Anwar Ibrahim |
- Jenayah Fitnah, Whistleblower, Dan Kegilaan Peradaban
- Dirty Tricks in Malaysia
- Anwar Seru Rakyat Sarawak Buat Perubahan Politik Secara Aman
- YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz: Doa Khusus Untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim
- Skim Kesihatan Wanita Kempen 1 Juta Wanita SelangorSihat Mammogram Selangor (MammoSEL)
Jenayah Fitnah, Whistleblower, Dan Kegilaan Peradaban Posted: 30 Mar 2011 05:36 AM PDT Dari Merdeka Review Fitnah adalah suatu rekayasa daripada peristiwa yang tidak benar, yang bertujuan untuk merosakkan reputasi atau menjatuhkan kredibiliti seseorang. Dalam isu fitnah melalui penayangan video seks, jelas sekali tindakan pihak yang merancang dan mempersembahkan video seks kepada sekumpulan wartawan senior di Hotel Carcosa Sri Negara terlibat dengan unsur-unsur jenayah. Kumpulan manusia tersebut (termasuk “Datuk Trio”) patut ditahan polis, disiasat dan didakwa ke mahkamah. Tetapi anehnya, komen sesetengah ahli politik UMNO termasuk komen awal “Menteri loose cannon” bukan sahaja bercanggah dengan prinsip negara hukum, malahan mempamerkan suatu fenomena peradaban yang cukup ganjil sehingga mencadangkan pemakaian konsep whistleblower atau pemberi maklumat ke atas kumpulan manusia dengan tindakan berunsur jenayah. Logik pemikiran sedemikian yang penuh dengan ciri-ciri kegilaan peradaban (madness of civilization) sesuatu kelompok masyarakat cukup menakjubkan! Apabila jenayah dilindungi, penjenayah diibaratkan sebagai whistleblower sementara mangsa politik seks cuba dilambangkan sebagai penjenayah yang harus disiasat melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja, peradaban bumi 2Malaysia kini dicorakkan oleh ciri-ciri kegilaan ekoran tindakan pemimpin politik yang sanggup melakukan sebarang politik kotor agar dipanjangkan usia rejim pemerintah. Dalam isu fitnah melalui penayangan video seks, umum sedia maklum bahawa watak dalam video tersebut bukanlah insan bergelar Anwar Ibrahim. Malahan seorang Datuk yang juga mempunyai gelaran “Tan Sri” iaitu Robert Phang (gambar kanan) menawarkan wang sejumlah RM100,000 kepada pemberi maklumat yang dapat membongkarkan identiti “Datuk T” kerana terlibat dengan kegiatan berunsur jenayah dan fitnah. Bayangkanlah dalam masyarakat yang dicirikan oleh kegilaan peradaban – apabila mangsa fitnah politik dijadikan sebagai terms of reference penubuhan Suruhanjaya Diraja kononnya untuk mencari kebenaran – sementara mereka yang terlibat dengan dakwaan berunsur jenayah diberikan perlindungan sebagai whistleblower, apakah sifat kebenaran yang dijadikan nilai masyarakat kita? Inikah nilai peradaban yang ingin dipamerkan oleh Kerajaan Najib dewasa ini? Justeru, wujud suatu keperluan untuk mengimbas kembali dan memahami Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang digubal oleh Kerajaan UMNO-BN. Untuk memahami logik dan pemikiran kerajaan berhubung penggubalan akta tersebut, izinkan saya menjelaskan secara panjang lebar hujah-hujah penting yang dibangkitkan semasa bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Menurut penyata rasmi Dewan Rakyat bertarikh 20 April 2010, bacaan kali kedua RUU tersebut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Liew Vui Keong (gambar kiri) berbunyi sedemikian: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama “Suatu Akta untuk memerangi rasuah dan salah laku lain dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam dan swasta untuk melindungi orang yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan untuk mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan, disiasat dan diuruskan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya” dibacakan kali yang kedua sekarang. Bermula dengan retorik Kerajaan Najib untuk memerangi rasuah melalui pengumuman bidang kebersihan utama nasional atau lebih dikenali sebagai NKRA, Timbalan Menteri telah menyentuh beberapa peruntukan penting di bawah RUU tersebut, antaranya termasuk: (i) perlindungan kerahsiaan maklumat; RUU tersebut mengandungi tujuh bahagian dan 27 fasal. Fasal 2 mengandungi tafsiran kepada perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam RUU tersebut. Antara ungkapan tersebut ialah ungkapan pemberi maklumat – ditafsirkan sebagai mana-mana orang yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada agensi penguatkuasaan. Perhatikan bahawa tafsiran pemberi maklumat dalam konteks RUU tersebut dikaitkan secara langsung dengan pendedahan kepada agensi penguatkuasaan sementara Fasal 4 memberi kuasa kepada Menteri untuk mengeluarkan arahan tentang penjalanan, budi bicara dan kewajipan agensi penguatkuasaan. Dengan kata lain, maklumat rahsia haruslah dimaklumkan oleh pemberi maklumat kepada pihak penguatkuasa dan bukannya dibongkarkan kepada pihak media atau pihak yang bukan tergolong sebagai agensi penguatkuasaan menurut tafsiran RUU tersebut. Sesungguhnya, peranan media whistleblowing menjadi tajuk perbahasan yang hangat semasa bacaan kali kedua RUU tersebut. Tetapi jawapan Timbalan Menteri pada ketika itu dengan jelas menyatakan bahawa RUU tersebut tidak melibatkan peranan media. Berhubung persoalan sama ada perlindungan diberikan kepada orang yang menbuat pendedahan: (i) kepada media; Jawapan Timbalan Menteri berbunyi sedemikian: “Jawapan saya ialah dalam situasi sedemikian pemberi maklumat tersebut tidak akan dilindungi di bawah rang undang-undang ini. Ini adalah kerana bagi situasi yang pertama iaitu melalui media, pemberi maklumat tersebut tidak mematuhi peruntukan subseksyen 71 yang memperuntukkan bahawa pemberi maklumat akan diberi perlindungan di bawah undang-undang ini apabila pendedahan tersebut diterima oleh mana-mana agensi penguatkuasa. Media tidak termasuk dalam tafsiran agensi penguatkuasa di bawah undang-undang ini. Bagi situasi yang kedua pula, pemberi maklumat tersebut akan dilindungi pada masa ia membuat pendedahan tersebut kepada agensi penguatkuasa tetapi akan kehilangan perlindungan tersebut apabila dia membuat penghebahan kepada media. Ini adalah kerana pemberi maklumat tersebut adalah tertakluk di bawah subseksyen 8(1) untuk tidak mendedahkan pendedahan kelakuan tidak wajar yang dibuat kepada mana-mana agensi penguatkuasaan kepada mana-mana pihak termasuklah media. Ini bertujuan untuk melindungi juga orang yang dikatakan melakukan kelakuan tidak wajar. Itu kerana dakwaan oleh pemberi maklumat tersebut mungkin tidak benar dan supaya tidak mengganggu penyiasatan.” Justeru, apabila dibaca dan difahami fasal demi fasal seperti yang terkandung dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, hanya whistleblower yang mendedahkan maklumat rahsia kepada pihak penguatkuasa akan diberi perlindungan dan tindakan diambil di bawah peruntukan akta ini. Meskipun whistleblower melalui media adalah komponen penting yang patut dimasukkan bagi melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam akta ini, tetapi selagi pindaan tidak dilakukan terhadap akta ini, tiada peruntukan undang-undang pada masa ini yang memberikan perlindungan lantas diambil tindakan. Apa yang lebih relevan dalam isu penayangan video seks adalah, terdapat elemen konspirasi jahat melibatkan unsur jenayah dan fitnah. Justeru, penggunaan konsep whistleblower terhadap mereka yang melakukan jenayah dan menjadikan mangsa fitnah penjenayah adalah sesuatu yang bercanggah dengan raison detre Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Jangan kita lupa bahawa Fasal 21 akta ini juga memperuntukkan bahawa membuat penyataan palsu dalam pendedahan kelakuan tidak wajar atau aduan tindakan yang memudaratkan ialah satu kesalahan sementara Fasal 23 memperuntukkan bahawa memusnahkan, memalsukan atau menyembunyikan apa-apa dokumen atau benda yang berkaitan dengan sesuatu penyiasatan adalah satu kesalahan. Memandangkan isu penayangan video seks berdepan dengan terlalu banyak pertikaian dan kemusykilan dari segi elemen jenayah dan fitnah, pihak polis wajar melakukan siasatan bukan sahaja terhadap “Datuk Trio” tetapi juga kumpulan pemimpin politik yang terlibat dengan konspirasi fitnah tersebut. Pihak tentera memaparkan profesionalismenya apabila Panglima Tentera Darat, Jeneral Zulkifeli Mohd Zin tegas dengan pendirian berkecuali melalui komen beliau, “Jangan heret pasukan tentera ke kancah politik!” Bagaimana pula dengan pihak polis? Apakah pihak polis tegas dengan prinsip profesionalisme yang menolak kuasa politik atau menyokong konsep negara polis yang bersekongkol dengan kuasa politik jahat untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang meskipun fitnah sebegitu rupa membawa peradaban masyarakat ke arah kegilaan? *Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 30 Mar 2011 05:32 AM PDT From Wall Street Journal The latest installment in a long saga of smears against Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim is afoot, even as his second trial for alleged sodomy drags on. Three anonymous men calling themselves the “datuk trio,” now exposed and under police investigation, showed a group of hand-picked journalists a video purporting to depict the former deputy prime minister having sex with a female prostitute a month earlier. The three said their motivation was to “show the truth.” But as with past attacks on Mr. Anwar, the timing is politically significant: Snap elections are expected later this year. The way in which the tape became public is also suspicious. Many of the invited journalists proceeded to impugn Mr. Anwar without revealing the identity and motivations of the tape’s owners. Nor did they determine whether the tape was doctored, or other details of its provenance. Mr. Anwar’s denials that he is the man on the tape, and his defense that he was busy posting on the Internet on the night in question, have been given short shrift by the country’s mainstream media outlets, many of which are owned by the government and the parties in the ruling coalition. Dirty-tricks campaigns like poison-pen letters are depressingly common in Malaysia. But public skepticism about the ever-lengthening list of allegations against Mr. Anwar suggests they may no longer have the power they once did to ruin political careers. Alternative sources of information are developing, and as Malaysians become better informed they are more independent-minded. If Mr. Anwar can convince Malaysians that he is not the man on the tape, this latest attack will only make him stronger, since it will bolster the belief at home and abroad that he is the victim of politically motivated persecution. That would spell bad news for the ruling United Malays National Organization, which says it has nothing to do with the sex tape. Its support has been slipping away in the Malay heartland, leaving the ruling coalition vulnerable. In the March 2008 general elections, the opposition substantially increased its seats and polled 46.8% of the popular vote. Mr. Anwar then came close to toppling the government by enticing MPs to defect from the government benches. Prime Minister Najib Razak has since managed to rally government forces, but this could be a temporary reprieve. UMNO is vulnerable to complaints that corruption scandals such as that over the funding of Port Klang are occurring on its watch. The transfer of power might have happened much sooner but for Mr. Anwar’s conviction for sodomy in 1998. He served six years in prison before the Supreme Court reversed a verdict that had become a stain on the country’s body politic — the defendant was beaten in custody by the inspector general of police, evidence was inconsistent and witnesses were found to have been coerced. So it’s understandable that many Malaysians regarded the latest case with skepticism — especially given irregularities in the investigation, such as the lack of medical evidence and delay in collecting DNA evidence. Mr. Anwar has maintained his innocence, but the pressure has taken its toll. While even the Islamist PKS party dismissed the latest sodomy allegations and affirmed Mr. Anwar’s leadership at first, the opposition coalition has been fracturing and losing by-elections in recent months. Many Malaysians have had enough of dirty tricks. But Mr. Anwar still faces an uphill struggle to convince a majority that despite all the smears he is a worthy leader. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Anwar Seru Rakyat Sarawak Buat Perubahan Politik Secara Aman Posted: 29 Mar 2011 07:39 PM PDT Dari Keadilan Daily Meskipun polis sedari dulu sentiasa memberi tekanan demi tekanan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN itu tegas menyatakan beliau mahu membawa perubahan politik secara aman dengan menggunakan saluran pilihan raya. "Orang Arab nak tukar sistem, susah. Sehingga (mereka) terpaksa diadakan revolusi, (tapi) kita mahu perubahan secara aman. Kita tidak mahu masalah dengan polis. Anak-anak muda Sarawak perlu buat perubahan," katanya. Pada ceramah di lokasi persendirian yang tidak memerlukan permit itu, polis hanya memberi masa 15 minit untuk Anwar berucap. Malah, pihak berkuasa membuat banyak sekatan jalan raya di laluan yang menghala ke lokasi ceramah. Ceramah Anwar di mana-mana jua termasuk di Sarawak sentiasa mendapat halangan polis Anwar berkata, pilihan raya Sarawak kali ini amat penting kerana ia adalah masa paling sesuai untuk membuat perubahan kerana golongan penindas rakyat semakin berani berbuat demikian secara terang-terangan. "Sebab itu, pilihanraya Sarawak penting. Perubahan adalah perlu. Orang Sarawak perlu sedar. "Orang yang baik, takut. Orang yang jahat, berani. Ini tidak betul. Perkara ini mesti diubah. Sarawak mesti berubah. Sekaranglah masanya," katanya disambut tepukan gemuruh. Dalam ceramah di Restoran Sim Poh Poh yang dihadiri ratusan penduduk pula, polis turut 'mencipta' halangan dengan tidak membenarkan pembesar suara di hala ke luar, sebaliknya mengarahkan ia dihala ke dalam premis itu. Pada ceramah yang majoriti dihadiri masyarakat keturunan Tionghua titu, Anwar turut memetik falsafah cendekiawan purba Cina, Confucious. "Kata Confucious: Lebih baik duduk di dalam kandang harimau daripada duduk di bawah kerajaan yang zalim. Kehadiran Anwar memang dinanti-nantikan penduduk Sarawak yang dahagakan perubahan "Pembaziran berleluasa. Kronisme dan rasuah. Projek hanya untuk anak-anak, isteri dan kroni. Yang kaya hanya ketua menteri. Rasuah di bawah dan di atas meja. "Benarlah seperti kata penyair besar di Jawa, Ronggo Warsito: Zaman ini zaman edan (gila)," katanya yang meminta rakyat Sarawak mengambil iktibar dari pesanan kedua-dua ahli falsafah itu. Beliau mengingatkan rakyat Sarawak, pimpinan Barisan Nasional (BN) di Negeri Bumi Kenyalang itu juga membawa wang rakyat 'lari' hingga menyebabkan masyarakat dihimpit kemiskinan berpanjangan. "Bukan sahaja di Mesir, Tunisia sahaja orang bawa duit. Di sini (Sarawak) pun sama bawa duit lari. Berapa yang dibawa lari Mubarak? 40 hingga 70 bilion USD. Rakyat miskin kerana pemimpin curi wang rakyat," katanya. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz: Doa Khusus Untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim Posted: 29 Mar 2011 10:29 AM PDT | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Skim Kesihatan Wanita Kempen 1 Juta Wanita SelangorSihat Mammogram Selangor (MammoSEL) Posted: 29 Mar 2011 10:27 AM PDT Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam, 29 Mac; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ewal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail hari ini memberitahu Dun Selangor bahawa, Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) yang telah dilancarkan pada 6 November 2010, di Daerah Hulu Langat sempena Sambutan Hari Wanita Desa 2010 peringkat negeri Selangor, adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor. Kerajaan Negeri berpendapat program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang boleh dinikmati oleh wanita Selangor dan sambutan yang diterima untuk program ini amat memberangsangkan. Menurut beliau, sehingga Februari 2011, seramai 4,319 orang wanita dari 40 kawasan Dewan Negeri Selangor telah menjalani pemeriksaan mammogram secara percuma ini dengan peruntukan sebanyak RM 389,190.00. "Seseorang yang telah didiagnosis dan hasil keputusan diagnosis mendapati bahawa diri beliau menghidap sebarang penyakit kanser, beliau dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital-hospital sama ada kerajaan atau pun swasta. Terdapat beberapa rawatan yang perlu dijalani oleh pesakit barah payudara contohnya seperti pembedahan pembuangan tumor, kimoterapi atau radioterapi", jelas Rodziah Ismail. Daripada 4,319 orang peserta yang menjalani pemeriksaan mammogram ini, terdapat 55 orang wanita disyaki menghidapi kanser payudara ini. Walau bagaimanapun, satu surat rujukan daripada penyedia perkhidmatan mammogram ini dikeluarkan kepada peserta tersebut untuk menjalani pemeriksaan yang menyeluruh di hospital-hospital yang memiliki kepakaran tersebut." ujar beliau lagi. Skim Kesihatan Wanita ini membantu bagi memberi kesedaran kepada wanita di Selangor tentang risiko dan bahaya penyakit kanser yang membunuh ramai wanita di seluruh dunia. Berikut adalah pecahan peserta program mammogram mengikut kawasan Dewan Negeri:
|
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan