N50 Dun Sri Muda |
- Kes Altantuya Manifestasi Kepincangan Sistem Pendakwaan
- Sanjeevan Pernah Diugut Tembak Oleh Satu Panggilan
- Seksyen 5 , Akta Pertubuhan Mengharamkan Pertubuhan Syiah
Kes Altantuya Manifestasi Kepincangan Sistem Pendakwaan Posted: 27 Aug 2013 07:25 PM PDT KUALA LUMPUR 27 Ogos: Keputusan Mahkamah Rayuan yang melepaskan dan membebaskan Chief Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar boleh mengundang pelbagai persepsi negatif, kata Ahli Dewan Undangan Sri Muda, Suhaimi Shafiei. Katanya, keputusan itu meletakkan institusi keadilan negara dalam keadaan dipertikaikan kewibawaannya. "Kita melihat dari awal perbicaraan itu agak pincang. Beberapa saksi penting tidak dipanggil memberikan keterangan di mahkamah. "Itu membuatkan rakyat tertanya-tanya tentang ketelusan sistem pendakwaan dalam negara kita," kata Shuhaimi kepada Keadilandaily. 23 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya mengetepikan hukuman bersalah yang dijatuhkan ke atas kedua tertuduh. Dalam rumusan penghakiman empat muka surat, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka. Justeru, kata Shuhaimi, dalam perbicaraan berprofil tinggi seperti itu, pihak pendakwaan mesti menyediakan kertas pendakwaan cukup, menyeluruh dengan bukti dan keterangan berwibawa. Katanya, jika langkah itu gagal dilakukan, kemungkinan ada ruang melakukan kesalahan. "Demi keadilan, seharusnya kertas siasatan dibuka semula. Dalam kes ini, saya setuju jika kertas siasatan dibuka semula. "Jalankan siasatan betul-betul supaya keputusan yang dihasilkan nanti diterima oleh semua pihak," jelasnya. keadilandaily |
Sanjeevan Pernah Diugut Tembak Oleh Satu Panggilan Posted: 27 Aug 2013 07:20 PM PDT KUALA LUMPUR: Polis dikatakan menemui petunjuk baru yang akan mengheret penjenayah yang menembak Pengerusi MyWatch, S Sanjeevan ke muka pengadilan, kata ahli badan pemantau jenayah MyWatch, S Gobikrishnan. Ia berdasarkan laporan semasa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Ku Chin Wah yang menyatakan polis hanya menunggu Sanjeevan pulih dari kecederaan untuk diambil keterangan. "Datuk Ku Chin Wah maklumkan sudah menemui beberapa petunjuk terbaru. Tetapi menunggu keterangan dari Sanjeevan sebelum tindakan lanjut boleh diambil. "Namun beliau tidak beritahu pula bagaimana petunjuk yang dimaksudkan kerana masih dalam siasatan polis," ujar Gobikrishnan (gambar) kepada Keadilandaily. Siasatan diambil alih ibu pejabat polis Bukit Aman selepas mendapat desakan kuat ahli keluarga Sanjeevan ekoran kelewatan tindakan polis Negeri Sembilan. Menurut Gobikrishnan, ia berkemungkinan akibat kritikan Sanjeevan terhadap beberapa pegawai polis negeri yang didakwa mempunyai masalah moral dan disiplin. "Saya juga syak kelembaban ekoran 'conflict of interest'. "Sebelum itu Sanjeevan pernah buat laporan mendakwa beberapa pegawai polis Negeri Sembilan dengan beberapa pertuduhan. "Apabila dikesan nombor tersebut, rupanya datang dari balai polis Jelebu," kata Gobikrishnan. Dalam pada itu, Gobikrishnan memaklumkan Sanjeevan menunjukkan perkembangan positif selepas pembedahan membuang peluru walaupun hanya mampu menggerakkan tangan dan kakinya. keadilandaily.com |
Seksyen 5 , Akta Pertubuhan Mengharamkan Pertubuhan Syiah Posted: 27 Aug 2013 07:05 PM PDT Menteri Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kiri) berkata, walaupun permohonannya untuk didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ditolak, badan itu tetap bergerak aktif. Malah, katanya, kegiatan itu memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan di negara ini yang sebahagian besarnya berfahaman Ahli Sunnah wal Jamaah. Menurut Abdul Rahim lagi, pengikut Syiah di Malaysia memohon mendaftarkan mendaftarkan pertubuhan itu pada 16 Jun 2011 dan tolak pada 4 Ogos tahun yang sama. Rayuannya kepada menteri berkaitan juga ditolak pada 31 Oktober 2011, menurut kenyataan itu lagi. -malaysiainsider |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan