Anwar Ibrahim |
- Rakaman Penuh Pidato DSAI Di Taman Melawati 25 Mac 2011
- Majlis Pelancaran Kutipan Dana Keadilan
- 5,000 Saksi Anwar Diheret Polis Dari Pentas Ceramah, 3 ditahan
Rakaman Penuh Pidato DSAI Di Taman Melawati 25 Mac 2011 Posted: 25 Mar 2011 09:01 PM PDT
|
Majlis Pelancaran Kutipan Dana Keadilan Posted: 25 Mar 2011 08:54 PM PDT Dimaklumkan bahawa Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan mengadakan Majlis Pelancaran Kutipan Dana Keadilan. Majlis yang dianjurkan oleh Biro Kewangan KEADILAN ini adalah penting untuk persiapan pendanaan pilihanraya umum akan datang. Butiran Majlis pelancaran ini adalah seperti berikut: Tarikh : 27 Mac 2011 (Ahad) |
5,000 Saksi Anwar Diheret Polis Dari Pentas Ceramah, 3 ditahan Posted: 25 Mar 2011 11:42 AM PDT Dari Keadilan Daily Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini. Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam. Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang turut muncul hingga menggamatkan hadirin. Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai. Kehadiran polis, FRU hanya menyebabkan kekecohan berlaku Suasana terus kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis. Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu. Kempen itu dinamakan sebagai 'DNA' atau 'Datuk Najib-Altantuya' bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui 'Datuk T'. Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan