Sabtu, 26 Mac 2011

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


JAHIL JINGGAY DIAKHIR ZAMAN

Posted: 25 Mar 2011 02:02 AM PDT

(Lambang Annuit Coeptis-Mata Satu kumpulan pro Yahudi Zionis)*

Salam 2 all.

Dalam satu hadis, Rasulullah saw bersabda di akhir zaman kita akan berhadapan dengan satu fitnah dahsyat, yang mana ujiannya terlalu besar untuk dihadapi. Antaranya fitnah Dajjal al masih. Dan sebagai persediaan, Rasulullah berpesan supaya kita membaca dan menghafal 10 ayat pertama Surah Al Kahfi (dan setengah riwayat menyebut ditambah dengan 10 ayat terakhir Surah AlKahfi-wallahua'lam).

Surah Al Kahfi, ayat 1-10 menyebut, "Segala puji bagi ALLAH yang menurunkan Al Quran kepada hambaNya dan Dia tidak menjadikannya bengkok. Sebagai bimbingan yang lurus, supaya dia mengancamkan sesuatu azab yang langsung dari sisiNya, dan supaya menggembirakan bagi orang-orang yang beriman, yang beramal soleh. Sesungguhnya untuk mereka adalah balasan yang baik. Dalam keadaan mereka akan tinggal didalamnya selama-lamanya. Dan supaya diancamnya orang-orang berkata bahawa ALLAH mempunyai anak. Tidak ada pada mereka tentang itu suatu ilmu pun dan tidak pula daripada nenek moyang mereka. Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta. Maka apakah barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan Al Quran ini? Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada dibumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan pula apa yang diatasnya tanah rata lagi tandus. Apakah kamu mengira bahawa orang yang mendiami gua dan mempunyai raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan. Ingatlah tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung kedalam gua lalu mereka berdoa, "wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami".

Ayat-ayat ini boleh kita rumuskan saperti berikut:

1. Al Quran itu kitab yang jelas tidak ada keraguan sedikit pun padanya. Ianya lurus, langsung tiada bengkok, dan tidak ada putar poosing. Yang lurus itu Al Quran, yang bengkok itu manusia. Sebab itu kalau mahu melihat Islam tulin, lihat kepada Al Quran, jangan lihat kepada manusia. Zaman kita ini sudah ada manusia yang walau nampak hebat dengan pakaian dan ketrampilan 'arabia dan saperti agamawan yang hebat, tetapi hati dan jalan mereka bengkok lagi membengkokkan. Mereka golongan yang sanggup membengkokkan dan memutarbelit ayat-ayat Al Quran demi kepentingan dunia yang sempit!

Rasulullah saw pernah bersabda, "Akan muncul diakhir zaman nanti, suatu kaum (atau kumpulan) yang terdiri daripada orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek fahaman agamanya). Mereka banyak menggunakan khairul bariyyah, iaitu firman ALLAH dan hadis Rasul, tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar daripada Islam saperti anak panah yang lepas dari busurnya. Dimana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala dihari kiamat". (Hadis riwayat Bukhori Muslim dipetik didalam kitab "Peringatan di Akhirul Zaman" mukasurat 7).

2. ALLAH melaknat golongan yang mengatakan ALLAH mempunyai anak (lihat Surah Maryam: 88-98). Ini adalah golongan Kristian (yang mendakwa ALLAH punya anak bernama Jesus dengan kefahaman triniti, danYahudi yang juga mendakwa ALLAH ada anak). Dia akhir zaman nanti, bila munculnya Dajjal, dia akan mendakwa sebagai Tuhan, dengan beberapa kelebihan yang diberi ALLAH kepadanya guna menguji manusia. Kelebihan yang ada pada Dajjal semuanya bersifat duniawi, saperti habuan, kedudukan dan lain-lain. Dan ramai yang akan terpengaruh dengannya. Kita hari ini mungkin mendakwa tidak akan terpedaya, sebab kita rasa dah hebat. Tetapi sebenarnya ujian itu sudah pun terkena kepada kita, cuma kita menjadi pekak, bisu dan buta tidak menyedari kita terkena ujian itu.

Contohnya bila segelintir kumpulan missionary Kristian menuntut hak untuk mengguna nama ALLAH sebagai tuhan triniti iaitu tuhan bapak, tuhan anak & ruh suci. Yang paling malang, ada segelintir Pak Yangoat diantara kita yang terpengaruh dan menyokong tuntutan ini. Alasan mereka kerana ini hak mereka yang telah mereka gunakan lama. Lagi pun dalam Al Quran ALLAH pun bagi, putar golongan ini. Yang lebih teruk, ada Pak Yangoat yang dakwa ALLAH Tuhan seluruh manusia, maka apa salahnya kristian guna!

Teman jawab dengan rujuk kepada hadis diatas tadi, dan teman jawab dengan tegas MEMANG ALLAH TUHAN SELURUH MANUSIA, TETAPI TIDAK SEMUA MANUSIA MEMPERTUHANKAN ALLAH YANG SATU! Tugas kita umat Islam bukan meredhai tuntutan syirik ini, apatah lagi beriya-iya menyokong mereka, tetapi tanggungjawab kita ialah memperbetulkan syirik kabir ini! Ingat, golongan yang memanggil ALLAH punya anak adalah golongan yang sangat dikutuk dan dilaknat ALLAH, ini termasuk mereka yang menyokong kumpulan kristian yang mahu mengguna nama ALLAH dengan fahaman triniti tuhan bapak, tuhan anak & ruhsuci!!!

3. Sebenarnya kefahaman mereka bahawa ALLAH ada anak itu adalah satu pendustaan yang jelas. Dan mereka sebenarnya tidak tahu hujung pangkal mengapa mereka mahu guna nama ALLAH sebagai nama tuhan triniti mereka. Bila ditanya, mereka akan jawab kami dah guna ni sejak zaman tok nenek kami. Bila ditanya dari mana sumber mereka dapat, mereka akan kata mereka impot daripada seberang buku dan kitab mereka yang tercatat nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka yang disyirikkan. Ternyata mereka tiada hujah lain selain daripada ini amalan yang sudah beratus tahun diamalkan. Yang peliknya kalau dirujuk balik dalam kitab asal mereka, termasuk versi bahasa Inggeris, nama ALLAH langsung tidak tercatat. Malah para ilmuan mereka, termasuk paderi Kristian di benua Eropah khususnya mengutuk mereka yang mahu mengguna nama ALLAH sebagai tuhan kristian. Jelas betapa jahil muraqabnya puak-puak ini. Dan yang lebih "Jahil Jinggay" ialah mereka yang ada Al Quran & Hadis Rasulullah saw tetapi turut terpedaya dan bukan sahaja menyokong, malah menyesatkan umat Islam lain untuk turut sama menyokong!!!

4. Dan ALLAH memperingatkan kita bahawa ALLAH akan jadikan habuan & kedudukan didunia ini sebagai ujian bagi manusia termasuk umat Islam. Sebab itu Rasulullah pernah bersabda, "aku khuatir kelak kamu nanti akan diuji dengan kekayaan". Kerana kalau diuji dengan kesusahan, kita mungkin masih boleh mengingati ALLAH. Tetapi bila diuji dengan kekayaan, habuan & kedudukan, kita mungkin tumbang. Lihat sahaja sahabat Nabi saw sendiri, Tsa'labah. Dan hari ini, ramai diantara kita sedang diuji. Cahaya gemerlapan takhta Putrajaya terlalu kuat memikat kita. Kilauan mahkota Putrajaya terlalu menaksubkan segelintir dikalangan kita. Maka akhirnya serban kemana, jubah kemana. Teman tengok di Parlimen sendiri, para agamawan, ustad dan penceramah yang malu nak pakai kopiah didalam Dewan. Tak style lah berkopiah serban yop, kata seorang ustad yang suatu ketika dulu hempok rimbok meja sampai patah kaki meja kata kapior orang yang bersekongkol dengan kapior!!! Hari ini dia bertakbeer menyokong kapior harbi. Malah ada antara mereka sanggup mati tahan dada untuk kapior harbi ni yop!!! Begitulah kuatnya ujian duniawi yang sedang kita hadapi sekarang ini!

5. Sebab itulah ALLAH berpesan kepada kita contohi para pemuda Al-Kahfi tersebut. Dalam keadaan begitu ramai yang sudah sesat dan berpaling daripada jalan Al Quran & Sunnah, walaupun mereka melabel diri mereka kumpulan Islam, namun bersyukurlah kita kalau kita termasuk dalam golongan yang terlalu sedikit, sebagaimana tujuh pemuda Al-Kahfi tersebut. Dan pohonlah keampunan kepada ALLAH, dan mintalah rahmat dan petunjukNya. Sebab itulah Rasulullah berpesan, selain daripada menghafal dan mengamalkan sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, bacalah juga satu do'a selepas tahayyat akhir tetapi sebelum salam, dengan do'a ringkas saperti berikut: "Allahhumma inna a 'uzubika min 'aza bil qobr, wamin 'azaa bijahannam, wamin fitnatil mahya wal mamat, wamin fitnati al masihi Dajjal - Ya ALLAH, aku mohon perlindingan daripada fitnah kubur, dan fitnah jahanam, dan fitnah hidup & mati, serta fitnah Al Masih Dajjal".

Begitulah serba sedikit coretan teman mengenai pesan Rasulullah saw tersebut. Pesan ini adalah untuk diri teman sendiri dan mereka yang mahukan Islam yang sebenar. Sememangnya Rasulullah saw telah bersabda, bahawa diakhir zaman ini ujian sangat besar bagi mereka yang benar-benar mahu mengikut Al Quran dan Sunnah, "malah sesiapa yang mahu memegang Islam diakhir zaman adalah saperti memegang bara api", dan "barangsiapa yang mahu mengikut Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah akan kelihatan saperti asing & pelik, dan akan diasingkan oleh kumpulan yang ramai, tetapi berbahagialah golongan yang sedikit itu", mafhum daripada hadis Nabi Muhammad saw.

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan keampunan dan petunjuk kepada kita semua. Doa teman untuk diri teman dan kesemua mereka yang masih cintakan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah, "moga ALLAH menjauhkan kita daripada termasuk golongan Jahil Jinggay ini!!!". Amin!

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
20 Rabi'ul Akhir 1432
25 Mac 2011

*Rasulullah saw menyebut bahawa Dajjal Al Masih itu bermata satu dan mempunyai tanda "Kaf-Fa-Ro" didahinya. Itulah juga lambang kumpulan pro-Yahudi Zionis iaitu Illuminati & Freemason - dengan lambang "Annuit Coeptis - All-Seeing Eye" dan slogan "Novus Ordo Seclorum - Masa Harapan Baru".

Tiada ulasan:

Nuffnang