Isnin, 3 September 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar Pertahan Kibaran Sang Saka Malaya

Posted: 03 Sep 2012 06:23 AM PDT

Malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos lalu.

Katanya, tiada salahnya dengan tindakan itu kerana bendera itu asalnya dicadangkan menjelang kemerdekaan Tanah Melayu.

“Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara dalam sejarah negara,” katanya.

Anwar turut mengumpamakan dengan bendera lama PAS yang menggunakan lambang bulan sabit dan bintang.

Bagaimanapun, ekoran bantahan kerana hampir menyamai bendera kebangsaan, PAS menukarnya kepada bulan penuh.

(Versi Penuh HD) Kejadian Serangan Oleh Perkasa Di Masjid Seberang Pumpong

Posted: 03 Sep 2012 02:58 AM PDT

Anwar Mohon Mahkamah Ketepi Pertuduhan Bawah PAA

Posted: 02 Sep 2012 11:16 PM PDT

Malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan bagi mengetepikan pertuduhan bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA), supaya didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguamnya Karpal Singh hari ini mahukan pendengarannya dilakukan di Mahkamah Tinggi ekoran kes bawah Seksyen 4(1)(c) PAA itu berkaitan kebebasan berhimpun yang digariskan dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, permohonan itu terbaik didengar di Mahkamah Tinggi kerana ia di luar bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Pihak pendakwaan diketuai Abdul Wahab Mohamad dan dibantu oleh Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Mahkamah menetapkan 13 September untuk mendengar bantahan pasukan pendakwaan untuk terhadap permohonan memindahkan kes itu.

Serang Majlis Ilmu, Perkasa Jahil Seperti Abu Jahal – Johari

Posted: 02 Sep 2012 09:56 PM PDT

KeadilanDaily

KUALA LUMPUR 3 September: Golongan yang menolak kebenaran dan menyerang individu di masjid ketika majlis ilmu sedang berlangsung tidak ubah sifatnya seperti Abu Jahal dan Abu Lahab, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

"Sudah menjadi lumrah, apabila ada orang bercakap soal kebenaran pasti akan ada orang yang tidak suka, seperti zaman Rasulullah dahulu, orang Arab Quraisy menentang kerana baginda menyampaikan kebenaran," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu ketika dihubungi.

"Malah, bapa saudaranya sendiri menentang kebenaran. Baginda ditentang sehingga ke tahap diletakkan bangkai di atas badannya ketika sedang solat di masjid," jelasnya.

Beliau mengulas insiden sekumpulan ahli Perkasa yang bertindak ganas menyerang Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah, semalam.

"Bukan saya menyamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Rasulullah, tapi lihat dari segi bagaimana kebenaran yang cuba disampaikan beliau begitu ditentang, hingga ada orang yang berasa tidak senang dan cuba menghalang dengan pelbagai cara," kata Johari lagi.

Keadilan Daily melaporkan, samseng tersebut bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, di samping mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.

Kejadian serangan itu adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

AIC Kutuk Serangan Di Masjid

Posted: 02 Sep 2012 09:50 PM PDT

Harakah

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim Club (AIC) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dan jahil politik yang berlaku dalam jangka masa 48 jam yang melibatkan siri Jelajah Merdeka Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam siri jelajah ke beberapa buah negeri bermula 31 Ogos yang lalu.

Presidennya, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, tindakan ganas yang berniat jahat ini dilakukan atas kepercayaan umum bahawa pihak-pihak tertentu sudah mula berasa goyah dan tidak tenteram dengan kemaraan hebat kempen Pakatan Rakyat yang diterima dengan sambutan hangat oleh rakyat tempatan.

Katanya, AIC enggan mengulas panjang tentang insiden melemparkan cat merah dan batu terhadap bas dua tingkat kerana pelaku jahat itu belum dikenal pasti, tetapi jelas perlakuan biadap dipercayai ahli-ahli Perkasa melemparkan kasut ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tazkirah di Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah Darul Aman adalah satu kebodohan yang telah menjadi barah.

"AIC ingin mempersoalkan tentang munasabah serangan melempar kasut kepada individu yang sedang berada di dalam rumah Allah, dan adakah sekadar perbedaan ideologi menjadi penyebab kepada kejahilan tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan.

[VIDEO] Rakaman Kejadian Serangan Oleh Perkasa Di Masjid Seberang Pumpong, Alor Star

Posted: 02 Sep 2012 07:38 AM PDT

Sambungan Perbicaraan Kes YB Dato Seri Anwar Ibrahim Berhubung Dakwaan Di Bawah Akta Perhimpunan Aman 2011

Posted: 02 Sep 2012 07:29 AM PDT

MAKLUMAN MEDIA
2 September 2012

Untuk makluman pihak media, perbicaraan melibatkan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Mohamed Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 berhubung bantahan aman Bersih 3.0 akan disambung pada hari esok, 3 September 2012 jam 9.00 pagi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Sekian, adalah dimaklumkan.

Anwar Dan Mahfuz Diserang Didalam Masjid

Posted: 02 Sep 2012 07:20 AM PDT

Harakah

Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin.

Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.

Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.

Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.

Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Cukuplah Mahathir, bertaubatlah

Posted: 02 Sep 2012 12:01 PM PDT


Bismillah

Suka saya merujuk kenyataan Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia yang juga mendedahkan tentang kejahilan dan kebebalan kepimpinan UMNO tentang Undang-Undang Jenayah Syariat Islam. Beliau berkata : Saya tolak hudud PAS, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," "Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," Katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Kata-kata Mahathir itu menjadi bahan kempen  penceramah-penceramah UMNO untuk memutar belit pendirian UMNO tentang Undang-Undang Jenayah Syariah Islam (Hudud dan Qisas).

1-      Beliau mahu mengelirukan rakyat  supaya rakyat tidak menganggap UMNO menolak Hudud, walaupun memang UMNO menolak Hudud dengan apa sahaja alasan dan dalih. Beliau tolak Hudud PAS bukan Hudud Islam. Mana Hudud Islam yang diyakininya?  Mana Hudud UMNO? Maknanya, beliau tidak membaca Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah islam (Hudu dan Qisas) Terengganu dan Kelantan,  membaca tapi tidak memahaminya atau memahaminya tapi tetap ingkar dan sombong untuk menerima kebenarannya.

2-      Kenyataan beliau membuktikan kejahilannya dan kesombongannya untuk tidak mahu mendengar penjelasan dan hujjah-hujjah yang telah disampaikan oleh Ulama PAS tentang perkara-perkara yang dipertikaikan olehnya, walaupun hujjah dan dalil yang dikemukakan bersumberkan al-Quraan dan Hadis Nabi S.A.W.

3-      Beliau mengulangi kecurigaan tentang keadilan Undang-Undang Jenayah Syariah Islam (Hudud Dan Qisas) yang diluluskan oleh PAS, walaupun UMNO gagal dan tidak berupaya serta memang tidak berusaha untuk menggubalkan Undang-Undang jenayah Syariah Islam (Hudud dan Qisas) di Malaysia dan negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO semenjak merdeka.

4-      Sebaliknya, beliau telah menggambarkan kepada rakyat agar meyakini keadilan  undang-undang cipta manusia yang dilaksanakan di Malaysia, walaupun undang-undang cipta manusia gagal membanteras jenayah, tidak bebas daripada kezaliman dan terbelenggu dengan sistem kehakiman yang korupsi. Hakikatnya, memang UMNO meyakini dan memperjuangkan undang-undang cipta manusia dan memcurigai Undang-Undang Allah.  Firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 50 :

50. "Sesudah itu, Patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang Yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa Yang boleh membuat hukum Yang lebih pada daripada Allah."

5-      Kenapa Mahathir dan pimpinan UMNO tidak mahu membaca firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 42 atau memang Mahathir dan pimpinan UMNO tidak mempercayai dan menolak hujah ayat-ayat Allah. Firman Allah :

"Oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka Dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil."


Imam Al-Qurtubi menyatakan : "Ini merupakan pilihan daripada Allah sebagaimana yang disebut oleh AlQusyairi." Enakmen Jenayah Syariah Islam (Hudud dan Qisas) Terengganu juga selaras dengan pandangan ini dan ramai Ulama.

