:: cina islam | 2011 :: |
- PAS desak SPRM siasat kroni miliki tanah kerajaan
- 14 cedera letupan gas di Kansas City
- Terperosok bawah treler
- Tanah perkuburan untuk ketua mafia
- Penguin Happy Feet Jr terkandas
- PBT tiada kuasa sekat AES: Selangor akan buat rayuan
- Rafizi Kepada Zahid: Kata Hendak Saman Saya, Samanlah Kalau Berani!
- Pekerja gunting rambut dengan mata tertutup
- Dibelasah hingga koma
- 'Yang serang kami keluar dari bangunan Umno Pekan'
- Kanak-kanak lelaki dibunuh, disimen jadi patung
- RM2.2j lesap sekelip mata
- Amuk suruh solat
- Penjelasan gambar dengan Chua Soi Lek
- PAS kesal bendera BN dipasang di masjid
- Ketua Urusan Ulama Serdang meninggal
- Untungnya Raja Ropiaah, lihat cara dia buat duit
- Lima cedera kerangka lama bumbung Stadium Gong Badak runtuh
- Helah peragut tak menjadi
PAS desak SPRM siasat kroni miliki tanah kerajaan Posted: 20 Feb 2013 11:28 PM PST 10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - IPOH: PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) berhubung kelulusan pemilikan tanah kerajaan negeri di Bandar Seri Iskandar. Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Iskandar Al-Hiss berkata, tanah seluas kira-kira 14.164 hektar (35 ekar) diberikan pajakan negeri kepada Syarikat Proaktif Upaya Sdn. Bhd milik Setiausaha Pemuda BN Perak yang juga Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat sekitar bulan April 2012 yang lalu. Menurutnya, pihaknya mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa negeri mengikut perjumpaan majlis mesyuarat meluluskan pajakan tersebut kepada Ketua Pemuda Umno itu. "Ini menimbulkan persoalan bagaimana tanah tersebut boleh diluluskan kepada kroni mereka," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas selesai membuat laporan di SPRM Perak, Meru, Ipoh dekat sini hari ini. (Gambar atas) Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu, Salman Saleh, Hafez Sabri dan Safarizal Saleh. Katanya, hasil daripada semakan pihaknya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat itu terbukti dikategorikan tidak aktif. Ini, katanya menjadi satu tanda tanya kepada rakyat khususnya di negeri Perak bagaimana kerajaan negeri boleh memberi pemilikan tanah ini kepada syarikat pemimpin mereka yang dibuktikan tidak aktif. Mengulas lanjut, katanya tanah tersebut diberikan pajakan negeri selama 99 tahun dengan kos keseluruhan hampir RM45,000. "Kami hari ini tampil mengemukakan laporan agar pihak SPRM membuka kertas siasatan kerana berlaku penyalahgunaan kuasa di atas kelulusan tersebut. "PAS mendesak agar pihak SPRM menjalankan siasatan dengan beberapa dokumen sokongan seperti peta dan juga akaun terima bayaran bagi bukti siasatan," jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu. Jelas Raja Iskandar, kelulusan tersebut ternyata menjadi persoalan adakah pemberian tersebut mempunyai unsur-unsur salah guna kuasa kerana ianya melibatkan pemimpin parti politik. "Kami juga mengharapkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Kadir menjawab isu ini kerana ianya melibatkan integriti kerajaan yang dipimpin beliau. "Kami harap satu lagi pendedahan ini dapat dijelaskan kepada umum dan kami tidak teragak-agak untuk meneruskan pembongkaran penyelewengan BN Perak," tegasnya. harakahdaily/- | ||
14 cedera letupan gas di Kansas City Posted: 20 Feb 2013 11:25 PM PST 10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KANSAS CITY - Sekurang-kurangnya 14 orang cedera dan dua dikhuatiri hilang apabila satu letupan gas yang mencetuskan kebakaran besar berlaku di bandar mewah Kansas City, Amerika Syarikat, semalam. Pengurus Kansas City, Troy Schulte berkata, insiden itu dipercayai berpunca daripada kontraktor utiliti yang mungkin menyebabkan letupan tersebut. "Setakat ini kami belum menerima laporan kematian berhubung kejadian itu," katanya. Sementara itu, polis Kansas City, Rhonda Flores berkata, letupan itu berpunca daripada sebuah kereta yang merempuh gas utama kira-kira jam 6 petang (waktu tempatan). "Seramai 100 anggota bomba dari empat balai dikerah ke tempat kejadian bagi mengawal kebakaran," katanya. Menurut seorang saksi, sebelum letupan berlaku mereka terhidu bau gas dari sebuah restoran berhampiran. - AFP | ||
