Khamis, 21 Februari 2013

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉


Syarat tambahan stok perumahan mampu milik

Posted: 20 Feb 2013 09:52 PM PST


Kenyataan Akhbar oleh YB Wong Hon Wai, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Perancang Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian) di George Town, Pulau Pinang pada 21-2-2013
-------------------------------------------------------------------------------------------

Tuduhan Datuk Azhar Ibrahim (Setiausaha UMNO Negeri Pulau Pinang) dan Tan Sri Nor Mohd Yaakob (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bahawa Kerajaan Negeri meminta EIA report untuk Projek Kampung Bagan Serai, Seberang Perai Tengah adalah tidak berasas sama sekali. Jabatan Alam Sekitar tidak meminta sebarang EIA Report dan syarat tersebut tidak dikenakan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC).

Saya telah menyemak rekod-rekod permohonan untuk Kampung Bagan Serai, Seberang Perai Tengah oleh JKP Sdn Bhd. Tanah ini dizonkan sebagai kawasan Perindustrian. JKP Sdn Bhd telah mengikut prosedur memohon kepada Jawatankuasa Perancang Negeri untuk perlingkungan semula dari Kawasan Perindustrian kepada Kawasan Pembangunan Am.

Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) telah meluluskan permohonan rezoning ini pada 20-11-2012 dan disahkan pada 3-12-2012.
Dalam permohonan tersebut, JKP Sdn Bhd telah mengemukakan permohonan antara lainnya membina 330 unit rumah kos rendah dan 704 unit pangsapuri kos sederhana.

Saya ingin menegaskan prosedur permohonan pengezonan perlu mendapat kelulusan SPC terpakai untuk semua pemaju. Ini untuk memastikan pengezonan ini memenuhi kepentingan awam.
Projek JKP ini ialah permohonan pengezonan dari Perindustrian kepada Pembangunan Am.

SPC telah mengenakan syarat tambahan iaitu rumah kos rendah ditambah 400 unit untuk penempatan penduduk-penduduk setinggan di kawasan ini dan baki rumah kos rendah perlu diagihkan kepada pembeli-pembeli bedaftar yang layak mengikut dasar Kerajaan Negeri. Penambahan ini bukan luar biasa kerana SPC sebelum ini juga mengenakan tambahan stok rumah mampu milik kepada pemaju swasta lain.

SPC berpandangan sebagai agensi kerajaan yang menggunakan public fund, JKP perlu menambahkan stok perumahan mampu milik dan bukan kebanyakannya membina rumah kos sederhana.

Saya menyatakan Dato Azahar dan Tan Sri Nor Mohd Yaakob tidak mendapat gambaran sebenar dari pegawai JKP Sdn Bhd dan mengeluarkan kenyataan tersebut yang tidak berasas sama sekali.


Tiada ulasan:

Nuffnang