i n t a n h i j a u |
SAYA MASUK PAS UNTUK MEMPOPULARKAN ALLAH - BOB LOKMAN Posted: 15 Mar 2011 12:40 AM PDT TELUK INTAN, 14 Mac - "Dulu orang panggil saya Bob sebab saya gemuk. Sekarang saya kekal dipanggil Bob yang bermaksud Bulan Oh Bulan," jelas Mohd. Hakim bin Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman di dalam sebuah majlis ceramah di Kg. Bahagia dekat sini. Lebih lima tahun beliau mencari hidayah dan akhirnya berubah setelah beliau diuji oleh Allah SWT dengan darah tinggi dan sakit jantung. Sejak itu, beliau banyak bertanya dengan guru-guru agama untuk mencari ilmu demi mencari kebenaran.
"Alhamdulillah, apabila saya diberikan sedikit ilmu oleh Allah maka hati saya telah terbuka untuk menyertai Parti Islam Semalaysia dengan mengisi borang ahli PAS." "Maka, melalui PAS saya dapat berdakwah untuk mempopularkan Allah kepada orang ramai demi menebus kembali segala apa yang telah saya lakukan sebelum saya berhijrah," tambah beliau lagi. Bagi beliau, taqwa merupakan perkara utama yang perlu ada dalam diri setiap pejuang Islam. "Oleh itu, saya menyeru kepada orang muda, sementara anda masih ada tenaga, fikiran cerdas dan masa yang lapang, isilah dada anda dengan ilmu agama untuk meningkat ketaqwaan dan iman dan berjuanglah menegakkan Islam selagi Islam belum tertegak dan berdaulat di negara ini," ujar beliau dengan penuh semangat.
Kehadiran orang ramai pada malam itu begitu memberangsangkan sehingga kawasan pekarangan Bilik Gerakan Pemuda PAS Kg. Bahagia yang sememangnya agak luas telah dipenuhi malah melimpah ke tepi jalan raya. Sebelum itu, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah menyampaikan ucapan aluan sebagai mewakili PAS Kawasan Teluk Intan. Di dalam ucapan, beliau menyentuh tentang ketidakadilan UMNO/BN dalam melaksanakan pilihan raya yang kononnya berdasarkan demokrasi tulin dengan mengambil contoh undi pos yang menjadi pengisi kantung BN serta peranan SPR dalam memenangkan BN.
"Selain itu, rakyat juga telah dibebankan dengan saman ekor yang dikenakan dengan cara begitu zalim tanpa dipastikan akan kesalahan seorang pemandu itu. Malah, mereka menjadikan 'senarai hitam' sebagai jerat kepada rakyat untuk dipaksa menjelaskan saman ekor," jelas beliau. Selepas itu, para hadiri telah berpeluang mendengar ceramah dan nyanyian oleh Ustaz Radhi Abdul Hamid, seorang bekas vokalis kumpulan rock Melissa. Sebelum berceramah, Ustaz Radhi telah menyampaikan sebuah lagu 'Cinta Untuk Nabila' yang menurut beliau telah diubahsuai maksudnya kepada cinta kepada Nabi SAW.
Ustaz Radhi banyak menceritakan tentang pengalaman hidup beliau semasa menjadi artis yang glamor. "Walaupun hidup saya senang dan glamor tetapi sebenarnya jiwa saya kacau dan tidak tenang seolah-olah wujud kekosongan dalam jiwa. Sehinggalah saya mencari kebenaran," jelas beliau.
Untuk akhirnya, DS Hj. Nizar Jamaluddin telah menyampaikan ceramah. Beliau banyak menyentuh tentang perkembangan persidangan parlimen yang sedang berlangsung. Lagi berita tentang ceramah Bob Lokman di blog Batu Gajah Mari. intanhijau.blogspot.com | ||||||||||||||||
CERAMAH DS NIZAR, BOB LOKMAN DAN UST. RADHI MELISSA DI KG. BAHAGIA, TELUK NTAN Posted: 14 Mar 2011 06:35 PM PDT |
You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan