Isnin, 26 Ogos 2013

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Perjumpaan bersama Menteri Wilayah Persekutuan

Posted: 26 Aug 2013 12:55 AM PDT

Kenyataan Media
Untuk Sebaran Segera
26 Ogos 2013

Per: Majlis Perjumpaan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan YB DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR Bersama Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan pada 26 Ogos 2013.

Agenda Kuala Lumpur Saksama

Harapan saya sebagai wakil rakyat adalah agar terjalin kerjasama yang lebih erat di antara Kementerian Wilayah Persekutuan dan wakil rakyat di kesemua kawasan Parlimen, semoga dapat bersama-sama memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat tidak mengira latar belakang parti.

Antara saranan awal saya sebagai wakil rakyat Lembah Pantai adalah untuk menghidupkan konsep – Pusat Bersepadu Perkhidmatan Kerajaan dan Masyarakat Kawasan Parlimen – agar dapat meningkatkan kualiti serta keberkesanan perkhidmatan awam untuk penduduk setempat di bawah kawasan Parlimen masing-masing – tanpa mengira sama ada wakil rakyat adalah dari pihak pemerintah atau pembangkang. Pusat bersepadu tersebut dapat memberikan rakyat perkhidmatan dari pelbagai jabatan termasuklah Jabatan Khidmat Masyarakat, Jabatan Pendidikan, PDRM, DBKL dan pejabat Ahli Parlimen pemerintah atau pembangkang berfungsi secara integrasi dengan koordinasi cekap sebagai sebuah 'one-stop centre', memberikan keutamaan kepada memenuhi keperluan dan kehendak rakyat dengan lebih berkesan.

Peranan DBKL di bawah naungan Kementerian Wilayah Persekutuan diharapkan memainkan peranan yang lebih aktif dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan saksama untuk warga Kuala Lumpur. Contohnya, penggunaan kemudahan-kemudahan DBKL seperti Dewan Serbaguna tidak seharusnya diberikan secara pilih kasih dan sebaiknya bebas digunakan oleh mana-mana pihak yang ingin menggunakannya tanpa diskriminasi. Oleh demikian satu Piagam Warga Kota Kuala Lumpur mesti dirangka yang menggariskan Hak Akses Saksama semua warga kepada perkhidmatan dan kemudahan kerajaan khususnya DBKL.

Peranan aktif DBKL dalam perkhidmatan pihak berkuasa tempatan harus dipertingkatkan agar dapat menyelesaikan masalah penyelenggaraan asas seperti membaiki jalan raya, longkang-longkang yang tersumbat dan serta lif-lif yang rosak dengan lebih berkesan. Harapan saya seperti warga Lembah Pantai yang lain agar kawasan Parlimen Lembah Pantai sentiasa terpelihara untuk kehidupan seharian. Oleh demikian, satu sistem Kad Laporan Perkhidmatan DBKL yang akan melibatkan maklumbalas semua penduduk setempat harus diwujudkan dalam mencapai hasrat ini.
Antara masalah-masalah yang dihadapkan kepada saya selaku wakil rakyat Lembah Pantai adalah masalah tunggakan bil air serta pembayaran sewa PPR agar diselesaikan secara lebih berhemah dan mengambil kira latar belakang para penghuni secara satu persatu. Sebagai penyedia perkhidmatan, kita seharusnya memberikan jalan penyelesaian dan mencapai kata sepakat bersama-sama para penghuni agar kehidupan seharian tidak terjejas oleh birokrasi.

Kuala Lumpur tidak terlepas dari bencana alam seperti ribut dan banjir yang mengakibatkan kerosakan pada harta benda peribadi serta infrastruktur. Terdapat juga para penghuni yang kehilangan tempat tinggal akibat malapetaka yang menimpa mereka. Ia adalah menjadi harapan saya agar layanan yang sama rata seperti khidmat kecemasan dan penyediaan tempat tinggal sementara tidak dipolitikkan dengan memberikan keutamaan berdasarkan sokongan kepada parti komponen BN ataupun PR. Ribut dan banjir juga berlaku akibat pembangunan pesat yang tidak terkawal. Hakisan serta keruntuhan yang melanda Bukit Gasing haruslah dipantau dan diambil tindakan serta-merta oleh DBKL – lebih-lebih lagi apabila DBKL punyai kepentingan menerusi perjanjian yang dimeterai dengan pemaju Amona Development Sdn Bhd dan IJM Land Bhd.

Sejauh ini, Peruntukan Tahunan Persekutuan Kawasan Parlimen yang bernilai RM1.5 hingga RM2.0 juta masih lagi disalurkan kepada selain dari ahli Parlimen pembangkang yang berkhidmat kepada rakyat. Sejauh ini, warga Lembah Pantai masih dinafikan hak demokratik mereka dalam hal ini. Pemangsaan terhadap rakyat melalui cara ini harus dihentikan agar mereka dapat diberikan bantuan dengan lebih saksama dan tanpa kompromi.

Status Tabung Keselamatan 1Wilayah bagi membiayai usaha membenteras jenayah di peringkat kawasan perumahan dan tempat awam, termasuklah dengan pemasangan rangkaian CCTV yang pernah dilancarkan Kementerian Wilayah Persekutuan harus dimaklumkan kepada wakil-wakil rakyat Kuala Lumpur dari masa ke semasa.

Kelulusan untuk kawasan perumahan, kompleks pejabat, pusat membeli belah mahupun kawasan parlimen menubuhkan pasukan Polis Bantuan (Auxiliary Police) yang mungkin dapat dibiayai sebahagiannya daripada Tabung Keselamatan 1Wilayah.

Kehidupan warga kota tidak terhad kepada orang-orang yang dewasa sahaja. Tempat tinggal serta persekitaran pembelajaran untuk kanak-kanak harus berbentuk kondusif agar dapat melahirkan generasi yang berjaya dari segi pelajaran, kesihatan mental dan fizikal. Pembinaan Pusat Ilmu PPR seperti ruangan untuk belajar, perpustakaan mini dan tapak sukan di semua PPR boleh direalisasikan atau dipertingkatkan untuk kesejahteraan para penghuni warga kota.

Memperluaskan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dan Skim Prihatin 1WP termasuk melibatkan ahli parlimen di dalam perancangan koordinasi untuk kawasan parlimen masing-masing.

Adalah dicadangkan agar satu taklimat dan juga pembentukan sebuah Jawatankuasa Perundingan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan diwujudkan untuk penglibatan secara lebih bermakna didalam Pelan Greater KL/Klang Valley.

Apakah status Skim Pembiayaan Khas Program Penjualan Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL) serta menilai semula cadangan saya untuk skim alternatif iaitu 'Sewa-Hingga-Milik, Tanpa Faedah'

Akhir sekali, adalah diharap bahawa Majlis ini dapat dikekalkan sebagai majlis berkala setiap 3 bulan agar usaha mensejahterakan rakyat dapat diteruskan bersama.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden Parti KEADILAN Rakyat

Mulakan persediaaan bersaing dahulu sebelum TPPA

Posted: 26 Aug 2013 12:45 AM PDT

TPPA atau Trans-Pacific Partnership Agreement adalah satu bentuk perjanjian perdagangan antarabangsa yang dipelopori Amerika Syarikat bersama 11 negara lain termasuk Malaysia.

Implikasi TPPA terhadap kedaulatan negara dan ekonomi adalah terlalu besar dan memerlukan kajian serta perbincangan teliti dengan semua pihak.

Justeru itu, persetujuan Sidang Kabinet khas berkenaan TPPA yang berlangsung minggu lepas walaupun agak lambat namun dialu-alukan. Resolusi yang dibuat Kabinet telah memenuhi tuntutan yang diketengahkan oleh beberapa NGO dan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Sidang Kabinet mengarahkan para perunding bagi Malaysia supaya terus memastikan kedaulatan Malaysia dipertahan sepanjang rundingan TPPA ini berlaku, dan hanya akan mempersetujui TPPA dengan syarat-syarat yang paling memanfaatkan negara.

Kabinet juga telah bersetuju dengan 2 lagi Analisa Kos Faedah (Cost Benefit Analyses, CBA), yang akan memberi tumpuan kepada perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana; dan komuniti usahawan Bumiputra, dan juga analisa komprehensif berkenaan kepentingan Negara melibatkan keseluruhan bab-bab yang dirundingkan.

Sebagai kementerian utama yang merundingkan TPPA bagi rakyat Malaysia, MITI juga memaklumkan Kabinet bahawa perbincangan dua hala bersama kesemua pihak yang berkepentingan akan dipergiatkan dengan cara yang lebih telus.

Menurut pengamatan saya, TPP juga telah mendedahkan tiga cabaran utama yang sedang dihadapi oleh negara kita. Cabaran-cabaran ini memerlukan tindakan segera sebelum TPPA dipersetujui.

Cabaran pertama ialah memastikan penglibatan bermakna yang merangkumi semua pihak berkepentingan terutama dalam perjanjian-perjanjian antarabangsa.

Walaupun sedang dalam kemelut kekalutan TPPA, kita tidak boleh melupakan kedua-dua perjanjian perdagangan utama yang lain yang juga sedang dirundingkan: RCEP – Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (ASEAN + 6 rakan FTA: Australia, China, India, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan) dan FTA Malaysia-Kesatuan Eropah.

Kita mestilah mempunyai proses pengawasan dan pengesahan atau ratifikasi Parlimen bagi perjanjian antarabangsa supaya tidak mengetepikan demokrasi, khususnya dari segi prinsip pemisahan kuasa. Kabinet tidak boleh menjadi satu-satunya penentu kepada keputusan-keputusan yang boleh memberi kesan besar, kadangkalanya kesan buruk, kepada masa depan negara kita.

Kaukus TPPA Parlimen mestilah dinaiktarafkan menjadi Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen yang akan memberikan mekanisme yang lebih bermakna dalam mewakili kepentingan rakyat dalam perjanjian ini. Malah, Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen ini diperlukan bagi ketiga-tiga rundingan antarabangsa (TPPA, RCEP, Malaysia-EU FTA) yang sedang dijalankan pada masa ini.

Berbilang lapisan pengawasan dan pengesahan sangat berguna dalam menentukan keputusan rundingan-rundingan antarabangsa yang gagal sebelum ini supaya berpihak kepada Malaysia, seperti rundingan Air, Tanjung Pagar dan Pulau Batu Putih dengan Singapura, dan juga rundingan wilayah petroleum Blok L dan M bersama Brunei.

Cabaran yang kedua ialah menyediakan Malaysia untuk bersaing dengan lebih cemerlang di peringkat global.
'Kapasiti Persaingan' negara kita masih lagi belum dibangunkan dengan sempurna walaupun pelbagai peluang, perlindungan dan berbilion ringgit dibelanjakan, atau lebih tepat lagi, dibazirkan. Kebanyakan daripada kegagalan ini adalah kerana kecuaian dalam pengurusan ekonomi dan dasar pendidikan (dalam pembangunan sumber manusia) negara.

Sebagai contoh, Proton masih lagi belum mampu bersaing di pasaran tempatan, apatah lagi melonjakkan nama mereka sebagai sebuah jenama global seperti Kia atau Hyundai, walaupun telah saban tahun disubsidi oleh rakyat Malaysia sejak penubuhan syarikat pada 1983.
Bagaimana pula tentang Perwaja yang sepatutnya menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar keluli tersohor, dengan industri berkaitan keluli seperti perkapalan dan pembinaan yang rancak? Apa yang telah terjadi dengan MEC (Malaysia Electric Corporation) yang dicitakan sebagai pesaing utama bagi Samsung? Dengan pelaksanaan dan penggubalan polisi yang betul, negara kita sepatutnya boleh menjadi pengeluar utama bagi alatan elektronik, telefon pintar, komputer dan peralatan elektrik.

TPPA tidak sepatutnya menjadi keutamaan kita. Saya percaya, kita perlu mempunyai suatu wawasan untuk Pengembangan Kapasiti Daya-Saing Kebangsaan yang perlu dijalankan sekurang-kurangnya selama 10 tahun dari sekarang. Wawasan ini perlu merangkumi aspek-aspek reformasi politik, penstrukturan semula ekonomi dan revolusi pendidikan. Ia perlu dijalankan dengan lebih meluas dan mantap berbanding dengan Agenda Transformasi Kebangsaan yang merangkumi GTP dan ETP. Kita perlu membenarkan persaingan secara sihat berlaku di dalam negeri dahulu untuk menyediakan Malaysia untuk persaingan antarabangsa.

Cabaran kita yang ketiga ialah untuk melindungi sumber alam kita yang terhad untuk pembangunan negara.

TPPA mendedahkan bagaimana kita perlu melindungi sumber-sumber 'Kekayaan Negara' sebelum tertakluk pada sebuah perjanjian antarabangsa yang menuntut kesamarataan bukan sahaja kepada pasaran tempatan bahkan kepada sumber alam kita.

Sumber petroleum kita pada masa ini dilindungi oleh Akta Pembangunan Petroleum melalui pelbagai peraturan dan mekanisma kontrak perkongsian pengeluaran yang membolehkan kita mengekalkan 'kedaulatan' dan mendapat faedah dari keuntungan yang dihasilkan. Satu lagi sumber alam muktamad yang amat penting bagi Malaysia ialah biodiversiti kita yang amat kaya.

Saya membayangkan Malaysia boleh menjadi 'Hab Sains Kehidupan Global' (Global Life Science Hub) yang seterusnya, yang mana hasil flora dan fauna kita dijadikan sebagai sumber ubat-ubatan yang baru, kejuruteraan bio dan juga industri biokimia.

Pihak Kerajaan pada masa ini tidak memperuntukkan dana dan perhatian yang cukup kepada industri ini.

Walaupun Malaysia diperakui kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna, kajian yang telah dijalankan menunjukkan yang Malaysia cuma membelanjakan 30 peratus daripada apa yang dibelanjakan oleh Negara maju dalam setiap hektar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan yang dilindungi.

Dalam suatu laporan oleh Prosiding Akademi Sains Nasional dari AS, Malaysia merupakan salah satu dari 10 negara yang mempunyai peruntukan penjagaan biodiversiti yang terendah di dunia, menduduki tangga ke tujuh di belakang Iraq, Djibouti dan Angola.
Walaupun telah wujud suatu kerangka polisi melalui Polisi Biodiversiti Kebangsaan yang dibangunkan dalam tahun 1998, institusi-institusi yang mentadbir biodiversiti tiada kesinambungan antara satu sama lain. Di peringkat Persekutuan, telah wujud sekurang-kurangnya tujuh jabatan, tiga kementerian, sembilan agensi dan setiap 13 negeri yang lain mempunyai hak masing-masing berkenaan dengan biodiversiti.

Tambahan pula, terdapat sebuah keperluan untuk pembangunan Harta Intelek kita bagi memastikan pertumbuhan dan inovasi biodiversiti adalah mampan.

Sebagai pemangkin ke arah melindungi sumber alam yang tidak ternilai, serta menggalakkan pertumbuhan yang sihat dalam industri ini, saya akan mengemukakan sebuah rang undang-undang ahli persendirian dalam Parlimen untuk sebuah Akta Pelesenan Paten Kod Biodiversiti Genetik Kebangsaan .

Sidang parlimen yang akan datang sepatutnya memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi kesemua perjanjian perdagangan antarabangsa, serta menukar proses sedia ada untuk melibatkan Pengesahan atau Ratifikasi Parlimen dalam kesemua perjanjian perdagangan di masa hadapan.

Adalah nyata bahawa kekecohan akibat TTPA harus melonjakkan kita untuk menuntut reformasi politik, penstrukturan ekonomi dan revolusi pendidikan, demi menjamin daya-saing Negara untuk masa depan. Kita yang sewajarnya menentukan rentak reformasi dan bukan negara lain.
Kita masih belum terlambat.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden Parti KEADILAN Rakyat

Government and police force must immediately stop racial-profiling of Malaysian Indians

Posted: 25 Aug 2013 08:32 PM PDT

25th August 2013

PRESS RELEASE: Govt and police force must immediately stop racial-profiling of Msian Indians

I refer to the statement by CID Director Hadi Ho Abdullah on 24/8/13 that 71 per cent of gang members are Indians. How is this huge figure possible considering that Indians constitute only 7 per cent of the population? If this figure is true, it is nothing short of a national crisis involving the Indian community. If true, why has this astonishing figure not been revealed to the public before?

We believe that this bloated figure is caused by systematic and long-term racial profiling of the Indian community by police and other enforcement authorities. The figure is as high as 71 per cent simply because the police have been targeting the Indian community in their operations.

In this racial-profiling method of police enforcement, Malaysian Indians are suspected of crimes simply because of their ethnic identity. This in turn leads to harassment, unlawful arrests and breaches of fundamental rights. More dangerously, it also results in rough treatment of Indians in police custody.That Indians have been victims in many high-profile death in custody cases is a clear result of consistent racial-profiling; notorious examples are cases such as Francis Udayappan, Kugan, Sugumar, Darmendran, Karunanithi etc. A recent example of murderous racial-profiling is the police fatal shooting of 5 young Indians in Penang.

Racial-profiling also leads to routine police harassment of the Indian community; the majority of those arrested in the ongoing Ops Cantas are believed to be Malaysian Indians. The treatment of the Indian community at the hands of the police authority and Home Ministry parallels the long-term persecution of blacks in America by law enforcement authorities.

We demand that a full-scale independent inquiry be set up urgently to look into racial-profiling of Malaysian Indians by law enforcement authorities. We further demand an immediate end to harassment and racial-profiling of Malaysian Indians by the Home Ministry and police. We call upon the Prime Minister to make an immediate public statement confirming that racial-profiling will be ended and assure the Indian community of their safety.

Issued by,
N SURENDRAN
VICE PRESIDENT, KEADILAN
MP PADANG SERAI

Tiada ulasan:

Nuffnang