N50 Dun Sri Muda |
Malaysia Sepatutnya Berani Mengeluarkan Kenyataan Tegas Terhadap Tindakan Kudeta Tentera Al-Sisi Posted: 18 Aug 2013 09:41 PM PDT SHAH ALAM 17 OGOS: Tindakan kerajaan Umno BN yang membisu terhadap tragedi pembunuhan rakyat Mesir membuktikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dayus dan penakut. Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie, berkata Malaysia sepatutnya berani membuat kenyataan tegas dan keras mengutuk tindakan kudeta tentera Mesir yang mengorbankan lebih 3, 000 orang awam. "Tindakan berdiam diri ini seolah-olah mengiya suara-suara yang menyatakan kerajaan Malaysia tunduk kepada kuasa besar dan merestui perbuatan kejam tentera Mesir. "Di sebalik laungan Malaysia sebagai negara Islam, kesenyapan pemimpin negara dalam tragedi itu mencerminkan pemimpin negara ini, penakut dan pengecut. "Sedangkan kenyataan mengutuk dan mengecam pun tidak berani dibuat, apatah lagi menghantar bantuan kepada saudara seagama di sana," katanya kepada TV Selangor, hari ini. Sehingga kini, kerajaan Malaysia belum membuat kenyataan rasmi berhubung pendirian terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir. Tentera Mesir merampas kuasa dan menahan Presiden Mohamad Morsi serta menyerang lokasi perhimpunan penyokong pro-demokrasi di Dataran Rabaah Adawiyah pada 14 Ogos lalu. Sebelum ini, PAS, DAP dan PKR masing-masing membuat kenyataan lantang mengutuk dan mengecam tindakan ketenteraan Mesir terhadap orang awam di negara Timur Tengah itu. Kecewa dengan sikap kerajaan Persekutuan yang acuh tidak acuh, Shuhaimi menggesa kerajaan Negeri mengambil inisiatif bagi membantu rakyat Mesir. - FZL selangorku |
Majlis Rumah Terbuka Dun Sri Muda Posted: 18 Aug 2013 07:17 PM PDT 18 Ogos-Lebih 1000 orang bertali arus memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Dun Sri Muda yang berlangsung di Perkarangan Surau An-Nur Bandar Puteri dari jam 11 pagi hingga 3 petang.Sambutan mega ini tidak kurang hebatnya berbanding tahun lepas. Tahun ini 22 menu disajikan, antara yang menjadi tumpuan ialah Char Kuey Teow , Kambing dan Cendol tidak lupa ketupat rendang dan lemang.Kaum bukan Melayu juga bersama-sama menghayati perayaan Aidilfitri ini dengan harmoni. Inilah kelebihan berbilang kaum, dimana kita saling hormat-menghormati dan meraikan perayaan setiap kaum dengan pengertian sejagat.Pendekatan kita adalah masyarakat Madani yang harmoni. Antara tetamu terhormat yang hadir adalah YB Dr.Siti Mariah , YB Yaakob Sapari , YB Hee Loy Sian dan YB Xavier Jayakumar,turut serta delegasi dari Sarawak yang hadir sebagai tanda apresiasi mereka kepada YB Shuhaimi Shafiei. Jam 1 tengah hari adalah waktu kemuncak dimana pengunjung berbondong-bondong hadir secara serentak yang menyebabkan kakitangan Dun Sri Muda bekerja keras bagi memastikan semua keadaan terkawal. Kakitangan pihak Dun Sri Muda yang bertemakan warna kelabu baik Wanita mahupun Pejabat Dun Harus Dipuji kerana berjaya melaksanakan Majlis dengan lancar dan teratur. Ucapan YB Shuhaimi Shafiei pada majlis ini lebih memberi penekanan kepada penghayatan bulan Syawal serta nilai-nilai zakat orang Muslim dimana ia antara Rukun Islam yang wajib dilaksanakan. Majlis ini diterima baik oleh masyarakat khususnya penduduk Dun Sri Muda,sumbangan dan penyerahan duit raya kepada anak-anak kecil mendapat perhatian orang ramai.40 orang adik-adik tahfiz dan anak yatim piatu mendapat sumbangan Syawal. Walaupun tiada persembahan nasyid seperti tahun sebelum namun celoteh dari Dj Azwan cukup menggamit hati para pengunjung. Reaksi dari pengunjung amat positif dan berpuas hati dengan makanan yang dihidang serta atur cara yang dilaksanakan. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan