Direct Free Kick |
Siapa yang sebenarnya yang bersifat perkauman? Posted: 15 Mar 2011 02:00 AM PDT Dalam BFM 98.9 pagi tadi, MB Selangor dituduh tidak melantik Low Siew Moi sebagai GM PKNS kerana beliau berbangsa Cina dan seorang wanita. PAS ketika itu menolak Low kerana beliau adalah sebahagian dari pentadbiran lama di bawah GM lama, Dato' Harun Salim. Bukan kerana beliau berbangsa Cina atau seorang wanita. PAS konsisten kerana apabila GM PKNS sekarang Othman Omar dikaitkan dengan pelbagai tuduhan penyelewengan, PAS turut lantang mahu tindakan diambil ke atas Othman. Jika PAS bersifat perkauman sudah tentu PAS akan mempertahankan Othman sebagaimana mereka yang mempertahankan Low. PAS tidak kira Melayu, Cina atau India, yang salah tetap salah. PAS tidak menyerang atau mempertahankan seseorang semata-mata kerana bangsa. Low yang Cina kena, Osman yang Melayu pun kena. Semua kena kalau salah. Yang bersifat perkauman adalah mereka yang mempertahankan Low walaupun apa sekali hujjah mereka yang menentang perlantikan tersebut. Mereka hanya melihat pada bangsa dan menutup mata kepada hujjah-hujjah lain. Sekiranya Low seorang Melayu, saya tidak fikir mereka akan bersungguh-sungguh mempertahankan beliau ketika diserang bertubi-tubi. |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan