Selasa, 3 September 2013

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Najib buat poket rakyat rabak

Posted: 03 Sep 2013 07:28 AM PDT


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berasa kesal dengan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Pengumuman kenaikan harga minyak tersebut merupakan suatu tamparan hebat buat rakyat Malaysia yang sememangnya saban hari dihimpit dengan masalah kos kehidupan.

"Kenaikan sebanyak 20 sen ini merupakan hadiah yang istimewa kerajaan Umno BN sempena bulan kemerdekaan dan Aidilfitri," kata Setiausahanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Katanya, lebih 'manis' lagi kenaikan harga minyak dan diesel ini merupakan penghargaan buat rakyat Malaysia yang masih lagi mengekalkan pemerintahan Umno BN dalam PRU13 baru-baru ini.

Tambahnya, tidak mustahil selepas ini, beberapa lagi hadiah istimewa buat rakyat Malaysia oleh kerajaan Umno BN berbentuk kenaikan harga elektrik dan tol.

Menurutnya, mungkin pemimpin-pemimpin Umno BN memandang remeh dengan kenaikan 20 sen ini.

Akan tetapi, ujarnya bagi rakyat Malaysia yang hidupnya kian terhimpit dengan pelbagai bebanan, kenaikan sebanyak 20 sen ini adalah suatu bencana.

Katanya lagi, kesan kenaikan ini bukan sahaja dirasai oleh mereka yang menggunakan kenderaan sebagai pengangkutan utama.

Beliau berkata, beberapa kesan seperti harga barang, perkhidmatan dan sebagainya turut terpalit sama.

Katanya, walaupun Malaysia dianugerahkan Allah SWT sumber yang kaya dengan petroleum dan gas, namun hasil kekayaan tersebut tidak sampai ke tangan rakyat.

"Alasan bahawa harga minyak dan diesel dunia semakin meningkat merupakan alasan yang sudah basi," katanya.

Menurutnya, rakyat telah lali dengan alasan tersebut, bahkan, alasan Najib kononnya sebagai suatu proses pengukuhan ekonomi adalah alasan yang mengarut yang tidak memandang kesusahan rakyat sendiri.

Bagi beliau, sememangnya Umno BN tidak ikhlas dalam membantu kehidupan rakyat.

Katanya, BR1M yang diberi 2 kali pada masa sebelum PRU13 lalu kini diambil semula secara berhari-hari dari poket rakyat.

"Untuk menjadikannya lebih sadis lagi, beberapa kenaikan lagi sedang menunggu untuk diumumkan pada masa terdekat.

"Poket rakyat kian rabak, poket pemimpin Umno BN kian gemuk berisi. Inilah konsep 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Rakyatlah yang dahulu menderita," ujarnya.

Katanya, pemimpin Umno BN yang kaya raya sudah pastilah tidak merasai kesan kenaikan 20 sen tersebut.

"Jangan kerana inginkan keuntungan yang berlipat kali ganda, rakyat disembelih. Mana mungkin ekonomi negara akan pulih sekiranya kuasa membeli yang terletak di tangan rakyat sudah tiada," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang