Jumaat, 18 Mac 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


DUN SARAWAK BUBAR ESOK...?

Posted: 18 Mar 2011 04:02 AM PDT

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan membuat satu pengumuman esok dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang.

"Tunggu sehari lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 di sini hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat "pengumuman khas".

sarawak BN convention taib and wifeTaib juga tidak menyatakan sama ada pengumuman itu akan dibuat di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan berada di Kuching esok sempena siri lawatan kedua-dua pemimpin itu ke seluruh negara.

Taib menafikan ura-ura kononnya beliau akan berlepas pada Ahad untuk melakukan umrah.

azlanSemalam, beliau mengunjungi Yang Dipertua Negri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pilihan raya kecil akan diadakan pada 16 April.

Penggal bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang yang mempunyai 71 kerusi berakhir pada 23 Julai.

Dalam pilihan raya negeri yang lalu, BN memenangi 62 kerusi, DAP (6), PKR (1), Parti Kebangsaan Sarawak (1), dan Bebas (1).

- Bernama

TARBIYYAH PAS MEMBERI PELUANG PARA AHLI BERAMAL CARA ISLAM SEBENAR

Posted: 18 Mar 2011 03:48 AM PDT


TELUK INTAN, 17 Mac - Sistem tarbiyyah PAS memberi peluang kepada para ahlinya mengamalkan prinsip Islam dalam semua aspek seperti ibadat, akhlak, berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Sdr. Rahmat Maliki semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Rumah Awam dekat sini.

"Itulah antara matlamat tarbiyyah di dalam PAS iaitu dapat mengubah dan mengislah ahli-ahlinya kepada pengamalan cara hidup yang lebih murni. Malah melalui program tarbiyyah seperti usrah, selain daripada memantapkan fikrah ahli, usrah juga menjadi ruang untuk para ahli cawangan merancang gerak kerja parti dan jamaah di peringkat cawangan," tambah beliau lagi.
Ketua Cawangan Rumah Awam, YB Anuar menyampaikan ucapan aluan.

Mesyuarat agung dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohd. Azhar.

Mesyuarat agung tersebut telah diadakan di Dewan Orang Ramai, RPA Padang Tembak.

Sebelum itu, Ketua PAS Cawangan Rumah Awam YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah menyatakan banyaknya pahala yang dapat apabila berada di dalam jamaah. Ini adalah kerana, sebarang gerak kerja di dalam jamaah akan dikira pahala kerana tujuan PAS adalah untuk mendaulat serta menegakkan Islam di muka bumi.
Gandingan yang mantap Ketua Cawangan YB Anuar dan Naib Ketua Cawangan Hj. Mohd. Akram.

Sebahagian muslimat yang hadir.

Turut hadir ialah isteri ADUN Changkat Jong Puan Hjh. Faridah merangkap Ketua Jawatankuasa Muslimat Cawangan, Naib Ketua Cawangan Tn. Hj. Mohd. Akram bin Ayub dan Sdr. Aamir, AJK PAS Kawasan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang