:: cina islam | 2011 :: |
- 49 pertubuhan haram akan diumumkan esok: Zahid
- Bakar Arang, Seberang Jaya catat IPU tidak sihat
- Akhirnya surau kontroversi di sebuah resort dirobohkan pagi tadi
- Lelaki Ditahan Disyaki Lepaskan Tembakan Ke Arah Rumah Biras
- Jerebu di P.Pinang Bertambah Teruk, Hampiri IPU Tidak Sihat
- Laporlah SPRM tapi bayar gaji kakitangan Insaniah
- 'Cadangan sekat air ke PP rupa sebenar Umno'
- "Revolusi menyeluruh" rakyat Mesir Jumaat ini
- Pro legitimasi seru boikot Jk 50 anggota
- SPR perlu berubah, bukan sekadar setiausaha baru
- Kisah Ashabul Ukhdud dan iktibar Mesir
- Jerebu landa Riau lagi
- Kenapa Afrika sasaran di Ridzuan Condo
- Penggunaan senjata kimia mesti dihukum: PM Britain
- Lelaki parah ditembak di Kuantan
- Kerusi Parlimen Cameron Highlands kekal milik BN
- Gambar terkini TG Haji Hadi semasa melawat TG Nik Aziz
- Anak muda berhak dapat pendidikan tanpa hutang
- Di P'jaya sendiri masih kurang bendera berkibar
- Serangan senjata kimia: Liga Arah salahkan Syria, misi penyiasat PBB ditangguh
- Bila pula di M'sia, Petani Thai tunjuk perasaan ekoran harga getah dan sawit rendah
- Banjir di China ragut 85 nyawa
- Amerika, Syria di ambang perang ?
49 pertubuhan haram akan diumumkan esok: Zahid Posted: 28 Aug 2013 04:19 AM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] - PUTRAJAYA: Sebanyak 49 pertubuhan haram termasuk kumpulan kongsi gelap akan diumum esok, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, hanya nama kumpulan akan diumumkan. "Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Datuk Radzi Rahim) akan mengumumkan perkara itu esok," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Poland, Adam Waclaw Jelonek di sini, hari ini. | ||
Bakar Arang, Seberang Jaya catat IPU tidak sihat Posted: 28 Aug 2013 04:15 AM PDT | ||
Akhirnya surau kontroversi di sebuah resort dirobohkan pagi tadi Posted: 28 Aug 2013 04:11 AM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] - JOHOR BAHRU: Bangunan surau di sebuah resort di Tanjung Sedili yang digunakan oleh golongan bukan Islam untuk upacara keagamaan dirobohkan pagi tadi. Harian Metro melaporkan tindakan merobohkan bangunan itu dilakukan oleh pengurusan resort. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abd Mutalip Abd Rahim mengesahkan perkara berkenaan. | ||
Lelaki Ditahan Disyaki Lepaskan Tembakan Ke Arah Rumah Biras Posted: 28 Aug 2013 01:52 AM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] - BESUT: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan menggunakan senapang angin ke arah rumah birasnya di Kampung Gong Ubi Keling di sini Selasa. Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan bersama seorang rakan berumur 18 tahun yang dipercayai bersubahat dengannya, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria. Beliau berkata lelaki terbabit dikatakan melakukan perbuatan itu pada pukul 7 petang bagi menakut-nakutkan birasnya yang berusia 46 tahun. "Kami menemui dua biji bebola besi yang dipercayai digunakan sebagai peluru senapang angin itu," katanya dan memberitahu polis belum menemui senapang angin yang digunakan dalam kejadian itu. Kamaruddin percaya kejadian itu berpunca daripada masalah keluarga apabila suspek mendakwa birasnya itu cuba masuk campur dalam urusan rumah tangganya. -BERNAMA | ||
Jerebu di P.Pinang Bertambah Teruk, Hampiri IPU Tidak Sihat Posted: 28 Aug 2013 01:51 AM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] - GEORGE TOWN: Keadaan berjerebu yang dikesan di beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak Selasa bertambah teruk pada Rabu dengan kualiti udara menghampiri tahap tidak sihat. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Perai ialah 80, Seberang Jaya (92) dan Universiti Sains Malaysia (88) setakat 9 pagi ini berbanding 58 hingga 63, petang Selasa. "Kerajaan negeri telah menyediakan bekalan topeng muka untuk diedarkan secara percuma kepada pelajar sekolah di setiap pusat khidmat DUN (Dewan Undangan Negeri) di negeri ini," katanya ketika dihubungi pada Rabu. Phee turut menyarankan orang ramai agar mengurangkan aktiviti rekreasi di luar rumah dan sentiasa peka dengan perubahan cuaca sebagai persediaan menghadapi situasi luar jangka. Beliau menyifatkan peningkatan tahap jerebu itu berlaku secara mendadak dan menasihati orang ramai supaya segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah sakit tekak, batuk atau sesak nafas selain memperbanyak minum air kosong. Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 30 (berbahaya). -BERNAMA | ||
Laporlah SPRM tapi bayar gaji kakitangan Insaniah Posted: 28 Aug 2013 01:48 AM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Apa jua tindakan yang diambil Kerajaan Kedah berhubung isu Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB), Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir digesa terlebih dahulu membayar gaji 268 kakitangan IHSB yang tertunggak sejak Mei lalu hingga 25 Ogos. Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu sebenar adalah keengganan kerajaan Kedah untuk membayar tunggakan gaji kakitangan IHSB namun mereka cuba mengalihkan isu ini dengan menimbulkan pula isu penyelewengan. "Kalau ada di kalangan mereka (268 kakitangan) yang menyeleweng sila ambil tindakan kepada orang berkenaan. Takkan kesemua mereka ini menyeleweng," tegas Mahfuz kepada Harakahdaily. Malah beliau turut mencabar Mukhriz Mahathir untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan sebelum ini jika benar-benar berlaku penyelewengan. "Tidak perlu hendak buat kertas putih, kalau buatpun tetapi tidak ada tindakan tidak ada gunanya juga. Ada bukti ambil tindakan. Ambil report SPRM, dan report pada polis jenayah perdagangan, kita bersedia," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Bahkan katanya, kerajaan Kedah tidak ada sebab untuk terus menahan gaji kakitangan terbabit kerana mereka berhak mendapat hak masing-masing. "Takkan kesemua 268 kakitangan itu tidak betul, kita desak kerajaan Mukhriz bayar gaji mereka dulu. Kerajaan Kedah tidak seharusnya melepaskan marah kepada mereka," katanya. Mahfuz turut memberitahu sejak PAS memerintah Kedah berapa banyak dakwaan penyelewengan yang dibuat oleh Umno BN, namun satu tindakan pun tidak pernah diambil. "Kita 'no problem', jika hendak siasat SPRM pun kita 'no problem' silakan," tambah Mahfuz. Semalam di dalam sidang Dun Kedah, isu tersebut telah dibangkitkan ekoran itu Kerajaan Kedah bersedia mempertimbang cadangan untuk menyediakan 'kertas putih' mengandungi penjelasan berhubung pelbagai isu berkaitan. Harakahdaily | ||
'Cadangan sekat air ke PP rupa sebenar Umno' Posted: 28 Aug 2013 12:58 AM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] - PKR Pulau Pinang hari ini menyelar kenyataan ADUN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencadangkan agar kerajaan Kedah menyekat laluan air ke Pulau Pinang. Ketua Pemudanya, Amir Ghazali berkata, cadangan Ahmad Bashah yang dibuat dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam seperti ingin menghukum rakyat Pulau Pinang kerana tidak memilih BN. Katanya lagi, beliau turut meminta agar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir tidak melaksanakan tuntutan Ahmad Bashah yang disifatkan sebagai tidak berasas, zalim dan tidak berperikemanusiaan. "Kenyataan YB Datuk Ahmad Bashah adalah satu kenyataan yang dangkal, tetapi turut sama mencerminkan rupa sebenar pemimpin Umno. Mereka rela untuk menghukum rakyat semata-mata kepentingan politik sempit mereka," kata Amir dalam kenyataan hari ini. Semalam, Sinar Harian melaporkan, Ahmad Bashah mencadangkan agar sekatan laluan air ke Pulau Pinang perlu memandangkan kerajaan Kedah mempunyai hak ke atas air mentah. Sehubungan itu, mengulas kenyataan Ahmad Bashah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, cadangan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah itu juga seperti kekejamanIsrael terhadap Palestin. Lim berkata, aliran sungai merupakan anugerah Tuhan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya mengikut kehendak pihak tertentu. Malaysiakini/- | ||
"Revolusi menyeluruh" rakyat Mesir Jumaat ini Posted: 28 Aug 2013 12:36 AM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] - MESIR: Gabungan Kerjasama Kebangsaan telah menyeru rakyat Mesir untuk kembali turun ke jalan-jalanraya di seluruh negara itu pada Jumaat ini, 30 Ogos bagi meneruskan bantahan mereka terhadap rampasan kuasa berdarah. Ramai pemerhati menjangkakan jutaan rakyat Mesir bakal membanjiri dataran-dataran dan jalanraya di negara itu sebelum solat Jumaat bagi mendesak dikembalikan hak mereka yang dirampas sejak 3 Julai lalu. Seorang penulis dan penganalisis politik Mesir, Wael Qandil berkata, 30 Ogos ini bakal dijadikan hari revolusi menyeluruh rakyat bagi mempertahankan prinsip-prinsip asas bagi Revolusi 25 Januari. Yang utama ialah menggulingkan rejim Mubarak dan meminta dia dibicarakan di mahkamah, penghapusan unit polis jahat bernama "Amn Daulah" dan kebebasan bersuara yang dijanjikan khasnya dalam hak mengadakan himpunan. Namun, ketiga-tiga natijah Revolusi 25 Januari ini telah mula dicabuli mutakhir ini khasnya apabila Mubarak dibebaskan, kembalinya unit polis "Amn Daulah" melakukan kerja-kerja ganas, tangkapan dan penderaan terhadap rakyat serta tiada lagi jaminan kebebasan dan hak untuk berhimpun secara aman. | ||
Pro legitimasi seru boikot Jk 50 anggota Posted: 28 Aug 2013 12:23 AM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] -
MESIR: Perikatan Kebangsaan bagi mempertahan legitimasi menyeru semua pihak memboikot jawatankuasa 50 anggota yang ditugaskan untuk meluluskan pindaan perlembagaan Mesir 2012, yang digantung bulan lalu. "Orang Mesir yang berjiwa mulia tidak akan mengambil bahagian dalam jawatankuasa itu," kata perikatan itu dalam satu kenyataan semalam. Jawatankuasa 50 anggota adalah jawatankuasa yang mahu dibentuk oleh kerajaan sementara untuk membincangkan pindaan perlembagaan yang dibentuk zaman Presiden Muhammad Morsi. Ianya perlu dianggotai tokoh masyarakat, ahli politik, ahli kesatuan, dan tokoh-tokoh agama. Pembentukan jawatankuasa ini hadir selepas, Presiden Intrim Adly Mansour sebelum ini menubuhkan jawatankuasa 10 anggota - enam hakim dan empat profesor undang-undang perlembagaan - yang akan mencadangkan pindaan perlembagaan dalam masa 30 hari. Jawatankuasa 50 anggota dijangka membincangkan cadangan pindaan selama dua bulan sebelum membentangkan draf perlembagaan untuk diadakan referendum. Dalam pada itu, penyokong legitimasi menentang pindaan perlembagaan tersebut dengan menyifatkannya sebagai untuk "membuka kembali pintu kepada bekas rejim Hosni Mubarak, yang digulingkan oleh rakyat." "Pindaan ini hanya akan menetapkan kembali kepada jenis pemerintahan presiden diktator yang memerintah kita selama beberapa dekad lama," kata mereka. "Satu pindaan meletakkan tentera di atas perlembagaan dengan memberi hak mutlak untuk melantik menteri pertahanan ... yang bercanggah dengan prinsip sivil," tegasnya. Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Parti Nour Salafi mengumumkan keputusannya untuk menyertai jawatankuasa 50 anggota, menukar pendirian awal untuk menolak panel itu. | ||
SPR perlu berubah, bukan sekadar setiausaha baru Posted: 28 Aug 2013 12:20 AM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli menyambut baik lantikan Pegawai Pembangunan Negeri Selangor, Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru. Dalam pada itu, beliau juga mengharapkan perubahan bukan hanya tertumpu kepada lantikan setiausaha yang baru tetapi kepada keseluruhan SPR agar lebih telus. "Lantikan setiausaha yang baru itu merupakan proses di dalam pentadbiran apabila ada pegawai yang berpencen, saya menyambut baik lantikan tersebut. "Apa yang kita inginkan sebenarnya adalah perubahan keseluruhan kepada operasi SPR dan bukan hanya sesetengah jawatan, kita mahukan sebuah pentadbiran yang lebih telus dan adil," jelasnya kepada Harakahdaily. Beliau yang turut merupakan Ahli Parlimen Kuala Krai meminta agar Abdul Ghani dapat membuat pembaharuan di dalam SPR apabila beliau memegang jawatan tersebut serta melihat setiap pandangan yang telah dikemukakan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini. Abdul Ghani akan mengambil alih jawatan tersebut daripada Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang telah pun bersara pada 13 Ogos yang berkuatkuasa 19 Ogos lalu. Harakahdaily/- | ||
Kisah Ashabul Ukhdud dan iktibar Mesir Posted: 28 Aug 2013 12:19 AM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] -
Pada zaman dahulu ada seorang raja. Baginda mempunyai seorang ahli sihir. Setelah ahli sihir itu merasakan dia telah tua, berdatang sembahlah dia kepada raja menerangkan dia telah tua dan hampir sampai ajalnya. Dia memohon kepada raja agar raja mencarikan anak kecil, kerana kepada anak itu akan diperturunkan segala ilmu sihirnya. Permohonan itu dikabulkan raja, lalu diserahkan kepadanya seorang anak kecil dan datanglah anak kecil itu berulang-ulang kepada tukang sihir itu mempelajari sihirnya. Di antara tempat tinggal tukang sihir dan tempat tinggal anak itu ada pula tinggal seorang pendeta. Anak itu sentiasalah singgah pula berteduh di tempat kediaman pendeta itu dan banyak pula dia mendengar ucapan-ucapan daripada pendeta tua itu yang amat menarik hatinya. Maka kalau dia terlambat datang kepada tukang sihir, tukang sihir itu marah lalu memukulnya. Dan kalau dia terlambat pulang ke rumah orang tuanya kena marah pula mengapa terlambat pulang. Lalu diajarkan oleh pendeta tua itu suatu jawaban, kalau ditanya oleh tukang sihir itu mengapa lambat, jawablah kerana terlambat turun dari rumah dan kalau ditanya pula di rumah mengapa terlambat, katakan guruku tukang sihir menahanku. Dalam tempoh tersebut selalulah dia pulang dan pergi ke rumah tukang sihir dan tetap singgah di rumah pendeta. Pada suatu hari orang yang lalu lintas yang berjalan di jalan yang ditempuhnya kelam kabut kerana ada binatang buas mengganggu, sehingga orang merasa takut lalu di situ. Ketika itu anak kecil itu berada di sana. Lalu dia berkata "Akan aku uji manakah yang lebih dapat aku gunakan, ajaran tukang sihirkah atau ajaran pendeta. Lalu diambil sebiji batu dan dia ucapkan "Ya Allah! Kalau ajaran pendeta itu yang benar di sisi Engkau, lebih dari ajaran tukang sihir maka bunuhlah binatang ini! Supaya manusia yang lalu di jalan ini tidak terhalang," Lalu dilemparkan batu itu kepada binatang tersebut. Maka matilah binatang itu dan orang ramai boleh lalu seperti biasa. Setelah dia mengadap pendeta itu diceritakanlah pengalamannya itu kepada pendeta itu. Maka berkatalah beliau "Wahai budak, kamu telah mencapai darjat yang lebih tinggi daripada yang aku capai! Tetapi aku peringatkan engkau bahawa engkau akan menderita dan banyak ujian. Maka kalau ujian itu datang, janganlah engaku beritahu akan perhubungan engkau dengan aku." Sejak waktu itu nama anak itu kian terkenal dan dapatlah dia mengubati orang ditimpa kusta dan penyakit lain-lain. Raja mempunyai seorang pembesar yang selalu diajak raja bermesyuarat. Kebetulan pembesar itu buta. Pembesar buta itu mendengar cerita tentang anak itu lalu datanglah dia membawa hadiah sebanyak-banyaknya dan berkata "Sembuhkanlah butaku! Hadiah ini adalah untukmu dan jika aku sembuh hadiah ini aku tambah lagi," Anak itu menjawab, saya tidak ada kuasa menyembuhkan apa juapun penyakit. Yang Maha Kuasa menyembuhkannya hanyalah Allah. Kalau tuan sudi beriman kepada Allah, saya akan berdoa kepada Allah memohon kepada-Nya agar tuan disembuhkan. Mendengar ajakan anak itu maka berimanlah pembesar buta itu. Lalu anak itu berdoa maka pembesar itupun sembuhlah dan celiklah kedua belah matanya. Setelah matanya sembuh datanglah kembali dia ke majlis raja. Raja sangat tercengang lalu bertanya : "Siapakah yang menyembuhkan matamu?," Pembesar itu menjawab "Tuhanku," Dengan hairan raja bertanya pula : "Apakah aku yang engkau maksudkan?," Dia menjawab : "Bukan! Tuhanku dan tuhan Tuanku adalah Allah," "Engkau mengakui ada lagi tuhan selain aku?," Pembesar itu tetap menjawab : "Tuhanku dan tuhan Tuanku adalah Allah," Raja sangat murka mendengar jawaban itu, sehingga orang pembesar itu ditangkap dan diseksa. Oleh sebab tidak tahan menderita sakit, dibukanya rahsia bahawa guru yang mengajarnya ialah anak kecil tersebut. Anak kecil itupun ditangkap lalu ditanyai apakah benar dia dapat menyembuhkan orang berpenyakit kusta, buta dan lain-lain. Anak itu menjawab bahawa semua itu tidak benar! Dia tidak dapat menyembuhkan sesiapapun jua. Yang menyembuhkan segala sakit hanyalah Allah Yang Maha Kuasa. "Akukah yang engkau maksudkan?," tanya raja. "Bukan," jawab anak itu, "Tapi Allah!," "Apakah engkau mengaku pula ada tuhan selain aku?," tanya raja lagi. Dengan tegas anak itu menjawab pula : "Tuhanku dan tuhan raja ialah Allah," Mendengar jawapan demikian anak itu diseksa. Dia dipaksa mengaku dari mana dia mendapat pelajaran yang amat ganjil itu. Oleh sebab tidak tahan diseksa maka dia menunjukkan pendeta yang mengajar dia. Pendeta itu segera ditangkap. Diapun diseksa dan dipaksa meninggalkan agama yang dianutinya, mengatakan ada tuhan selain raja, namun pendeta itu tidak mahu. Akhirnya kerana tidak mahu meninggalkan agama bertuhan kepada Allah itu, diperintahkan raja menggergaji kepala pendeta itu. Kepalanya digergaji terbelah dua dan mati. Kemudian dipaksa pula pembesar yang telah sembuh dari buta itu meninggalkan agama bertuhankan Allah dan kembali hanya bertuhan kepada raja. Diapun tidak mahu. Diapun digergaji juga, sampai terbelah dua badannya lalu mati. Lalu dihadapkan anak kecil itu. Dia pun mulai dipaksa meninggalkan agama yang diimaninya, Tetapi dia tidak mahu. Lalu raja memerintahkan anak kecil itu dibawa ke puncak gunung, dan raja memerintahkan: "Apabila sampai di puncak gunung, paksa dia sekali lagi kembali kepada agama kita. Kalau dia tidak juga mahu lemparkanlah dia ke bawah. Maka dibawa dia ke puncak gunung. Sampai di sana anak kecil itu berdoa : "Ya Allah, peliharakanlah aku dari mereka dengan kekuasaan-Mu," Tiba-tiba bergoncanglah gunung itu dan orang-orang yang menghantar itulah yang jatuh dan anak kecil itu selamat. Diapun turun dan terus mengadap raja. Lalu raja bertanya : "Apa khabar orang-orang yang aku suruh menghantarkan engkau ke gunung?" Anak itu menjawab :"Tuhanku telah memeliharakan daku dari mereka." Rupa-rupanya raja belum puas. Sekali lagi ditangkap dan disuruh hantarkan anak kecil itu dengan sebuah sampan ke tengah laut. Diperintahkan kepada orang yang menghantarnya supaya memaksa anak itu kembali kepada agama asalnya, kalau tidak mahu ditenggelamkan dia ke laut. Sekali lagi anak itu menadahkan tangan ke langit, maka datanglah angin ribut yang sangat besar. Tenggelamlah seluruh orang yang diperintahkan menghantarnya itu dan dia sendiri selamat berenang ke tepi. Dan kembali dia mengadap raja. Diapun ditanya apa yang telah terjadi. Dia menjawab, tuhannya telah menolongnya dan orang-orang itu telah tenggelam semuanya. Kemudian dia berkata kepada raja : "Hai raja, Tuanku tidak akan dapat membunuhku kalau dengan cara demikian. Tuanku hanya boleh membunuhku jika tuan kerjakan apa yang aku suruh. Kalau tidak, tidaklah berhasil maksud Tuanku menyingkirkan aku dari dunia ini." Lalu raja bertanya : "Apakah yang engkau minta itu?" Anak itu menjawab : "Tuanku arahkan rakyat berkumpul di satu tempat. Kemudian naikkan aku ke atas kayu palang (salib), lalu Tuanku ambil satu anak panah kepunyaanku sendiri dari dalam busurnya. Kemudian Tuanku bidik aku dengan tepat, lalu baca : "Dengan nama Allah, Tuhan anak kecil ini." Dengan melakukan demikian barulah Tuanku dapat membunuhku. Permintaannya dilakukan oleh raja, diambil anak panahnya dari busurnya lalu mengucapkan: "Dengan nama Allah, Tuhan anak kecil ini" lalu dipanahnya anak kecil itu, kena tepat pada jantungnya dan terkulailah kepalanya, sedang tangannya memegang pangkal panah yang telah tersisip di dadanya dan diapun matilah. Tiba-tiba terkeluar dari mulut seluruh orang yang hadir: "Kami beriman dengan Tuhan anak kecil ini" Gempitalah suara di tanah lapang itu menyatakan iman kepada Tuhan Allah yang dipercayai oleh anak kecil itu. Maka berbisiklah seseorang kepada raja : "Tidakkah Tuanku perhatikan? Bukankah apa yang Tuanku takuti selama ini telah terjadi? Budak kecil itu mati tapi semua orang telah menganut ajarannya?," Sangat murkalah raja apabila melihat manusia telah berbalik arah. Lalu raja memerintahkan menangkap orang-orang yang terang-terang menyatakan percaya kepada Tuhan anak kecil itu, dan baginda mengarahkan lubang-lubang atau parit-parit besar digali. Dan diancamlah orang: "Barangsiapa yang masih berpegang kepercayaan anak kecil itu, akan dimasukkan ke dalamnya dan dibakar. Dan barangsiapa yang kembali kepada agama pusaka nenek moyang mereka akan selamat." Mendengar itu, tidaklah mereka mundur, malahan mereka berduyun-duyun mendekati lubang yang ternganga menunggu giliran dibakar. Maka adalah diantara mereka itu seorang perempuan yang sedang mendukung anaknya, seketika telah dekat ke pinggir lubang itu, timbul ragu-ragu dalam hatinya. Tiba-tiba berkatalah anak dalam dukungannya itu : "Teguhkanlah hatimu, ibuku! Ibu adalah di dalam agama yang benar," Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim dan diriwayatkan juga oleh an-Nasa'i dan juga Tirdmizi dari Shuhaib. Tersebut lagi cerita lain tentang lubang pembakaran itu, iaitu ketika Raja Dzu Nuas beragama Yahudi memaksa penduduk Najran yang telah lama memeluk agama Nabi Isa AS. Setelah raja beragama Yahudi itu menakluki negeri tersebut dipaksa penduduk supaya memeluk agama Yahudi. Orang Nasrani diwaktu itu dibawah pimpinan pendetanya yang sangat tua, sehingga kemanapun berjalan, dia ditandu. Ketika Yahudi menanyai akidahnya, dia menjawab bahawa dia beriman kepada Allah Yang Maha Esa dan beriman kepada syariat Nabi Isa AS dan dia tidak akan merubah kepercayaannya itu. Maka ditangkaplah dia dan para pengikutnya, digali lubang dan dinyalakan api di dalamnya dan dilemparkanlah mereka ke sana. Dan mereka masuk ke dalam lubang itu dengan tidak mengeluh, kerana yakin akan pendiriannya. Ibnu Katsir menyatakan dalam tafsirnya bahawa penggalian lubang dan pembakaran terhadap orang yang beriman yang teguh pada keyakinannya itu, bukanlah kejadian satu kali, malahan berkali-kali. Ibnu Katsir menyalin keterangan dari dari Ibnu Abi Hatim bahawa penggalian lubang pembakaran itu pernah terjadi di Yaman pada zaman raja-raja Tubba', di Konstantinople pada zaman Konstantin memaksa orang Nasrani melepaskan kepercayaan mereka yang asli tentang tauhid, dan kejadian yang serupa berlaku juga di Iraq iaitu di negeri Babil dizaman Raja Bukhtinashr (Nabukadnesar) yang membuat berhala dan memaksa orang menyembah berhala itu. Maka Nabi Danial tidak mahu mengorbankan kepercayaannya kepada Allah Yang Maha Esa bersama kedua temannya yang beriman iaitu 'Izriya dan Mikhaail. Lalu dibuat lubang dan diunggunkan kayu-kayu kering ke dalamnya dan dimasukkan ketiga-tiga orang beriman itu ke dalamnya. Namun sesampai mereka ke dalam api yang bernyala itu, mereka tetap hidup dengan segar bugar dan keluar dengan selamat. kemudiannya, dimasukkan pula sembilan orang yang dianggap pemberontak kepada raja, semuanya hangus terbakar. "Petikan dari Kitab Tafsir al-Azhar karangan Almarhum Professor Dr. Hamka" - (dari tafsir surah al- Buruj) Bandingkan dengan keadaan di Mesir, Syiria, Palestin dan di mana-mana sahaja tempat yang Umat Islam diganyang. Sebenarnya mereka sedang dipaksa "terjun dalam parit yang di dalamnya api sedang menyala-nyala. Sucinya perjuangan mereka jauh meninggalkan kita yang masih terkial-kial dengan ujian yang sedikit. Moga kita juga dikurniakan kekuatan seperti mereka insyaAllah. Wallahua'lam. http://dunbpayong.blogspot.com/ | ||
Posted: 27 Aug 2013 08:56 PM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] - Riau, Indonesia kini sekali lagi diselubungi jerebu akibat aktiviti pembakaran hutan dan tanah gambut hingga mengganggu perkhidmatan penerbangan di wilayah itu sejak dua hari lalu. Keadaan berjerebu itu dibimbangi akan merebak ke Malaysia dan Singapura seperti yang berlaku pada Jun dan bulan lalu. Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) berkata, berdasarkan pemantauan satelit sehingga kini, sebanyak 264 titik panas dikesan di Riau dan peningkatan jumlah titik panas itu adalah seiring dengan keadaan musim kemarau pada masa ini. Kenyataannya yang dipetik Utusan Malaysia berkata, jumlah titik panas itu juga hampir sama dengan jumlah yang dicatat pada 24 Jun lalu iaitu sebanyak 265 titik. Pusat Data, Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB memberitahu, sejumlah 88 titik panas dikesan di Jambi dan 67 titik panas dikesan di Sumatera Selatan. Laporan badan berkenaan berkata, secara keseluruhannya ada 488 titik panas dikesan di Pulau Sumatera dan lokasinya ialah di kawasan tanah gambut dan asap tebal muncul dari kawasan berkenaan. "Kabut asap sangat tebal dan menyelubungi Kota Pekanbaru, sehingga mengganggu penerbangan pesawat dari dan ke Lapangan terbang Sultan Syarif Kasim II. "Hanya ada satu penerbangan yang dapat mendarat di lapangan terbang itu dalam dua hari ini," katanya. themalaysianinsider.com | ||
Kenapa Afrika sasaran di Ridzuan Condo Posted: 27 Aug 2013 08:49 PM PDT Tidak semua warga asing tidak dialu-alukan sebagai penyewa di Ridzuan Condominium, kata penduduk, menjelaskan rasa "tidak selesa" mereka dengan tindakan menerima warga Afrika di harta tanah di Bandar Sunway, Selangor itu. Pihak yang diwawancara menyuarakan sokongan mereka terhadap keputusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang meminta 'warga Afrika' yang sedang menyewa meninggalkan tempat itu dalam masa tiga bulan. Ia tidak senada dengan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa tindakan JMB yang dilapor melarang pemilik menyewakan rumah kepada warga Afrika menghantar isyarat salah kepada masyarakat antarabangsa tentang industri hartanah Malaysia. "Kami boleh terima orang Islam, Cina, Thai, Filipina, bahkan Pakistan dan Arab Saudi... Orang Asia tidak cetuskan masalah... kami boleh terima (semua orang) tetapi bukan warga Afrika," kata lelaki pertengahan umur yang hanya mahu dikenali sebagai Lim kepada pemberita di luar kondominium itu lewat semalam. "Manusia biasa akan balik ke rumah dan tutup pintu, urusan masing-masing... kami tidak berkeliaran dan buat bising." Sebuah portal berita semalam melaporkan, (JMB) kondominium tersebut memberi notis tiga bulan kepada penyewa warga Afrika untuk mengosongkan unit masing-masing. Malaysiakini/- | ||
Penggunaan senjata kimia mesti dihukum: PM Britain Posted: 27 Aug 2013 08:35 PM PDT LONDON: Sebarang tindakan terhadap Damsyik berhubung dakwaan penggunaan senjata kimia bukan hanya terhadap Syria, tetapi seluruh dunia, kata Perdana Menteri Britain, David Cameron. Beliau bagaimanapun berkata, sebarang tindakan ketenteraan terhadap Syria perlu diambil dengan betul dan mengikut undang-undang. Cameron berkata, setakat ini belum ada keputusan diambil tetapi Britain dan sekutunya mempertimbangkan sama ada tindakan ketenteraan tertentu diambil bagi membendung penggunaan senjata kimia pada masa depan. "Ini bukan saja mengenai Asia Barat, ia bukan saja konflik di Syria. Ia mengenai penggunaan senjata kimia bagi memastikan seluruh dunia dihalang daripada menggunakannya," katanya. "Lebih 100 tahun lalu, seluruh dunia bersatu hati dan berkata bahawa penggunaan senjata kimia adalah salah," katanya. - AFP | ||
Lelaki parah ditembak di Kuantan Posted: 27 Aug 2013 08:28 PM PDT Kuantan: Seorang lelaki parah selepas ditembak seorang daripada empat lelaki yang dipercayai cuba menyamunnya di sebuah hotel di Jalan Air Putih, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 pagi, mangsa Lee Siew Meng, 47, dari Kuala Terengganu ditembak di bahu kanan dan rusuk kirinya. Mangsa turut mengalami kecederaan di kepala dipercayai ditetak dengan benda tajam. | ||
Kerusi Parlimen Cameron Highlands kekal milik BN Posted: 27 Aug 2013 08:27 PM PDT | ||
Gambar terkini TG Haji Hadi semasa melawat TG Nik Aziz Posted: 27 Aug 2013 05:42 PM PDT | ||
Anak muda berhak dapat pendidikan tanpa hutang Posted: 27 Aug 2013 05:41 PM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal sistem pendidikan tinggi di Malaysia meneruskan bebanan kepada generasi muda yang terpaksa berhutang untuk mendapat pendidikan tinggi. Akibatnya, kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghasilkan generasi muda yang berhutang walaupun dengan tujuan untuk menuntut ilmu. "Malangnya mereka yang tamat pengajian terpaksa berhadapan bebanan hutang sebelum berpeluang untuk mendapat pekerjaan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah. Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal sistem pendidikan tinggi di Malaysia meneruskan bebanan kepada generasi muda yang terpaksa berhutang untuk mendapat pendidikan tinggi. Akibatnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghasilkan generasi muda yang berhutang walaupun dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Malangnya mereka yang tamat pengajian terpaksa berhadapan bebanan hutang sebelum berpeluang untuk mendapat pekerjaan. Kami berpandangan tanggungjawab asasi sesebuah kerajaan ialah untuk memastikan pendidikan rakyat disempurnakan dengan kaedah yang tidak membebankan dan tidak mengikat seseorang anak muda dengan hutang sebelum mendapat pekerjaan. Adalah silap besar apabila polisi yang digunapakai untuk memberi peluang anak muda melalui pendidikan tinggi pada kali pertama, sistem hutang diperkenalkan. Sememangnya kos untuk menampung pendidikan tidak dapat dielakkan namun kami mempersoalkan komersialisasi pendidikan dan membenarkan pendidikan menjadi suatu industri mengaut keuntungan telah menyebabkan penyebaran dan menuntut ilmu menjadi suatu yang sangat mahal dan membebankan. Lantaran itu mereka yang majoriti tidak berkemampuan terpaksa berhutang di awal usia muda walaupun belum sempat untuk mendapat sebarang pekerjaan. Kami mengambil perhatian peningkatan kos hidup akan menambah beban generasi muda yang terikat dengan hutang PTPTN berpotensi mengurangkan kualiti hidup rakyat apabila wang baki pendapatan untuk dibelanja (take home pay) menjadi sangat sedikit apabila pendapatan yang tidak menentu terpaksa menanggung pembayaran hutang. Alasan bahawa pendidikan pengajian tinggi adalah suatu urusan yang melibatkan kos tinggi bukan alasan yang boleh diterima apabila banyak pembaziran dalam pengurusan lain berlaku di depan mata rakyat. Sebenarnya jika ada sektor yang seharusnya diturunkan kos malah diringankan beban rakyat, kami berpendapat sektor pendidikanlah yang sepatutnya dijadikan sektor tumpuan. Malangnya pihak kerajaan masih tidak melihat strategi jangka panjang untuk memberi ruang seluasnya kepada rakyat untuk mendapat pendidikan yang murah dan tidak perlu dibebankan dengan hutang. Kami berpendapat membuka ruang rakyat mengilmukan diri masing-masing dengan perbelanjaan yang paling murah adalah strategi jangka panjang yang berkesan berdasarkan pengalaman banyak negara maju. Kami tidak faham kenapa segala aspek pendidikan negara dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi harus mengelami peningkatan kos. Melainkan kerana salah perancangan, unjuran yang tidak tepat, salah laku dalam perbelanjaan dan membenarkan perubahan sistem pendidikan yang menelan kos yang tinggi, sepatutnya kos pendidikan tidak seharusnya meningkat. PTPTN pada dasarnya adalah untuk menampung kos pendidikan yang perlu dibayar oleh pelajar. Akan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah akar iaitu kenapa pendidikan harus menjadi sektor yang terlalu terdedah kepada perbelanjaan yang tinggi. Kami bersetuju supaya PTPTN perlu disemak semula sama ada ia perlu dimansuhkan atau tidak. Penilaian untuk menentukan semada PTPTN sebenarnya meningkatkan kelancaran dan kualiti pendidikan atau di sebaliknya perlu dilaksanakan. Kajian sama ada hutang yang terbeban kepada seorang pelajar yang terpaksa ditanggung dalam keadaan mereka belum mendapat kerja, menjejaskan kualiti hidup rakyat keseluruhannya atau tidak. | ||
Di P'jaya sendiri masih kurang bendera berkibar Posted: 27 Aug 2013 05:39 PM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] - Walaupun menjadi pusat pendaftaran, Putrajaya sendiri tidak mendepani langkah mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek. Beliau berkata, perkara itu paling dikesalinya memandangkan di kuaters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang. "Mereka masih tunggu kerajaan beri bendera," katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini. Shabery berkata, keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik. Malaysiakini | ||
Serangan senjata kimia: Liga Arah salahkan Syria, misi penyiasat PBB ditangguh Posted: 27 Aug 2013 05:37 PM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] - KAHERAH 28 Ogos - Liga Arab semalam menyalahkan kerajaan Syria atas serangan senjata kimia pada minggu lalu yang mengorbankan 1,300 nyawa dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan segera. Keputusan tersebut dicapai meski pun mendapat bantahan dari Algeria dan Iraq, selepas satu mesyuarat tergempar diadakan oleh negara-negara yang menganggotai Liga Arab. Dalam perkembangan lain, pasukan penyiasat PBB yang dikerah untuk menyiasat kejadian serangan itu terpaksa menangguhkan misi ekoran isu keselamatan selepas insiden serangan terhadap konvoi berkenaan. Pasukan penyiasat tersebut dijangka memulakan tugas selewat-lewatnya hari ini. - DPA/REUTERS | ||
Bila pula di M'sia, Petani Thai tunjuk perasaan ekoran harga getah dan sawit rendah Posted: 27 Aug 2013 05:35 PM PDT NAKHON SI THAMMARAT 28 Ogos - Para petani Thai yang kecewa dengan harga getah dan kelapa sawit yang rendah, mengadakan tunjuk perasaan sejak kelmarin dengan menyekat jalan utama dan laluan kereta api menuju ke Bangkok dari selatan Thailand. Penunjuk perasaan menggunakan trak 18 roda dan ratusan motosikal serta membakar tayar bagi menyekat jalan raya dan landasan kereta api. Pengarah Keretapi Thailand, Prapast Jongsanguan berkata, seramai 500 penumpang yang mana satu perempat daripadanya merupakan pelancong luar negara, terkandas di daerah Hatyai, Songkhla. Beliau turut menambah, ketika ini mereka yang terkandas masih di bawah jagaan dan layanan kumpulan berkenaan. Penunjuk-penunjuk perasaan turut bertindak menutup jalan utama dan laluan kereta api dari selatan ke kota Bangkok di kawasan simpangan Kampung Bantoon, daerah Cha-Uwad di wilayah Nakhon Si Thammarat. - BERNAMA | ||
Banjir di China ragut 85 nyawa Posted: 27 Aug 2013 05:31 PM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] - BEIJING 28 Ogos - Lebih 80 penduduk terbunuh dan berpuluh-puluh ribu lagi dipindahkan dalam kejadian banjir paling buruk yang pernah melanda timur laut China sepanjang tempoh 10 tahun, semalam. Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 85 orang disahkan terbunuh dalam bencana banjir di wilayah Jilin, Liaoning dan Heilongjiang, manakala 105 lagi masih hilang. Banjir berkenaan turut memaksa kira-kira 239,000 penduduk dipindahkan ke tempat selamat. - AFP | ||
Amerika, Syria di ambang perang ? Posted: 27 Aug 2013 05:26 PM PDT 21 Syawal 1434 H. [MOD] - Amman: Diplomat Amerika dan sekutunya sudah memaklumkan kepada pemberontak Syria bahawa Kuasa Barat boleh menyerang negara itu dalam tempoh beberapa hari saja lagi. Beberapa sumber yang menghadiri mesyuarat antara pemimpin pembangkang Syria dengan diplomat dari Washington serta kerajaan negara lain di Istanbul semalam berkata pemberontak diberitahu bahawa mereka boleh menjangka tindakan ketenteraan dan diminta bersedia untuk rundingan damai. Pembangkang dimaklumkan bahawa tindakan untuk menghalang rejim Assad daripada terus menggunakan senjata kimia akan dilakukan seawal beberapa hari lagi dan mereka dikehendaki bersedia untuk mengadakan rundingan damai di Geneva, kata sumber itu. Sumber itu juga menyatakan Presiden Pakatan Kebangsaan Syria Ahmad Jarba menemui wakil daripada 11 negara yang menyokong pemberontak termasuk duta Amerika ke Syria, Robert Ford di Istanbul. Serangan gas beracun Pada masa sama, Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel, berkata tentera Amerika di wilayah itu sudah bersedia untuk menjalankan tugas ketika Washington bersama sekutunya di Eropah dan Asia Barat menyediakan rancangan untuk menghukum Presiden Bashar al-Assad didakwa melancarkan serangan gas beracun yang mengorbankan lebih 1,000 orang minggu lalu. Pemeriksa dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata mereka menemui bukti bahawa rejim Assad bertanggungjawab dalam serangan senjata kimia membabitkan gas saraf ke atas rakyatnya. Bagaimanapun tentangan daripada Russia dan China menyukarkan usaha untuk meyakinkan masyarakat antarabangsa, pemimpin Barat mungkin menangguhkan rancangan itu. Perdana Menteri Britain David Cameron memanggil satu mesyuarat tergempar parlimen untuk membincangkan mengenai isu Syria esok. Beliau bersama Presiden Amerika, Barack Obama dan Presiden Perancis Francois Hollande berdepan persoalan sukar mengenai sejauh mana batas campur tangan, kemungkinan besar serangan udara akan berakhir dan sama ada mereka bersedia menyerahkan kuasa kepada pemisah Islam yang anti Barat jika Assad digulingkan. Pasaran saham merudum Sementara itu di Asia, pasaran saham merudum manakala harga minyak meningkat awal semalam disebabkan kebimbangan berlaku satu lagi peningkatan dalam perang di Syria yang sudah menjangkau 29 bulan. Bercakap di Washington dan sekutunya bersedia melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sasaran Syria, Setiausaha Negara Amerika, John Kerry, menuduh rejim Presiden Bashar al-Assad cuba menyembunyikan sesuatu. AFP/REUTERS |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan