Isnin, 5 Ogos 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Tahanan ISA Menantikan Berita Gumbira Dari Pak Menteri Menjelang Aidilfitri

Posted: 04 Aug 2013 09:15 PM PDT


KUALA LUMPUR 2 OGOS: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menuntut janji Menteri Dalam Negeri kononnya tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan keluarga bakal menerima 'berita baik' sebelum Aidilfitri.
Bagaimanapun, pengumuman Menteri berkenaan pada minggu pertama Ramadhan itu langsung tiada perkembangan.
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh menyifatkan, penguguman tersebut hanya bertujuan untuk memenangi hati rakyat menjelang musim perayaan.
Syed-Ibrahim-Syed-Noh"Di mana berita baiknya? Kurang seminggu lagi sebelum umat Islam menyambut hari raya, tahanan ISA masih dipisahkan dari keluarga mereka.
"Kita minta Menteri jangan sesekali memainkan perasaan keluarga dan tahanan ini, jangan beri harapan jika tak mahu bebaskan mereka, itu kejam dan tak berperikemanusiaan," tegas Syed Ibrahim.
Berdasarkan rekod, masih ada 13 tahanan ISA yang belum dibebaskan. Daripada jumlah tersebut, 7 warga tempatan, 2 Sri Lanka, 3 Filipina dan seorang warga Indonesia.
Mengulas perkembangan lain, Syed Ibrahim kesal terhadap cadangan kerajaan memperkenalkan semula ISA.
Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya mengembalikan akta lapuk itu bagi menyelesaikan krisis jenayah yang menjadi-jadi kebelakangan ini.
Akta yang dikuat kuasa 53 tahun lepas itu menurutnya jelas membuktikan ia bersifat zalim terutama bila disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu.
"Untuk apa meneruskan undang-undang ini yang terbukti kejam dan zalim. Ia tidak akan menyelesaikan krisis jenayah, kelak akan digunakan bagi menutup mulut mereka yang lantang menentang kerajaan," kata Syed Ibrahim kepadaKeadilan Daily.
"Dulu Datuk Seri Najib (Razak) janji hapuskan ISA, tapi kenapa masih ada yang ditahan. Semua mereka perlu dibebaskan serta merta, tak perlu tunggu musim perayaan baru nak umum kononnya ada berita baik untuk tahanan," tegasnya.

KD

Tiada ulasan:

Nuffnang