Posted: 20 Feb 2013 11:23 PM PST 10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - PORT DICKSON – Tiga penumpang cedera selepas teksi yang sedang perlahan untuk berhenti di lampu isyarat dilanggar sebuah treler di Bandar Spring Hill, dekat sini, petang kelmarin. Pelanggaran berlaku kira-kira 7 petang itu turut menyebabkan teksi yang dipandu S Tharmalinggam, 53, terperosok ke bawah sebuah lagi treler berasingan. Menurut Tharmalinggam, dia bersama tiga penumpang berkenaan dalam perjalanan dari Seremban ke Lukut. "Saya memandu dengan kelajuan sederhana. Sebaik tiba di tempat kejadian, saya perlahankan kenderaan kerana ada lampu isyarat. "Tiba-tiba berlaku hentaman kuat di bahagian belakang teksi menyebabkan teksi saya terdorong ke bahagian bawah sebuah treler yang berada di laluan bersebelahan," katanya. Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku terlalu pantas dan dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. "Mujur kemalangan tidak terlalu teruk. Saya bersama seorang penumpang yang duduk di tempat duduk hadapan, serta dua yang duduk di belakang bagaimanapun boleh keluar dari kereta. "Saya tidak cedera, cuma seorang penumpang mengalami patah kaki. Manakala dua penumpang lagi cedera ringan di anggota badan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian. Kesemua penumpang dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut. Sementara itu, pemandu treler yang dikenali sebagai Joe, 36, berkata, kejadian berlaku apabila dia cuba mengelak daripada melanggar treler yang berada di hadapannya apabila treler terbabit memperlahankan kelajuan serta berhenti dengan mengubah ke laluan sebelah. "Tapi, saya tak sangka akan melanggar teksi pula," katanya. Dia bagaimanapun bernasib baik kerana kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa. Kedua-dua pemandu treler yang tidak membawa sebarang muatan itu tidak mengalami sebarang kecederaan. sinar/- | ||
Tanah perkuburan untuk ketua mafia Posted: 20 Feb 2013 11:21 PM PST Moscow: Walaupun selepas mati, kumpulan penjenayah Russia tetap mahu mempamerkan diri mereka dengan menonjol dan memilih tanah perkuburan untuk melakukannya. Di kawasan Tanah Perkuburan Shirokorechenskoye di bandar Yekaterinburg, waris si mati memilih batu marmar besar dan mahal untuk memberitahu siapa yang ditanam di situ. Yekaterinburg dikenali sebagai bandar raya utama jenayah di Russia. Menurut media, sesetengah batu peringatan di situ dibina setinggi dua meter dan berharga sehingga RM100,000. Setiap satu batu itu mempamerkan gambar si mati segak bergaya dengan pakaian mahal, atau sesetengahnya menggenggam penumbuk. Batu itu mengingatkan orang ramai kepada pelbagai aktiviti jenayah di Yekaterinburg dan ia pernah menjadi pangkalan kumpulan samseng Uralmash yang diuruskan dengan teratur. Pada era 1990-an, berlaku perang besar-besaran antara anggota kumpulan penjenayah itu, menyebabkan pelbagai kejadian ganas termasuk serangan bom dan mesingan. Bloger Russia, Vladimir Markov, berkata apa yang ada di Yekaterinburg menunjukkan betapa uniknya Russia. "Kubur ini adalah simbol sisi gelap Russia moden yang dipenuhi amalan rasuah dan keganasan," katanya. Melihat kepada gambar pada batu itu, katanya, ia jelas menunjukkan betapa besar ego penjenayah terbabit. TANAH perkuburan Shirokorechenskoye menjadi tempat bersemadinya ramai penjenayah Russia. "Walaupun mati, mereka mahu diberi penghormatan sama seperti ketika hidup," katanya. - TS | ||
Penguin Happy Feet Jr terkandas Posted: 20 Feb 2013 11:18 PM PST 10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - WELLINGTON - Sekumpulan penguin digelar Happy Feet Jr ditemui terdampar di selatan pantai Wellington, New Zealand. Pakar veterinar, Lisa Argilla berkata, penguin itu dipercayai sesat kira-kira 2,000 kilometer dari koloni pembiakan di Macquarie Island, Antartika. "Ketika ditemui penguin itu dalam keadaan kurus, kebuluran dan mengalami kegagalan buah pinggan," katanya. Menurutnya, kumpulan penguin dipercayai meninggalkan Antartika pada Februari tahun lalu. - AP | ||
PBT tiada kuasa sekat AES: Selangor akan buat rayuan Posted: 20 Feb 2013 11:17 PM PST 10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor memandang serius keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina diatas jalan persekutuan termasuk kamera AES. Sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor telah merangka beberapa tindakan susulan termasuk mengarahkan kamar Penasihat undang-undang Negeri Selangor dan jabatan undang-undang Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk menyemak nota kehakiman dan memfailkan rayuan. Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini. Ini ekoran keputusan Mahkamah hari ini yang memutuskan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa ke atas sebarang struktor yang dibina di atas jalanraya persekutuan khasnya lebuhraya. Keputusan ini dibuat ekoran permohonan kontraktor kepada Automated Enforcement System (AES), Beta Tegap Sdn Bhd kepada mahkamah untuk mengkaji kuasa undang-undang (judicial review). Ini ekoran tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang menghalang pemasangan kamera AES di atas tanah di negeri mereka. Sehubungan dengan itu, Kahlid berkata, Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor untuk menyediakan senarai cadangan pembangunan persekutuan samada lebuhraya atau Prasarana Transit Aliran Ringat (LRT) untuk disemak semula oleh Majlis Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan kerajaan negeri terjamin. Pada masa yang sama mana-mana kebenaran pembangunan yang telah diberikan kepada jalanraya dan prasarana persekutuan hendaklan digantung buat sementara waktu sehingga proses rayuan selesai. harakah/- | ||
Rafizi Kepada Zahid: Kata Hendak Saman Saya, Samanlah Kalau Berani! Posted: 20 Feb 2013 11:14 PM PST Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sehingga hari ini masih menunggu surat saman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pendedahannya mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad. "Saya sampai hari ini masih menunggu saman beliau yang belum dihantar kepada saya agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah. Saya hanya terima surat tuntutan (demand), bukan surat saman," kata Rafizi. Zahid dilaporkan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu. "Selepas saya mendapat maklumat (dokumen perjanjian Boustead), saya lebih dari bersedia untuk ke mahkamah. Saya ingin menegaskan Datuk Seri Zahid gagal dalam menjaga kebajikan angkatan tentera," katanya. Dalam pada itu, Rafizi berpandangan ada 'orang lain' yang mendapat keuntungan dari semua urusniaga, transaksi dan pindah milik tanah antara Boustead Holdings dengan Awan Megah dan Asta Canggih Sdn Bhd. "Saya rasa Raja Ropiah Abdullah adalah proksi kepada pihak tertentu. Raja Ropiah tak penting untuk segala terma perjanjian yang berjumlah ratusan juta ringgit. "Kontrak dianugerah selepas Awan Megah gagal melaksanakan projek Puspahanas (Pusat Latihan Pertahanan Nasional), selepas anugerah (kontrak) Kementerian Pertahanan menjadi kontroversi," kata Rafizi. Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 setiap satu, sebagai tindakan membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan akses kepada dokumen unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). | ||
Pekerja gunting rambut dengan mata tertutup Posted: 20 Feb 2013 11:13 PM PST 10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - SEVASTOPOL, Ukraine - Seorang pakar menggunting rambut, Oleg Maksyuk menggunakan dua bilah gunting semasa dia memotong rambut pelanggan wanita di sebuah salun di sini pada Isnin lalu. Bagaimanapun, dia menggunting rambut dengan kedua-dua matanya ditutup dengan kain penutup mata berwarna gelap. Maksyuk membuat kerja-kerja itu dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke salunnya. - AFP | ||
Posted: 20 Feb 2013 10:56 PM PST 10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Kuantan: Seorang pembantu rumah kini bertarung dengan maut di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas dibelasah dengan kayu sepanjang satu meter hingga koma oleh seorang penyamun yang memecah masuk rumah majikannya di Lorong Sekilau 61, Taman Perdana, Jalan Haji Ahmad di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Bahriah Amaq Limah, 30, dari Lombok Tengah, Indonesia, parah di kepala, muka dan mata kanan akibat dihentak dengan kayu sebelum penyamun berkenaan melarikan diri bersama hasil rompakan dianggar bernilai RM7,000. Difahamkan, ketika kejadian mangsa tinggal berdua dengan ibu mentua majikannya yang berusia 70 tahun dan sedang melakukan rutin harian membersihkan bahagian atas rumah dua tingkat itu manakala warga emas berkenaan berada di dapur. Majikan mangsa yang mahu dikenali sebagai Hee, 37, berkata wanita yang baru tiga bulan bekerja dengannya itu kini terlantar di ICU HTAA dan masih tidak sedarkan diri. BAHRIAH kini terlantar di ICU. Hee, seorang peniaga bergegas pulang selepas mendapat panggilan telefon daripada ibu mentuanya memaklumkan kejadian berkenaan. metro/- | ||
'Yang serang kami keluar dari bangunan Umno Pekan' Posted: 20 Feb 2013 09:53 PM PST 10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) hari ini menyerahkan memorandum bantahan keganasan samseng Umno terhadap mahasiswa di Parlimen Pekan. Memorandum tersebut turut disertakan dengan salinan laporan polis, video dan gambar sebagai bahan bukti tambahan bagi membantu siasatan polis. Gambar-gambar samseng yang mereka ambil dari rakaman video juga diedarkan kepada wartawan hari ini. (gambar) Pengerusinya, Syis Abdul Kadir berkata, GM13 menggesa pihak polis mengadakan siasatan segera berhubung insiden yang disifatkan sebagai pencabulan demokrasi itu. "GM13 mahu siasatan dijalankan dengan adil terhadap mereka yang melakukan keganasan ini kerana kami telah membuat laporan polis pada hari insiden serangan," kata beliau kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil polis Bukit Aman, Kavetha. Mengulas lanjut, Syis berkata, pihaknya berani menggelarkan individu yang melakukan serangan sebagai samseng Umno kerana mereka nampak individu-individu tersebut keluar dari Bangunan Umno Bahagian di Pekan. (Syis menyerahkan memo kepada pasukan polis) "Mungkin yang lakukan itu penduduk tempatan. Tapi sewaktu mengedarkan risalah dari rumah ke rumah, sambutan mereka baik. "Cuma di bandar Pekan, kami yakin orang yang memaki hamun dan menghalau kami itu orang Umno kerana kami nampak mereka keluar dari Bangunan Umno berhampiran," katanya. Turut hadir ialah seorang aktiivis yang diserang, Ekhsan Bukhari yang merupakan bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Presiden Pro Mahasisawa UM, Edikop Lakip Sadiyanto. harakah/- | ||
Kanak-kanak lelaki dibunuh, disimen jadi patung Posted: 20 Feb 2013 08:05 PM PST Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan umum Karang Tembok, Surabaya pada Selasa malam, ketika anggota keluarga dan ratusan penduduk kampung mengebumikan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga setengah tahun, yang dibunuh dan disimen menjadi patung oleh seorang jirannya. Laporan media tempatan menyebut pembunuhan kejam Fahri Khusaeni Romadhon itu terbongkar tengah hari semalam apabila penduduk yang mencari kanak-kanak itu menjumpainya di belakang rumah seorang jiran di kawasan Jalan Endrosono, Surabaya dalam keadaan sudah menjadi patung simen, setelah mencari sumber bau busuk dari rumah itu. Tanpa memecahkan simen itu, mereka sudah mengenali bahawa ia adalah jasad Fahri kerana rupa bentuk 'patung' itu mirip ukuran badannya dan penemuan itu terus dilaporkan kepada polis. Fahri dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu. Polis sudah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes itu dan sedang menyiasat motif pembunuhan. Suspek yang dilaporkan mempunyai latar belakang gangguan jiwa, ditahan petang semalam, tidak lama selepas penemuan jasad Fahri. Seorang jurucakap polis Daerah Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya berkata suspek dipercayai membunuh dengan cara menghempasnya beberapa kali ke lantai. Berdasarkan pengakuan suspek, dia nekad membunuh Fahri kerana berasa sakit hati dengan bapa kanak-kanak itu dan dengan alasan takut dibunuh, suspek membunuh anak jirannya itu terlebih dahulu. Polis sedang memeriksa kesihatan mental suspek selain menyiasat sama ada orang lain yang tinggal bersama suspek di dalam rumah berkenaan, yang kini sudah dikosongkan, turut terlibat dalam kejadian itu. - Bernama | ||
Posted: 20 Feb 2013 08:00 PM PST 10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Petaling Jaya: Tiga lelaki bersenjatakan pistol melarikan wang tunai RM2.2 juta dari sebuah van syarikat keselamatan dalam kejadian di Jalan 227, Seksyen 51A, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sebelum itu tiga pengawal keselamatan berusia dari 20 hingga 30-an itu dalam perjalanan menghantar wang berkenaan ke sebuah bank di ibu negara sebelum berhenti di medan selera di jalan berkenaan untuk membeli sarapan kira-kira jam 10 pagi. Menurutnya, mereka mendakwa hanya dua orang yang keluar untuk membeli makanan manakala pemandu menunggu dalam van. "Sebaik dua pengawal kembali ke van dengan bungkusan makanan, tiba-tiba mereka diserbu dua lelaki yang memakai topeng. SARAPAN pengawal keselamatan berselerak dalam van. "Seorang daripadanya mengacu pistol ke arah pengawal berkenaan dan mengarahkan mereka menyerahkan wang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini. METRO/- | ||
Posted: 20 Feb 2013 07:54 PM PST Ampang: Lebih setahun dia menahan sabar dan memendam derita berikutan sikap panas baran isterinya, namun semua itu langsung tidak memberi kesan apabila wanita disayanginya bukan saja tidak insaf, malah semakin besar kepala. Kemuncaknya, si suami menerima lebih 20 jahitan di kepala dan badan apabila isteri kesayangannya itu menetaknya dengan pisau pemotong daging di rumah mereka di Hulu Klang, di sini, kelmarin. Kejadian berlaku jam 2 petang selepas lelaki berusia 49 tahun itu menyuruh wanita berkenaan menunaikan solat dan mengawal sikap panas barannya. Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa yang menjalankan perniagaan sendiri baru pulang ke rumah dan meminta isterinya yang berusia lewat 30-an menunaikan solat Zuhur. "Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang sebelum memarahi lelaki terbabit dan pertengkaran berlaku di antara mereka. metro/- | ||
Penjelasan gambar dengan Chua Soi Lek Posted: 20 Feb 2013 07:32 PM PST (Gambar yang disebarkan dalam internet) KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu. Antaranya gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh serta Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di sebuah hotel. Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu. ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut. Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah Armenia, Bangladesh, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Iraq, Japan, Kazakhstan, Republic of Korea, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Russia, Sri Lanka, Syria, Tajikistan, Thailand, Turkey dan Vietnam. Turut menjadi wakil PAS selain tiga pemimpin dalam gambar tersebut adalah adalah Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagaimanapun beliau tidak ada dalam gambar tersebut, tetapi dilihat ada dalam gambar-gambar lain di persidangan tersebut. Chua Soi Lek pula hadir mewakili BN bersama Datuk Seri Shahidan Kassim. Dalam persidangan itu, Datuk Mustafa Ali telah diberi penghormatan untuk berucap mewakili PAS. Mustafa ketika diminta menjelaskan gambar itu berkata, ianya perbualan biasa dan tiada apa yang perlu dipolemikkan. "Kami deligasi dari Malaysia ditempatkan di hotel yang sama. Jadi ada kalanya bertembung dan berbual lah. "Kalau tak silap saya, gambar itu diambil oleh pembantu Chua Soi Lek sebab kami semua ada dalam gambar itu," katanya sambil ketawa. harakahdaily/- | ||
PAS kesal bendera BN dipasang di masjid Posted: 20 Feb 2013 07:30 PM PST 10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - (Langkah BN gantung benderanya di masjid-masjid dibantah) KOTA KINABALU: PAS Putatan melalui sayapnya iaitu Urusan Ulamak menyeru agar institusi masjid dan surau di sekitar kawasan Putatan supaya tidak menjadi alat kepada UMNO-BN dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Ini adalah susulan beberapa isu yang menunjukkan bahawa UMNO-BN mengambil kesempatan menggunakan masjid sekitar Kota Kinabalu dengan menggantung kain rentang dan bendera Barisan Nasional seperti yang terjadi di masjid-masjid. Antaranya Masjid Negeri Sabah (MNS) dan Masjid Al-Aman berdekatan Pasar Filipina di bandar Kota Kinabalu. Ketua Urusan Ulamak PAS Putatan, Ustaz Shafiq Mohd Ismail berkata tindakan menjadikan masjid sebagai lokasi bagi meraih sokongan politik adalah satu tindakan yang amat terdesak. Ini sekaligus mencemarkan institusi masjid sebagai pusat penyebaran syariat Islam dengan kehadiran kain rentang dan bendera dari sebuah parti yang tidak menjadikan Islam sebagai dasarnya. "Bagaimana boleh dibenarkan sebuah parti yang dasarnya bertentangan dengan Islam iaitu sekularisme boleh menggantung kain rentangnya di masjid yang menjadi pusat penyebaran syariat Islam? Ini sesuatu yang tidak masuk akal," kata Ustaz Shafiq. Urusan Ulamak PAS Putatan juga melahirkan rasa kebimbangan mengenai kuliyyah-kuliyyah ilmu di Masjid Negeri Sabah (MNS) yang kian dibatalkan dan dihalang hasil tekanan dan desakan dari UMNO-BN. Maka, Ulamak PAS Putatan turut menggesa agar pihak pengurusan masjid dan yang berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya secepat yang mungkin bagi menangani masalah-masalah yang dicetuskan oleh UMNO dan Barisan Nasional. "Kita melihat Masjid Negeri Sabah yang dahulunya subur dengan majlis dan kuliyyah ilmu kini kian sepi akibat tindakan khianat UMNO-BN. "Ramai penceramah yang ikhlas menjalankan kerja dakwah kini tidak dapat berbuat demikian di Masjid Negeri Sabah. "Kita menggesa kepada pihak pengurusan masjid supaya lebih tegas terhadap perkara ini agar UMNO-BN tidak mencemarkan institusi masjid dengan pengaruh dan politik songsang yang diamalkan oleh mereka selama ini," tambah Ustaz Shafiq lagi. harakahdaily/- | ||
Ketua Urusan Ulama Serdang meninggal Posted: 20 Feb 2013 07:30 PM PST 10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - SERDANG: Dr Abdul Basir Alias, 47, (gambar) Ketua Urusan Ulama PAS Serdang meninggal dunia di hospital Serdang pagi ini. Allahyarham dikatakan jatuh di rumahnya dan disahkan meninggal di Hospital Serdang. Allahyarham yang pernah menjadi pensyarah di sebuah institut perguruan meninggalkan meninggalkan seorang balu serta tujuh anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan. Jenazah Allahyarham akan disolatkan selepas Solat Asar di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Merab Luar selepas itu. Kepada yang ingin menyumbangkan kepada keluarga Allahyarham, boleh dimasukkan ke dalam akaun BIMB Norzaidah Mohd Yassin akaun nombor 12029020593341. Sebelum ini, Harakahdaily pernah menyiarkan cerita tentang Allahyarham yang ditumbuk (gambar atas) oleh samseng Umno dalam satu mesyuarat masjid. harakah/- | ||
Untungnya Raja Ropiaah, lihat cara dia buat duit Posted: 20 Feb 2013 06:00 PM PST 10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah, yang memiliki Awan Megah Sdn Bhd (AMSB) mendapat durian runtuh daripada perjanjian yang ditandatanganinya dengan anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Perjanjian itu ditandatangani antara Bakti Wira Sdn Bhd (BWSB), sebuah anak syarikat Boustead Holdings Berhad dan secara langsung dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki saudagar permaidani, Deepak Jaikishan. Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, yang menjadi seorang pemegang saham minoriti Boustead Holding Bhd untuk meneliti dokumen perjanjian, Raja Ropiaah telah "dianugerahkan" lebihan RM130 juta dalam keuntungan hasil daripada perjanjian tersebut. "Saya benar-benar terkejut dengan beberapa urusniaga yang sebelum ini disembunyikan dari pengetahuan umum dan pemegang saham yang lain kerana tidak difailkan kepada Bursa Malaysia. "Urusniaga-urusniaga ini dirancang dan dimeterai dengan satu tujuan iaitu memberikan durian runtuh kepada Raja Ropiaah," kata Rafizi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily. Antara fakta yang dipetik Rafizi dalam perjanjian berkenaan: 1. Kementerian Pertahanan telah menganugerahkan kontrak tambahan sebanyak RM15 juta kepada AMSB. 2. 23.2 ekar tanah daripada 232.2 ekar tanah yang dipindahkan kepada BWSB kekal di tangan Raja Ropiaah walaupun pembayaran sebanyak RM130 juta telah dibuat atas alasan mengembalikan tanah-tanah kepada anak syarikat LTAT. 3. Boustead Holdings Berhad juga mendahulukan wang sebanyak RM4 juta kepada Raja Ropiaah membeli dan menguasai 20 peratus pegangan di dalam ACSB. 4. BWSB diarahkan untuk menjelaskan apa-apa hutang agar perjanjian usahasama di antara Raja Ropiaah dan GuppyUnip dapat dibatalkan. Di dalam kertas perjanjian kedua melibatkan pembelian saham yang melibatkan BWSB dan pemegang saham ACSB, Rafizi mendakwa wujud syarat jelas untuk Deepak tidak membuat sebarang kenyataan tanpa kebenaran Boustead Holdings Berhad. "Ia mengesahkan dakwaan saya sebelum ini bahawa perjanjian bertujuan menutup mulut Deepak," kata Rafizi. Selain itu, Rafizi mengulangi cabarannya kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menyaman beliau. "Buat masa sekarang, saya ingin menegaskan kembali bahawa Datuk Seri Zahid Hamidi telah gagal dalam menjaga kepentingan dan kebajikan angkatan tentera. "Saya juga masih menunggu saman beliau yang belum lagi dihantar kepada saya, agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah," tambah Rafizi. harakah/- | ||
Lima cedera kerangka lama bumbung Stadium Gong Badak runtuh Posted: 20 Feb 2013 06:00 PM PST 10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini yang dalam proses baik pulih, runtuh hari ini. Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata ketika kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, lapan pekerja sedang menjalankan kerja membaik pulih bumbung stadium itu. "Dianggarkan 137 meter iaitu kira-kira dua pertiga daripada struktur asal bumbung telah runtuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Pekerja yang parah ialah Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 22, Mohd Saidi Ismail, 21, dan Safian Abdul Manaf, 21, manakala dua yang cedera ringan ialah ringan Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31. Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari tempat runtuhan setengah jam selepas runtuhan dan kini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, katanya. Hamzah berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika ditemui pemberita di Seri Iman di sini, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan kerja baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat. Stadium berkenaan terpaksa menjalani proses baik pulih dengan kos RM15 juta setelah bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah. Sementara itu, seorang saksi kejadian Ahmad Faizan Ramli yang juga rakan mangsa berkata beliau mendengar satu bunyi dentuman yang kuat sebelum melihat kerangka besi itu runtuh menghempap rakannya. "Ketika kejadian rakan-rakanya sedang melakukan kerja pemotongan struktur bumbung lama yang turut membabitkan penggunaan beberapa kren," katanya. Seorang daripada mangsa yang terselamat, Safian Abdul Manaf, 21, berkata kejadian berlaku terlalu pantas kira-kira sejam selepas dia mula bekerja. Katanya ketika itu dia sedang mengalih kerangka sepanjang 137 meter dengan ketinggian 25 meter dan sempat melihat kerangka besi itu jatuh lalu menghempapnya. Akibat kejadian itu dia mengalami patah kaki kanan, luka di mulut serta patah gigi. "Lepas dihempap, muka saya pula tersembam di bahagian tangga sehingga menyebabkan gigi saya patah dan mulut saya berdarah. Lepas tu, saya dah tak sedar apa-apa," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini. Selain Safian, turut cedera dalam kejadian itu ialah Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 25, yang cedera di lutut kanan serta Mohd Saidi Ismail, 21, yang cedera di pinggang. Dua mangsa yang cedera ringan ialah Mohd Syukri Jusuh, 31, dan Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan kesemua mereka turut dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut. Sementara itu, seorang lagi pekerja, Mohd. Ariff Harun, 18, berkata ketika kejadian, dia sempat lari menyelamatkan diri kerana berada di bahagian bawah runtuhan. Bagaimanapun, dia berkata runtuhan itu mengenai pinggangnya dan dia turut mendapatkan rawatan pesakit luar walaupun hanya mengalami lenguh-lenguh. "Saya nampak kejadian itu berlaku dan saya tidak rasa ia berpunca daripada kelalaian kerana kerangka besi itu sememangnya nampak goyang dan tidak kukuh," katanya. - Bernama | ||
Posted: 20 Feb 2013 05:30 PM PST KUALA LUMPUR: Memberi alasan isterinya bakal bersalin empat bulan lagi selain perlu menanggung dua anak, seorang peragut merayu supaya dilepaskan apabila dia berjaya ditangkap orang ramai di Seksyen 5, Wangsa Maju di sini, malam tadi. Namun, cerita sedih lelaki berusia 27 tahun itu gagal mencairkan hati orang ramai yang seterusnya bertindak menghubungi dan menyerahkan suspek kepada polis. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, suspek bersama rakannya, 20-an, menunggang motosikal Yamaha 135 LC meragut beg tangan seorang wanita yang diletakkan di dalam raga motosikalnya sebelum melarikan diri. Bagaimanapun perbuatan suspek yang disedari seorang pemandu van bertindak mengejar dan menghimpit mereka menyebabkan motosikal suspek hilang kawalan dan terbabas. Orang ramai yang menyedari kejadian itu berjaya menahan suspek sementara seorang lagi berjaya melarikan diri dan lelaki itu kemudian diserahkan kepada unit peronda polis (MPV) yang kebetulan melalui kawasan terbabit. Malah, pemeriksaan lanjut mendapati suspek sebelum itu disyaki turut melakukan ragut ke atas seorang wanita berusia 27 tahun yang sedang menunggu bas di Jalan Ampang, di sini. Menceritakan semula kejadian itu, mangsa, Noor Khadijah Md Shah, 25, berkata, dia yang sedang menunggang motosikal dari Jalan Wangsa Perdana, Seksyen 5, Wangsa Maju menuju ke Kuala Lumpur sebelum tiba-tiba didatangi dua lelaki bermotosikal sebelum mereka bertindak merampas beg tangan yang diletakkan di dalam raga. Menurutnya, dia yang terkejut menjerit meminta pertolongan sementara peragut terbabit terus memecut laju namun sebaik mereka menghampiri lampu isyarat tiba-tiba datang sebuah van dan terus menghimpit motosikal terbabit. "Saya lihat ketika itu mereka berdua terjatuh dan terus bertindak melarikan diri namun seorang daripada peragut itu berjaya ditahan orang awam yang menyedari kejadian itu. "Saya kerugian dianggarkan sebanyak RM500 selepas dua telefon bimbit dan wang tunai RM100 yang berada di dalam beg itu dilarikan suspek," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, semalam. Sementara itu, seorang lagi mangsa, Maliawati Asep Hidayat, 27, berkata, dia yang sedang menunggu bas berseorangan kira-kira jam 8 malam di Jalan Ampang di sini, terkejut apabila tiba-tiba beg tangan yang disandang di sebelah kanan tiba-tiba direntap dari belakang. "Saya ketika itu sedang melihat kandungan mesej di telefon bimbit sebelum tiba-tiba dua lelaki bermotosikal terus melarikan beg tangan mengandungi wang tunai sebanyak RM100 dan dokumen pengenalan diri. "Akibat kejadian itu saya mengalami bengkak di kepala dan luka di tangan selepas terjatuh ketika diragut mereka. Saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Tun Razak," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan penangkapan suspek yang turut mempunyai enam rekod jenayah lampau dalam pelbagai kesalahan curi motosikal, samun, merusuh dan memilik kenderaan curi. "Motosikal Yamaha 135 LC yang digunakan suspek untuk meragut juga pernah dilaporkan hilang di Jinjang tahun lalu dan rakannya kini sedang diburu. "Hasil soal siasat juga mendapati suspek telah melakukan kegiatan ragut sebanyak sembilan kali pada tahun ini di sekitar Wangsa Maju," katanya. metro/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan