Selasa, 3 September 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


RoS lulus tiga kongsi gelap, tetapi sekat Pakatan

Posted: 03 Sep 2013 01:51 AM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -
Datuk Saifuddin Nasution pada sidang media di Ibu Pejabat PKR. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 3 September, 2013.Datuk Saifuddin Nasution pada sidang media di Ibu Pejabat PKR. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 3 September, 2013.Datuk Saifuddin Nasution Ismail membidas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang mudah meluluskan tiga kumpulan kongsi gelap, tetapi sehingga hari ini Pakatan Rakyat (PR) dihalang dengan pelbagai cara daripada didaftarkan.

Setiausaha Agung PKR itu yang juga wakil sekretariat PR, mendakwa RoS tidak memberikan kerjasama untuk membantu mereka sejak permohonan kali pertama dibuat pada 2009 sehingga kini.
"Kita sedia maklum RoS baru-baru ini mengakui terdapat tiga kumpulan kongsi gelap yang berdaftar dengan mereka, jadi saya ingin menyoal mereka.

"Mengapa begitu mudah tiga kumpulan kongsi gelap mendapat kelulusan daripada RoS, tetapi tidak dengan pendaftaran Pakatan Rakyat? Kami bukannya gengster atau penjenayah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Saifuddin berkata, RoS juga tidak pernah menghantar surat atau notis kepada PR mengenai status pendaftaran yang dibuat, serta membidas agensi itu yang menggunakan media sebagai saluran menyampaikan berita mengenai perkara tersebut.

"Semua maklumat yang kami perolehi hanya menerusi media massa, mereka  tidak pernah menghantar surat mahupun notis kepada kami untuk memberitahu status permohonan lama.

"Adakah sukar untuk menghantar surat kepada kami," katanya.
Semalam, media melaporkan RoS menolak permohonan PR kerana  mereka hanya pernah memohon sekali sahaja dan tidak pernah membuat tindakan susulan.

Malah, Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya tidak dapat memproses kelulusan buat masa ini kerana PR menukar pucuk pimpinan sejak 2009, namun tidak memaklumkan status terkini mereka kepada RoS.

PKR,  PAS dan DAP bergabung membentuk PR pada 2009 namun sehingga kini pertubuhannya masih dianggap "tidak sah".

Saifuddin berkata, sektariat akan membuat satu permohonan baru kepada RoS serta memberi tempoh 30 hari kepada RoS untuk menimbangkan permohonan yang bakal mereka buat.

"Oleh itu, saya akan mengarahkan kakitangan saya untuk membuat permohonan baru dan memberi tempoh 30 hari kepada RoS untuk beri maklum balas," katanya.

Isu pendaftaran PR menjadi modal pemerintah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya lalu, menyifatkan kerjasama antara PKR, DAP dan PAS tidak sehaluan serta tidak mempunyai matlamat bersama.

Malah, BN juga melabel PR sebagai "Pakatan Haram". 

Malaysiainsider/-

Petanda awal Bajet 2014 tidak mesra rakyat

Posted: 03 Sep 2013 01:02 AM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat bahawa kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 bermula hari ini adalah petanda awal Bajet 2014 yang akan dibentang bulan Oktober nanti sebagai tidak bersifat mesra rakyat. 

Menurut Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki (gambar) berbanding dengan bajet tahun-tahun sebelum ini yang dilihat sebagai budget mesra rakyat atau lebih tepat mesra pengundi, Bajet 2014 yang bakal dibentangkan akan mula melaksanakan beberapa dasar kerajaan yang tertangguh sebelum ini iaitu rasionalisasi subsidi dan reformasi percukaian. 

"Pelaksanaan tersebut meliputi pemotongan subsidi barangan petroleum, pengurangan perbelanjaan kepada sektor pendidikan dan kesihatan, kenaikan tarif elektrik dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat bahawa kenaikan harga Petrol RON 95 dan Diesel sebanyak RM0.20 bermula hari ini adalah petanda awal Bajet 2014 yang akan dibentang bulan Oktober nanti sebagai tidak bersifat mesra rakyat.

Berbanding dengan bajet tahun-tahun sebelum ini yang dilihat sebagai budget mesra rakyat atau lebih tepat mesra pengundi, Bajet 2014 yang bakal dibentangkan akan mula melaksanakan beberapa dasar kerajaan yang tertangguh sebelum ini iaitu rasionalisasi subsidi dan reformasi percukaian.

Pelaksanaan tersebut meliputi pemotongan subsidi barangan petroleum, pengurangan perbelanjaan kepada sektor pendidikan dan kesihatan, kenaikan tarif elektrik dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kerajaan pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dilihat terpaksa mengambil langkah ini, ketika desas-desus yang kuat menyebut Malaysia mungkin akan menarik diri dari menandatangani Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).

Datuk Seri Najib telah diasak dari dalam dan luar Umno untuk tidak menandatangani perjanjian tersebut yang dianggapkan oleh mereka akan memberi ancaman kepada ekonomi negara khususnya ekonomi kaum Melayu.

PPP berkeyakinan, sebelum ini pentadbiran Datuk Seri Najib melihat perlaksanaan TPPA sebagai pilihan alternatif untuk mengurangkan beban hutang dan perbelanjaan kerajaan, sekaligus mengurangkan defisit budget yang telah berlanjutan lebih satu dekad yang lalu.

Dengan perkembangan ekonomi Malaysia yang agak beku disebabkan ketiadaan sumber-sumber pendapatan baru, kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib hanya mempunyai dua pilihan utama, iaitu meneruskan dasar-dasar yang telah digariskan oleh jawatankuasa Pemandu yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jala atau menerokai pasaran dan kemasukan modal asing melalui TPPA.

Berdasarkan beberapa perkembangan sebelum ini, PPP menjangkakan kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib akan memilih untuk menandatangani TPPA yang pada perkiraan beliau akan memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat disamping akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sesuai dengan matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Bagaimanapun, perlaksanaan TPPA telah mendapat tentangan kuat dari dalam dan luar Umno termasuk daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad. PPP percaya tentangan tersebut telah memberi kesan besar terhadap kedudukan Datuk Seri Najib dalam Umno sendiri, serta menggugat kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri setelah prestasi buruk BN dalam PRU ke-13 lalu.

Datuk Seri Najib akan melalui satu lagi episod getir pada hujung tahun ini, iaitu pemilihan pimpinan baru Umno. Kesemua situasi ini menyebabkan Datuk Seri Najib berkemungkinan akan mengambil langkah menarik diri dari menandatangani TPPA, justeru beliau terpaksa memikirkan semula cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh jawatankuasa Pemandu yang meliputi rasionalisasi subsidi dan reformasi percukaian.

Prestasi ekonomi semasa tidak memberi pilihan yang banyak kepada pentadbiran Datuk Seri Najib dengan ramalan yang kuat berlakunya kemuncupan ekonomi China dan situasi tidak menentu yang berterusan di Timur Tengah. Perubahan yang berlaku kepada kedua-dua wilayah ekonomi ini akan memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia.

Pada ketika yang sama, tiada perkembangan yang begitu menggalakkan daripada prestasi ekonomi Asean sejak krisis ekonomi negara-negara anggota pada tahun 1997 dan malah tiada juga perkembangan yang diharapkan selepas pelaksanaan AFTA.

Dengan hutang kerajaan yang kian meningkat dan hutang isi rumah begitu membimbangkan, PPP melihat ekonomi Malaysia semakin menuju ketidakstabilan.

Berdasarkan realiti tersebut, PPP menjangkakan pelaksanaan bajet dan lain-lain dasar yang tidak mesra rakyat akan berlanjutan sehingga 2015, menyaksikan lebih banyak subsidi yang akan dipotong dalam usaha mengurang perbelanjaan kerajaan.

Pada ketika yang sama, PPP menjangkakan GST akan mula dilaksanakan secara beransur-ansur dengan mengecualikan beberapa barangan dan perkhidmatan tertentu.

Golongan yang begitu terkesan dengan budget lain-lain dasar yang tidak mesra rakyat ini adalah golongan pertengahan terutama golongan pertengahan rendah (lower middle class). Manakala dari segi wilayah pula, golongan yang paling terkesan dengan pelaksanaan seperti ini ialah penduduk bandar dan pinggiran bandar.

Tarik semula pengumuman naik harga minyak

Posted: 03 Sep 2013 12:59 AM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily.

ar

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak membatalkan pengumuman kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 sen yang berkuatkuasa semalam.


Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, alasan Najib bahawa kenaikan itu penting sebagai pengukuhan ekonomi negara adalah tidak wajar memandangkan banyak cara lain yang tidak membebankan rakyat kebanyakan boleh dilakukan.

Menurutnya, kerajaan seharusnya bertindak tegas terhadap pelaku rasuah termasuk mereka yang mempunyai kedudukan dan jawatan penting dalam kerajaan, bukan menaikkan harga minyak.

DPPM menganggap rasuah menjadi punca ketirisan wang negara sehingga kerajaan tidak mampu menampung subsidi untuk rakyat.

"Dianggarkan nilai ketirisan wang negara ekoran aktiviti rasuah berjumlah berbilion ringgit. Rasuah juga menjadi punca integriti negara semakin merudum di mata rakyat bahkan di persada antarabangsa," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Menurut beliau juga, di samping menarik balik pengumuman kenaikan harga minyak, kerajaan harus membentangkan sekurang-kurangnya tiga alternatif lain untuk dipertimbangkan oleh rakyat bagi tujuan meningkatkan hasil dan seterusnya menambahkan penjimatan akaun negara.

"DPPM mendesak kerajaan menaikkan pembayaran royalti dari syarikat minyak antarabangsa seperti SHELL, Petron, BP dan lain-lain.

"Langkah ini berkesan bagi meningkatkan pendapatan negara di samping mampu menampung subsidi minyak antarabangsa mampu membayar dengan jumlah yang ditetapkan kerana keuntungan mereka setiap tahun berlipat kali ganda.

"Tindakan ini bagi mengelakkan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak sebaliknya memikirkan alternatif menyelamatkan wang rakyat," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Justeru tegasnya, referendum rakyat adalah satu keperluan pada waktu ini kerana sikap kerajaan yang meletakkan bebanan ekonomi terus ke bahu rakyat adalah satu kesilapan selepas kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi dengan lebih baik tanpa mengambil kira aspek perancangan keutamaan perbelanjaan dan sikap boros kerajaan.

"Sesungguhnya keputusan menaikkan harga petrol dan diesel ini adalah petunjuk bahawa kerajaan sudah kebuntuan idea untuk menyelematkan ekonomi negara," katanya
.

MP: Lebih banyak kematian j'raya jika harga minyak naik

Posted: 03 Sep 2013 12:53 AM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -

  • MP DAP Liew Chin Tong berkata kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen melalui pengurangan subsidi akan menyebabkan lebih ramai pemandu kereta beralih untuk mengguna motosikal dan seterusnya menyumbang kepada lebih banyak kemalangan maut.

    petrol station queue price hike 020913 Beliau memberi alasan, jumlah kemalangan maut melibatkan motosikal adalah tiga kali lebih tinggi dari kemalangan melibatkan kereta, enam kali lebih tinggi berbanding pejalan kaki dan 50 kali lebih tinggi berbanding penumpang bas.Beliau memetik kajian yang dijalankan satu badan antarabangsa International Association of Traffic and Safety Sciences yang menyebut rakyat Malaysia bertindak demikian ekoran kenaikan harga minyak antara Mac 2006 hingga 2008 – menyebabkan lebih banyak kematian pengguna motosikal.

    "Satu bencana kepada manusia dalam bentuk kematian pengguna motosikal bakal berlaku, ekoran kenaikan terbaru harga petrol," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    NONEMenurut Liew, kerajaan perlu memikul tanggungjawab sekiranya jumlah kemalangan jalan raya meningkat lebih tinggi susulan kenaikan harga bahan api berkenaan memandangkan rakyat Malaysia tiada alternatif lain.

    "Di negara lain di mana khidmat pengangkutan awam disediakan dengan memadai dan cekap, kenaikan harga petrol akan menggalakkan pemandu kenderaan persendirian beralih kepada pengangkutan awam/

    "Bagaimanapun, dalam kes Malaysia, setiap kenaikan harga bermakna lebih banyak kematian di jalanan," katanya.

    Beliau mendakwa, keadaan di Malaysia tidak banyak berubah walau kerajaan memperuntukkan RM4.4 bilion pada Mac 2006 untuk menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam.

Malaysiakini/-

Surcaj bahan api kargo naik ekoran harga minyak

Posted: 03 Sep 2013 12:37 AM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -
  • Syarikat pengangkutan kontena akan menaikkan surcaj bahan api kargo daripada kadar tarif 16.19 peratus kepada 18.2 peratus, sebagai kesan daripada kenaikkan terbaru diesel sebanyak 20sen yang bermula tengah malam tadi.
    NONE"Kadar pengangkutan berbeza mengikut kawasan. Tetapi secara umum, jika kadarnya RM100, ini bermakna pelanggan harus membayar tambahan RM18.20 untuk Faktor Penyelarasan Bahan Api (FAF)," kata Naib Presiden Association of Malaysian Hauliers.

    "Ketika harga diesel sebanyak RM1.80 seliter, mereka membayar RM16.19. Kami akan maklumkan anggota kami tentang FAF baru hari ini."

    Ketika dihubungi, Nazari berkata, jadual FAF ditetapkan oleh industri itu semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang membawa kepada turun naik harga minyak kerana pengurangan subsidi.

    Harga diesel sekarang RM2 seliter manakala petrol RON95 2.10 untuk seliter.

Malaysiakini/-

Pemilik kedai emas cedera ditembak di Lebuh Ampang

Posted: 03 Sep 2013 12:33 AM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -

  • Pemilik kedai emas Abdul Razak Jewellers di Jalan Lebuh Ampang di Kuala Lumpur cedera parah terkena tembakan ketika cuba menghalang percubaan merompak kedainya hari ini.
    Abdul Rasul Abd Razak, 58, cedera di bahagian perut dan bahu kanan akibat terkena dua das tembakan dilepaskan seorang daripada empat suspek yang cuba merompak kedainya dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu.

    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata Abdul Rasul dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

    Menghuraikan insiden itu, beliau berkata ketika kejadian, empat pekerja sedang bersiap-siap untuk memulakan operasi sebelum dua lelaki bertopi keledar penuh dan berjaket hitam meluru masuk premis berkenaan.

    Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, Khairi berkata seorang daripada suspek bertindak melompat masuk ke ruang kerja pekerja manakala seorang lagi berdiri di ruang pelanggan.

    Mangsa yang keluar dari pejabatnya untuk cuba menghalang tindakan penjenayah tersebut telah bergelut dengan dua suspek itu.

    Ketika pergelutan itu, dua lagi rakan penyamun yang ketika itu berada di luar kedai dan bersedia dengan motosikal meluru masuk ke kedai dan melepaskan beberapa das tembakan, lalu mengenai bahu dan perut mangsa.

    "Akibat panik, kesemua suspek melarikan diri dengan dua motosikal tanpa sempat melarikan apa-apa," katanya, sambil menambah tiga kelongsong peluru dan satu serpihan slug ditemui di lokasi kejadian dan polis percaya suspek bersenjatakan dua pucuk pistol.

    Katanya polis telah mengambil keterangan beberapa saksi termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di luar kedai itu.

    -Bernama

PM Senegal bentuk kerajaan baru

Posted: 02 Sep 2013 07:51 PM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -

DAKAR: Perdana Menteri baru Senegal, Aminata Toure, hari ini membentuk kerajaan baru tanpa kehadiran Menteri Pelancongan, Youssou N'Dour, demikian menurut kenyataan presiden. 


Rombakan Kabinet itu dibuat sehari selepas Toure dilantik menggantikan Abdoul Mbaye, yang disingkirkan tanpa sebab oleh Presiden Macky Sall selepas 17 bulan di pejabat.


N'Dour, pemuzik terkenal di peringkat antarabangsa, diamanahkan dengan portfolio pelancongan di bawah kerajaan sebelum ini sejak 2012. 

Namun, namanya tidak disenaraikan dalam 32 ahli baru Kabinet itu. - AFP

50 banduan lolos dari penjara di selatan Tunisia

Posted: 02 Sep 2013 07:49 PM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -

TUNIS: Kira-kira 50 banduan melarikan diri dari penjara di selatan Tunisia selepas menyerang pengawal penjara berkenaan, kata ketua perkhidmatan penjara negara, Habib Sboui, hari ini. 

Bagamanapun, sehingga tengah hari semalam, seramai 32 banduan yang melarikan diri dari penjara di Gabes berjaya ditangkap semula, demikian menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri. 


Insiden itu berlaku apabila pengawal penjara pergi ke sel untuk membantu banduan yang dilaporkan tercedera, namun mereka dikunci di dalam sel dan diserang oleh penghuni yang kemudiannya melarikan diri. 

"Banduan berpura-pura bahawa seseorang cedera terkena kipas angin. Pengawal bergegas ke tempat kejadian tetapi apabila mereka membuka pintu sel, mereka diserang," kata Sboui, sambil menambah bahawa tiga pengawal penjara dimasukkan ke hospital untuk rawatan. - AFP

Minyak: BN umpan 47% rakyat, 53% turut merana

Posted: 02 Sep 2013 07:44 PM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,03 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat telah memberi tawaran yang cukup menarik dalam manifesto untuk rakyat iaitu menurunkan harga pertrol pada keesokan hari selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu jika berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.


Malangnya, kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar 47% rakyat negara ini termakan tipu muslihat Barisan Nasional dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen.

Beliau menyatakan demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah membuat pengumuman semalam harga petrol RON95 dan diesel naik RM0.20 mulai tengah malam tadi.

Ini, ujarnya bermaksud rakyat negara ini terpaksa menghadapi tanggungan yang lebih besar mulai hari ini.

Katanya, kerajaan secara bijak mengurangkan subsidi yang dibayar dan memindahkan kos itu kepada rakyat jelata.

Pengerusi DAP Perak itu berkata, Pakatan Rakyat telah memberi amaran kepada rakyat supaya membuat pilihan secara was-was dalam PRU13 lalu.

"Kita telah menjangkakan strategi Barisan Nasional yang akan mengurangkan subsidi minyak petrol dan diesel selepas pilihanraya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, jelasnya Pakatan Rakyat juga telah memberi tawaran yang cukup menarik dalam manifesto untuk rakyat iaitu menurunkan harga pertrol pada keesokan hari selepas pilihanraya jika berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.

"Malangnya, 47% rakyat negara ini termakan tipu muslihat Barisan Nasional dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen.

"Terbukti bahawa mereka ini berjaya diumpan oleh Barisan Nasional untuk kepentingan politiknya," katanya.

Golongan ini, tambahnya telah dipengaruhi dan mempercayai kata-kata manis Barisan Nasional lantang membuat pemilihan yang salah dalam PRU13.

Mereka, ujar beliau diberi hadiah yang cukup istimewa oleh Barisan Nasional dengan menaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 per liter.

"Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13," ujarnya sinis.

Jelasnya, harga petrol RON95 naik dari RM1.90 kepada RM2.10 seliter manakala harga diesel pula naik dari RM1.80 kepada RM2.00.

Untuk mendapatkan gambaran yang jelas, kata beliau pembelian 50 liter petrol RON 95 atau diesel akan menambahkan beban sebanyak RM10.

Sebagai contoh, katanya sebelum kenaikan harga, jumlah yang perlu dibayar untuk 50 liter petrol RON95 ialah RM95.

Beliau menambah, setelah kerajaan mengurangkan subsidi RM0.20, harga baru yang perlu dibayar untuk kuantiti yang sama ialah RM105 iaitu tambahan sebanyak RM10.

Pada masa ini, ujarnya kerajaan memberi subsidi harga minyak sebanyak RM24.8 bilion  setahun.

"Untuk mengurangkan tanggungan ini, kerajaan cuba memindahkan beban ini kepada rakyat jelata.

"Selepas kenaikan harga ini, rakyat terpaksa menanggung lebih kurang RM1.1 bilion setiap tahun," katanya lagi.

Ini, kata Sivakumar adalah kesan langsung yang terpaksa dipikul oleh rakyat dengan serta merta.

"Apa yang lebih membebankan rakyat ialah kesan tidak langsung iaitu rantaian yang timbul akibat kenaikan harga petrol dan diesel ini," ujarnya lagi.

Katanya lagi, kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak  ini sudah pasti akan mewujudkan kejutan ekonomi.

Tambahnya, kos barangan dan perkhidmatan akan bertambah yang akan menaikan harga semua barangan yang bergantung secara langsung dan tidak langsung kepada bahan api terutamanya petrol dan diesel.

Justeru, katanya kenaikan harga petrol dan diesel akan mengakibatkan inflasi yang tidak boleh dikawal dengan mudah.

"Apabila harga barang-barang lain meningkat maka beban atau kos hidup akan bertambah juga.

"Inflasi seperti ini akan menurunkan taraf hidup rakyat Malaysia kerana tidak ada perubahan dalam pendapatan yang diterima," kata Sivakumar lagi.

Jenayah: Dakwa rejim Mesir di Mahkamah Antarabangsa

Posted: 02 Sep 2013 07:43 PM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,03 Sep 2013

KUALA LUMPUR: Persidangan Serantau dan Antarabangsa Mengenai Pembunuhan Massa, Demokrasi dan Hak Rakyat di Mesir memutuskan untuk menyediakan mobilisasi antarabangsa untuk Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk menubuhkan Suruhanjaya Inkuari untuk memfail bukti jenayah yang dilakukan oleh tentera Mesir dan dibawa kes dakwaan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.


Demikian antara deklarasi persidangan tersebut yang diadakan di Dewan Masjid Al-Falah USJ 9, baru-baru ini.


Deklarasi penuh sebagaimana di bawah.

Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Rampasan Kuasa di Mesir


Kami, Penganjur Utama iaitu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan penganjur bersama Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, Masjid Al-Falah USJ 9, Citizens International (CI), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH), Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), Malaysian Malabari (MM) dan Inspirasi Muhibbah India Muslim (IMIM) serta Peserta Persidangan Serantau dan Antarabangsa Mengenai Pembunuhan Massa, Demokrasi dan Hak Rakyat di Mesir, yang terdiri dari 200 peserta dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, Filipina, Perancis, Turki, Myanmar,  Libya, Palestin, Mesir,  pada hari ini 30hb Ogos 2013 di Kuala Lumpur, Malaysia.



1.    Berazam untuk mengangkat matlamat keadilan dan keamanan untuk kepentingan semua bagi  kemanusiaan seluruh dunia.



2.    Dengan satu surau, kami menyatakan dengan tegas, mengutuk sekerasnya pembunuhan beramai-ramai, penahanan, penyiksaan  orang awam oleh tentera Mesir. Walhal orang awam hanya menyatakan penolakan rampasan kuasa dengan aman dan mendesak pemulihan demokrasi awam untuk rakyat Mesir.



3.    Kami menolak label teroris yang digelar oleh tentera kepada para demonstrator yang menentang rampasan kuasa dan mengutuk serangan ganas tentera terhadap mereka yang sedang solat serta yang cuba berlindung di Masjid Fatah,  yang mengakibatkan orang awam terbunuh.



4.    Kami menyatakan kemarahan dan kekesalan kami bersama jutaan rakyat Mesir terhadap keengganan US menerima tindakan tentera sebagai kudeta yang menggulingkan Presiden Dr Mohamad Morsi yang dipilih oleh rakyat secara demokratik dan sah. Malah US tidak mahu menghentikan bantuan kepada tentera Mesir dan kerajaan yang tidak sah sedangkan undang-undang US tidak membenarkan bantuan kepada negara yang diperintah oleh tentera. 



5.    Kami percaya US mempunyai hubungan dengan tentera Mesir untuk memastikan tugas penting Mesir selepas Perjanjian Kem David 1978 ialah untuk menjamin sekuriti Israel. 



6.    Kami kesal media milik kerajaan Mesir yang menghasut rakyat untuk melakukan keganasan terhadap anggota Ikhwan Muslimin dan kumpulan penentang kudeta. Keganasan tentera tidak mungkin berlaku jika tidak dengar restu US.



7.    Kami yakin demonstrasi 30 Jun 2013 yang melanjut kepada kudeta adalah counter revolution" yang didalangi oleh  Old Guards rejim Mubarak untuk merampas kuasa dari Presiden yang dipilih secara demokratik selepas Revolusi 25hb Januari 2011.



8.    Kami memperakui suara rakyat Mesir dan di seluruh dunia yang menentang kudeta Mesir 3 Julai 2013 dan kami mengkagumi keberanian menentang rejim diktator militari.



9.    Kami memperakui status hak rakyat Mesir telah dapat diperkasakan, selepas revolusi 25 Januari 2011  tetapi telah dibajak oleh tentera Mesir yang didukung oleh US dan beberapa pemimpin negara Arab yang  menggerakkan konspirasi bersama penyokong Hosni Mubarak untuk mengkhianati kehendak rakyat.



10.     Kami kesal dan mengutuk dengan sekerasnya pembunuhan massa dan penindasan ke atas rakyat Mesir digalakkan apabila agensi seperti PBB dan Majlis Keselamatan PBB tidak berbuat apa-apa , yang mengakibatkan  majoriti  rakyat Mesir  menjadi mangsa.



11.     Kami kesal banyak negara Islam kecuali hanya beberapa negara seperti Turki  membisu dan tidak mengecam kudeta dan keganasan tentera Mesir  yang dilancarkan atas nama "interim government" memerangi " teroris ".



12.    Kami kesal dan mengutuk hipokrasi US yang masih secara langsung menyokong regim tentera untuk menjaga kepentingannya terutama untuk menguasai sumber minyak di Timur Tengah dan menjaga kepentingan Israel



13.    Kami yakin rampasan kuasa di Mesir adalah agenda besar kuasa Barat untuk menghalang dan membataskan keupayaan gerakan Islam dengan memecahbelahkan umat Islam. Kebangkitan Islam dianggap ancaman kepada kuasa Barat sekular.



14.    Kami mengambil perhatian berat terhadap tindak rejim tentera Mesir telah menutup pintu Rafah, satu-satunya pintu masuk ke Gaza melalui Mesir melalui darat. Kini Gaza terputus bekalan makanan, ubatan, minyak dan keperluan harian yang mendapat sebahgian besar bekalan dari Mesir. Tindakan tentera menutup pintu Rafah dan memusnahkan terowong adalah tindakan yang tidak berperikemanusian.



Kami bertekad dan beriltizam: 



Untuk respon secara efektif kepada kezaliman tentera Mesir dan mengutuk tindakan Jeneral Abdul Fattah Al Sisi sebagai penjenayah  yang mengakibatkan ribuan rakyat awam terbunuh, tercedera, ditahan dan diseksa,



Kami menegaskan komitmen:



15.     Untuk memperjuangkan hak dan martabat rakyat Mesir mendapatkan kerajaan awam yang bebas dan adil seperti yang diungkap dalam Piagam PBB dan Deklarasi Hak Manusia PBB dan pelbagai pernyataan oleh agensi undang-undang hak manusia yang lain.



16.     Untuk memperkasa pemerintahan awam, demokrasi dan aspirasi rakyat Mesir yang dijamin oleh prinsip Islam dan Piagam PBB.



17.    Mengecam beberapa pemimpin Arab seperti Arab Saudi, Emirate Arab Bersatu, Qatar dan Kuwait yang bersekongkol dengan Israel  mengistiharkan menyokong kerajaan regim tentera. Mereka memperhambakan diri kepada kehendak US dan Kuasa Eropah. Malah mereka membiayai konspirasi rampasan kuasa serta menyalurkan berbilion dolar untuk menyokong regim tentera Mesir.




18.     Berkomitmen untuk memberi fokus kepada kesatuan ummah untuk menghadapi cabaran kepimpinan negara-negara dan institusi yang menyokong regim diktator tentera. Kami sedar agenda memecahbelahkan umat Islam akan terus dilaksanakan sebagai suatu strategi untuk menguasai sumber bumi umat Islam dan menyekat kebangkitan Umat di negara-negara Islam.



Kami yakin:



19.     Pilihanraya parlimen dan Presiden pada tahun 2012 yang dilakukan secara demokratik selepas revolusi 2011 adalah keputusan yang sah oleh majoriti rakyat.



20.     Pembatalan kemenangan ahli parlimen oleh Hakim Mahkamah yang dipileh dalam piliihanraya yang sah pada Julai 2012 serta rampasan kuasa oleh tentera pada 3 hb Julai 2013 adalah bertentangan dengan kehendak rakyat dan prinsip demokrasi dan menafi hak rakyat Mesir.



Akibat penahanan Dr. Muhammad Morsi sebagai Presiden yang dipileh secara sah dan demokratik yang merupakan tuntutan rakyat dalam Revolusi 2011 untuk menjatuhkan Hosni Mubarak, regim tentera telah mengkhianati semangat revolusi tersebut.



Kami berazam:



21.     Melancarkan kempen antarabangsa untuk menuntut pemerintahan tentera Mesir mesti ditamatkan dan demokrasi perlu dipulih serta penindasan mensasarkan kelompok anti kudeta mesti dihentikan.



22.     Menyatukan dan menunjukkan solidariti dengan rakyat Mesir yang kini sedang bangkit menentang regim tentera yang tiranikal.



Kami menetapkan:



23.     Memastikan hak rakyat Mesir untuk menuntut agar Dr Mohammad Morsi diletakkan semula sebagai Presiden yang sah adalah tuntutan yang betul, 



24.     Menyokong semua usaha untuk membantah dan menentang penindasan regim tentera Mesir yang mensasar Ikhwan Muslimin dan kelompok penentang kudeta.



Kami menyeru:



25.     Pemulihan demokrasi yang mengabsahkan pemilihan secara demokratik yang memenangkan Dr Mohammad Morsi sebagai Presiden mesti dipertahankan danihak yang menghasut dan memulakan keganasan hendaklah dibawa ke muka Keadialan dan yang didapti bersalah dihukum mengikut undang-undang negara Mesir.




26.      Supaya semua intimidasi yang didalangi oleh tentera Mesir yang mengupah kelompok samseng dan mafia untuk mencetuskan huru hara dan dengan itu menuding kelompok anti kudeta melakukan keganasan adalah sangat terkutuk dan perlu dihentikan. 



27.      Supaya semua tahanan dan yang disiksa secara kejam dibebaskan dan semua mangsa tersebut perlu dibayar ganti rugi yang setimpal dan adil



28.      Ketika President Morsi sudah diletakkan semula sebagai Presiden yang sah, proses rekonsiliasi perlu diusahakan.



Kami menuntut:



29.     Usaha secara sepadu dari masyarakat sivil diseluruh dunia knususnya serantau untuk mengembleng rakyat membantah secara meluas  dengan menganjurkan demonstrasi untuk menyatakan sikap menolak kudeta dan pembunuhan massa di Mesir.



30.     Rakyat Mesir bangkit menentangkan kuasa tentera dan menjatuhkan regim diktator tentera dan menuntut pembunuhan massa oleh pihak keselamatan.



31.     Kami menuntut Setiausaha Agong PBB untuk memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB  untuk  mengambil tindakan  mengikut peruntukan Perkara 7 dalam Piagam PBB supaya menghentikan serte merta pembunuhan orang ramai dan memulih demokrasi di Mesir. perkara 7 untuk memberi kuasa Majlis Keselamatan mengenakan sanksi ke atas tentera dan Mesir.



Kami mengesa OIC dan Liga Arab untuk mengutuk jenayah tentera Mesir dan menggantung keanggotaan Mesir seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Afrika.



32.     Kami mengesa kerajaan Malaysia dan Indonesia mengambil sikap yang lebih jelas dan mengambil inisiatif untuk mengutuk dan mendesak PBB dan OIC menggunakan pengaruh mereka menghentikan pembunuhan oram awam dan memulih demokrasi di Mesir.



33.     Kami menyeru semua NGO dan masyarakat sivil melncarkan demostrasi besar-besaran di kedutaan Mesir di seluruh dunia supaya jenayah tentera Mesir di bantah sekeras-kerasnya.



Mendesak semua ahli parlimen dan pertubuhan ahli parlimen di seluruh rantau dan dunia supa menekan Mesir menghentikan pembunuhan dan penindasan ke atas kelompok anti kudeta dan golongan Ikhwan Muslimin  dan menuntut kerajaan sivil dikembalikan sebagaimana yang telah dipilih orang rakyat dalam pilihanraya yang sah.



Kami mendesak UN mengarahkan supaya pintu Rafah dibuka untuk rakyat  Gaza mendapat semula bekalan keperluan dan pendudukannya boleh mempunyai akses kepada laluan ke Mesir dan dunia luar.



Kami memutuskan:



34.     Menubuhkan sekretariat bersama antarabangsa untuk menangani isu kudeta Mesir dan melancarkan kempen antarabangsa secara terkoordinasi untuk membebas Mesir dari rejim diktator tentera. 



35.      Mengusahakan gesaan kepada kerajaan untuk menuntut Majlis Keselamatan PBB supaya mengenakan sanksi ke atas Mesir.



36.     Melancarkan advokasi kepada kerajaan-kerajaan untuk menyemak semula perhubungan resmi dengan Mesir sehingga hak demokrasi dan kebebasan rakyat dipulihkan.



37.     Menyediakan mobilisasi antarabangsa untuk Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk menubuhkan Suruhanjaya Inkuari untuk memfail bukti jenayah yang dilakukan oleh tentera dan dibawa kes dakwaan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Minyak: Rakyat bersusah payah, kerajaan boros

Posted: 02 Sep 2013 07:37 PM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,03 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Mesej daripada kenaikan harga minyak mudah iaitu rakyat mesti mengubah gaya hidup tetapi kerajaan boleh terus berboros. 

"Ini bukan silap ibu mengandung, tapi silap memangkah undi," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.


Menurutnya, mudah untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata inflasi masih terkawal tetapi hakikatnya ringgit sedang jatuh merudum dan ditambah dengan konflik politik Timur Tengah yang tidak stabil.


"Apakah kerajaan BN, terutamanya Najib menjamin inflasi boleh dikekalkan pada paras yang selesa dengan keputusannya menaikkan harga minyak?" tanya beliau sebagai respons kepada kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam tadi 


Katanya, selepas PRU13 hingga kini, keadaan ekonomi negara tidak banyak berubah dan langkah meningkat ringgit masih belum kelihatan. 


Oleh itu, ujar beliau kenaikan harga minyak ini sememangnya tindakan memukul diri sendiri kerana ia bakal melonjakkan inflasi tatkala ringgit semakin mengecil.


Beliau berkata, Najib harus mengingati peristiwa kenaikan minyak ke RM2.70 di zaman Tun Abdullah Badawi yang menyebabkan kos barangan dan sara hidup melonjak secara mendadak, dan sehingga kini ia kekal di paras itu, walaupun harga minyak diturunkan ke paras RM1.90.


Menurutnya lagi, meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan penyelesaian kepada kenaikan harga barangan. 


Katanya, jika BR1M diberi pada kadar maksimum RM1,200 untuk setahun, sebulan baru RM100. 


"Rakyat tahu betapa kecilnya RM100 hari ini lebih-lebih lagi apabila segenap harga barangan dinaikkan dengan alasan nilai import meningkat kerana ringgit mengecil dan kenaikan harga minyak," ujarnya.


Justeru, ujar beliau PAS menyeru kerajaan BN untuk menggunakan kuasa yang ada bagi mengawal kenaikan harga barangan khususnya selepas kenaikan harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri petang semalam.

Katanya, rakyat sanggup bersusah-payah bersama kerajaan kalau kerajaan menunjukkan pembetulan pada sikap borosnya yang keterlaluan.


"Malangnya ini bukan kesnya," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Adam Adli dan Hishamuddin Rais ditahan kerana kibar ‘Sang Saka Malaya’

Posted: 02 Sep 2013 07:35 PM PDT

Bendera 'Sang Saka Malaya' yang di kibarkan oleh kedua-dua tertuduh pada malam hari Jumaat, semasa menyambut Hari Merdeka di Dataran Merdeka.
27 Syawal 1434 H. [MOD] -

Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais telah ditahan polis kira-kira jam 8.50 malam tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
The Malaysian Insider berjaya menghubungi dua aktivis itu dan mereka telah mengesahkan ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 dipercayai kerana mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" pada malam sambutan kemerdekaan pada Jumaat.

"Kami ditahan kira-kira jam 9 malam tadi sewaktu sedang menikmati makan malam di Kampung Baru.
"Kami kini masih berada di IPD Dang Wangi dan dibenarkan menghubungi peguam. Kami masih menunggu kehadiran peguam, namun masih belum pasti siapakah yang akan mewakili kami," kata Hishamuddin apabila dihubungi The Malaysian Insider.
Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera "Sang Saka Malaya" jika ada laporan dibuat mengenainya.


Beliau menegaskan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang sebagai bendera Malaysia.

Mengulas mengenai kumpulan yang mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" pada sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka Jumaat lalu, beliau berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan insiden itu harus membuat laporan polis.
Katanya, sebagai rakyat Malaysia yang mengaku taat setia kepada negara, soal mempertikai bendera kebangsaan harus dielakkan. - 2 September, 2013.
themalaysianinsider.com

Kenaikan harga minyak disambut dengan kemarahan

Posted: 02 Sep 2013 07:31 PM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -

Seorang pemandu mengisi minyak keretanya di stesen minyak di Petaling Jaya selepas kenaikan harga minyak RON95 dan diesel malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 September, 2013.Seorang pemandu mengisi minyak keretanya di stesen minyak di Petaling Jaya selepas kenaikan harga minyak RON95 dan diesel malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 September, 2013.













Ribuan rakyat Malaysia beratur di hampir semua stesen minyak malam tadi menjelang kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, sekaligus menaikkan kemarahan orang ramai kerana pemotongan subsidi itu.

Kebanyakan pengguna yang ditemui di Lembah Klang menyalahkan Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga bahan bakar itu di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang makin meningkat dari hari ke sehari.
Janji Putrajaya untuk meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam bajet 2014 tidak memberikan kesan kepada penduduk Lembah Klang kerana kebanyakan daripada mereka tidak layak menerimanya dan bantuan itu hanya diterima sekali sedangkan kesan kenaikan itu terpaksa ditanggung setiap hari.
Pemberian wang tunai RM500 itu sebelum ini diberikan kepada lima juta isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
Shahrulnizam Mohamad, 29, berkata kenaikan harga minyak bermula tengah malam tadi dijangkakan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kerana umumnya rakyat mengetahui Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan harga bahan bakar itu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya.
"Kenaikan harga ini sangat memberi kesan kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana kenderaan seperti kereta memainkan peranan penting kepada orang awam. Dengan kenaikan harga barang ini, peniaga juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang," katanya.
Sementara itu, K Primela, 35, berkata kerajaan tidak wajar menaikkan harga petrol sewaktu rakyat sedang terhimpit dengan kenaikan harga barang selepas musim perayaan.
"Kerajaan BN 'bijak' mengambil kesempatan selepas beberapa bulan pasca PRU13 untuk menaikkan harga minyak. Sebelum pilihan raya berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak, tetapi kemudian lain jadinya. Apatah lagi kini rakyat sudah mula dibebankan dengan kenaikan harga barang. Gaji tidak pula catat kenaikan tapi harga minyak pula yang naik.
"Rakyat sendiri dapat perhatikan perbuatan buruk kerajaan BN apabila belum sampai setahun mendapat mandat menerajui negara, sudah tampil dengan pendekatan membebankan rakyat. Selepas ini, apa pula yang kerajaan nak naikkan," katanya, ketika ditemui di sebuah stesen minyak di Bandar Puteri, Klang malam tadi.
Lim Tai Boon, 46, yang ditemui di tempat sama juga melihat kenaikan harga minyak sebagai permainan politik kerajaan BN.
"Dulu sebelum pilihan raya janji tidak naikkan harga minyak. Lepas BN menang pilihan raya, lain pula ceritanya. Perkara ini memang tidak patut, menyusahkan rakyat," katanya.
Pengguna turut kesal dengan tindakan kerajaan menaikkan harga bahan bakar itu kerana tempoh makluman yang diberikan singkat untuk pengguna bertindak.
Tengku Zarul Tengku Lokman, 37, berkata kenaikan 20 sen seliter satu tindakan kejam yang dilakukan kerajaan kepada rakyat sambil menjangkakan harga barang keperluan asas lain turut meningkat ekoran kenaikan harga bahan bakar.
"Saya tahu mengenai kenaikan harga minyak ini melalui laman sosial Facebook. Media kerajaan melalui televisyen dan radio tidak komited dengan pengumuman itu. Esok bila sudah naik, baru hendak disiarkan. Itu yang jahatnya kerajaan enggan memaklumkan terlebih awal," katanya.
Amir Azri, 26, pula membayangkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menaikkan kadar pemberian BR1M tidak praktikal kerana saguhati itu diberikan sekali sahaja tetapi perbelanjaan petrol adalah keperluan harian.
"Kadar BR1M yang diterima tidak setimpal dengan kenaikan harga minyak. BR1M adalah wang pembayar cukai, justeru wang rakyat juga yang digunakan untuk menjayakan wang saguhati itu," katanya kepada The Malaysian Insider.
Najib ketika mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel semalam, menjelaskan kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.
Beliau menjelaskan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel," kata Najib selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di Pejabat Perdana Menteri.
Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel naik pada tahun 2010, iaitu mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter.
Najib menegaskan langkah itu bagi memastikan sasaran kerajaan mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.
Perdana menteri memberikan alasan langkah pengurangan subsidi itu bertujuan memastikan ia sampai kepada kelompok sasaran memandangkan subsidi ketika ini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang kaya dan warga asing.
Katanya, Malaysia perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas sambil menjelaskan kerajaan ketika ini terpaksa menanggung subsidi bahan api sebanyak RM24.8 bilion untuk tahun ini.
Bagi memastikan kelompok yang lebih memerlukan ini menikmati subsidi, Najib juga mengumumkan pentadbirannya berjanji akan meningkatkan pemberian wang tunai BR1M yang akan diumumkan semasa pembentangan bajet 2014 nanti.
themalaysianinsider.com

Akhirnya minyak naik 20 sen. Cukai baru selepas ini?

Posted: 02 Sep 2013 07:27 PM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -

Ramai pemandu kereta mengunjung stesen minyak malam ini, kerana ingin mengisi penuh tangki minyak kereta mereka sebelum harga minyak RON95 dan disel naik mulai tengah malam. Gambar The Malaysian Insider oleh Afifi Abd Halim, 2 September 2013.Ramai pemandu kereta mengunjung stesen minyak malam ini, kerana ingin mengisi penuh tangki minyak kereta mereka sebelum harga minyak RON95 dan disel naik mulai tengah malam. Gambar The Malaysian Insider oleh Afifi Abd Halim, 2 September 2013.













Putrajaya hari ini mengumumkan langkah untuk menaikkan minyak petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen seliter, kata Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini.

Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan, berkata kenaikkan tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
"Selepas berbincang, saya mengumumkan kenaikkan RON95 sebanyak 20 sen seliter," kata Najib.
Pada ketika ini, harga seliter RON95 adalah RM1.90 seliter dan diesel pula RM1.80 seliter.
Menurut Najib lagi, kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1.00 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.
"Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel," kata Najib selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di Pejabat Perdana Menteri.
Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel adalah naik pada tahun 2010, dimana mengalami kenaikkan sebanyak 5 sen seliter.
Beliau juga menegaskan langkah tersebut bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.
"Melalui penilaian FPC, persekitaran luar didapati semakin mencabar. Lebihan akaun semasa imbangan pembayaran (BOP) yang sederhana disamping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi.
"Oleh itu, langkah mengukuhkan kedudukan fiskal adalah penting untuk mengekalkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat dan pelabur," kata beliau lagi.
Malaysia telah mengalami defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut, malah agensi penarafan global Fitch Ratings baru-baru ini juga meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif ekoran hutang negara meningkat kepada 53.3 peratus dalam KDNK pada penghujung tahun 2012 daripada 51.6 peratus pada hujung tahun 2011 dan 39.8 peratus pada hujung 2008.
Beliau turut memberikan alasan langkah pengurangan subsidi tersebut diambil bertujuan untuk memastikan ia sampai kepada kelompok sasaran memandangkan subsidi ketika ini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuklah mereka dikalangan berpendapatan tinggi dan rakyat asing.
"Kita perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas," ujar Najib lagi yang menyatakan kerajaan ketika ini terpaksa menanggung subsidi bahan api sebanyak RM24.8 bilion untuk tahun ini.
Bagi memastikan kelompok yang lebih memerlukan ini menikmati subsidi, Najib juga mengumumkan pentadbirannya berjanji akan meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia yang akan diumumkan semasa pembentangan belanjawan 2014 nanti.
"Kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 dimana jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan Bajet," tambahnya lagi.
Selain itu, Najib juga berkata kerajaan akan menyemak semula pelaksaan projek-projek sektor awam bagi menangani lebihan akaun semasa yang semakin berkurangan.
"Projek-projek yang mempunyai kandungan import yang rendah dan kesan pengganda yang tinggi akan diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terjejas.
"Manakala pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada imbangan pembayaran," katanya lagi.
Bagaimanapun, Najib menegaskan projek Mass Rapid Transit (MRT) tetap akan diteruskan, namun projek Southern Corridor High Speed Rail (HSR) pula masih dalam rundingan.
Najib menegaskan kesemua langkah yang beliau umumkan hari ini adalah demi memastikan Malaysia dapat berhadapan dengan situasi ekonomi semasa dan global yang semakin mencabar.
"Pelaksanaan semua langkah tersebut bukan sahaja untuk menangani cabaran semasa terhadap ekonomi dan kedudukan kewangan kerajaan tetapi ia juga akan mengukuhkan kemampanan fiskal negara dalam jangka masa sederhana dan panjang," tambahnya lagi.
Defisit fiskal negara melebar kepada RM14.9 bilion pada tahun ini, disamping penurunan mendadak lebihan akaun semasa kepada RM2.6 bilion dalam suku kedua tahun ini.
Najib yang bakal berhadapan cabaran kepimpinan menjelang pemilihan parti Oktober ini, menimbulkan ketidaktentuan janjinya untuk mengurangkan defisit sebanyak 4.5 peratus daripada KDNK, Malaysia antara negara yang mempunyai hutang tertinggi di Asia.
themalaysianinsider.com

Mayat Seorang Lagi Mangsa Lemas Di Sungai Perak Ditemui

Posted: 02 Sep 2013 03:47 PM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -

IPOH: Mayat seorang lagi mangsa lemas ditemui terapung kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian di Sungai Perak, Kampung Mandah, Manong, Kuala Kangsar dekat sini, Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP, Abdul Gaffar Muhamad berkata, mayat Mohd Faiz Norisham, 14, ditemui pada 6.10 petang.

"Gerakan mencari dijalankan anggota polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam sejak pukul 8 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.
Pada Ahad, mayat sepupu Mohd Faiz iaitu Mohammad Badrul Amin Muhd Nazri, 17, ditemui tersangkut di pukat menangkap ikan pada 4 petang.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira 2.15 petang ketika kedua-dua mangsa mandi di sungai berkenaan bersama enam lagi anggota keluarga mereka. - BERNAMA

Rupanya ini alasan sebenar , Kenaikan Harga Minyak Proses Pengukuhan Ekonomi - PM

Posted: 02 Sep 2013 03:45 PM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan disesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.

Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020, kata beliau.
"Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat," kata Perdana Menteri dalam persidangan media di bangunan Perdana Putra di sini, Isnin.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian sebagai merujuk kepada kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter yang diumumkannya, berkuat kuasa tengah malam Isnin.
Menjawab soalan, Najib berkata, proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan.
"Kita nak tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M," kata Najib.
Beliau berkata, kerajaan berusaha agar kesan kenaikan itu tidak membebankan rakyat, dan menurutnya jumlah kenaikan kadar BR1M akan diumumkan dalam ucapanBelanjawan 2014 nanti.
Najib berkata, kenaikan harga bahan api itu akan memberi kesan minimum dan seterusnya beliau berharap agar para peniaga tidak mengambil peluang ini untuk menaikkan harga barang tanpa mengambil kira kepentingan rakyat. - BERNAMA

Catatan :

Kerana itu alasannya jadi saya sarankan semua harga barang dinaikkan.....

Selagi BN berkusa, rakyat akan jadi mangsa....

Posted: 02 Sep 2013 03:43 PM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -

SESAK... Kelihatan sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang di Kuala Lumpur dipenuhi kenderaan berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kenaikan harga bahan bakar jenis RON95 sebanyak RM0.20 sen bermula 12 malam Isnin. Kenaikan ini menjadikan harga baru RON95 iaitu RM2.10 seliter. 

478,848 Calon UPSR Duduki Peperiksaan Tahun Ini

Posted: 02 Sep 2013 03:42 PM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seramai 478,848 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan menduduki peperiksaan bertulis mulai 10 hingga 12 September ini di 8,268 pusat peperiksaan di seleruh negara.

Kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia pada Isnin menyebut, daripada jumlah itu, 469,882 adalah pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu.
"Seramai 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik dan calon diingatkan untuk merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi," katanya.
Menurut kenyatan itu, jadual waktu peperiksaan telah diedar ke sekolah danboleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.
"Calon diingatkan untuk membawa kad pengenalan ke pusat peperiksaan bagi memastikan urusan pengendalian peperiksaan berjalan lancar," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Nuffnang