Anwar Ibrahim |
- The Unfortunate Prosecution of Anwar Ibrahim
- Takziah Serta Simpati Kepada Warga Jepun
- Jangan Kacau Tanah Kami
The Unfortunate Prosecution of Anwar Ibrahim Posted: 14 Mar 2011 08:55 PM PDT From Asia Sentinel The Malaysian government should be the big loser in a trial that is a travesty Even to a Malaysia grown inured to the scandalous ins and outs of deviant sexual congress, Mohamad Saiful Bukhairy Azlan may have given new meaning to the phrase “go f**k yourself.” Saiful, a 25-year-old former aide to opposition leader Anwar Ibrahim, is the chief prosecution witness in Anwar’s marathon sodomy trial. Dr Seah Lay Hong, a chemist and prosecution witness, was forced by defense lawyers to acknowledge on the stand in late February that DNA found in Saiful’s rear end could have come from as many as 10 different people – including himself. Saiful has done a pretty good job on his government, his country and Anwar. That is because the case is becoming a major embarrassment, calling up memories of Anwar’s 1998 sodomy trial, which was universally branded a travesty by international human rights organizations. Mistakes made over supposedly conclusive DNA evidence in the long-running trial call into question whether the evidence could survive in a rational court of law. Other testimony indicates that Prime Minister Najib Tun Razak and his wife, Rosmah Mansour, among others, may have played a personal role in bringing the case to court. Last Tuesday, High Court Judge Zabidin Mohamid Diah handed Anwar a major victory by throwing out purported DNA evidence supposedly proving he had sex with the 25-year-old Saiful. He ruled the evidence was inadmissible because it had been taken without Anwar’s permission from items in his jail cell when he was first arrested on Saiful’s complaint in July 2008. Despite the plethora of mistakes, however, the government faces a dilemma. If it folds the prosecution, it hands Anwar a huge victory and gives considerable ammunition to opposition charges that the government and particularly Najib cooked the evidence to attempt to drive Anwar from politics. Accordingly, rather than giving up now that the last physical link between Anwar and Saiful seemingly has been discredited, the prosecution is refusing to fold. On Friday, prosecutors moved in court to attempt to force Anwar to provide an additional DNA sample to replace the one that Zabidin threw out. Government prosecutor Yusof Zainal Abiden asked Zabidin to review his decision and to compel Anwar to hand over a sample. That also raises a danger for Anwar if the prosecution appeals to Malaysia’s Federal Court, Malaysia’s supreme court. The court has shown a notorious malleability to the political system, ruling against the opposition in important cases, including one which in effect handed the control of the state of Perak to the ruling coalition after the opposition had won it in the 2008 national election. Saiful, who was an aide to Anwar prior to filing the charges, has acknowledged in court that he met with Najib and his wife, Rosmah, on June 24, 2008, at Najib’s home two days before the alleged sodomy. He also acknowledged that he had met with Rosmah’s close confidant, the former track star Mumtaz Jaafar, as well. He also acknowledged meeting secretly with Rodwan Mohd Yusof, a senior assistant police commissioner, twice before the alleged offence took place. Rodwan became famous in Anwar’s 1998 trial when he illegally removed Anwar’s DNA samples from forensic custody and planted them on a mattress allegedly used by Anwar for a homosexual dalliance. To protect the integrity of the prosecution’s case, the presiding judge, Augustine Paul, expunged the entire DNA evidence at the time. Under Malaysian law, police were previously barred from taking DNA samples from defendants without their permission. When Anwar refused to give a DNA sample, complaining that previous samples used in a 1998 case against him had been tampered with, the ruling Barisan Nasional coalition pushed a bill through the parliament allowing police to collect samples in criminal cases without the consent of the suspect. However, since the alleged offense took place prior to the passage of the bill, presumably Anwar would still be exempted from giving DNA evidence. In any case, the prosecution’s conduct in handling evidence collected from Saiful’s body and clothes has been woefully inept. Even if they were to take another sample from Anwar, it would be difficult to compare it to the evidence taken from Saiful. According to testimony in court, no evidence was taken from Saiful’s body until 56 hours after the alleged sodomy. When DNA traces of semen were allegedly found in his mouth, he said he had neither washed, brushed his teeth nor gone to the bathroom between the time of the offense and the period when he was tested. While DNA samples can still be taken effectively within 72 hours, in this case the handling of the evidence seems to have been casual at best. Although Seah found evidence of DNA from other unknown males in Saiful’s rectum, she said she had not tested to find out anybody else’s identity. Asked by a defense attorney whether the DNA evidence could result in 10 different combinations or individuals, Seah agreed. Last Friday, the investigating officer, Jude Pereira said that after collecting evidence from Saiful, he had put the swabs in a metal filing cabinet in the Brickfields police headquarters for 43 hours, ignoring an order by Siew Sheue Feng, a forensic pathologist, to put them in a freezer. United States Federal Bureau of Investigation guidelines state that “environmental factors, such as heat and humidity, can also accelerate the degradation of DNA.” Pereira acknowledged that degradation of the samples could have occurred because he ignored the pathologist’s advice as well as standing orders of the Malaysian Inspector General. Before being derailed by the current charges, Anwar led the opposition Pakatan Rakyat coalition to a historic sweep of five Malaysian states, winning 82 parliamentary seats in 2008 national elections and breaking the ruling Barisan Nasional coalition’s two-thirds majority hold on parliament. However, the opposition – a coalition of the largely Chinese Democratic Action Party, the Islamist Parti Islam se-Malaysia and Anwar’s own Parti Keadilan Rakyat has stumbled as Anwar, preoccupied by his court cast, has been unable to focus completely on politics. Anwar has also been hampered by a six-month suspension from parliament over allegations that he had misled the body. The case has now droned on for 13 months. Along with the suspension and a range of other actions, the opposition is increasingly neutralized. The next big test is expected to be a state election in the East Malaysian state of Sarawak, which must be held before the end of 2011. |
Takziah Serta Simpati Kepada Warga Jepun Posted: 14 Mar 2011 08:53 PM PDT Salam takziah dan simpati kepada warga Jepun Menginsafi akan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun beberapa hari yang lalu, saya mewakili warga kepimpinan dan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun dan juga rakyat Malaysia yang bermastautin di sana. Tsunami yang diberitakan antara yang terburuk dalam sejarah Jepun jelas merentap sanubari. Walaupun begitu, kita seharusnya mencontohi masyarakat Jepun yang begitu berdisiplin meskipun ketika berhadapan dengan malapetaka besar. Tahap kesabaran mereka juga sepatutnya menjadi contoh kepada seluruh masyarakat dunia. Kedua-dua ciri penting ini pastinya membolehkan mereka bangkit dengan cepat bagi membina semula bandar yang musnah teruk. Apatah lagi dengan kegigihan dan kesungguhan mereka mengenalpasti kaedah dan strategi serta penyebaran maklumat cepat dan tepat kepada seluruh rakyat, pasti akan membantu.Nyata sekali insiden ini mengundang kesedihan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai. KEADILAN mendoakan agar Tuhan mengurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kepada mereka yang terlibat. Semoga Kerajaan Jepun cepat menyusun pembangunan semula infrastruktur yang terkesan akibat bencana ini. Dr Wan Azizah Wan Ismail This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Posted: 14 Mar 2011 06:47 PM PDT Dari Malaysian Insider Pemilik tanah Kampung Baru tetap dengan pendirian menentang keras cadangan Putrajaya yang mahu mengadakan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 sambil menyifatkannya sebagai "rompakan secara senyap" untuk mengambil alih tanah penempatan eksklusif orang Melayu. Malah ada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berkata mereka tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang itu digubal seperti mana dikatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa hampir 90 peratus telah bersetuju dengannya. Salah seorang penduduk yang ditemui, Zauriah Mat Nenggal berkata dia sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan Raja Nong Chik untuk diadakan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 yang akan akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jun ini. "Makcik memang tak setuju langsung, rumah mak cik dah dibangunkan janganlah kacau . . . tak akan nak robohkan rumah mak cik, ada otak itu pakailah. Jangan kacau rumah yang bukan hak kamu. "Kalau nak robohkan kerajaan kena ganti balik, saya tidak mahu duit tapi saya mahu kerajaan ganti rumah juga . . . saya di sini ada rumah 12 pintu dan saya sewakan kepada orang, jadi jangan kacau mata pencarian mak cik," katanya yang berusia 77 kepada The Malaysian Insider. Zauriah Mat Nenggal menegaskan buat apa kerajaan hendak mengacau tanah Kampung Baru. — Foto oleh Choo Choy May "Raja Nong Chik tidak berperikemanusiaan langsung, ingat senang-senang nak robohkan rumah mak cik? Ingat orang Kampung Baru ini bodohkah? Ingat duit mak cik ini pasirkah? Kenapa nak kacau Kampung Baru? Ini kampung Melayu kenapa mesti nak kacau?" katanya. Justeru, dia menggesa agar kerajaan pusat membatalkan hasrat untuk mengadakan akta tersebut. "Raja Nong Chik ini dah belakangkan kiblat . . . tak jaga orang Melayu, baru jadi menteri dah lupa daratan. "Kalau perkara ini Raja Nong Chik yang kena macam mana dia rasa? Mesti dia sakit hati," soalnya. Bagi Jamaluddin Kamat, 54, cadangan untuk mewujudkan rang undang-undang itu seolah-olah mempunyai agenda tersendiri selain akan menidakkan hak pemilik dan pewaris tanah kawasan itu sekiranya ia dilaksanakan. "Saya setuju dengan pembangunan di kawasan Kampung Baru tetapi tidak bersetuju dengan rang undang-undang yang kalau kita lihat tidak jelas apa tujuan penubuhannya. "Bagi saya rang undang-undang ini tidak menjamin masa depan pemilik dan pewaris tanah. Kalau contoh kita bersetuju apa jaminan kerajaan kepada kami? Pembangunan yang macam mana kerajaan mahu lakukan? Selain itu, kalau ia dilaksanakan mereka (kerajaan) mempunyai kuasa penuh ke atas tanah-tanah di kawasan ini," katanya. Kata anak jadi Kampung Baru itu, rang undang-undang tidak diperlukan untuk membangunkan kawasan itu kerana sudah mempunyai Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru yang sudah menguruskan penempatan itu sejak 111 tahun lalu. "Kami di sini tak perlukan rang undang-undang untuk membangunkan kawasan Kampung Baru ini, kami sudah ada MAS… selama ini MAS yang menguruskan semua perkara di sini. "Pembangunan Kampung Baru ini boleh dilakukan tanpa rang undang-undang, kita boleh bangunkan melalui MAS dan kami percaya kepada MAS untuk menguruskan soal pembangunan tetapi dengan syarat kerajaan kena bantu, bukan dengan menubuhkan rang undang-undang yang kami sendiri pun tak tahu fungsinya," katanya. Ditanya bacaan kali kedua rang undang-undang akan dibentangkan di Parlimen Jun ini, Jamaluddin berkata, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu jelaskan kepada penduduk terlebih dahulu. "Itu perlu dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah walaupun dapat tentangan, kena beritahu kerana kami nak tahu apa yang kerajaan ingin lakukan," katanya. Kamal Hussein, 78, pula mahu imej kampung Melayu dikekalkan di Kampung Baru walaupun pembangunan dilakukan di kawasan itu. "Bangunan tinggi-tinggi tidak diperlukan di Kampung Baru, cuma perlu menaik taraf mana-mana yang patut sahaja… buat apa nak bangunan tinggi, bukan kita mampu nak beli. "Imej sebagai kampung Melayu perlu dikekalkan. Eloklah kalau kampung Melayu ini ada, lagipun Kampung Baru ini terkenal di seluruh dunia, kalau tiada imej kampung Melayu apa gunanya Kampung Baru di sini," katanya. Dia juga bersetuju rang undang-undang yang telah diperhalusi semula Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu dibentangkan kepada penduduk sebelum dibawa ke Parlimen. "Kami di sini nak tahu apa yang diubah . . . apa yang diperhalusi dan kami nak tahu apa rang undang-undang yang akan dibentangkan nanti. "Saya sendiri pun nak tahu apa yang mahu dilakukan kerajaan," katanya. Raja Nong Chik sebelum ini berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Jun ini selepas semua tugas memperhalusi semula deraf rang undang-undang itu selesai sepenuhnya. Beliau berkata rang undang-undang itu, yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang kali ini, terpaksa ditangguhkan kerana kementerian perlu memperhalusi semula draf rang undang-undang itu. Sementara itu, pemilik tanah generasi keempat Kampung Baru Efendi Ishak, 34, berkata rang undang-undang yang mahu dilaksanakan itu masih belum jelas fungsinya dan menimbulkan persoalan di kalangan pemilik dan pewaris tanah. "Rang undang-undang tidak jelas, kita tak tahu apa yang kerajaan nak buat seolah-olah berselindung di sebalik nama rang undang-undang. "Pemilik dan pewaris masih tertanya-tanya, kami tidak faham dan masih samar-samar tentang cadangan rang undang-undang ini," katanya. Kata kakitangan swasta itu, sekiranya mahu membangunkan kawasan Kampung Baru kerajaan tidak perlu menubuhkan rang undang-undang, sebaliknya membantu pemilik dan pewaris dalam bentuk kewangan untuk membangunkan sendiri kawasan tersebut. "Kami di sini tak bantah pembangunan tapi apa yang kami bantah adalah rang undang-undang ini. Kalau betul-betul nak bantu kami, tak perlukan rang undang-undang pun. "Kami di sini boleh bangunkan sendiri kawasan Kampung Baru, tapi kerajaan perlu bantu dalam bentuk kewangan agar ia dapat dilakukan," katanya. Mohd Yusof Abu, 67 pula berkata banyak perkara yang tidak dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah mengenai rang undang-undang termasuk peruntukan yang memberikan kuasa penuh kepada menteri dan ia tidak boleh dicabar di mahkamah sekiranya perbadanan itu diwujudkan. "Imuniti kepada perbadanan kami tak setuju . . . rang undang-undang ini juga kami tidak bersetuju, jadi bagaimana Raja Nong Chik boleh kata 90 peratus daripada kami bersetuju? Pembubaran MAS juga kami tidak setuju. "Rang undang-undang ini tidak jelas dan ia cuba berselindung untuk menyembunyikan segala pembohongan yang mereka ingin lakukan," katanya. Tinjauan The Malaysian Insider ke Kampung Baru juga mendapati ramai penduduk di kawasan itu meletakkan kain rentang sebagai membantah cadangan rang undang-undang itu. Seorang lagi yang ditemui, Mohammd Raizal Ahmad Yusof, 38, berkata, rang undang-undang tersebut tidak perlu dilaksanakan kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang hak ke atas tanah yang diwasiatkan sejak turun-temurun itu. "Apa hak kerajaan nak wujudkan rang undang-undang? Adakah tanah ini milik mereka? Ini adalah tanah wasiat dan ia perlu dijaga dan bukan untuk dibangunkan ikut rancangan kerajaan. "Kalau nak bangunkan juga kerajaan pergi tanya setiap pemilik dan pewaris tanah, kalau mereka setuju bangunkan sahaja di tanah mereka buat apa nak libatkan semua tanah milik kami di sini," katanya. Dia juga meminta agar Raja Nong Chik kemukakan bukti bahawa 90 peratus pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru bersetuju dengan cadangan untuk diwujudkan rang undang-undang itu. "Ada dia tanya pendapat pemilik dan pewaris tanah sebelum nak buat? Adakah kerajaan nak rompak tanah kami?" katanya. Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan