undi diperolehi: 6,579 Majoriti: 531 N013: BATU KAWAH: SARAWAK: 20,664 1. CHRISTINA CHEW WANG SEE (DAP)..................7,439 2. Tan Joo Phoi (BN-SUPP).........................6,896 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................14,519 Peratus/Percentage................................70.68% Undi rosak/Spoilt votes.............................184 Majoriti/Majority...................................543 Penyandang: Tan Joo Phoi (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,755 Majoriti: 4,180 N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799 1. ABD KARIM RAHMAN HAMZAH (BN-PBB)...............7,597 2. Arip Ameran (PKR)..............................3,108 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................10,853 Peratus/Percentage................................78.85% Undi rosak/Spoilt votes.............................148 Majoriti/Majority.................................4,489 Penyandang: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,949 Majoriti: 5,063 N015: MUARA TUANG: SARAWAK: 18,820 . DATUK SERI MOHAMAD ALI MAHMUD (BN-PBB)..11,039 2. Noraini Hamzah (PAS)...........................3,196 Jumlah mengundi/Votes Cast.....................14,534 Peratus/Percentage.............................77.42% Undi rosak/Spoilt votes.........................299 Majoriti/Majority...............................7,843 Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB) Undi diperolehil: 7,863 Majoriti: 6,327 N016: BENGOH: SARAWAK: 21,955 1. Willie ak Mongin (PKR) 2. Wejok ak Tomik (Bebas) 3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP) 4. Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP) Penyandang: Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,540 Majoriti: 3,988 N017: TARAT: SARAWAK: 16,352 1. Ateng ak Jeros (SNAP)............................567 2. ROLAND SAGEH WEE INN (BN-PBB)............6,287 3. Peter Ato ak Mayau (PKR).......................4,292 Jumlah mengundi/Votes Cast..................11,355 Peratus/Percentage.............................69.61% Undi rosak/Spoilt votes.........................209 Majoriti/Majority................................1,995 Penyandang: Roland Sageh (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,854 Majoriti: 3,256 N018: TEBEDU: SARAWAK: 12,497 1. Kipli bin Ale (Bebas)...........................260 2. DATUK SERI MICHAEL MANYIN AK JAWONG (BN-PBB)..6,196 3. Christopher ak Kiyui (PKR)................2,130 4. Anthony ak Nais (SNAP)...................468 Jumlah mengundi/Votes Cast................9,203 Peratus/Percentage..........................73.77% Undi rosak/Spoilt votes......................149 Majoriti/Majority.............................4,066 Penyandang: Datuk Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,107 Majoriti: 4,256 N019: KEDUP: SARAWAK: 17,466 1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR)...................4,211 2. MACLAINE BEN @ MARTIN BEN (BN-PBB).............6,476 3. Amin ak Banti (Bebas)............................397 4. Belayong ak Jayang (SNAP)........................666 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................11,915 Peratus/Percentage................................69.44% Undi rosak/Spoilt votes.............................165 Majoriti/Majority.................................2,265 Penyandang: Frederick Bayoi ak Manggie (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,635 Majoriti: 1,981 N020: SADONG JAYA: SARAWAK: 7,656 1. AIDEL LARIWOO (BN-PBB)........................4,008 2. Mahayudin Wahab (Bebas).........................402 3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS).........1,074 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,573 Peratus/Percentage...............................73.00% Undi rosak/Spoilt votes.............................89 Majoriti/Majority................................2,934 Penyandang: Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB) Undi diperolehi: 2,715 Majoriti: 858 N021: SIMUNJAN: SARAWAK: 10,104 1. MOHD NARODEN MAJAIS (BN-PBB)..................5,465 2. Mashor Hussen (PKR)...........................1,417 3. Zaini bin Le' (Bebas)...........................179 4. Mac Palima ak Nyambil (PCM).....................237 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................7,383 Peratus/Percentage...............................73.29% Undi rosak/Spoilt votes.............................85 Majoriti/Majority................................4,048 Penyandang: Mohd Naroden Majais (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,786 Majoriti: 3,350 N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042 1. Ali bin Semsu (Bebas)..........................67 2. Adam Ahid (PAS)...............................1,769 3. JULAIHI NARAWI (BN-PBB).......................4,045 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,968 Peratus/Percentage...............................74.35% Undi rosak/Spoilt votes.............................87 Majoriti/Majority................................2,276 Penyandang: Julaihi Narawi (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,748 Majoriti: 2,448 N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745 1. SIMOI PERI (BN-PBB)...........................3,652 2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR).......1,146 3. Abang Othman Abang Gom (SNAP)...................359 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,240 Peratus/Percentage...............................67.66% Undi rosak/Spoilt votes.............................83 Majoriti/Majority................................2,506 Penyandang: Simoi Peri (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,245 Majoriti: 1,870 N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868 1. RAZAILI GAPOR (BN-PBB)........................3,069 2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)........2,678 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,808 Peratus/Percentage...............................73.82% Undi rosak/Spoilt votes.............................61 Majoriti/Majority..................................391 Penyandang: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB) Undi diperolehi: 2,796 Majoriti: 895 N025: BALAI RINGIN: SARAWAK: 8,798 1. Ibi ak Uding (PKR)............................1,260 2. SNOWDAN LAWAN (BN-PRS)........................4,145 3. Dan ak Giang (SNAP).............................765 4. Lipeh ak Mawi (PCM).............................126 5. Cobbold ak Lusoi (Bebas).........................85 6. Sujal ak Gansi (Bebas)...........................32 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,523 Peratus/Percentage...............................74.38% Undi rosak/Spoilt votes............................110 Majoriti/Majority................................2,885 Penyandang: Snowdan ak Donald Lawan (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,075 Majoriti: 1,516 N026: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 7,778 1. MONG AK DAGANG (BN-PRS)..................3,671 2. Lias ak Julai (Bebas)...........................188 3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR)............898 4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP)...............638 Jumlah mengundi/Votes Cast.....................5,451 Peratus/Percentage...............................70.35% Undi rosak/Spoilt votes.............................56 Majoriti/Majority................................2,773 Penyandang: Mong ak Dagang (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,083 Majoriti: 1,007 N027: SIMANGGANG: SARAWAK: 10,488 1. Leon Jimat Donald (DAP).......................2,311 2. DATUK FRANCIS HARDEN AK HOLLIS (BN-SUPP)......4,758 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................7,136 Peratus/Percentage...............................68.37% Undi rosak/Spoilt votes.............................67 Majoriti/Majority................................2,447 Penyandang: Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP) Undi diperolehi: 5,144 Majoriti: 4,258 N028: ENGKELILI: SARAWAK: 9,444 1. DR JOHNICHAL RAYONG AK NGIPA (BN-SUPP)...4,928 2. Jimmy Simon Maja (Bebas)......................414 3. Semijie ak Janting (SNAP).......................393 4. Marudi @ Barudi ak Mawang (PKR)............1,121 Jumlah mengundi/Votes Cast....................6,926 Peratus/Percentage..............................73.34% Undi rosak/Spoilt votes...........................70 Majoriti/Majority...............................3,807 Penyandang: Dr Johnical Rayong ak Ngipa (SNAP) Undi diperolehi: 3,442 Majoriti: 426 N029: BATANG AI: SARAWAK: 8,728 1. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR)................1,719 2. MALCOM MUSSEN AK LAMOH (BN-PRS)........4,460 Jumlah mengundi/Votes Cast....................6,262 Peratus/Percentage..............................71.96% Undi rosak/Spoilt votes..........................83 Majoriti/Majority................................2,741 Penyandang: Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,907 Majoriti: 1,854 N030: SARIBAS: SARAWAK: 8,054 1. RICKY @ MOHAMMAD RAZI SITAM (BN-PBB)....3,865 2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR).............2,137 Jumlah mengundi/Votes Cast......................6,078 Peratus/Percentage...............................75.83% Undi rosak/Spoilt votes.............................76 Majoriti/Majority................................1,728 Penyandang: Dr Wahbi Junaidi (BN-PBB) Undi diperolehi: 2,441 Majoriti: 94 N031: LAYAR: SARAWAK: 8,109 1. Joe ak Unggang (SNAP)...........................183 2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR).............1,787 3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (Bebas)................170 4. TAN SRI DR ALFRED JABU AK NUMPANG (BN-PBB)....3,703 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,934 Peratus/Percentage...............................73.71% Undi rosak/Spoilt votes.............................91 Majoriti/Majority................................1,916 Penyandang: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,767 Majoriti: 2,677 N032: BUKIT SABAN: SARAWAK: 7,657 1. Dayrell Walter Entrie (SNAP)....................641 2. Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (PKR)...1,125 3. ROBERT LAWSON CHUAT (BN-PBB)...........3,899 Jumlah mengundi/Votes Cast....................5,743 Peratus/Percentage..............................75.24% Undi rosak/Spoilt votes.............................78 Majoriti/Majority................................2,774 Penyandang: Robert Lawson Chuat (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,258 Majoriti: 1,878 N033: KALAKA: SARAWAK: 14,167 1. Ismail bin Hussain (Bebas)...................1,665 2. ABDUL WAHAB AZIZ (BN-PBB)..............6,835 3. Mohd Yahya Abdullah (PKR)...............1,511 Jumlah mengundi/Votes Cast.................10,131 Peratus/Percentage............................72.01% Undi rosak/Spoilt votes........................120 Majoriti/Majority...............................5,170 Penyandang: Abdul Wahab Aziz (BN-PBB) Undi diperolehi: 7,396 Majoriti: 5,929 034: KRIAN: SARAWAK: 11,016 1. Liman ak Sujang (SNAP)..........................216 2. Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)........3,088 3. Banyi ak Beriak (Bebas).........................125 4. ALI AK BIJU (PKR).............................5,178 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................8,674 Peratus/Percentage...............................78.87% Undi rosak/Spoilt votes.............................67 Majoriti/Majority................................2,090 Penyandang: Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,784 Majoriti: 2,089 N035: BELAWAI: SARAWAK: 8,623 1. Abdul Wahab Abdullah (PKR)......................618 2. Kiprawi bin Suhaili (Bebas).....................133 3. DATUK TALIF @ LEN SALLEH (BN-PBB)........5,164 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,006 Peratus/Percentage...............................70.15% Undi rosak/Spoilt votes.............................91 Majoriti/Majority................................4,546 Penyandang: Hamden Ahmad (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,102 Majoriti: 3,316 N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891 1. ABDULLAH SAIDOL (BN-PBB)..................4,814 2. Ong Chung Siew (PKR).......................564 3. Ajiji Fauzan (Bebas)..........................419 Jumlah mengundi/Votes Cast..................5,911 Peratus/Percentage............................66.55% Undi rosak/Spoilt votes........................114 Majoriti/Majority...............................4,250 Penyandang: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,479 Majoriti: 3,226 N037: DARO: SARAWAK: 7,305 1. MURNI SUHAILI (BN-PBB)........................3,867 2. Jamaludin Ibrahim (PKR).........................475 3. Muhamad Zamhari Berawi (Bebas)..................670 4. Noh @ Muhamad Noh Bakri @ Bakeri (Bebas)........129 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,246 Peratus/Percentage...............................72.07% Undi rosak/Spoilt votes............................105 Majoriti/Majority................................3,197 Penyandang: Murni Suhaili (BN-PBB) (Menang Tidak Bertanding) N038: JEMORENG: SARAWAK: 8,635 1. Asbor Abdullah (Bebas)...........................77 2. Abdul Hafiz Noh (Bebas).......................1,579 3. GANI @ ABU SEMAN JAHWIE (BN-PBB)..............4,505 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,281 Peratus/Percentage...............................72.90% Undi rosak/Spoilt votes............................120 Majoriti/Majority................................2,926 Penyandang: Abu Seman Jahwie (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,567 Majoriti: 1,710 N039: REPOK: SARAWAK: 18,481 1. DR WONG HUA SEH (DAP)..........................7,900 2. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)............5,221 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................13,364 Peratus/Percentage................................72.44% Undi rosak/Spoilt votes.............................243 Majoriti/Majority.................................2,679 Penyandang/Incumbent: Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP) Undi diperolehi/Votes polled: 5,502 Majoriti/Majority: 576 Penyandang: Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP) Undi diperolehi: 5,502 Majoriti: 576 040: MERADONG: SARAWAK: 15,337 1. Ling Kie King (BN-SUPP)........................4,197 2. TING TZE FUI (DAP).............................6,884 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................11,188 Peratus/Percentage................................73.06% Undi rosak/Spoilt votes.............................107 Majoriti/Majority.................................2,687 Penyandang: Ting Tze Fui (DAP) Undi diperolehi: 5,990 Majoriti: 3,578 N041: PAKAN : SARAWAK: 9,274 1. DATUK SERI WILLIAM MAWAN (BN-SPDP)............3,938 2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)...2,741 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,762 Peratus/Percentage...............................73.16% Undi rosak/Spoilt votes.............................83 Majoriti/Majority................................1,197 Penyandang: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,138 Majoriti: 1,763 N042: MELUAN: SARAWAK: 11,487 1. John Brian Anthony ak Jeremy Guang (PKR)....2,973 2. WONG AK JUDAT (BN-SPDP)...................4,615 3. Labang ak Jamba (SNAP).........................312 Jumlah mengundi/Votes Cast...................8,019 Peratus/Percentage.............................70.00% Undi rosak/Spoilt votes....................... 119 Majoriti/Majority................................1,642 Penyandang: Wong ak Judat (BN-SPDP) Undi diperolehi: 5,086 Majoriti: 3,007 N043: NGEMAH: SARAWAK: 8,058 1. ALEXANDER VINCENT (BN-PRS)...............2,361 2. Yakup Khalid (Bebas).......................278 3. Adeh ak Denong (PCM)...................1,366 4. Michael ak Lias (SNAP)......................577 5. Aris ak Alap (PKR)...........................650 Jumlah mengundi/Votes Cast...............5,324 Peratus/Percentage..........................66.13% Undi rosak/Spoilt votes.........................92 Majoriti/Majority...............................995 Penyandang: Gabriel Adit ak Demong (IND) Undi diperolehi: 2,582 Majoriti: 549 N044: MACHAN: SARAWAK: 9,944 1. Augustine ak Liom @ August Kiom (SNAP)..........338 2. Kong Tat Kim (PCM)..............................696 3. DATUK GRAMONG JUNA (BN-PBB)...................3,683 4. George Chen Nguk Fa (PKR).....................2,054 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,880 Peratus/Percentage...............................69.34% Undi rosak/Spoilt votes............................109 Majoriti/Majority................................1,629 Penyandang: Datuk Gramong Juna (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,045 Majoriti: 2,289 N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926 1. Hii Tiong Huat (Bebas).......................180 2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP).........4,700 3. WONG HO LENG (DAP)................13,527 Jumlah mengundi/Votes Cast............18,504 Peratus/Percentage.......................68.77% Undi rosak/Spoilt votes....................97 Majoriti/Majority...........................8,827 Penyandang: Wong Ho Leng (DAP) Undi diperolehi: 10,380 Majoriti: 4,751 N046: DUDONG: SARAWAK: 26,251 1. Yap Hoi Liong (DAP) 2. Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP) 3. Apandi Abdul Rani (Bebas) Penyandang: Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,359 Majoriti: 408 N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743 1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)...................5,508 2. DATUK SERI WONG SOON KOH (BN-SUPP)............7,316 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................12,930 Peratus/Percentage................................77.26% Undi rosak/Spoilt votes.............................106 Majoriti/Majority.................................1,808 Penyandang: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,804 Majoriti: 2,504 N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808 1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)..............6,927 2. DAVID WONG KEE WOAN (DAP).....................13,318 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................20,336 Peratus/Percentage................................70.74% Undi rosak/Spoilt votes..............................91 Majoriti/Majority.................................6,391 Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,375 Majoriti: 263 N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197 1. DR ANNUAR RAPAEE (BN-PBB)..................7,710 2. Norisham Mohamed Ali (PKR)................2,408 Jumlah mengundi/Votes Cast...................10,270 Peratus/Percentage..............................72.34% Undi rosak/Spoilt votes.........................152 Majoriti/Majority.................................5,302 Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,202 Majoriti: 4,815 N050: DALAT: SARAWAK: 11,857 1. DATIN FATIMAH ABDULLAH @ TING SAI MING (BN-PBB)...6,288 2. Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah (PKR)...........1,298 3. Salleh Mahali (Bebas)...............................257 Jumlah mengundi/Votes Cast...........................8,038 Peratus/Percentage...................................68.05% Undi rosak/Spoilt votes................................195 Majoriti/Majority....................................4,990 Penyandang: Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB) (Menang Tidak Bertanding) N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792 1. Suriati Abdullah (PKR)..........................871 2. TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD (BN-PBB)...6,210 3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)..........1,056 Jumlah mengundi/Votes Cast...............8,253 Peratus/Percentage..........................70.22% Undi rosak/Spoilt votes.....................116 Majoriti/Majority...........................5,154 Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,393 Majoriti: 5,726 N052: TAMIN: SARAWAK: 12,244 1. JOSEPH MAUH AK IKEH (BN-PRS)...................4,998 2. Mengga ak Mikui (PKR)..........................3,706 Jumlah mengundi/Votes Cast........................8,885 Peratus/Percentage................................72.65% Undi rosak/Spoilt votes.............................181 Majoriti/Majority.................................1,292 Penyandang: Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS) Undi diperolehi: 4,639 Majoriti: 2,377 N053: KAKUS: SARAWAK: 9,604 1. Dick @ Laurance Dick Sekalai (PCM)..............186 2. Paul Anyie Raja (PKR).........................2,764 3. JOHN SIKIE AK TAYAI (BN-PRS)..................3,366 4. Entali ak Empin (Bebas).........................141 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,562 Peratus/Percentage...............................68.45% Undi rosak/Spoilt votes............................105 Majoriti/Majority..................................602 Penyandang: John Sikei ak Tayai (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,739 Majoriti: 2,852 N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322 1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS)......2,903 2. GEORGE AK LAGONG (BEBAS)......................5,740 3. Edward Sumbang ak Asun (PKR)..................1,171 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................9,986 Peratus/Percentage...............................65.36% Undi rosak/Spoilt votes............................172 Majoriti/Majority................................2,837 Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS) Undi diperolehi: 5,965 Majoriti: 3,239 N055: KATIBAS: SARAWAK: 8,542 1. DATUK AMBROSE BLIKAU AK ENTURAN (BN-PBB)......3,326 2. Toh Heng San (SNAP).............................897 3. Munan ak Laja (PKR)...........................1,070 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,378 Peratus/Percentage...............................63.18% Undi rosak/Spoilt votes.............................85 Majoriti/Majority................................2,256 Penyandang: Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,887 Majoriti: 3,332 N056: BALEH: SARAWAK: 11,287 1. DATUK SERI DR JAMES MASING (BN-PRS)..........5,242 2. Bendindang ak Manjah (PKR)...................1,344 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,684 Peratus/Percentage.............................. 59.22% Undi rosak/Spoilt votes..............................0 Majoriti/Majority................................3,898 Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS) Undi diperolehi: 5,330 Majoriti: 4,802 N057: BELAGA: SARAWAK: 8,463 1. John Bampa @ Tusau (SNAP).......................368 2. Matthew ak Munan (Bebas).........................27 3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR).........1,046 4. Michael Jok (Bebas)..............................94 5. Kenneth Adan Silek (Bebas)......................330 6.LIWAN LAGANG (BN-PRS)..........................3,974 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,913 Peratus/Percentage...............................69.87% Undi rosak/Spoilt votes.............................74 Majoriti/Majority................................2,928 Penyandang/Incumbent: Liwan Lagang (BN-PRS) Undi diperolehi/Votes polled: 1,855 Majoriti/Majority: 227 N058: JEPAK: SARAWAK: 12,979 1. Ramli Malaka (SNAP).............................433 2. Abdul Jalil Bujang (PKR)......................2,342 3. DATUK TALIB ZULPILIP (BN-PBB).............5,470 4. Abdul Kuddus Ramlee (Bebas)...................477 5. Awang Abdillah Awang Nasar (Bebas)...........89 Jumlah mengundi/Votes Cast....................8,944 Peratus/Percentage...............................69.36% Undi rosak/Spoilt votes............................133 Majoriti/Majority................................3,128 Penyandang: Datuk Talip Zulpilip (BN-PRS) Undi diperolehi: 4,997 Majoriti: 3,179 N059: KIDURONG: SARAWAK: 27,225 1. CHIEW CHIU SING (DAP).........................12,493 2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP)................5,563 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................18,200 Peratus/Percentage................................67.30% Undi rosak/Spoilt votes.............................144 Majoriti/Majority.................................6,930 Penyandang: Chiew Chiu Sing (DAP) Undi diperolehi: 8,517 Majoriti: 1,664 N060: KEMENA: SARAWAK: 14,082 1. Liam Rengga (Bebas)..............................197 2. Bernard Binar Bayang ak Rading (PKR)...........3,020 3. DR STEPHEN RUNDI AK UTOM (BN-PBB)..............6,369 4. Ungun ak Bayan (SNAP)............................285 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................10,033 Peratus/Percentage................................71.29% Undi rosak/Spoilt votes.............................162 Majoriti/Majority.................................3,349 Penyandang/Incumbent: Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB) Undi diperolehi/Votes polled: 4,750 Majoriti/Majority: 1,572 N061: BEKENU: SARAWAK: 10,672 1. ROSEY YUNUS (BN-SPDP).........................4,946 2. Dyg Juliana Awg Tambi (PCM).....................284 3. Thony ak Badak (SNAP)...........................570 4. Ishak Mahwi (PKR).............................1,232 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................7,135 Peratus/Percentage...............................66.86% Undi rosak/Spoilt votes............................103 Majoriti/Majority................................3,714 Penyandang: Rosey Yunus (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,357 Majoriti: 3,072 N062: LAMBIR: SARAWAK: 14,144 1. RIPIN LAMAT (BN-PBB)..........................4,625 2. Johari Bujang (SNAP)............................693 3. Zolhaidah Suboh (PKR).........................3,104 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................8,565 Peratus/Percentage...............................60.72% Undi rosak/Spoilt votes............................143 Majoriti/Majority................................1,521 Penyandang: Aidan Wing (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,331 Majoriti: 2,834 N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600 1. LING SIE KIONG (DAP).....................5,998 2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP).....4,408 Jumlah mengundi/Votes Cast.............10,479 Peratus/Percentage........................63.13% Undi rosak/Spoilt votes....................73 Majoriti/Majority........................1,590 Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,573 Majoriti: 3,918 064: PUJUT: SARAWAK: 22,577 1. Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP).............5,271 2. FONG PAU TECK (DAP)....................9,120 Jumlah mengundi/Votes Cast...............14,458 Peratus/Percentage..........................64.17% Penyandang: Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,493 Majoriti: 1,370 N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432 1. Michael Teo Yu Keng (PKR)......................7,276 2. DATUK LEE KIM SHIN (BN-SUPP).................7,334 Jumlah mengundi/Votes Cast.....................14,796 Peratus/Percentage................................66.05% Undi rosak/Spoilt votes.............................186 Majoriti/Majority....................................58 Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,173 Majoriti: 4,799 N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093 1. SYLVESTER ENTRIE AK MURAN (BN-SPDP)...........4,578 2. Michael Ding Tuah (Bebas).......................122 3. Gerang ak Dagom (PKR).........................1,376 4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)...................281 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,443 Peratus/Percentage...............................49.21% Undi rosak/Spoilt votes.............................86 Majoriti/Majority................................3,202 Penyandang: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,954 Majoriti: 4,284 N067: TELANG USAN: SARAWAK: 13,623 1. Harrison Ngau Laing (PKR).....................2,752 2. Kebing Wan (SNAP)...............................705 3. Jok Ding (Bebas)................................623 4. DENNIS NGAU (BN-PBB)..........................3,597 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................7,763 Peratus/Percentage...............................57.15% Undi rosak/Spoilt votes.............................86 Majoriti/Majority..................................845 Penyandang: Lihan Jok (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,593 Majoriti: 2,771 N068: BUKIT KOTA: SARAWAK: 14,471 1. Leong Kwang Yew (DAP).........................1,774 2. Usop Jidin (Bebas)..............................398 3. DR ABDUL RAHMAN ISMAIL (BN-PBB)...............6,835 4. Ladis Pandin (Bebas)............................353 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................9,425 Peratus/Percentage...............................65.44% Undi rosak/Spoilt votes.............................65 Majoriti/Majority................................5,061 Penyandang/Incumbent: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB) Undi diperolehi/Votes polled: 5,501 Majoriti/Majority: 3,229 N069: BATU DANAU: SARAWAK: 7,636 1. Dr Lau Liak Koi (PKR).........................1,348 2. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP)........140 3. PALU @ PAULUS AK GUMBANG (BN-SPDP)............3,667 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,227 Peratus/Percentage...............................68.45% Undi rosak/Spoilt votes.............................72 Majoriti/Majority................................2,319 Penyandang/Incumbent: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP) Undi diperolehi/Votes polled: 2,961 Majoriti/Majority: 1,262 N070: BA'KELALAN: SARAWAK: 6,958 1. BARU BIAN (PKR)...............................2,505 2. Willie Liau (BN-SPDP).........................2,032 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................4,574 Peratus/Percentage...............................65.90% Undi rosak/Spoilt votes.............................37 Majoriti/Majority..................................473 Penyandang: Balang Rining (BN-SPDP) Undi diperolehi: 2,064 Majoriti: 475 N071: BUKIT SARI: SARAWAK: 9,983 1. DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASSAN (BN-PBB)...6,018 2. Japar Suyut (PKR)...............................955 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................7,067 Peratus/Percentage...............................70.79% Undi rosak/Spoilt votes.............................94 Majoriti/Majority................................5,063 Penyandang: Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,596 Majoriti: 5,275 |
Posted: 16 Apr 2011 03:33 PM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Aziz Muda KUCHING, 16 April: PAS menghormati keputusan yang telah diumumkan dan akur dengan keputusan itu, walaupun gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada PRN Sarawak Ke-10 tahun ini, termasuk di kawasan-kawasan yang dijangka akan melahirkan anak sulungnya. Namun PAS sedar dan berbangga dengan pencapaian yang telah diperolehi yang jelas memperlihatkan peningkatan sokongan rakyat Sarawak secara keseluruhan terhadap PAS, sekali gus memberikan petanda masa depan PAS yang cukup baik di Sarawak. Timbalan Presiden PAS yang juga Pengarah pilihan raya ini, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, peningkatan baik yang diterima oleh PAS amat ketara di Dun Beting Maro yang terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar, apabila hanya kalah dengan majoriti sekitar 400 undi kepada BN, berbanding PRN Sarawak tahun 2006 sebanyak 800 undi. Menurut beliau, begitu juga di Dun Tanjung Datu yang terletak dalam kawasan Parlimen Santubung dan Dun Muara Tuang yang terletak dalam kawasan Parlimen Kota Samarahan yang baru pertama kali ditandingi, tetapi turut memperlihatkan sokongan yang amat baik di kalangan pengundi di kawasan itu terhadap PAS. Katanya, namun PAS amat kesal dengan laporan dan analisis yang dibuat oleh Astro Awani awal malam ini yang amat jauh menyimpang dari kebenaran dengan mengatakan PAS mengalami kekalahan sebanyak 2,000 undi di Beting Maro. "Laporan dan analisis Astro Awani itu ternyata tak betul. Malah sebenarnya sokongan para pengundi di Beting Maro terhadap PAS ternyata semakin meningkat sehingga hanya kalah dengan majoriti undi yang amat kecil sebanyak 391 undi sahaja," katanya ketika dihubungi, malam ini. Walaupun kalah bagi kesemua kawasan yang ditandingi, menurut beliau, perkembangan dari PRN Sarawak Ke-10 ternyata semakin memberikan sinar kepada PAS untuk menempa kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang. "Dengan perkembangan yang baik ini, PAS tidak akan patah semangat untuk melakukan gerak kerja yang lebih baik di Sarawak sama ada dari sudut politik dan sudut-sudut lain. "Malah, PAS pasti akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi usaha di Sarawak dari semasa ke semasa bagi menghadapi pilihanraya akan datang demi kepentingan rakyat Sarawak termasuk dalam politik dan bidang-bidang lain," tegasnya. Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pengundi di Sarawak yang telah memilih PAS dalam pilihanraya tahun ini. "Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada jentera PAS di semua peringkat, sama ada dari kalangan jentera tempatan dan juga jentera-jentera PAS dari luar, yang telah bertungkus lumus berusaha membantu PAS untuk mencapai kemenangan sejak awal kempen hingga hari pengundian. "Inilah semangat yang PAS mahu dan inilah semangat yang cukup baik yang telah ditunjukkan oleh jentera-jentera PAS dari semua peringkat termasuk dari kalangan jentera tempatan dan jentera-jentera PAS dari luar Sarawak," tegasnya. Harakahdaily/- |
Islam galak umat tampil kemas, cantik Posted: 16 Apr 2011 03:29 PM PDT 13 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Berfesyen tidak salah tetapi jangan melampaui batas, langgar hukum ISLAM tidak mengharamkan apa yang dinamakan fesyen sebaliknya meraikan sesiapa yang menghendaki gaya penampilan kemas dan cantik dan imej seseorang juga terletak pada cara berpakaian. Islam juga tidak menggalakkan umatnya kelihatan selekeh daripada pandangan mata umum kerana ia seolah-olah menggambarkan sikap umat Islam tidak mementingkan keterampilan yang kemas dan cantik. Malah, Allah lebih menyukai hamba-Nya yang bijak menggunakan nikmat kurniaan-Nya sebagai tanda bersyukur. Tetapi, pada masa sama, kekemasan dan kecantikan itu tetap didasari oleh peraturan serta ketetapan disediakan oleh Allah SWT. Kecantikan itu mestilah tidak dituruti bersama dengan sifat riak mahupun takbur. Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi." Lalu bertanya seorang lelaki: "Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takbur? Baginda menjawab: "Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan takbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap manusia." Selain penjagaan aurat, Allah menjadikan pakaian sebagai perhiasan bagi si pemakai yang juga fitrah seorang insan. Firman Allah yang bermaksud: "Hai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (libaasa) pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk (wariisya) perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Surah al-A'raaf, ayat 26) Menurut Tafsir Jalalain', 'Libaasa' dalam ayat itu ialah pakaian bertujuan untuk menutup aurat. Adapun 'Wariisya' ialah apa yang diambil atau dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu bertujuan untuk perhiasan. Menutup aurat adalah keperluan asas sementara perhiasan hanya sampingan kepada tujuan pakaian. Fungsi pakaian dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud: "Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang." (Surah an-Nahl, ayat 81) Seluar kebiasaannya pakaian bagi lelaki tetapi turut mula dipakai golongan wanita sehinggakan ada sebahagian pendapat dari ulama yang mengharamkan secara terus pemakaian segala jenis seluar bagi wanita. Bagaimanapun, ramai juga di kalangan ulama yang membenarkan pemakaian seluar kepada wanita berdasarkan jenis seluar dipakai. Hingga ada segelintir yang menyalahgunakan hadis Nabi SAW dengan pendapat wanita lebih mulia jika memakai seluar. Ini disebabkan salah faham kepada maksud hadis diriwayatkan oleh Al-Uqayli, Dar al-Qutni dan kitab Kanzul Ummal iaitu: "Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang." Hadis ini berikutan kejadian seorang wanita yang jatuh dari kenderaan sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya. Maka sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu Rasulullah SAW memuji dan menyebut hadis berkenaan. Diriwayatkan juga dari Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda yang bermakaud: "Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang." (Hadis riwayat Bukhari) Hukum ini umum, bagi membolehkan perempuan dan lelaki memakai seluar, asalkan seluar perempuan berbeza dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri berasaskan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Rasulullah melaknat ke atas lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki." (Hadis riwayat Bukhari) Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif, Syeikh Atiyyah Saqqar, dalam kitab Mausuah al-Usrah berkata: "Pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib celanya seluar panjang dipakai mereka sekarang ini." Cuma bagi perempuan pula ia menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni yang mengundang perhatian. Kalaulah seluar perempuan itu berwarna-warni tetapi dipakaikan pula di luarnya kain yang menutupi anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping tidak kelihatan rupa bentuknya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa. Ini bermaksud wanita dibenarkan memakai seluar dengan menepati syarat penutupan aurat yang sebenar. Permasalahan yang muncul adalah aliran masa kini yang mana anak muda semakin ramai mengenakan seluar yang terlalu ketat sehinggakan menampakkan tubuh badan mereka. Seluar ketat termasuk 'legging' ini terkadang dilihat dipakai oleh wanita bertudung dan ia jelas menampakkan bentuk aurat wajib ditutup sehingga menonjolkan bentuk tubuh seperti betis, peha dan kemaluan dengan ketara. Dalam isu pemakaian seluar ketat, ia turut menjadi perbincangan ulama. Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan dalam kitabnya Al-Qaul Al-Mubin fi Akhtha' Al-Mushallin berkata: "Majoriti pemuda yang menamakan dirinya remaja Muslim, mereka mengingkari wanita yang berpakaian ketat kerana membentuk tubuhnya. Sementara pemuda ini sendiri lupa dirinya turut sama melakukan perbuatan itu. Tidak ada perbezaan antara seorang wanita berpakaian ketat dan seorang lelaki memakai seluar yang membentuk tubuh, kerana keduanya sama-sama membentuk kedua punggungnya. Sedangkan punggung lelaki dan punggung perempuan adalah aurat, kedua-duanya sama hukumnya." Sebahagian pandangan dari Mazhab Syafie berpendapat harus lelaki memakai seluar asalkan tidak menampakkan bentuk kemaluan kerana jika ternampak bentuk kemaluan maka jatuh kepada hukum haram. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala mereka umpama bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian jauh." (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah) Justeru, fesyen itu tidak salah tetapi salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai. Penulis ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan