i n t a n h i j a u |
- (video) DI SINI ADA VIDEO KONSPIRASI....
- VIDEO SEKS : SATU KONSPIRASI - SATU ULASAN
- DS ANWAR KENA SERET POLIS MASA CERAMAH...
(video) DI SINI ADA VIDEO KONSPIRASI.... Posted: 26 Mar 2011 04:10 AM PDT |
VIDEO SEKS : SATU KONSPIRASI - SATU ULASAN Posted: 25 Mar 2011 09:57 PM PDT Khamis lalu, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay memberi kenyataan kepada polis Bukit Aman dan juga menyerahkan rakaman video seks dan jam tangan yang didakwa milik lelaki yang beraksi dengan seorang pelacur dalam video berkenaan. ![]() Secara perbandingan, kes video lucah yang dibawa oleh dua daripada tiga "Datuk T" ini amat berat kerana membabitkan ketua pembangkang dan seperti kata Rahim (tentunya secara sinis), orang yang boleh menjadi perdana menteri Malaysia. Namun, lima jam sahaja… berbanding dengan soal siasat ke atas pembantu politik DAP Teoh Beng Hock yang berlangsung 10 jam dan tamat kira-kira jam 3.30 pagi di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. ![]() Lima jam untuk Rahim dan Eskay… berbanding penahanan semalaman yang terpaksa ditempohi oleh Anwar sendiri pada 16 Julai 2008 di lokap Polis Kuala Lumpur, semata-mata untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung pertuduhan liwat untuk kali kedua. Dendam... Sekali lagi, tidak perlu dihuraikan apa berlaku kepada botol mineral, tuala dan berus gigi yang ditinggalkan oleh Anwar dalam bilik penjara itu. ![]() Pembabitan Rahim yang secara langsung mendalangi video lucah sudah pun mencetuskan pelbagai spekulasi yang mengaitkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada siri pusingan fitnah terbaru untuk mengaibkan Anwar. Terpalit dengan tuduhan merogol gadis bawah umur yang memusnahkan karier politiknya pada tahun 1994, Rahim tidak dapat menyembunyikan dendamnya terhadap Anwar atas detik hitam hidupnya itu. ![]() Apa pun, polis bukan sahaja harus menjalankan siasatan adil tetapi mesti dilihat menjalankan siasatan secara profesional dan paling penting - adil. Jika tidak, maka akan bergemalah teori polis sekali lagi bersekongkol dengan Umno untuk mencantas Anwar. Pembohongan... Tempoh yang agak singkat untuk mengambil keterangan Rahim dan Eskay Khamis lalu sudah pun merangsang pelbagai teori, spekulasi dan perbandingan. ![]() Seseorang yang mengikuti sidang akhbar Rahim dan Eskay Selasa lalu tentu tertanya-tanya sama ada dalam mengambil keterangan, polis telah memperinci beberapa pembohongan oleh dua individu itu kepada pihak media. ![]() Malah menurut mereka, video itu juga tidak akan diserahkan kepada polis (ketika itu) supaya tidak ada tuduhan polis berat sebelah dalam siasatan. Namun, apa yang jelas adalah gandingan Datuk T turut berusaha keras memancing wakil rakyat PKR dan individu berpengaruh dalam parti itu. ![]() Apabila umpan tidak mengena (Johari dan Badrul yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar) maka tiba-tiba Datuk T bersedia bekerjasama dengan polis, malah Rahim memberitahu media "kalau polis nak ambil seluar dalam kami pun, ambillah." |
DS ANWAR KENA SERET POLIS MASA CERAMAH... Posted: 25 Mar 2011 03:53 PM PDT Dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak malam ini. ![]() PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan. Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.Hadirin tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan. Pada satu ketika, apabila anggota polis menghampiri pentas, para penyokong mula berkumpul di situ dan enggan memberi laluan. ![]() menggunakan perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan. Bagaimanapun , Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ. Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila hadirin menjadi agresif. ![]() Anwar, yang menghadiri satu lagi majlis makan malam PKR di Kuala Selangor, tiba 30 minit sebelum kekecohan itu berlaku. Para hadirin berdiri menyambut ketibaan beliau kerana mereka mahu mendengar penjelasannya ekoran pendedahan terbaru video seks yang dikaitan dengannya. |
You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan