Khamis, 21 Februari 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


PKR Unveils Think-Tank to Help Make Better Policies

Posted: 21 Feb 2013 05:27 AM PST

Malaysiakini

PKR has launched its new think-tank today with the aim to help them make policies that are "directed towards social justice and a sustainable future".

In addition, it would also run programmes to educate youths on being more effective in their activism.

The think-tank, dubbed 'Institut Rakyat', featured many prominent thinkers in its eight-member advisory panel.

These include former UN Research Institute for Social Development board member and economist Jomo Kwame Sundaram, constitutional law expert Azmi Sharom, Malaysia CEO of the Year 2010 award winner Stanley Thai, and media professor Zaharom Nain.

"They are the ones, with their expert advice, professional experience, intellectualism and scholarly experience, who will give directions to the think tank,” said Institut Rakyat director Wong Hoy Cheong.

"We need evidence-based policies, not policies that are created, and then followed by 'evidence' pulled out of thin air to support it."

Other notable figures in the institute include suspended Bank Islam economist Azrul Azwar Ahmad Tajudin who serves as the institute's research consultant, and former Maybank CEO Wan Azmi Wan Hamzah who serves as a director.

The institute is chaired by PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail and her deputy Syed Husin Ali, a former senator.

Although PKR-linked, Wong said the institute is dependent on donations from well-wishers and does not receive any funding from neither the party nor any government.

‘Offering critical analysis and commentary’

Meanwhile, the PKR de facto leader said the institute would be independent despite its relationship with his party during his keynote speech at the launch event in Subang.

"The paramount role of a policy studies institute is to offer critical analysis and commentary in order to influence them to meet the requirements of good governance.

"The establishment of this institute, being affiliated with PKR, grants the risk of being reduced to a self-serving mouthpiece.

"Hence it is of the greatest consequence that it should be independently run and that it performs the task it is set out to do in its charter, which among others is to advise and critique without fear or favour.

"To remain true to this, it must listen to the voice of the people. It must promote the culture of the ruling political coalition from the government – and I am anticipating an imminent victory, God willing," Anwar (right) said.

He added that young leaders in the party have long lobbied with the party's 'old guard' for a party-linked think tank just as other parties have done, but with freedom to do its own research.

"This is a rather unique event in my political experience, which is that I have to succumb to the pressure of the youth from time to time to create new institutes and new ideas," he said while thanking those involved in the lobbying.

MEDIA STATEMENT: President’s Statement on Disagreement in Johor

Posted: 20 Feb 2013 07:04 PM PST

Differences of opinion that exist between the Pakatan parties – whether with regards to seat negotiations or others matters – should not be brought out in the open carelessly, especially with elections around the corner.

Any disagreements within Pakatan should be resolved internally, as advised by DAP Secretary General Lim Guan Eng before.

PAS, DAP and KEADILAN have made major inroads in the Johor political landscape and we have established a common understanding on the big issues. Negative media statements do not help and can be exploited by our opponents.

At the same time, the KEADILAN leadership continues to give our confidence and trust in Chua Jui Meng to lead KEADILAN Johor. He has been contributing immensely in the development of the party in the state and should continue to be given the opportunity to continuously change the state for the rakyat.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDENT
PARTI KEADILAN RAKYAT

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Terengganu

Posted: 20 Feb 2013 06:18 PM PST

23 Februari 2013 (Sabtu)

1) 9.00 – 12.00 mlm – Gong Xi Fa Cai & Ceramah Perdana
Lokasi: Kampong Tiong, Kuala Terengganu

2) 9.00 – 12.00 : Ceramah Perdana Bersama Panglima Angkatan Tentera
Lokasi: Taman Perumahan Gong Badak, Kuala Nerus

3) Barisan Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid
iii. Brig Jen (B) Dato' Najmi Ahmad
iv. YB Tian Chua
v. YB Azan Ismail
vi. YB Abdul Wahit Endut
vii. Sdr Fauzi Abdul Samad
viii. Sdr Hishamuddin Abdul karim

Bangkitlah anak muda Malaysia

Posted: 20 Feb 2013 03:35 AM PST

Oleh: Nurul Izzah Anwar

Negara kita kini sedang berada di persimpangan. Dengan nisbah hutang kepada GDP yang kini sudah mencapai kadar 53 peratus – bahana bakal menanti anak muda yang tentunya akan mengambil alih bebanan hutang negara kita pada masa akan datang.

Berdasarkan bancian 2010, bilangan anak muda di bawah umur 35 tahun adalah 65 peratus. Pada 2020, mereka merupakan penentu masa depan negara, sama ada yang masih bersekolah, mahupun profesional. Golongan inilah yang akan memutuskan jaminan serta keselamatan masa depan negara kita.

Jika dilihat statistik pengundi baru, demografi juga berubah – terdapat lebih dari 2.4 juta pengundi baru daripada 13.3 juta pengundi untuk PRU13. Ini merupakan kenaikan sebanyak 30 peratus pengundi baru jika dibandingkan 2008.

Anak muda perlu bangkit dan meningkatkan kesedaran tentang PRU13, iaitu satu peluang untuk Malaysia beralih kepada sistem dua parti supaya kita mempunyai timbang tara lebih baik demi mengurangkan penyalahgunaan kuasa yang berpotensi menjunam ke arah kezaliman parti pemerintah.

Negara kita juga mengalami masalah pengangguran dan pengurangan tenaga kerja. Antara puncanya, ramai anak muda berkelayakan universiti tidak memperoleh pekerjaan atau terpaksa mencari pekerjaan yang tidak setimpal dengan tahap pendidikan mereka. Sejak 2006-2009 juga, pengangguran graduan hampir mencecah 30 peratus.

Inilah antara masalah anak muda yang perlu diberi perhatian dan diusahakan jalan penyelesaian agar mereka boleh mengecapi pendidikan tinggi dan pekerjaan dengan gaji yang cukup untuk menampung kehidupan di negara ini.

Salah satu inisiatif ingin saya pelopori adalah satu dasar khusus buat golongan muda yang boleh dipraktikkan di Malaysia. Antara agenda ingin saya ketengahkan dari segi ekonomi termasuklah memastikan golongan muda memperoleh pekerjaan yang akan menjamin masa depan mereka serta kestabilan ekonomi dan aset masing-masing.

Golongan muda seharusnya terlatih dan mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan hutang agar mereka dapat melangsaikan segala pinjaman yang tertangguh. Kebolehan untuk menguruskan kewangan dengan baik akan  memberikan keuntungan dalam pelan jangka masa panjang.

Keutuhan sistem politik yang tidak berpaksikan sistem authoritarian juga akan memanfaatkan rakyat. Masanya telah tiba untuk kita merombak sistem pilihan raya yang tidak adil. Isu pendaftaran pengundi tidak lengkap, kawasan sempadan yang tidak mencerminkan populasi pengundi, serta masalah pengundi hantu adalah perkara yang sehingga kini masih membayangi PRU.

Untuk mengurangkan masalah pendaftaran pengundi, sudah tiba masanya diwujudkan sistem pendaftaran automatik. Ia telah digunakan di negara seperti Finland, Chile, Germany dan Singapura. Sesiapa layak mengundi berdasarkan umur minimum, akan disenaraikan secara automatik untuk mengundi dalam pilihan raya.

Sekiranya gagasan politik yang sedia ada gagal menunaikan tanggungjawab memenuhi aspirasi rakyat, ia adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai generasi muda untuk membangkitkan sebuah gagasan alternatif agar terhasilnya timbang tara untuk kesejahteraan negara.

Saya berikan satu contoh usaha untuk merakyatkan politik dan memberi suntikan kepada semangat politik baru, di mana saya telah menjemput Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Senator Datuk Raja Nong Chik untuk turun berdebat. Rata-rata jawapan diterima daripada Barisan Nasional adalah pendirian bahawa pendebatan di dalam arena politik bukanlah sebahagian daripada budaya kita, tetapi kita harus sedar bahawa melalui perdebatan idea, cendekiawan-cendekiawan Islam seperti Ibnu Khaldun dapat mengembangkan pemikiran dan idea secara terbuka dan tidak secara sehala.

Saya pasti, berdebat dan penukaran idea adalah satu saluran penjana minda dan penaiktarafan daya intelek anak-anak muda di negara ini dan pendebatan di antara para pemimpin di mana terdapat pertembungan idea adalah satu model peranan yang baik untuk anak-anak muda di Malaysia.

Sudah tiba masanya kita menghentikan trafik bertali arus yang merupakan jalan sehala. Sudah tiba masanya suara dan aspirasi anak-anak muda didengari melalui saluran-saluran yang sedia ada.

Percayalah, debat itu, budaya kita.

Dipetik dari laman berita Sinar Harian.

 

Politik dan Khidmat Awam

Posted: 20 Feb 2013 03:34 AM PST

Oleh: Najwan Halimi

"Therefore, if you are interested, if you want to participate, if you feel strongly about any public question, whether it's labor, what happens in India, the future of American agriculture, whatever it may be, it seems to me that governmental service is the way to translate this interest into action, that the natural place for the concerned citizens is to contribute part of his life to the national interest. Like many decisions in life a combination of factors pressed on me, which directed me into my present profession."

John F. Kennedy, 1960

Saya seringkali ditanya oleh teman-teman: "Kerjaya apakah yang lebih mulia di mata rakyat; penjawat awam atau ahli politik?" Jawab saya: "Kedua-dua profesion adalah mulia dan terhormat asal saja kita tidak khianat dan berlaku zalim."

Kata mendiang John F. Kennedy atau JFK, mantan presiden Amerika Syarikat, kuasa seorang ahli politik barangkali besar, dan oleh sebab itu kuasa ini punya keperluan untuk disemak. Kata beliau lagi – hakikatnya, kerjaya sebagai ahli politik tetap menjadi satu kerjaya yang sering disalahguna dan diremehkan.

Namun demikian, kerjaya sebagai ahli politik-lah yang akan menentukan keputusan-keputusan besar tentang peperangan, keamanan, kemakmuran dan kemelesetan; keputusan sama ada mahu terus mara ke depan atau mundur ke belakang. Simpul beliau, dalam ertikata yang lebih besar, segalanya kini tergantung kepada apa yang diputuskan oleh Kerajaan.

Komitmen terhadap khidmat awam

Lantaran terkesan dengan ungkapan JFK, lima tahun yang lalu, sebaik tamat pengajian di universiti, saya memutuskan untuk menumpukan komitmen saya terhadap khidmat awam. Kebetulan, tatkala saya tamat pengajian pada Mac 2008, tsunami politik melanda negara dan beberapa orang anak muda muncul sebagai wakil rakyat.

Salah seorang daripadanya adalah teman saya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang ketika itu berusia 26 tahun, dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan merupakan wakil rakyat termuda yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 ketika itu.

Nik Nazmi mempelawa saya menyertai beliau dan membantu operasi pentadbiran pejabat khidmat rakyat yang dibuka di Kelana Jaya. Pada masa sama, saya juga bertanggungjawab menyelaras aktiviti politik beliau secara lebih sistematik dan konstruktif. Hampir setahun berkhidmat sebagai pembantu politik, saya kemudiannya beralih menceburi kerjaya sebagai jurutera – disiplin ilmu yang saya dalami ketika di universiti sebelum ini.

Bagaimanapun, saya tak kekal lama sebagai jurutera. Pada 2009, saya memilih untuk menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dan ditempatkan di Kementerian Pengangkutan. Akibat tekanan politik atasan, saya kemudiannya menyertai Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Ternyata, pengalaman peribadi saya sebagai seorang penjawat awam – dan kini sebagai politikus muda – sememangnya membenarkan apa yang dilontarkan oleh mendiang JFK iaitu perkhidmatan awam 'adalah bidang terbaik untuk menterjemahkan kemahuan menjadi tindakan dan adalah tempat terbaik untuk warga yang peka bagi menyumbangkan sebahagian daripada hidupnya untuk kepentingan nasional.'

Etika kerja dan campurtangan politik

Malangnya, di Malaysia kelihatan semacam wujud percanggahan dengan gambaran perkhidmatan awam seperti yang disifatkan oleh JFK. Persepsi terhadap perkhidmatan awam di negara ini tak lagi seperti yang lazimnya kita dengar.

Hari ini, perkhidmatan awam dan anggotanya dikaitkan dengan pelbagai konotasi negatif – laih, lembam, tidak produktif, korup dan bias. Perkhidmatan awam dianggap sebagai lubuk emas kelompok yang mencari keselamatan kerjaya dan kewangan menerusi jalan mudah.

Hakikatnya, persepsi ini ada asas lantaran wujud segelintir penjawat awam yang tak punya etika dalam bekerja. Amalan curi tulang, makan gaji buta, ponteng kerja dengan mengemukakan sijil cuti sakit palsu, memberi rasuah serta menerima suapan dan melakukan pekerjaan sambilan di dalam waktu pejabat merupakan antara kegiatan tak bertanggungjawab yang dilakukan oleh segelintir penjawat awam hingga menyebabkan nama baik perkhidmatan awam tercemar dan dipandang remeh.

Sebagai langkah untuk memperbaiki persepsi ini, kerajaan sewajarnya mengambil tindakan tegas dan pro-aktif dalam menangani gejala tersebut. Rata-rata semua penjawat awam yang mula berkhidmat akan didedahkan dengan Etika Perkhidmatan Awam (1979) dan turut tertakluk di bawah Perintah Am yang perlu dipatuhi.

Selain itu penjawat awam juga turut terikat dengan beberapa akta berkaitan antaranya Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencen 1980. Persoalannya adalah sejauhmana ianya dilaksana dan dikuatkuasakan?

Selain persepsi serong membabitkan budaya kerja penjawat awam, faktor bias dalam melaksanakan tugas khususnya membabitkan campurtangan politik juga merupakan wabak yang semakin membarah di dalam sektor perkhidmatan awam sejak kebelakangan ini. Gejala ini secara tidak langsung mengakibatkan banyak pelaksanaan dasar-dasar kerajaan terganggu dan tergendala.

Penjawat awam, khususnya yang berada dalam kumpulan pembuat keputusan seringkali terperangkap dan menjadi keliru lantaran arahan politik yang bertentangan antara satu dengan yang lain atau berlawanan dengan dasar perkhidmatan awam sedia ada juga bercanggah dengan kepentingan dan tatakelola kewangan kerajaan.

Ketempangan skim saraan

Selain daripada itu, isu melibatkan kenaikan gaji yang tidak setara dengan kenaikan kos sara hidup turut mengundang keresahan di kalangan penjawat awam. Di dalam Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang yang diumumkan oleh kerajaan, golongan berpendapatan rendah dari kategori perkhidmatan sokongan adalah merupakan golongan yang diberikan kuantum kenaikan gaji paling rendah berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain walhal kelompok inilah yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Hasil desakan pimpinan dan wakil-wakil Pakatan Rakyat di Parlimen, kerajaan telah mengumumkan pemansuhan SBPA pada Mac 2012 dan Skim Saraan Malaysia (SSM) digunapakai semula dengan beberapa penambahbaikan. Pengumuman tersebut kemudiannya disusuli dengan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam berkuatkuasa pada 25 April 2012.

Pelaksanaan dasar tersebut telah memperlihatkan peningkatan gaji 1.4 juta penjawat awam di mana tujuh hingga 13 peratus kenaikan gaji dilaksanakan mengikut gred masing-masing.[1] Namun demikian, pelaksanaan kenaikan kadar gaji ini masih tetap berpaksikan kepada hierarki kumpulan perjawatan seperti mana yang dicadangkan menerusi SBPA.

Apa yang mengecewakan adalah pihak kerajaan sehingga hari ini masih lagi belum membentangkan laporan hasil kajian yang dibuat oleh Suruhanjaya Khas Transformasi Perkhidmatan Awam berkaitan penyelarasan semula skim gaji penjawat awam sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa pada November tahun lalu.[2] Tatkala rakyat terus terbeban dengan kenaikan pelbagai kos sara hidup, isu yang melibatkan kebajikan penjawat awam ini kelihatan seolah-olah diremehkan dan tidak diberikan keutamaan sewajarnya oleh pihak kerajaan.

Meminima saiz perkhidmatan awam

Dalam mana kita komited untuk menaiktaraf skim saraan dan kebajikan anggota perkhidmatan awam, kita tidak seharusnya menafikan bahawa saiz perkhidmatan awam di negara ini adalah antara yang terbesar di dunia dan secara tidak langsung telah mengakibatkan kerajaan menanggung kos yang tinggi dalam perbelanjaan mengurus. Nisbah penjawat awam kepada penduduk Malaysia adalah sebanyak 4.68 berbanding Indonesia  sebanyak 1.79 dan Thailand sebanyak 2.06.[3]

Semakan saya mendapati, sehingga 30 September 2012, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memiliki seramai 40,558 kakitangan[4] dengan peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM5.74 bilion bagi tahun 2012.[5] Manakala White House pula memiliki seramai 468 orang kakitangan dengan perbelanjaan mengurus sebanyak USD37.8 juta atau RM115.3 juta.[6] Perbandingan ini jelas menunjukkan perbezaan ketara di antara pengurusan JPM dan White House baik dari segi perbelanjaan mahupun dari bilangan perjawatan.

Saiz perkhidmatan awam yang besar tidak menjamin kualiti penyampaian. Berdasarkan jawapan di dalam Parlimen[7] oleh Timbalan Menteri di JPM, Datuk Liew Vui Keong, di antara tahun 2005 hingga 2011 sejumlah 5,983 orang penjawat awam telah disiasat kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah. Berdasarkan jumlah tersebut, seramai 816 orang penjawat awam telah didakwa di mahkamah, 324 orang disabitkan kesalahan, 69 orang dilepaskan dan 298 telah dibebaskan daripada pendakwaan. Manakala 105 kes masih lagi dibicarakan atau sedang melalui proses rayuan dan sebanyak 20 kes telah ditarikbalik.

Oleh yang demikian, satu tindakan menyeluruh perlu diambil untuk meminimakan saiz perkhidmatan awam di negara ini bertujuan untuk menjimatkan kos perbelanjaan serta untuk memastikan bahawa hanya mereka yang benar-benar layak sahaja yang wajar diserap dan dilantik untuk berkhidmat di dalam sektor awam.

Pada masa sama, kerajaan juga perlu memastikan bahawa mana-mana penjawat awam yang gagal menunjukkan prestasi kerja yang baik dan terjebak dalam masalah disiplin serta disabitkan dengan kesalahan jenayah – tanpa mengira pangkat dan kedudukan – perlu disingkirkan dari berkhidmat demi menjaga nama baik dan imej perkhidmatan awam.

Tawaran Pakatan Rakyat

Perkhidmatan awam merupakan asas kepada sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat. Sistem penyampaian yang berkualiti dan efisyen adalah sangat mustahak dalam menjamin kelangsungan dan kelancaran pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Justeru, saya tertarik untuk menyorot kembali tawaran-tawaran yang telah diajukan oleh Pakatan Rakyat dalam usaha mereka memenuhi komitmen untuk mewujudkan satu sistem perkhidmatan awam yang berwibawa dan berintegriti.

Bagi mencapai tujuan tersebut, Pakatan Rakyat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 yang diadakan di Alor Star, Kedah pada tahun lalu telah mengumumkan Tawaran Jingga yang mengandungi dasar-dasar asas untuk memperkasa perkhidmatan awam negara seandainya diberi mandat mentadbir negara. Enam tawaran tersebut adalah:

  1. Memberikan pengiktirafan kuasa yang sewajarnya kepada perkhidmatan awam dengan menolak sama sekali sebarang campur tangan politik. Memartabatkan Perkhidmatan Awam sebagai sebuah entiti yang memberi khidmat professional mereka kepada 'government of the day';
  2. Mewujudkan satu model perkhidmatan awam yang saksama atau 'equitable' untuk semua kategori perkhidmatan termasuk professional dan pengurusan, badan berkanun, perkhidmatan tadbir negeri, perkhidmatan sokongan dan separa professional dan lain-lain lagi supaya semua penjawat awam merasakan bahawa perkhidmatan mereka di hargai dalam menyumbang untuk pembangunan negara;
  3. Mengurangkan pertindihan tugas di dalam pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dengan cara mengadakan suatu penjustifikasian semula supaya sumber-sumber yang bertindih dapat diagihkan semula ke agensi-agensi yang memerlukan gunatenaga mereka dengan tidak mewujudkan 'redundancy' di dalam skop tugas dan bidangkuasa kakitangan awam;
  4. Mewujudkan satu perkhidmatan awam yang tidak bersifat 'PTD-centric';
  5. Membuka ruang seluasnya untuk kenaikan pangkat secara 'merit' dan telus. Bagi tujuan ini, satu mekanisma yang sistematik akan diwujudkan supaya kelayakan, kemahiran dan pengalaman kakitangan awam dapat dipertingkatkan secara konsisten bagi tujuan ini; dan
  6. Menyemak semula pelaksanaan SBPA supaya sistem penggajian sektor awam bersifat lebih saksama kepada semua golongan kakitangan awam, terutamanya kategori perkhidmatan sokongan dan separa profesional.

Politik sebagai cabang khidmat awam

Sebagai barisan pimpinan pelapis di dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Rakyat, saya dan teman-teman seangkatan yang lainnya yakin dan percaya bahawa KEADILAN dan Pakatan Rakyat merupakan gagasan politik masa depan untuk rakyat Malaysia. Dimensi baru politik negara pada hari ini telah menyaksikan banyak perubahan khususnya menerusi penglibatan besar anak-anak muda dalam mencorak dan menentukan hala tuju politik dan masa depan negara.

Tekad saya adalah untuk melihat negara ini bangkit dari kegawatan politik, ekonomi dan sosial yang telah sekian lama melanda dan melemahkan sendi-sendi asas negara ini. Pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan perkhidmatan awam kini merupakan sendi-sendi asas negara yang sedang dilanda kesakitan akibat kepincangan tatakelola dan pencabulan demokrasi oleh pentadbiran Barisan Nasional.

Seandainya ditakdirkan Pakatan Rakyat diberi amanah untuk memacu negara ini, maka tumpuan khusus perlu diberikan untuk memulihkan sendi-sendi asas negara ini. Demokrasi perlu dimaknai kembali. Hak asasi rakyat perlu dimartabat dan dikembalikan. Inilah hasrat utama saya dan teman-teman seangkatan.

Dalam berbicara tentang perkhidmatan awam dan ungkapan JFK tentang kepentingan politik dan khidmat awam yang membentuk kemajuan sesebuah negara, saya kekal percaya bahawa kedua-dua kerjaya; baik sebagai seorang penjawat awam mahupun sebagai seorang ahli politik adalah pekerjaan yang mulia dan berwibawa. Keduanya saling berkait dan punya simbiosis antara satu dengan yang lain.

Barangkali tak salah untuk saya simpulkan bahawa politik – kerjaya yang saya ceburi sekarang ini – adalah cabang utama khidmat awam. Politik bukanlah sekadar pesona jawatan. Politik adalah komitmen hidup kita terhadap negara dan rakyat. Politik adalah khidmat awam yang paling agung.

 

Najwan Halimi pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Beliau kini merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia dan boleh dihubungi menerusi www.facebook.com/najwanhalimi.

*Artikel ini dipetik dari laman JalanTelawi.com.

Nota Hujung:

[1]^ (ke atas)   Ooi Heng, Pendedahan di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia(Strategic Information and Research Development Centre, 2012) halaman 104

[2]^    BERNAMA, Kerajaan Kaji Semula Skim Gaji Penjawat Awam Mulai Tahun Depan, 31 Oktober 2012, http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=706086

[3]^ The Malaysian Insider, Pakatan says won't slash civil service size, 9 November 2011,http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pakatan-says-wont-slash-civil-service-size

[4]^   Jabatan Perkhidmatan Awam, Statistik Perjawatan Dan Pengisian Mengikut Kumpulan Perkhidmatan (sehingga 30 September 2012), 8 Januari 2013,http://www.jpa.gov.my/status/index3_1.html

[5]^  Kementerian Kewangan, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, halaman 6,http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2012/ap1.pdf

[6]^    The Washington Times, White House payroll costs up 2 percent over previous year, 2 Julai 2012, http://www.washingtontimes.com/news/2012/jul/2/white-house-payroll-costs-2-percent-over-previous-/

[7]^   The Star, About 6,000 cases of corruption in civil service since 2005, 28 Jun 2012,http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/6/28/nation/20120628151224&sec=nation

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


PAS desak SPRM siasat kroni miliki tanah kerajaan

Posted: 20 Feb 2013 11:28 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




IPOH: PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) berhubung kelulusan pemilikan tanah kerajaan negeri di Bandar Seri Iskandar.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Iskandar Al-Hiss berkata, tanah seluas kira-kira 14.164 hektar (35 ekar) diberikan pajakan negeri kepada Syarikat Proaktif Upaya Sdn. Bhd milik Setiausaha Pemuda BN Perak yang juga Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat sekitar bulan April 2012 yang lalu.

Menurutnya, pihaknya mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa negeri mengikut perjumpaan majlis mesyuarat meluluskan pajakan tersebut kepada Ketua Pemuda Umno itu.

"Ini menimbulkan persoalan bagaimana tanah tersebut boleh diluluskan kepada kroni mereka," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas selesai membuat laporan di SPRM Perak, Meru, Ipoh dekat sini hari ini. (Gambar atas)

Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu, Salman Saleh, Hafez Sabri dan Safarizal Saleh.

Katanya, hasil daripada semakan pihaknya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat itu terbukti dikategorikan tidak aktif.

Ini, katanya menjadi satu tanda tanya kepada rakyat khususnya di negeri Perak bagaimana kerajaan negeri boleh memberi pemilikan tanah ini kepada syarikat pemimpin mereka yang dibuktikan tidak aktif.

Mengulas lanjut, katanya tanah tersebut diberikan pajakan negeri selama 99 tahun dengan kos keseluruhan hampir RM45,000.

"Kami hari ini tampil mengemukakan laporan agar pihak SPRM membuka kertas siasatan kerana berlaku penyalahgunaan kuasa di atas kelulusan tersebut.

"PAS mendesak agar pihak SPRM menjalankan siasatan dengan beberapa dokumen sokongan seperti peta dan juga akaun terima bayaran bagi bukti siasatan," jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.

Jelas Raja Iskandar, kelulusan tersebut ternyata menjadi persoalan adakah pemberian tersebut mempunyai unsur-unsur salah guna kuasa kerana ianya melibatkan pemimpin parti politik.

"Kami juga mengharapkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Kadir menjawab isu ini kerana ianya melibatkan integriti kerajaan yang dipimpin beliau.

"Kami harap satu lagi pendedahan ini dapat dijelaskan kepada umum dan kami tidak teragak-agak untuk meneruskan pembongkaran penyelewengan BN Perak," tegasnya.

harakahdaily/-

14 cedera letupan gas di Kansas City

Posted: 20 Feb 2013 11:25 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


14 cedera letupan gas di Kansas City
Anggota bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran di Kansas City.
 
KANSAS CITY - Sekurang-kurangnya 14 orang cedera dan dua dikhuatiri hilang apabila satu letupan gas yang mencetuskan kebakaran besar berlaku di bandar mewah Kansas City, Amerika Syarikat, semalam.

Pengurus Kansas City, Troy Schulte berkata, insiden itu dipercayai berpunca daripada kontraktor utiliti yang mungkin menyebabkan letupan tersebut.

"Setakat ini kami belum menerima laporan kematian berhubung kejadian itu," katanya.

Sementara itu, polis Kansas City, Rhonda Flores berkata, letupan itu berpunca daripada sebuah kereta yang merempuh gas utama kira-kira jam 6 petang (waktu tempatan).

"Seramai 100 anggota bomba dari empat balai dikerah ke tempat kejadian bagi mengawal kebakaran," katanya.

Menurut seorang saksi, sebelum letupan berlaku mereka terhidu bau gas dari sebuah restoran berhampiran. - AFP

Terperosok bawah treler

Posted: 20 Feb 2013 11:23 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Terperosok bawah treler
Teksi terperosok bawah treler selepas dirempuh sebuah lagi treler yang datang dari belakang.
S Tharmalinggam
S Tharmalinggam
 
PORT DICKSON – Tiga penumpang cedera selepas teksi yang sedang perlahan untuk berhenti di lampu isyarat dilanggar sebuah treler di Bandar Spring Hill, dekat sini, petang kelmarin.

Pelanggaran berlaku kira-kira 7 petang itu turut menyebabkan teksi yang dipandu S Tharmalinggam, 53, terperosok ke bawah sebuah lagi treler berasingan.

Menurut Tharmalinggam,  dia bersama tiga penumpang berkenaan dalam perjalanan dari Seremban ke Lukut.

"Saya memandu dengan kelajuan sederhana. Sebaik tiba di tempat kejadian, saya perlahankan kenderaan kerana ada lampu isyarat.

"Tiba-tiba berlaku hentaman kuat di bahagian belakang teksi menyebabkan teksi saya terdorong ke bahagian bawah sebuah treler yang berada di laluan bersebelahan," katanya.

Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku terlalu pantas dan dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

"Mujur kemalangan tidak terlalu teruk. Saya bersama seorang penumpang yang duduk di tempat duduk hadapan, serta dua yang duduk di belakang bagaimanapun boleh keluar dari kereta.

"Saya tidak cedera, cuma seorang penumpang mengalami patah kaki. Manakala dua penumpang lagi cedera ringan di anggota badan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian.

Kesemua penumpang dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, pemandu treler yang dikenali sebagai Joe, 36, berkata, kejadian berlaku apabila dia cuba mengelak daripada melanggar treler yang berada di hadapannya apabila treler terbabit memperlahankan kelajuan serta berhenti dengan mengubah ke laluan sebelah.

"Tapi, saya tak sangka akan melanggar teksi pula," katanya.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.

Kedua-dua pemandu treler yang tidak membawa sebarang muatan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

sinar/-

Tanah perkuburan untuk ketua mafia

Posted: 20 Feb 2013 11:21 PM PST

Foto10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
 
Moscow: Walaupun selepas mati, kumpulan penjenayah Russia tetap mahu mempamerkan diri mereka dengan menonjol dan memilih tanah perkuburan untuk melakukannya. 

Di kawasan Tanah Perkuburan Shirokorechenskoye di bandar Yekaterinburg, waris si mati memilih batu marmar besar dan mahal untuk memberitahu siapa yang ditanam di situ.

Yekaterinburg dikenali sebagai bandar raya utama jenayah di Russia.
Menurut media, sesetengah batu peringatan di situ dibina setinggi dua meter dan berharga sehingga RM100,000.

Setiap satu batu itu mempamerkan gambar si mati segak bergaya dengan pakaian mahal, atau sesetengahnya menggenggam penumbuk. Batu itu mengingatkan orang ramai kepada pelbagai aktiviti jenayah di 

Yekaterinburg dan ia pernah menjadi pangkalan kumpulan samseng Uralmash yang diuruskan dengan teratur. Pada era 1990-an, berlaku perang besar-besaran antara anggota kumpulan penjenayah itu, menyebabkan pelbagai kejadian ganas termasuk serangan bom dan mesingan.

Bloger Russia, Vladimir Markov, berkata apa yang ada di Yekaterinburg menunjukkan betapa uniknya Russia. "Kubur ini adalah simbol sisi gelap Russia moden yang dipenuhi amalan rasuah dan keganasan," katanya. Melihat kepada gambar pada batu itu, katanya, ia jelas menunjukkan betapa besar ego penjenayah terbabit.

TANAH perkuburan Shirokorechenskoye menjadi tempat bersemadinya ramai penjenayah Russia.
"Walaupun mati, mereka mahu diberi penghormatan sama seperti ketika hidup," katanya. - TS

Penguin Happy Feet Jr terkandas

Posted: 20 Feb 2013 11:18 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Penguin Happy Feet Jr terkandas
Penguin digelar Happr Feet Jr dirawat di zoo Wellington, New Zealand.
 
WELLINGTON - Sekumpulan penguin digelar Happy Feet Jr ditemui terdampar di selatan pantai Wellington, New Zealand.

Pakar veterinar, Lisa Argilla berkata, penguin itu dipercayai sesat kira-kira 2,000 kilometer dari koloni pembiakan di Macquarie Island, Antartika.

"Ketika ditemui penguin itu dalam keadaan kurus, kebuluran dan mengalami kegagalan buah pinggan," katanya.

Menurutnya, kumpulan penguin dipercayai meninggalkan Antartika pada Februari tahun lalu. - AP

PBT tiada kuasa sekat AES: Selangor akan buat rayuan

Posted: 20 Feb 2013 11:17 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor memandang serius keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina diatas jalan persekutuan termasuk kamera AES.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor  telah merangka beberapa tindakan susulan termasuk mengarahkan kamar Penasihat undang-undang Negeri Selangor dan jabatan undang-undang Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk menyemak nota kehakiman dan memfailkan rayuan.

Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

Ini ekoran keputusan Mahkamah hari ini yang memutuskan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa ke atas sebarang struktor yang dibina di atas jalanraya persekutuan khasnya lebuhraya.

Keputusan ini dibuat ekoran permohonan kontraktor kepada Automated Enforcement System (AES), Beta Tegap Sdn Bhd kepada mahkamah untuk mengkaji kuasa undang-undang (judicial review).

Ini ekoran tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang menghalang pemasangan kamera AES di atas tanah di negeri mereka.


Sehubungan dengan itu, Kahlid berkata, Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor untuk menyediakan senarai cadangan pembangunan persekutuan samada lebuhraya atau Prasarana Transit Aliran Ringat (LRT) untuk disemak semula oleh Majlis Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan kerajaan negeri terjamin.

Pada masa yang sama mana-mana kebenaran pembangunan  yang telah diberikan kepada jalanraya dan prasarana persekutuan hendaklan digantung buat sementara waktu sehingga proses rayuan selesai.

harakah/-

Rafizi Kepada Zahid: Kata Hendak Saman Saya, Samanlah Kalau Berani!

Posted: 20 Feb 2013 11:14 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sehingga hari ini masih menunggu surat saman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pendedahannya mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad.

"Saya sampai hari ini masih menunggu saman beliau yang belum dihantar kepada saya agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah. Saya hanya terima surat tuntutan (demand), bukan surat saman," kata Rafizi.

Zahid dilaporkan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu.

"Selepas saya mendapat maklumat (dokumen perjanjian Boustead), saya lebih dari bersedia untuk ke mahkamah. Saya ingin menegaskan Datuk Seri Zahid gagal dalam menjaga kebajikan angkatan tentera," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berpandangan ada 'orang lain' yang mendapat keuntungan dari semua urusniaga, transaksi dan pindah milik tanah antara Boustead Holdings dengan Awan Megah dan Asta Canggih Sdn Bhd.

"Saya rasa Raja Ropiah Abdullah adalah proksi kepada pihak tertentu. Raja Ropiah tak penting untuk segala terma perjanjian yang berjumlah ratusan juta ringgit.

"Kontrak dianugerah selepas Awan Megah gagal melaksanakan projek Puspahanas (Pusat Latihan Pertahanan Nasional), selepas anugerah (kontrak) Kementerian Pertahanan menjadi kontroversi," kata Rafizi.

Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 setiap satu, sebagai tindakan membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan akses kepada dokumen unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pekerja gunting rambut dengan mata tertutup

Posted: 20 Feb 2013 11:13 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

SEVASTOPOL, Ukraine - Seorang pakar menggunting rambut, Oleg Maksyuk menggunakan dua bilah gunting semasa dia memotong rambut pelanggan wanita di sebuah salun di sini pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, dia menggunting rambut dengan kedua-dua matanya ditutup dengan kain penutup mata berwarna gelap.

Maksyuk membuat kerja-kerja itu dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke salunnya. - AFP

Dibelasah hingga koma

Posted: 20 Feb 2013 10:56 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

FotoKuantan: Seorang pembantu rumah kini bertarung dengan maut di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas dibelasah dengan kayu sepanjang satu meter hingga koma oleh seorang penyamun yang memecah masuk rumah majikannya di Lorong Sekilau 61, Taman Perdana, Jalan Haji Ahmad di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Bahriah Amaq Limah, 30, dari Lombok Tengah, Indonesia, parah di kepala, muka dan mata kanan akibat dihentak dengan kayu sebelum penyamun berkenaan melarikan diri bersama hasil rompakan dianggar bernilai RM7,000.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa tinggal berdua dengan ibu mentua majikannya yang berusia 70 tahun dan sedang melakukan rutin harian membersihkan bahagian atas rumah dua tingkat itu manakala warga emas berkenaan berada di dapur.

Majikan mangsa yang mahu dikenali sebagai Hee, 37, berkata wanita yang baru tiga bulan bekerja dengannya itu kini terlantar di ICU HTAA dan masih tidak sedarkan diri.
BAHRIAH kini terlantar di ICU.

Hee, seorang peniaga bergegas pulang selepas mendapat panggilan telefon daripada ibu mentuanya memaklumkan kejadian berkenaan.

metro/-

'Yang serang kami keluar dari bangunan Umno Pekan'

Posted: 20 Feb 2013 09:53 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) hari ini menyerahkan memorandum bantahan keganasan samseng Umno terhadap mahasiswa di Parlimen Pekan.

Memorandum tersebut turut disertakan dengan salinan laporan polis, video dan gambar sebagai bahan bukti tambahan bagi membantu siasatan polis.


Gambar-gambar samseng yang mereka ambil dari rakaman video juga diedarkan kepada wartawan hari ini. (gambar)

Pengerusinya, Syis Abdul Kadir berkata, GM13 menggesa pihak polis mengadakan siasatan segera berhubung insiden yang disifatkan sebagai pencabulan demokrasi itu.

"GM13 mahu siasatan dijalankan dengan adil terhadap mereka yang melakukan keganasan ini kerana kami telah membuat laporan polis pada hari insiden serangan," kata beliau kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil polis Bukit Aman, Kavetha.

Mengulas lanjut, Syis berkata, pihaknya berani menggelarkan individu yang melakukan serangan sebagai samseng Umno kerana mereka nampak individu-individu tersebut keluar dari Bangunan Umno Bahagian di Pekan.

(Syis menyerahkan memo kepada pasukan polis)

"Mungkin yang lakukan itu penduduk tempatan. Tapi sewaktu mengedarkan risalah dari rumah ke rumah, sambutan mereka baik.

"Cuma di bandar Pekan, kami yakin orang yang memaki hamun dan menghalau kami itu orang Umno kerana kami nampak mereka keluar dari Bangunan Umno berhampiran," katanya.

Turut hadir ialah seorang aktiivis yang diserang,  Ekhsan Bukhari yang merupakan bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Presiden Pro Mahasisawa UM, Edikop Lakip Sadiyanto.

harakah/-

Kanak-kanak lelaki dibunuh, disimen jadi patung

Posted: 20 Feb 2013 08:05 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

 
Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan umum Karang Tembok, Surabaya pada Selasa malam, ketika anggota keluarga dan ratusan penduduk kampung mengebumikan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga setengah tahun, yang dibunuh dan disimen menjadi patung oleh seorang jirannya.
  
Laporan media tempatan menyebut pembunuhan kejam Fahri Khusaeni Romadhon itu terbongkar tengah hari semalam apabila penduduk yang mencari kanak-kanak itu menjumpainya di belakang rumah seorang jiran di kawasan Jalan Endrosono, Surabaya dalam keadaan sudah menjadi patung simen, setelah mencari sumber bau busuk dari rumah itu.
  
Tanpa memecahkan simen itu, mereka sudah mengenali bahawa ia adalah jasad Fahri kerana rupa bentuk 'patung' itu mirip ukuran badannya dan penemuan itu terus dilaporkan kepada polis.
  
Fahri dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu.
  
Polis sudah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes itu dan sedang menyiasat motif pembunuhan.
  
Suspek yang dilaporkan mempunyai latar belakang gangguan jiwa, ditahan petang semalam, tidak lama selepas penemuan jasad Fahri.
  
Seorang jurucakap polis Daerah Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya berkata suspek dipercayai membunuh dengan cara menghempasnya beberapa kali ke lantai.
  
Berdasarkan pengakuan suspek, dia nekad membunuh Fahri kerana berasa sakit hati dengan bapa kanak-kanak itu dan dengan alasan takut dibunuh, suspek membunuh anak jirannya itu terlebih dahulu.
  
Polis sedang memeriksa kesihatan mental suspek selain menyiasat sama ada orang lain yang tinggal bersama suspek di dalam rumah berkenaan, yang kini sudah dikosongkan, turut terlibat dalam kejadian itu.

- Bernama

RM2.2j lesap sekelip mata

Posted: 20 Feb 2013 08:00 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

FotoPetaling Jaya: Tiga lelaki bersenjatakan pistol melarikan wang tunai RM2.2 juta dari sebuah van syarikat keselamatan dalam kejadian di Jalan 227, Seksyen 51A, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sebelum itu tiga pengawal keselamatan berusia dari 20 hingga 30-an itu dalam perjalanan menghantar wang berkenaan ke sebuah bank di ibu negara sebelum berhenti di medan selera di jalan berkenaan untuk membeli sarapan kira-kira jam 10 pagi.

Menurutnya, mereka mendakwa hanya dua orang yang keluar untuk membeli makanan manakala pemandu menunggu dalam van.

"Sebaik dua pengawal kembali ke van dengan bungkusan makanan, tiba-tiba mereka diserbu dua lelaki yang memakai topeng.
SARAPAN pengawal keselamatan berselerak dalam van.

"Seorang daripadanya mengacu pistol ke arah pengawal berkenaan dan mengarahkan mereka menyerahkan wang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini.

METRO/-

Amuk suruh solat

Posted: 20 Feb 2013 07:54 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Ampang: Lebih setahun dia menahan sabar dan memendam derita berikutan sikap panas baran isterinya, namun semua itu langsung tidak memberi kesan apabila wanita disayanginya bukan saja tidak insaf, malah semakin besar kepala.

Kemuncaknya, si suami menerima lebih 20 jahitan di kepala dan badan apabila isteri kesayangannya itu menetaknya dengan pisau pemotong daging di rumah mereka di Hulu Klang, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2 petang selepas lelaki berusia 49 tahun itu menyuruh wanita berkenaan menunaikan solat dan mengawal sikap panas barannya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa yang menjalankan perniagaan sendiri baru pulang ke rumah dan meminta isterinya yang berusia lewat 30-an menunaikan solat Zuhur.

"Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang sebelum memarahi lelaki terbabit dan pertengkaran berlaku di antara mereka. 

metro/-

Penjelasan gambar dengan Chua Soi Lek

Posted: 20 Feb 2013 07:32 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




(Gambar yang disebarkan dalam internet)

KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.

Antaranya gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh serta Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di sebuah hotel.

Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu.

ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut.

Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah Armenia, Bangladesh, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Iraq, Japan, Kazakhstan, Republic of Korea, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Russia, Sri Lanka, Syria, Tajikistan, Thailand, Turkey dan Vietnam.

Turut menjadi wakil PAS selain tiga pemimpin dalam gambar tersebut adalah adalah Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun beliau tidak ada dalam gambar tersebut, tetapi dilihat ada dalam gambar-gambar lain di persidangan tersebut.

Chua Soi Lek pula hadir mewakili BN bersama Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam persidangan itu, Datuk Mustafa Ali telah diberi penghormatan untuk berucap mewakili PAS.

Mustafa ketika diminta menjelaskan gambar itu berkata, ianya perbualan biasa dan tiada apa yang perlu dipolemikkan.

"Kami deligasi dari Malaysia ditempatkan di hotel yang sama. Jadi ada kalanya bertembung dan berbual lah.

"Kalau tak silap saya, gambar itu diambil oleh pembantu Chua Soi Lek sebab kami semua ada dalam gambar itu," katanya sambil ketawa.

harakahdaily/-

PAS kesal bendera BN dipasang di masjid

Posted: 20 Feb 2013 07:30 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



(Langkah BN gantung benderanya di masjid-masjid dibantah)

KOTA KINABALU: PAS Putatan melalui sayapnya iaitu Urusan Ulamak menyeru agar institusi masjid dan surau di sekitar kawasan Putatan supaya tidak menjadi alat kepada UMNO-BN dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Ini adalah susulan beberapa isu yang menunjukkan bahawa UMNO-BN mengambil kesempatan
menggunakan masjid sekitar Kota Kinabalu dengan menggantung kain rentang dan bendera Barisan Nasional seperti yang terjadi di masjid-masjid.

Antaranya Masjid Negeri Sabah (MNS) dan Masjid Al-Aman berdekatan Pasar
Filipina di bandar Kota Kinabalu.

Ketua Urusan Ulamak PAS Putatan, Ustaz Shafiq Mohd Ismail berkata tindakan menjadikan masjid sebagai lokasi bagi meraih sokongan politik adalah satu tindakan yang amat terdesak.

Ini sekaligus mencemarkan institusi masjid sebagai pusat penyebaran syariat Islam dengan kehadiran kain rentang dan bendera dari sebuah parti yang tidak menjadikan Islam sebagai dasarnya.

"Bagaimana boleh dibenarkan sebuah parti yang dasarnya bertentangan dengan Islam iaitu
sekularisme boleh menggantung kain rentangnya di masjid yang menjadi pusat penyebaran syariat Islam? Ini sesuatu yang tidak masuk akal," kata Ustaz Shafiq.

Urusan Ulamak PAS Putatan juga melahirkan rasa kebimbangan mengenai kuliyyah-kuliyyah ilmu
di Masjid Negeri Sabah (MNS) yang kian dibatalkan dan dihalang hasil tekanan dan desakan dari
UMNO-BN.

Maka, Ulamak PAS Putatan turut menggesa agar pihak pengurusan masjid dan yang
berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya secepat yang mungkin bagi menangani masalah-masalah yang dicetuskan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

"Kita melihat Masjid Negeri Sabah yang dahulunya subur dengan majlis dan kuliyyah ilmu kini kian
sepi akibat tindakan khianat UMNO-BN.

"Ramai penceramah yang ikhlas menjalankan kerja dakwah kini tidak dapat berbuat demikian di Masjid Negeri Sabah.

"Kita menggesa kepada pihak pengurusan masjid supaya lebih tegas terhadap perkara ini agar UMNO-BN tidak mencemarkan institusi masjid dengan pengaruh dan politik songsang yang diamalkan oleh mereka selama ini," tambah Ustaz Shafiq lagi.

harakahdaily/-

Ketua Urusan Ulama Serdang meninggal

Posted: 20 Feb 2013 07:30 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


SERDANG: Dr Abdul Basir Alias, 47, (gambar) Ketua Urusan Ulama PAS Serdang meninggal dunia di hospital Serdang pagi ini.

Allahyarham dikatakan jatuh di rumahnya dan disahkan meninggal di Hospital Serdang.

Allahyarham yang pernah menjadi pensyarah di sebuah institut perguruan meninggalkan meninggalkan seorang balu serta tujuh anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan selepas Solat Asar di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Merab Luar selepas itu.

Kepada yang ingin menyumbangkan kepada keluarga Allahyarham, boleh dimasukkan ke dalam akaun BIMB Norzaidah Mohd Yassin akaun nombor 12029020593341.

Sebelum ini, Harakahdaily pernah menyiarkan cerita tentang Allahyarham yang ditumbuk (gambar atas) oleh samseng Umno dalam satu mesyuarat masjid.

harakah/-

Untungnya Raja Ropiaah, lihat cara dia buat duit

Posted: 20 Feb 2013 06:00 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah, yang memiliki Awan Megah Sdn Bhd (AMSB) mendapat durian runtuh daripada perjanjian yang ditandatanganinya dengan  anak syarikat  Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Perjanjian itu ditandatangani antara Bakti Wira Sdn Bhd (BWSB), sebuah anak syarikat Boustead Holdings Berhad dan secara langsung dimiliki oleh Lembaga Tabung
Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki saudagar permaidani, Deepak Jaikishan.

Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, yang menjadi seorang pemegang saham minoriti Boustead Holding Bhd untuk meneliti dokumen perjanjian, Raja Ropiaah telah "dianugerahkan" lebihan RM130 juta dalam keuntungan hasil daripada perjanjian tersebut.

"Saya benar-benar terkejut dengan beberapa urusniaga yang sebelum ini disembunyikan dari pengetahuan umum dan pemegang saham yang lain kerana tidak difailkan kepada Bursa Malaysia.

"Urusniaga-urusniaga ini dirancang dan dimeterai dengan satu tujuan iaitu memberikan durian runtuh kepada Raja Ropiaah," kata Rafizi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Antara fakta yang dipetik Rafizi dalam perjanjian berkenaan:

1.     Kementerian Pertahanan telah menganugerahkan kontrak tambahan
sebanyak RM15 juta kepada AMSB.

2.     23.2 ekar tanah daripada 232.2 ekar tanah yang dipindahkan kepada BWSB kekal di tangan Raja Ropiaah walaupun pembayaran sebanyak RM130 juta telah dibuat atas alasan mengembalikan tanah-tanah kepada anak syarikat LTAT.

3.     Boustead Holdings Berhad juga mendahulukan wang sebanyak RM4 juta
kepada Raja Ropiaah membeli dan menguasai 20 peratus pegangan di dalam ACSB.

4.     BWSB diarahkan untuk menjelaskan apa-apa hutang agar perjanjian usahasama di antara Raja Ropiaah dan GuppyUnip dapat dibatalkan.

Di dalam kertas perjanjian kedua melibatkan pembelian saham yang melibatkan BWSB dan pemegang saham ACSB, Rafizi mendakwa wujud syarat jelas untuk Deepak tidak membuat sebarang kenyataan tanpa kebenaran Boustead Holdings Berhad.
"Ia mengesahkan dakwaan saya sebelum ini bahawa perjanjian bertujuan menutup mulut Deepak," kata Rafizi.

Selain itu, Rafizi mengulangi cabarannya kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menyaman beliau.

"Buat masa sekarang, saya ingin menegaskan kembali bahawa Datuk Seri Zahid Hamidi telah gagal dalam menjaga kepentingan dan kebajikan angkatan tentera.

"Saya juga masih menunggu saman beliau yang belum lagi dihantar kepada saya, agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah," tambah Rafizi.

harakah/-

Lima cedera kerangka lama bumbung Stadium Gong Badak runtuh

Posted: 20 Feb 2013 06:00 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Lima cedera kerangka lama bumbung Stadium Gong Badak runtuh
Sebahagian daripada kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh di Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Bernama
Lima cedera kerangka lama bumbung Stadium Gong Badak runtuh
Beberapa pekerja dan anggota Bomba memberi rawatan kepada mangsa yang cedera akibat runtuhan kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin - Foto Bernama
 
KUALA TERENGGANU - Lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini yang dalam proses baik pulih, runtuh hari ini.
Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata ketika kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, lapan pekerja sedang menjalankan kerja membaik pulih bumbung stadium itu.

"Dianggarkan 137 meter iaitu kira-kira dua pertiga daripada struktur asal bumbung telah runtuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pekerja yang parah ialah Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 22, Mohd Saidi Ismail, 21, dan Safian Abdul Manaf, 21, manakala dua yang cedera ringan ialah ringan Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31.

Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari tempat runtuhan setengah jam selepas runtuhan dan kini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, katanya.

Hamzah berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika ditemui pemberita di Seri Iman di sini, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan kerja baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat.

Stadium berkenaan terpaksa menjalani proses baik pulih dengan kos RM15 juta setelah bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

Sementara itu, seorang saksi kejadian Ahmad Faizan Ramli yang juga rakan mangsa berkata beliau mendengar satu bunyi dentuman yang kuat sebelum melihat kerangka besi itu runtuh menghempap rakannya.
"Ketika kejadian rakan-rakanya sedang melakukan kerja pemotongan struktur bumbung lama yang turut membabitkan penggunaan beberapa kren," katanya.

Seorang daripada mangsa yang terselamat, Safian Abdul Manaf, 21, berkata kejadian berlaku terlalu pantas kira-kira sejam selepas dia mula bekerja.

Katanya ketika itu dia sedang mengalih kerangka sepanjang 137 meter dengan ketinggian 25 meter dan sempat melihat kerangka besi itu jatuh lalu menghempapnya.

Akibat kejadian itu dia mengalami patah kaki kanan, luka di mulut serta patah gigi.

"Lepas dihempap, muka saya pula tersembam di bahagian tangga sehingga menyebabkan gigi saya patah dan mulut saya berdarah. Lepas tu, saya dah tak sedar apa-apa," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Selain Safian, turut cedera dalam kejadian itu ialah Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 25, yang cedera di lutut kanan serta Mohd Saidi Ismail, 21, yang cedera di pinggang.

Dua mangsa yang cedera ringan ialah Mohd Syukri Jusuh, 31, dan Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan kesemua mereka turut dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, seorang lagi pekerja, Mohd. Ariff Harun, 18, berkata ketika kejadian, dia sempat lari menyelamatkan diri kerana berada di bahagian bawah runtuhan.

Bagaimanapun, dia berkata runtuhan itu mengenai pinggangnya dan dia turut mendapatkan rawatan pesakit luar walaupun hanya mengalami lenguh-lenguh.

"Saya nampak kejadian itu berlaku dan saya tidak rasa ia berpunca daripada kelalaian kerana kerangka besi itu sememangnya nampak goyang dan tidak kukuh," katanya. - Bernama

Helah peragut tak menjadi

Posted: 20 Feb 2013 05:30 PM PST

Foto10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Memberi alasan isterinya bakal bersalin empat bulan lagi selain perlu menanggung dua anak, seorang peragut merayu supaya dilepaskan apabila dia berjaya ditangkap orang ramai di Seksyen 5, Wangsa Maju di sini, malam tadi.

Namun, cerita sedih lelaki berusia 27 tahun itu gagal mencairkan hati orang ramai yang seterusnya bertindak menghubungi dan menyerahkan suspek kepada polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, suspek bersama rakannya, 20-an, menunggang motosikal Yamaha 135 LC meragut beg tangan seorang wanita yang diletakkan di dalam raga motosikalnya sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun perbuatan suspek yang disedari seorang pemandu van bertindak mengejar dan menghimpit mereka menyebabkan motosikal suspek hilang kawalan dan terbabas.

Orang ramai yang menyedari kejadian itu berjaya menahan suspek sementara seorang lagi berjaya melarikan diri dan lelaki itu kemudian diserahkan kepada unit peronda polis (MPV) yang kebetulan melalui kawasan terbabit.

Malah, pemeriksaan lanjut mendapati suspek sebelum itu disyaki turut melakukan ragut ke atas seorang wanita berusia 27 tahun yang sedang menunggu bas di Jalan Ampang, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, mangsa, Noor Khadijah Md Shah, 25, berkata, dia yang sedang menunggang motosikal dari Jalan Wangsa Perdana, Seksyen 5, Wangsa Maju menuju ke Kuala Lumpur sebelum tiba-tiba didatangi dua lelaki bermotosikal sebelum mereka bertindak merampas beg tangan yang diletakkan di dalam raga.

Menurutnya, dia yang terkejut menjerit meminta pertolongan sementara peragut terbabit terus memecut laju namun sebaik mereka menghampiri lampu isyarat tiba-tiba datang sebuah van dan terus menghimpit motosikal terbabit.

"Saya lihat ketika itu mereka berdua terjatuh dan terus bertindak melarikan diri namun seorang daripada peragut itu berjaya ditahan orang awam yang menyedari kejadian itu.

"Saya kerugian dianggarkan sebanyak RM500 selepas dua telefon bimbit dan wang tunai RM100 yang berada di dalam beg itu dilarikan suspek," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, semalam.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Maliawati Asep Hidayat, 27, berkata, dia yang sedang menunggu bas berseorangan kira-kira jam 8 malam di Jalan Ampang di sini, terkejut apabila tiba-tiba beg tangan yang disandang di sebelah kanan tiba-tiba direntap dari belakang.

"Saya ketika itu sedang melihat kandungan mesej di telefon bimbit sebelum tiba-tiba dua lelaki bermotosikal terus melarikan beg tangan mengandungi wang tunai sebanyak RM100 dan dokumen pengenalan diri.

"Akibat kejadian itu saya mengalami bengkak di kepala dan luka di tangan selepas terjatuh ketika diragut mereka. Saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Tun Razak," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan penangkapan suspek yang turut mempunyai enam rekod jenayah lampau dalam pelbagai kesalahan curi motosikal, samun, merusuh dan memilik kenderaan curi.

"Motosikal Yamaha 135 LC yang digunakan suspek untuk meragut juga pernah dilaporkan hilang di Jinjang tahun lalu dan rakannya kini sedang diburu.

"Hasil soal siasat juga mendapati suspek telah melakukan kegiatan ragut sebanyak sembilan kali pada tahun ini di sekitar Wangsa Maju," katanya.

metro/-

Nuffnang