 

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M. BAHAGIAN XI





Seksyen 59. Pemakaian Enakmen Ini.


(1) Pemakaian Enakmen ini, tertakluk kepada subseksyen (2), Enakmen ini hendaklah terpakai ke atas tiap-tiap orang Islam yang mukallaf mengenai apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya dalam Negeri Terengganu.


(2) Tidak ada apa-apa dalam Enakmen ini yang menghalang seseorang yang bukan Islam daripada membuat pilihan supaya Enakmen ini terpakai ke atasnya mengenai apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya dalam Negeri Terengganu dan sekiranya seseorang bukan Islam itu membuat pilihan sedemikian, maka peruntukan Enakmen ini,mutatis mutandis terpakai ke atasnya seperti juga peruntukan-peruntukan tersebut terpakai ke atas seseorang Islam.

6-      Keadilan bukan bererti sama rata. Mahathir mempertikaian, kenapa pencuri orang Islam dipotong tangan tetapi pencuri bukan Islam hanya di penjara tiga tahun ?. Seolah-olah Mahathir juga mempertikaikan, kenapa lelaki Islam diwajibkan berkhatan tapi lelaki bukan Islam tidak diwajipkan berkhitan. Apakah Mahathir juga mempertikaian tentang keadilan undang-undang yang tersedia ada yang dilaksanakan hari ini yang mengenakan hukuman terhadap muslim mukallaf yang tidak berpuasa dan makan di siang hari di kedai milik non muslim?. Si muslim dikenakan denda dan hukuman tetapi pemilik kedai non muslim tidak dihukum dan bebas. Apakah Mahathir mempertikai tentang keadilan undang-undang yang mengenakan hukuman terhadap muslim yang ditangkap khalwat dengan wanita non muslim tetapi wanita non muslim bebas daripada hukuman. Apakah Mahathir juga mempertikaikan keadilan undang-undang yang mengenakan hukuman terhadap muslim yang enggan mengeluarkan zakat, sedangkan non muslim bebas dan tidak dikenakan apa-apa hukuman, walaupun mereka enggan mengeluarkan zakat harta benda ?. Enakmen Jenayah Syariah Islam Pahang juga mengenakan hukuman sebatan terhadap kesalahan zina ke atas orang Islam, walaupun dia berzina dengan bukan Islam.

7-      Saya membawa 2 contoh undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh UMNO yang hanya dikenakan hukuman terhadap muslim/ orang Islam sahajatapi orang bukan Islam bebas.


Pertama :

ENAKMEN 4 TAHUN 1997ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1997BAHAGIAN I – PERMULAAN. Seksyen 1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian.

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta


(2) Enakmen ini hendaklah terpakai hanya bagi-

(a) Negeri Johor; dan

(b) Orang Islam sahaja.

BAHAGIAN IV - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN






Seksyen 23. Persetubuhan luar nikah.

(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(3) Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya adalah keterangan prima facie tentang kelakuan kesalahan di bawah subseksyen (2) oleh orang perempuan itu.

(4) Bagi maksud subsekyen (3), mana-mana orang perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.

Seksyen 25. Liwat.

Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. 

Seksyen 27. Khalwat.

(1) Mana-mana- 
(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau 

(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

                Kedua :

AKTA 559 / AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997BAHAGIAN I - PERMULAAN






Seksyen 1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian.


(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta

(2) Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi-

(a) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan sahaja; dan

(b) orang Islam sahaja.

8-      Apakah Mahathir lupa tentang azab dan hukuman Allah bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat ?. Non muslim yang mati akan diazab oleh Allah dengan dahsyat bukan sahaja dengan sebab kekafiran mereka tetapi dengan sebab kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan oleh mereka di dunia. Firman Allah dalam surah Al-Muddathir, ayat 42-47 :

42. (setelah melihat orang-orang Yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah Yang menyebabkan kamu masuk ke Dalam (neraka) Saqar?"

43. Orang-orang Yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk Dalam kumpulan orang-orang Yang mengerjakan sembahyang;

44. "Dan Kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;

45. "Dan Kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara Yang salah, bersama-sama orang-orang Yang memperkatakannya;

46. "Dan Kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,

47. "Sehinggalah Kami didatangi oleh perkara Yang tetap diyakini".

9-      Muslim yang melakukan jenayah dan dihukum dengan undang-undang jenayah syariah Islam akan diampun dosa mereka oleh Allah dan selamat daripada azab Allah di akhirat. Mereka dihukum di dunia yang singkat tapi bahagia di akhirat yang abadi. Apakah keadilan Allah di dunia dan akhirat tidak disedari oleh Mahathir ?. Mazhab Syafei, Ahmad dan Jumhur Ulama menyatakan bahawa sesiapa yang dikenakan hukuman Hudud di dunia, nescaya dosanya akan diampun dan penghapus daripada azab di akhirat. Dalam riwayat Muslim, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :

ومن أتى منكم حداً فأقيم عليه فهو كفارته

Maksudnya : "Sesiapa yang melakukan satu-satu kesalahan Hudud, kemudian dia dijatuhkan hukuman. Ia akan menjadi penghapus terhadap dosanya."

10-  Media pro UMNO terus mempergunakan kenyataan Mahathir yang songsang ini untuk mengelirukan rakyat tentang keadilan undang-undang jenayah syariah Islam (Hudud dan Qisas) agar rakyat bukan sahaja menolak Hudud tapi juga parti yang memperjuangkan untuk menegakkannya, walaupun kenyataan Mahathir adalah batil dan  mencemari kemurniaan syariat Islam serta mempertikaikan ijtihad dan tulisan Ulama Islam yang muktabar.  Cukuplah dan bertaubatlah....Wallahua'lam


Ustaz Mohd Nor Hamzah
15 Syawwal 1433

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


1MDB’s RM2.3b acquisition of Genting Sanyen – Questions

Posted: 02 Sep 2012 11:31 PM PDT

By Sentinel Several months ago, 1MDB had won the bid to acquire Tanjong Energy from Ananda Krishnan for a consideration in excess of RM 8 billion. One weekend in August, rumours swirled regarding a new major acquisition by 1MDB in the power sector. The “rumours” became reality when an announcement by Bursa said that 1MDB [...]

Cocky BN needs to repent

Posted: 02 Sep 2012 08:36 PM PDT

Jeswan Kaur | September 3, 2012 Free Malaysia Today Before fingers are pointed at Pakatan for doing a bad job, it will do BN good to take a good look at itself and realise how how bad a track record it has. COMMENT Dr Mahathir Mohamad, the country's former longest-serving prime minister, wants the rakyat [...]

Choosing sides

Posted: 02 Sep 2012 08:20 PM PDT

— Sakmongkol AK47 The Malaysian Insider Sep 03, 2012 SEPT 3 —Malaysians will indeed have to choose. Stand on the side of the oppressors or the oppressed. Support the deceiver or the deceived. Support the corrupt and endorse the looting and the pillage of this country. All done in the name of Agama, Bangsa dan [...]

‘Janji Demokrasi’ the Real Merdeka Event

Posted: 02 Sep 2012 09:14 AM PDT

By Kee Thuan Chye Malaysiakini Sept 2, 2012 The occasion could not have been better chosen or timed: The eve of the country's 55th Merdeka anniversary, two hours before countdown. The venue could not have been more appropriate: Dataran Merdeka,where the countdown to Merdeka is held every year to commemorate the very first countdown to [...]

Dataran gathering gave me new hope

Posted: 02 Sep 2012 09:44 AM PDT

By Christine SK Lai Free Malaysia Today September 2, 2012 I have started questioning, and what I see in my beloved land saddens me. COMMENT Why on earth would thousands of people come out of their homes to join thousands of other strangers on the streets, risking possible arrest in an assembly declared illegal? Why [...]

Stop political corruption: Stop party-hopping

Posted: 02 Sep 2012 09:31 AM PDT

by P Ramakrishnan Aliran 2 September 2012 What must not be tolerated is the betrayal of voters who had cast their votes in favour of a candidate who then decides to party-hop after winning, says P Ramakrishnan in supporting anti-party-hopping legislation. It isdifficult to justify why anyone would want to oppose an anti-party-hopping legislation that [...]

BN’s amateur politicking

Posted: 02 Sep 2012 09:02 AM PDT

— Lokman Zahid The Malaysian Insider Sep 02, 2012 SEPT 2 — Malaysia celebrated its 55th Merdeka Day two days ago but its politicians remain mired in a childish mindset that is best left at the kampung level. Come on, aren't we supposed to be marching towards a developed nation status by 2020? So why [...]

.

.


Tuan Ibrahim beri cara selesaikan projek bahaya

Posted: 03 Sep 2012 12:12 AM PDT




(Selamatkan negara...Tuan Ibrahim memegang salah satu banner dalam tulisan Cina)
RAUB: Di Himpunan Hijau Raub, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan cara penyelesaian kepada rakyat untuk menyelesaikan kontroversi projek-projek berbahaya yang kini melanda negara kita.

"Untuk hentikan sianida, Lynas – satu saja caranya, kita kena hentikan BN," demikian kata beliau di himpunan petang tadi yang dihadiri hampir 10,000 rakyat.


(Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan)
Petang tadi, Himpunan Hijau Raub terhadap penggunaan sianida di lombong emas telah menghantar satu mesej yang jelas kepada kerajaan supaya berhenti menganggap negeri kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pusat kerosakan alam sekitar dan kesihatan.

Dalam suasana seperti berpesta dan bersemangat tinggi di padang kompleks sukan Raub, para hadirin yang berpakaian hijau menyatakan bantahan mereka terhadap syarikat perlombangan Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd yang terletak di kawasan penempatan manusia menggunakan bahan kimia berbahaya sianida yang menjejaskan kesihatan manusia.

Bantahan terhadap kilang Lynas di Gebeng, Kuantan turut kelihatan.

Mangsa utama dalam kontroversi sianida di Raub ialah penduduk Kampung Baru Bukit Koman yang mengadu pelbagai masalah kesihatan akan tetapi rintihan dan bantahan mereka sejak 2007, melalui pelbagai cara termasuk mahkamah ditolak kerajaan dan juga pengendali lombong emas tersebut.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata himpunan ini bermatlamatkan agenda untuk menyelamatkan para penduduk Pahang daripada terus dianiayai akibat kecuaian kerajaan dalam meluluskan projek berbahaya tanpa memikirkan kesan kepada penduduk dan alam sekitar.

Beliau menegaskan himpunan kali ini diketuai NGO-NGO dan tidak berasaskan kaum mahupun politik.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan ahli parlimen Raub Datuk Seri Ng Yen Yen yang turut dijemput ke himpunan ini tidak menghadirkan diri. (gambar kerusi untuk kedua-dua mereka)

Adnan sebelum ini menyifatkan isu penggunaan bahan kimia sianida di lombong emas di Bukit Koman, Raub, Pahang yang didakwa sebagai punca penyakit kulit kepada penduduk hanya merupakan propaganda pembangkang.

Beliau berkata perkara itu mempunyai kaitan dengan pihak tertentu yang gagal mendapatkan projek tersebut dan parti pembangkang iaitu DAP turut mengambil kesempatan terhadap isu berkenaan.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Omar sementara itu berkata himpunan kali ini adalah untuk menunjukkan solidariti bersama penduduk Kampung Baru Bukit Koman.

Kata beliau, sepatutnya projek lombong emas tidak boleh diadakan di kawasan tempat kediaman.

"Ini kena diletakkan di kawasan industri berat. Aduan penduduk sekian lama tidak dilayan, ini adalah antara sebab perhimpunan diadakan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Pahang, katanya, telah menjadi pusat kerosakan alam sekitar dan kesihatan dengan adanya kilang Lynas yang mengeluarkan sisa-sisa radioaktif dan Australia Gold Mining dengan penggunaan sianida.

"Ini ditambah pula dengan kematian Tasik Chini," kata beliau, sambil menambah kesan teruk pada alam sekitar adalah faktor kebangkitan rakyat menentang kerajaan.

(Zulkifli bersama Maria Chin)
Bahan kimia sianida, kata Zulkifli sudahpun diharamkan penggunaannya di beberapa negera seperti German, Eropah, Montana, Czech Republic, Belanda dan sebagainya.

Kes bencana ekologi Baia Mare pada 2000 di Romania telah mendedahkan bagaimana sianida telah mencemari air minuman 3 juta penduduk.

Zulkifli berkata kerajaan harus berhati-hati menarik pelaburan, dan memastikan kilang-kilang berbahaya ini terletak jauh daripada kawasan kediaman dan di kawasan yang dikhaskan untuk industri berat.

"Sianida ini cepat larut. Kilang mesti menggunakan bahan kimia alternatif untuk memproses emas," katanya.


(Antara tetamu utama yang hadir)
Selain Tuan Ibrahim dan Zulkifli, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir ialah Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Adun Sekinchan Ng Suee Lim, ahli parlimen Bakri Er Tech Hwa dan aktivis Bersih Maria Chin Abdullah dan Hishamuddin Rais.
Kegagalan Raub Australia Gold Mining untuk menghantar wakil seperti yang dijanjikan untuk menerima nota bantahan amat dikesali.
Akhirnya, penganjur (Jawatankuasa Bantah Sianida yang diketuai Wong Kin Hoong) menyerahkan salinan dokmen itu kepada Ketua Polis Daerah Raub Wan Mohd Samsudin Wan Osman dan mendesaknya memastikan salinan itu sampai ke meja presiden syarikat itu.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/12851-tuan-ibrahim-beri-cara-selesaikan-projek-bahaya

Himpunan Hijau Raub protes lombong emas Bukit Koman 020912

Posted: 03 Sep 2012 12:05 AM PDT


Himpunan Hijau Raub protes lombong emas Bukit Koman
Ribuan peserta membanjiri Padang Kompleks Majlis Daerah Raub (Padang Milo) bagi menjayakan Himpunan Hijau Raub
Himpunan Hijau Raub protes lombong emas Bukit Koman
Kehadiran Wan Azizah (dua, kanan) mendapat tepukan gemuruh para hadirin.
Himpunan Hijau Raub langgar dua syarat
Kehadiran peserta yang menjayakan Himpunan Hijau Raub dalam keadaan aman dan tenteram.
3,000 sertai Himpunan Hijau Raub
Sebahagian daripada peserta Himpunan Hijau Raub.
RAUB - Himpunan Hijau Raub membantah aktiviti perlombongan emas di Bukit Koman berlangsung di Padang Kompleks Majlis Daerah Raub di sini, petang ini seperti yang dirancang.

Sumber polis berkata sekitar 3,000 orang menyertai perhimpunan hari ini manakala pihak penganjur pula memberitahu jumlahnya mencecah 20,000 orang.

Perhimpunan bermula jam 2 petang tadi dengan kehadiran beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, yang menjadi tulang belakang himpunan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Minggu lalu, polis membenarkan Himpunan Hijau Raub dengan mengenakan 16 syarat untuk dipatuhi oleh penganjur.

Himpunan dijadual berlangsung selama dua jam itu, antara lain membantah penggunaan bahan kimia berbahaya oleh kilang perlombongan emas di Bukit Koman.

Dalam pada itu, semua peserta himpunan mula berarak ke kawasan perlombongan Bukit Koman kira-kira jam 4 petang selepas menunggu wakil pelombong selama setengah jam.

Jarak padang perhimpunan ke kawasan perlombongan lebih kurang dua kilometer.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana memberikan kerjasama dalam memastikan keamanan dan ketenteraman sentiasa terjamin terutama sepanjang program berlangsung.

Katanya, penganjur menunjukkan komitmen yang baik dengan mematuhi peraturan terutama melancarkan aliran trafik di laluan berhampiran lokasi program.

"Secara keseluruhannya polis dan penganjur dapat mencapai matlamat masing-masing iaitu mereka (penganjur) dapat berhimpun dalam suasana aman dan menyuarakan objektif perhimpunan mereka manakala polis dapat mengawal keselamatan serta keamanan kawasan setempat.

"Kita anggarkan peserta  antara 3,000 hingga 4,000 dan jumlah ini berbeza berdasarkan waktu kehadiran yang berbeza," katanya.

Beliau berkata, semangat kerjasama dan perhimpunan yang ditunjukkan penganjur pada kali ini wajar dikekalkan pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, Wan Mohd Samsudin memaklumkan polis Raub menerima satu laporan berkaitan tindakan provokasi terhadap penganjuran Himpunan Hijau Raub.

Katanya, laporan daripada pihak penganjur memaklumkan terdapat beberapa sepanduk berkaitan himpunan itu yang dirosakkan individu tidak dikenali.

"Kita siasat perkara ini di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Seramai lapan wakil daripada Majlis Peguam hadir sebagai pemerhati semasa Himpunan Hijau Raub yang diadakan selama dua jam.

Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo berkata, kehadiran mereka berdasarkan jemputan penganjur dan bertindak sebagai pemerhati semata-mata.

Menurutnya, sebelum ini sudah banyak program dihadiri mereka yang hanya mengambil gambar serta menyediakan laporan.

"Kita tidak akan masuk campur sekiranya ada berlaku sebarang insiden di setiap aktiviti seumpama ini.

"Kita hanya akan mengambil gambar dan menyediakan laporan sewajarnya untuk tindakan seterusnya," katanya.

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/himpunan-hijau-raub-protes-lombong-emas-bukit-koman-1.81145

100 motor, basikal konvoi Xpresi Hijau di Miri

Posted: 02 Sep 2012 11:56 PM PDT



MIRI: Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya anjuran DewanPemuda PAS Malaysia semalam, berjaya menjejak kaki di Bumi Kenyalang semalam.

Konvoi yang disertai lebih 100 buah motosikal dan basikal itu bermula di bandar Miri menuju ke tapak Himpunan Hijau Tanjung Lubang dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Menurut Nasrudin, sambutan konvoi oleh rakyat negeri itu memberikan satu harapan baru bahawa perubahan akan berlaku pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

"Xpresi Hijau Anak Muda Sabah dan Sarawak menunjukkan satu signal kebangkitan menggerak perubahn menjelang PRU 13," katanya.

Berikut antara gambar-gambar menarik di konvoi tersebut.



Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12862-100-motor-basikal-konvoi-xpresi-hijau-di-miri

PERKASA: Halang Anwar sebab tiada tauliah.

Posted: 02 Sep 2012 11:53 PM PDT


Kumpulan pendesak Melayu (PERKASA) Kota Setar mendakwa, pihaknya cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyampaikan tazkirah di sebuah majlis di Alor Setar malam tadi kerana ketua pembangkang itu tidak bertauliah.

Perkasa disrupts Anwar in Alor Setar"Sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan, PERKASA tiada halangan kerana beliau bertauliah berbanding Anwar.

"PERKASA Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan.

"Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat,"Timbalan Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin Hashim dipetik sebagai berkata dalam Sinar Harian.

Beliau juga menjelaskan, kira-kira 50 ahli PERKASA berdemonstrasi di hadapan Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong bagi menghalang Anwar menyampaikan tazkirah pada malam tadi.

Perkasa disrupts Anwar in Alor SetarPasukan polis dilaporkan tiba kira-kira 15 minit kemudian dan berjaya menghalang ahli-ahli PERKASA daripada memecahkan pintu masjid dan menyerang Anwar.

Malam tadi, beberapa pemimpin PKR menerusi laman Twitter mendakwa ahli-ahli PERKASA menyerbu dan menyerang Anwar di dalam masjid dengan membaling kasut ke dalam masjid.

Insiden itu merupakan yang kedua dalam masa empat hari jelajah seluruh negara Anwar. Awal pagi Sabtu lalu, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah dengan cat merah sewaktu singgah di Kelantan.

Pasukan khas siasat kes serang bas jelajah Anwar
Anwar diserang lagi di Alor Setar, dakwa PKR
Bas PKR diserang 'samseng' di Kota Bharu
Perjalanan politik ganas dan dendam

Source: http://www.malaysiakini.com/news/207781

Nuffnang